Wednesday, June 27, 2018

Novel Uda & Dara - Aisya Sofea

Hi korang...

SA pernah mention kat korang dalam entry sebelum- sebelum ni yang SA sangat gilerkan novel kan..SA memang ulat buku especially kalau melibatkan novel. Malahan SA dah ada koleksi novel yang banyak..sebelum ni SA stop kejap sebab sibuk dengan kerja sampai takde masa kan..lepas tu SA ada kemaskan almari novel SA kat rumah dan kira balik novel tu semua...masa tu dah ada 500 buah buku dan sejak dari tu SA rajin beli mana- mana novel baru..tapi beli jer buat koleksi..ada masa baru baca...sampai sekarang ada berpuluh- puluh dan rasanya dan cecah seratus lebih..ada yang SA dah baca dan ada yang belum baca..baru- baru ni dapat jugak lagi beberapa buah novel...mana yang tajuk sama SA letak tepi dan nak jadikan hadiah..

Baru- baru ni SA baca novel dari penulis yang SA suka dari dulu iaitu Aisya Sofea...tajuk novel ni Uda dan Dara...memang dari helaian pertama SA baca dan hati SA dah terpaut dengan jalan cerita.. SA baca sampai pukul 5 pagi...hahahaha....memang jalan cerita dia best. Siap boleh sama- sama menangis dan ketawa..hehehe..SA kalau baca novel memang menghayati dan rasa macam berada dalam cerita tu sendiri..haha...

Paling SA tak sangka rupanya sebelum ni dah ada drama adaptasi novel Uda dan Dara ni...dan sekarang SA tengah layan drama ni pulak...the best part lakonan Zul Ariffin dan jugak Siti Saleha..jalan cerita memang sama macam dalam novel..best sangat.....terus layan je...nasib SA la bila jarang dapat tengok tv kan...hahaha....



Sinopsis

Sekian lama terpisah kerana masing-masing mengejar cita-cita, tidak mungkin Siti Mariam menerima cinta Izzat Hilman. Kenangan lalu yang sangat menghiris hatinya sentiasa bergentayangan di hadapan mata. Namun, si uda tidak putus asa. Si dara harus dimiliki walau apa pun yang terjadi.

Ya, mungkin ada rasa rindu di sebalik rasa bencinya terhadap lelaki itu. Namun, dalam diam, Siti Mariam masih tidak mampu membuang perasaan sayang pada Izzat Hilman. Ah, bila memikirkan wasiat arwah ibu lelaki itu, dia jadi nanar. Apatah lagi, kemunculan Khalidah bagai dirancang untuk memisahkan mereka. Hubungan boleh diteruskan, tetapi Siti Mariam meletakkan syarat. Mereka boleh bersama tetapi bersedia untuk berpisah. Tempoh yang diberi hanya tujuh bulan. Muktamad. Berat sungguh syarat itu! Namun, si uda tidak peduli. Si dara perlu akur cinta sejati mereka. Bagi Izzat Hilman, jodohnya bersama Siti Mariam sangat kuat. 

“Abang cuma minta Mar bagi peluang sekali ini sahaja lagi, dan abang takkan sia-siakan Mar.”

Kepada pencinta novel di luar sana....

24 comments:

  1. rajinnya akk baca novel, saya ada few je. Jarang baca novel, sebab dulu zaman study banyak sangat buku nk telaah.

    ReplyDelete
  2. novel ni best..nadia dah pernah baca dah...drama belum tengok lagi..hehehe

    ReplyDelete
  3. Pernah baca.. Tapi drama dia tak tengok..

    ReplyDelete
  4. bukan dlu dah main ke kat tv this cite? tp mek sndiri pn tk bace

    ReplyDelete
  5. rajinnya SA baca, kalau kita memang tak lah... tak sanggup nak mengadap tulisan kecik-kecik tuh

    ReplyDelete
  6. Ala ruby tak minat baca novel. Kalau keluar kat TV tu tengok je kak. Takda nak cari apa kisah seterusnya dari novel. Kalau pelakon dia fav ruby baru ruby tengok. Kalau tak, tak layan juga. Saya salute dengan pencinta novel ni. Mereka pun mesti boleh mengeluarkan satu naskah novel. Cubalah.

    ReplyDelete
  7. Aaa macamana orang boleh habiskan baca novel yg beratus2 muka surat tu ek. I mmg tidak ler nak memba lca dan menelaah novel sebegitu lama nya. Ni sampai ada 500 koleksi novel, banyak gila! Dalam family pun ada sorg kakak yg gilakan novel, koleksi nya pun byk la juga. Pernah la dgr nama penulis Aisya ni, sbb antara penulis Alaf 21 kan. Bagus utk masa terluang utk baca novel, berfaedah!

    ReplyDelete
  8. Rindu, cinta dan benci adalah 3 hal yang tidak bisa dipisahkan dalam kehidupan asmara manusia. Keren novelnya... moga laris manis di pasaran

    ReplyDelete
  9. Sama lah akak. Kalau eyqa baca novel, siap nangis-nangis tau. Hahahaaa hayati betul betul. Ehh takde novel nak let go?

    ReplyDelete
  10. Aida ni plak jenis tak suka baca novel, SA. Nurin, anak sulung Aida, minat baca novel hi hi hi...
    So aida membeli novel khas utk Nurin aje. Pantang gi berjalan, surendia minta singgah bookstore.
    Yes. Aida ada perasan drama tajuk Uda & Dara. Tapi x tgk hi hi hi... Aida kurang minat lakonan Zul Ariffin hi hi hi...

    ReplyDelete
  11. Rajinnya sis baca novel. Syira dulu suka jugak baca novel. Beli sampai tak terbaca pun ada. Last2 jual preloved balik.

    ReplyDelete
  12. sama lah kita, kalau baca memang menghayati sampai nangis bagai

    ReplyDelete
  13. Nice love story and it is about true life too. Everyone is too busy to spend time to love someone.

    ReplyDelete
  14. Saya ni bukan kaki novel hehehe tapi tahu orang perempuan ni memang suka baca novel tu kalau mereka tulis karangan atau tulis blog boleh panjang lebar hehehehe semua ayat-ayat power wakakakaka...

    ReplyDelete
  15. Mcm menarik je novel ni lps baca sinopsis tu. Tapi dah lama sgt tgl baca novel. Last masa duk asrama (sek menengah) dulu. Hihi. Tp minat membaca mmg diteruskan cuma baca buku jenis lain. Pun begitu so far buku sempat beli je n baca sikit2. Struggle dgn anak kecik2 ramai ni. Haha

    ReplyDelete
  16. aisya sofea ni fmous. dulu ada satu buku yg dia tulis, ramai yg beli

    ReplyDelete
  17. Sis sejak duduk pj ni..lama dh tak beli novel n baca novel..bukan tak minat membaca dah cuma kekangan masa buatkan x ada masa duduk membaca..so jalan dia tgok je tv..hehehe

    ReplyDelete
  18. Dah lama I tak baca novel dalam Bahasa melayu.. time to start reading.. this novel looks great... nice nice

    ReplyDelete
  19. Rajin eh baca novel cinta? I suka Aina Emir. Cara penceritaan dia tu macam kita ikut travel sekali.

    ReplyDelete
  20. Tak minat dah nak baca novel cinta sekarang ni, mungkin sebab faktor usia..tapi nama anak saya lebih kurang tajuk novel..Auni Sofea :D

    ReplyDelete
  21. Ooo..novel ni yang Zul Ariffin dengan Siti Saleha tu ke hehe novel tak pernah baca tapi kalau cerita tu tengok la

    ReplyDelete
  22. Kak Sue suka juga membaca tapi lebih kepada buku cerita seram..

    ReplyDelete
  23. Tak baca lagi Uda Dara ni. Ceritanya pun tak tgk huu. Nak kena cari la novelnya :)

    ReplyDelete
  24. Sekarang hanya akan beli novel atas nama penulis novel tertentu je.. eemm.. lepas tu amik masa nak baca. Tak macam zaman Remaja Purba dulu. Hehehe..

    ReplyDelete

Heyy Gojes..Any Comment????
Comment Yang Elok- Elok Aje Ye......