Hi korang...
Mesti korang perasan SA agak tak berapa sihat baru - baru ni...ye la..tetiba jer dapat sakit tekak, batuk dan demam..last week yang minggu 30hb April tu SA memang ada kat Seremban.. Ahad tu lepas masak SA tetiba batuk x berhenti, tekak perit secara tiba- tiba terus tengahari Ahad tu SA rasa macam nak demam..pelik plak takde simptom apa- apa tetiba dapat sakit..elok lepas masak 2 jenis lauk jer Ahad tu..SA terus tak larat. Badan panas dan layan tido ajer...
Apa yang SA sempat masak masa tu...SA hanya sempat masa Kari Ayam Kampung dengan Sayur Pucuk Paku Goreng je...jadi lah 2 lauk untuk Ahad tu kan...esoknya Isnin tu SA memang ambil annual leave..so memang demam sampai lah hari Rabu. SA memang tak kemana- mana pun masa tu..kesian Dania.. mama cuti tapi demam pulak. Nasib baik dia faham..Dia la yang jaga SA sepanjang SA demam.
Kari Ayam Kampung
Pucuk Paku Goreng
Cuti hari Pekerja pun SA demam jugak..dengan suara langsung takde, batuk teruk dan badan sakit- sakit. Doc memang suspect denggi dan dah ambil darah. Decide tak pergi office Rabu tu dan dapat MC 2 hari. Alhamdulillah SA takde denggi tapi hanya viral fever dan kena layan antibiotik. Dapat plak antibiotik SA allergic plak..badan menggigil lepas makan antibiotik dan muka jadi sembab dan macam bengkak...huwaaaaaaa.....tak pernah- pernah allergik ubat terus allergik. Dah makin tua ni makin macam- macam plak...
Sampai la hari ni...waktu entry ni ditaip, SA masih takde suara. Batuk kurang dah tapi tu la suara plak hilang...pergi jugak klinik jumpa doc lagi. dia bagi ubat non antibiotics dan nak tengok dalam minggu ni..kalau still tak ok..must be something wrong katanya dan dia akan bagi antibiotics lain..haih..nak bercakap pun seksa ni...kawan- kawan office suruh MC je sebab dalam keadaan macam ni memang kena rehat dan focus untuk elok. Tapi knowing me yang tak reti duduk rumah..better kerja la..batuk pun bukan teruk macam baru- baru kena. Cuma suara je takde..
Harap- harap dah dapat ubat baru ni SA makin sihat..boss pun dah risau sebab suara SA takde..nak bercakap pun susah sangat ni...
kari ayam kampung tu berselra btul
ReplyDeleteSama situasi kita.
ReplyDeleteTakde demam apa, suara hilang then batuk2.. cuma takdelah ke klinik. Bawa anak2 je ke klinik sampaikan dak Adik dapat surat perlu refer ke hospital :(
My favourite, pucuk paku ! :D
ReplyDeleteassalamualaikum SA...sedapnya menu dia...pucuk paku la yg sedap tu...
ReplyDeletewooooooo.. dua2 sedap.. sekian terima kasih..
ReplyDeleteKalau tambah sambal belacan ni hilang diet dah ni. Sedap sungguh
ReplyDeleteSedapnya kari ayam kampung. Dah lama tak makan ayam kampung. Asyik makan ayam cucuk jer
ReplyDeleteviral fever mmg cmtu sis..dtg tetibe..pastu nk sembuh tu makan masa..bykkn minum air dan berehat yea sis..moga cepat sembuh..
ReplyDeleteSedapnya SA, pucuk paku tu feveret Abang Man. Harap SA bertambah sihat la ya, cuaca sekarang nie memang cepat ja kita rasa tak sihat kan..
ReplyDeleteWalaupun dua jenis lauk saja pun dah kira meriah nih kak SA
ReplyDeleteSha suka amakn pucuk paku tumis tu.. Memang rajin buat..
ReplyDelete