Tuesday, June 26, 2018

Juadah Raya 2018 SA....

Hi korang...

Masih lagi suasana berhari raya kan..walau sambutan hari ray SA tahun ni agak kurang meriah sebab lebih kepada tumpukan pada mak yang akan operation perut untuk kaedah cuci air atau CAPD. Mak SA kena cuci buah pinggang lepas ni...sementara waktu ni cuci darah dulu. Raya tahun ni takde beria sangat masak memasak macam tahun lepas..masak ala kadar jer sebab kami beraya ala kadar memandangkan mak tak berapa sihat..dah baca cerita petang raya SA? BACA SINI dan SINI. Dari petang raya masak, balik rumah masak juadah raya untuk rumah sendiri plak..dengan masak sampai kul 1-2 pagi..dengan penat...hehehe..memang keletihan masa tu...tapi SA puas hati sebab juadah raya tahun ni takde yang berlebih..sedang2 elok jer adik2 SA dapat bawak bekalan rendang campur ke rumah mertua masing- masing...memang takde yang berlebih la...


Juadah Raya Siput Sedut Masak Lemak Cili Api


Rendang Campur ( Daging, Paru & Limpa)


Rendang Ayam Kampung Daun Puding


Lemang Tepung


Lemang Pulut..

Ada jugak nasi impit dan kuah kacang...SA x ambil gambar plak sebab leka berehat..sampai terlupa..alahai..next time la buat lagi..ni Dania cakap kawan- kawan dia nak datang nanti..mintak SA masak special sikit. Tak tau plak nak masak apa..ingat nak jamu makan tengahari je..tapi x tau lagi la..tengok macam mana nanti..kena tgok kesihatan uwan Dania jugak...sebab uwan Dania sangat2 fragile..senang dapat jangkitan kuman..sebab tu SA x bagi orang datang rumah buat buat sementara waktu..sementara luka operation mak pulih sepenuhnya kan..SA mmg ada bercadang nak buat makan-makan sikit..tapi blom ada tarikh sesuai lagi...benda ni nak boleh nak janji..kena kena utamakan apa yang penting dulu..so buat buat masa ni kesihatan Uwan Dania yang amat penting...harapa saudara mara yg lain yang blom sempat datang faham situasi family SA..

18 comments:

  1. Semoga mak kak sa cepat sihat. Alahai lemang tu raya ne dapat makan sikit jew

    ReplyDelete
  2. Macam biasa menu SA masak semua sedap n menarik.. Semoga dipermudahkan urusan SA sekeluarga ya..

    ReplyDelete
  3. Masakan Kak SA memang sentiasa sedap walaupun simple dimple jer.. Hehe.. Apa-apa pun, semoga Mak Akak cepat sembuh ye..

    ReplyDelete
  4. sedapnya semua menu. semoga mak kak SA cepat sihat

    ReplyDelete
  5. Namapk siput sedut je.. kikiki.. Lemang tepung tu sedap ke sis?

    ReplyDelete
  6. Semoga mak SA cepat sembuh.

    PErtama kali dengar lemang tepung. Mesti bestkan. Hebatlah adik sorang ni memasak.

    Nanti terjah sini yer, akak tag.

    http://www.azirahman.com/2018/06/comeback-giveaway-by-byzura-halifah.html

    ReplyDelete
  7. Telan air liur mak tengok gambar-gambar juadah tu...:)

    Hari raya mak juga tidak meriah. Ada hal yang terjadi yang merentap setiap urat nadi. Biarlah ianya jadi lipatan kemas dalam hati dan terima sahaja ujian dari Ilahi...

    ReplyDelete
  8. siput sedut ngan rendang campur tu dapnyeeeeee....yummmyyyyyy

    ReplyDelete
  9. mak aiii kak, sodap2. Terliur

    ReplyDelete
  10. Menu SA sentiasa membuatkan kami terliur..

    ReplyDelete
  11. Moga mak SA cepat baik hendakNYA.
    Lemang tepung tak pernah cuba lagi.
    Siput sedut kegemaran dak kakak dengan dak Adik.

    ReplyDelete
  12. ada orang datang braya ke rumah bawak buah tangan lemang tepung. memang sampai kesudah tak berusik sangat sebab tak penah tengok pun.. hehe jakun kan =P

    ReplyDelete
  13. firstly, moga mak SA cepat sihat and cerdas semula ye.

    2ndly, lemang tepung? camne ekk rupa paras nyer lepas da buka daun tu?
    tak pernah jumpa lagi, SA.

    3rdly, rendang daun pudina tu byk dah aida baca-baca kat blog. tak pernah makan lagi.

    ReplyDelete
  14. siput sedut tu, 2 kali la aida buat time Ramadhan ari tu.
    kegemaran anak-anak, SA.
    beli da siap potong dan bersihkan.
    time nak masak tu, 2nd time, berjalan plak si siput sedut tu :) cuak kejap.

    ReplyDelete
  15. Lemang tepung tu camne ye SA hehe sedap nampak rendang ayam tu. Apapun semoga mak SA cepat sembuh ye

    ReplyDelete
  16. Memandangkan ika tak reti makan siput sedut. Maka ika terliur tgk yang rendang ayam tu huu. Nampak sedap sangat. Lemang tepung tu first time dengar. :)

    ReplyDelete

Heyy Gojes..Any Comment????
Comment Yang Elok- Elok Aje Ye......