Tuesday, May 8, 2018

Masak Dengan Stail Di Bulan Ramadan Ini Bersama Pentoli & 11street

11street dan Pentoli menyediakan kemudahan terbaik kepada rakyat Malaysia menerusi penawaran peralatan masak berkualiti premium yang mengetengahkan aspek keselamatan


Dengan musim perayaan yang bakal menjelma tidak lama lagi, 11street Malaysia menjalinkan kerjasama dengan Pentoli, sebuah jenama peralatan masak premium berinspirasikan rekaan Itali yang klasik dan kontemporari, untuk membawakan rangkaian peralatan berkualiti tinggi ke platform 11street. 

Kerjasama ini melambangkan usaha berterusan 11street dalam mempertingkatkan kepelbagaian produk bagi memenuhi kehendak dan keperluan pengguna. 

Menerusi kerjasama dengan Pentoli, 11street terus melangkah ke hadapan untuk menjadi sebuah platform beli-belah dalam talian yang lebih holistik, pada masa yang sama mempertingkatkan pengalaman membeli-belah pelanggan. 

Bruce Lim, Naib Presiden Perdagangan 11street berkata: “Saya percaya orang ramai akan sentiasa mencari produk-produk berkualiti dan kerjasama dengan Pentoli ini akan membenarkan pelanggan mendapatkan peralatan berkualiti tinggi dan selamat melalui platform 11street. Kedua-dua syarikat akan bekerjasama dengan rapat untuk menyediakan produk dan perkhidmatan yang akan memanfaatkan pelanggan, sementara kami Bersama berusaha untuk terus memperkukuhkan perniagaan.”



Kilang Pentoli merupakan salah sebuah kilang di luar Jepun yang menerima pensijilan SG (CH-IH) dan layak untuk menghasilkan peralatan masak keluli tahan karat yang bersesuaian dengan pemanas aruhan. Ini bermakna setiap bahan mentah dan penghasilan produk Pentoli terkawal, memastikan kebolehpercayaan dan ketekalan jenamanya.

Menerusi Teknologi Pembentukan-Pintar Pentoli (Smart-Forming Technology) yang unik dan inovatif, ketebalan dinding pembolehubah, pada masa sama mengoptimumkan berat badan dan agihan haba dalam rangkaian produk Pentoli memastikan tempoh masakan yang lebih singkat dan penjimatan penggunaan tenaga. Hasilnya, makanan dimasak menggunakan kaedah lebih selamat dan sihat. Ini memberikan ketenangan minda kepada pengguna dan membolehkan mereka memberi tumpuan kepada perkara-perkara yang lebih penting - membentuk memori berharga dengan insan tersayang semasa musim perayaan ini. 


Turut hadir pada majlis media yang dianjurkan,  Khoo Chee Kong, Pengarah Urusan Pentoli berkata: “Di Pentoli, kami sentiasa berusaha untuk menginovasikan produk bagi menyediakan pengalaman memasak yang luar biasa kepada para pelanggan. Kami amat berterima kasih kerana dapat berkerjasama dengan 11street kerana ia pasti membolehkan kami mencapai akses pelanggan yang lebih meluas di Malaysia. Syarikat ini juga yakin bahawa kedua-dua jenama akan menerima manfaat daripada usaha sama yang terjalin ini.”

Bersempena usaha sama tersebut, Dato’ Fazley Yaakob, personaliti MasterChef Selebriti Malaysia akan menjadi Konsultan Chef rasmi untuk kempen Ramadan dan Hari Raya Pentoli. Beliau mendemonstrasikan cara penyediaan dua hidangan Ramadan kegemarannya iaitu ‘Daging Salai bersama Cili Api dengan Belimbing Hijau’ serta ‘Pisang Gula Hangus dengan Sos Butterscotch Gula Melaka’ bersempena musim perayaan yang akan datang ini. 

Produk Wira


Pentoli Multi-ply Stainless Steel 8L Pressure Cooker

Dilengkapi dengan Mekanisme Sistem Berpanca, Injap Penunjuk Keselamatan Tekanan dan ciri-ciri Injap Keselamatan Tambahan, Pentoli menawarkan pengalaman memasak yang selamat kepada pengguna. Selain itu, stim terperangkap dalam periuk kedap udara yang seterusnya meningkatkan aras tekanan dan mendidih akan mempercepatkan proses masakan. 






Pentoli Multi-ply Stainless Steel 38cm Flat Bottom Wok bersama Penutup Pentoli

Selain mempunyai berat yang ringan, ia didatangkan dengan Pemegang Berkualiti Bakelite dengan penebatan dan tahan panas yang terbaik. Injap Udara Pintar memberikan pengguna kawalan sepenuhnya untuk menahan dan melepaskan stim. 

Bersempena Kempen Ramadan 11street yang berlangsung mulai  hari ini sehingga 15 Jun 2018, Pentoli akan menyediakan tawaran menarik terhadap peralatan masak dengan diskaun sehingga 78% menerusi 11street. Selain itu, kuali 28cm Pentoli akan diberikan secara percuma kepada pelanggan yang membuat pembelian rangkaian Pentoli Hero cookware.  Sebagai kemudahan tambahan, pelanggan juga boleh memilih untuk mendapatkan pelan ansuran sehingga 36 bulan sepanjang tempoh promosi.

Bagi maklumat lanjut, sila layari laman web http://www.11street.my/store/pentoli

7 comments:

  1. Kalau dapat hadiah ni nampak gaya kena selalu masuk dapur

    ReplyDelete
  2. Pressure Cooker tu menarik perhatianku..

    ReplyDelete
  3. Hadoi hai yang nie lemah juga nie, kalau nampak periuk bagai macam nie mula la nak tambah koleksi.. hehehe..

    ReplyDelete
  4. haa, elok untuk mereka yang sedang mencari pressure cooker. elok ada satu sebab menjimatkan masa di dapur plus dapur pun tak bersepah hahahhaha

    ReplyDelete
  5. Adoi ni semua la nih... menjahanamkan duit.. hahaha

    ReplyDelete
  6. Pressure Cooker tu nampak mengancam..

    ReplyDelete
  7. Ni kalau ada dapur sendiri ni dah lama beli hehe. Melayang la duit

    ReplyDelete

Heyy Gojes..Any Comment????
Comment Yang Elok- Elok Aje Ye......