Monday, May 14, 2018

Sambut Hari Ibu Dengan Sarapan Pagi Ala-Ala Kampung

Hi korang....

Semalam merupakan hari ibu kan..SA memang tak pernah la sambut hari ibu ni sebab pada SA setiap hari adalah hari ibu. Sepanjang 4 hari bercuti umum tambahan SA memang tak kemana-mana. Balik kampung dan jalan-jalan tengok wayang je dengan Dania. Eh jalan la tu kan..maksud SA x keluar dari NS la..sejak mak SA kena cuci darah akibat masalah buah pinggang ni SA memang tak keluar jauh dari NS..tengah tunggu mak buat CAPD nanti..iaitu cuci air untuk msalh buah pinggang. Masa tu nanti maybe senang sikit nak kemana-mana.
Semalam awal pagi SA cadangkan kat mak abah sarapan kat luar. Tak kisah la kat mamak ke apa kan sebab dah muak hari-hari buat sarapan sendiri. Mak tak nak plak sarapan kt mamak..mak requested makan kat gerai dalam Sawah..ok jugak sebab dah lama tak makan kat situ..mana tau ada rezeki kan..kedai tu pulak hari-hari memang fullhouse..Sampai -sampai je SA tengok pemandangan yang subhanallah cantik dengan kabus..sayangnya sawah padi baru je habis musim..belum ditanam dengan yang baru lagi..kalau tak...sure lagi cantik pemandangan..nasib baik sampai-sampai aje ada tempt kosong untuk 4 orang..tunggu pun tak lama untuk makanan kami..


Pose sebelum sarapan

Cantik kan alam semulajadi..sorry SA baru cuci rambut


Tali air yang jernih airnya...rasa nak masuk je kat tali air tu


Nampak tak berapa banyak kereta yang berhenti kat sepanjang jalan ni..jangan x percaya ada dari KL jugak tau


Cantik kan pemandangan...kalau ada padi yang subur sure lgi cantik


Suasana sejuk dan santai


Cuma gerai biasa tapi popular dengan sarapan ala kampung yang sedap


Sempat bermesra dengan anak itik kat area gerai tepi sawah


Nasi Lemak pilihan Mak dan Dania


Roti canai double untuk SA dan Abah..lembut rotinya dan sedap sgt


Mak SA..


Boyfriend Mak SA merangkap boyfriend SA juga...


Sesekali spend time dengan family macam ni adalah sesuatu yang sangat berharga dalam hidup SA. Kualiti masa yang tak ternilai..memandangkan SA masih belum berkeluarga untuk kali ke 2, masa SA lebih pada family yang tercinta. SA dh mlas nak peduli apa yang orang kata tentang SA. Ada yang kata SA sia-siakan masa muda dan macam-macam lagi..pada SA senang je..ada jodoh..ada la..takde jodoh memang dh ditakdirkan SA menjaga kedua ibu bapa SA..ada banyak hikmah atas apa juga yang terjadi kan..SA dah cukup bahagia dah sekarang..Jodoh,maut dan pertemuan adalah urusan yang maha esa..ada la tu aturan buat SA..

Sempena Hari Ibu...khas buat semua ibu di dunia...Selamat Hari Ibu...

22 comments:

  1. happy mother's dau utk SA...sejuk mata memandang view tu

    ReplyDelete
  2. Best kak..as long aa masih ada ibu yg nak diraikan..cam Min ni dah x ada mak n abah..

    ReplyDelete
  3. Seronokkan bila dapat sarapn ala2 kampung dengan mak ayah pulak tu. mengimbau kenangan betul. Tapi org kata selagi hidup kita bahagiakan mereka insyaallah ada rezekinya nanti

    ReplyDelete
  4. Happy Mothers Day kak SA..
    Cantik pemandangan kawasan warung tu..

    ReplyDelete
  5. Happy mother's day to you and your mommy. You are having not only good food there but also the mesmerizing view. Oh my... I feel fresh after looking at those photos plus superb hungry... Lolz

    ReplyDelete
  6. Selamat Hari Ibu kak. Cantik pemandangan berkabus tu.

    ReplyDelete
  7. Selamat hari ibu kak SA...
    cantiknya pemandangan kg...

    ReplyDelete
  8. Cantikkkk..kalau dkat..dah lama pi

    ReplyDelete
  9. Guna camera apa ..cantik photo ?

    ReplyDelete
  10. MasyaAllah...cantiknya pemandang di situ... :)

    ReplyDelete
  11. Bestnya dapat celeb mother's day sama ibu. Tahun ni sis tak merasa dah sambut dengan ibu, selalu saban tahun memang buat surprise untuk mereka.
    Tak apalah SA kita sendiri dan dapat berbakti utk mak ayah kita pun dah bersyukur sangat. Pekak kan telinga je apa org nak kata

    ReplyDelete
  12. Selamat Hari Ibu SA..kak dah tak ada kedua ibubapa dan juga mak/bapa mertua jd tggu anak lelaki jerlah sambut mother day utk mak dia

    ReplyDelete
  13. SA Del pernah lalu jer depan kedai tu, tak pernah lagi cuba. orang kata sedap makan dekat situ. Btw Del dekat Bahau pun ada tempat macam ni dekat Kg. Lonek. Nasi lemak sotong dia sedap,!! huhu

    ReplyDelete
  14. bestnya tgk pemandangan hijau dengan kabus pagi tu.. tenang aje

    ReplyDelete
  15. Belated Happy Mother's Day to your mummy, SA. What a scenic view. Although it is over a simple kampung fare, it is so meaningful when shared with loved ones.

    ReplyDelete
  16. happy mothers' day! mothers' day is everyday for us! it just neverends the journey of motherhood!

    ReplyDelete
  17. Cantik suasana kelilingnya.. berkabus.. kalau lepas hujan pasti lagi sejuk kan.. ;)

    ReplyDelete
  18. Happy Mother's Day ni!! Such a nice trip with your parents as well, glad you guys enjoy it =)

    ReplyDelete
  19. Cantiknya SA.. kalau dekat nak juga datang situ. Betul SA, setiap yang Allah tetapkan dalam hidup kita pasti ada hikmah. Besar pahala SA dok jaga orang tua SA tu tau..

    ReplyDelete
  20. bestnya permandangan dekat situ, berkabus mesti sejuk je angin.

    ReplyDelete
  21. Nsi lemak tu nampak sedap. View pun cantik. Lagi berselera nak makan hee

    ReplyDelete

Heyy Gojes..Any Comment????
Comment Yang Elok- Elok Aje Ye......