Hi korang...
Pagi tadi mak abah, adik lelaki dan mummy Dida pi IJN ada urusan ubat mak..awal pagi SA dh bangun..lepas je jiorang gerak SA keluarkan daging..keluarkan ikan..berkira-kira nk masak daging kicap..eh mak mak boleh makan kicap plak..so SA decided masak rendang daging..gigih ni..hiris segala mak nenek bahan dan blend aje..malas nak menumbuk bagai...tak tahu la angin apa yang merasuk badan untuk masak cepat..dh berapa hari terperap je kat dalam rumah ni..ingat petang ni nak keluar jalan..tapi x tau lagi nak pergi mana..ingat nak cari casut raya Dania..tengok la..SA pun x berapa nak sihat sangat lagi...
bahan-bahan blend, kunyit hidup, bawang putih, bawang merah,halia dan serai
bahan-bahan penumis
Daging lembu of course
Daun kunyit SA masukkan kemudian bila dh hampir kering
video di instagram
Rendang daging dah siap masak
Awal SA masak..bukan satu lauk je..SA masak jugak ikan siakap sambal..mak SA x boleh makan daging..hehe..setakat rasa sikit-sikit tu takpe..kali ni rasa sedap skit rendang sebab SA buat dalam kuantiti yang sikit..daging pun sekilo je..nak makan tengahari je..kebetulan adik lelaki dari Muar balik...SA x buat rendang kering..buat basah-bash dan berkuah sikit..senang abah nak makan..dan letak kerisik jugak..sebab tu sedap skit..takde sapa puji..kita puji diri sendiri la..haha...
Korang masak apa hari ni?
sa ni kalau entry makanan memang terliur di buatnya huhuuuu
ReplyDeleteLapar lagi baca entri nie, hadoi la SA hahaha.. Kak Sue pun masak kadang guna santan kotak juga, nak cepat..
ReplyDeleteMesti sedap ni kak..saya masak kat kedai je 3 hari ni hehe
ReplyDeleteSedap betul Rendang Daging Kak SA nih huhu....
ReplyDeleteDah lama tak masak dan rindu nak masak. Sedapnya nampak rendang daging kak..
ReplyDeleteRendang nie kalau dapat kawankan dengan pulut, pergh!! memang tak pandang kiri kanan dah..
ReplyDeleteDaun kunyit ai suka letak banyak2.. ;)
ReplyDeleteRajin akak merendang. Tapi kalau makan rendang dengan nasi panas atau pulut kuning, perghhh terangkat abis
ReplyDeletetak kisah hantu apa merasuk nak masak rendang tapi memang sedapnya lah rendang daging makan dengan nasi panas :D
ReplyDeleteKalau rendang daging , mau bertambah makan nasi nya hee.
ReplyDelete