Tuesday, May 15, 2018

Lunch Di Rancher Steakhouse Palm Mall Seremban & Tonton Wayang Cerita Rampage

Hi korang..

Sabtu lepas giler boring betul..mak abah takde pi Hospital Jelebu sebab mak kena cuci darah selang 2 hari..memang seharian mak abah takde, SA ngan Dania plan pi tengok wayang je la kat Palm Mall. Lepas je mak abah keluar kitorang berdua terus siap- siap. Amik grab car then pergilah ke Palm Mall seperti kebiasaan. SA memang suka tengok wayang kat sini sebab panggung baru dan selesa kan..Panggung pun xde la crowded sangat...kami berdua tawakal aje la tengok apa cerita yang ada..terus ternampak Rampage. Mula- mula nak tengok citer hantu..tapi knowing mama dia yang agak penakut..so kami sepakat pilih citer Rampage lakonan The Rock..memang belasah je tengok x baca pun kat mana- mana review ke apa kan..Dah beli tiket kami cari tempat nak makan..kebetulan sarapan berat je pagi tu..tak makan tengahari lagi. Lagipun wayang start pukul 2.50pm. Jam masa tu baru pukul 2.10pm..sempat makan...

So jalan- jalan cari kat tingkat bawah sekali jumpa Rancher Steakhouse. Tak pernah dengar..so masuk jer lepas tengok buku menu...harga ok la tak mahal pun...harap- harap sedap la makanan kat sini sama level ngan steakhouse yang lain. Tinggi betul harapan masa tu...SA bukan la mengada sebab dah biasa makan steak mahal..tapi ye la..kita as customer yang dah biasa makan steak..memang expectation tinggi. SA pilih Shoulder Lamb grill dan Dania pilih Chicken grill.

Jom tengok gambar..


Condiments pepper & salt



Selfie jap


Dania ni dah x berapa suka bergambar..kena ikut mood dia...kadang menyampah plak susah nak amik gambar..so curi2 je la snap gambar dia..


Ice lemon tea so..so...


Orange juice which is cordial


Mushroom soup yang sangat mengecewakan sebab guna instant je..


Shoulder Lamb Grill SA bagi 2 bintang sebab kering


zoom skit...


Chicken grill dania...okey la sedap..

Sedikit mengecewakan la dengan makanan kat sini...ye la memang kita tak leh compare dengan steakhouse ternama tapi pada SA mereka perlu perbaiki kualiti makanan especially mushroom soup. Maybe boleh come out dengan speciality mereka dengan hasilkan mushroom soup inhouse. And then mushroom soup tu perlu pekat dan ada mushroom slices dan sekali kan dengan garlic bread kan..so pelanggan pun puas hati..Macam mana dengan harga? Untuk makan berdua dengan Dania tu Sa dikenakan RM60..Okey la..harga takde masalah cuma pada SA kualiti tu yang perlu diambil kira. Bila semua sempurna insyaallah ramai pelanggan datang...


Lepas tengok wayang layan Dania makan KFC plak...sebenarnya mama pun x kenyang...


Tiket wayang Rampage, RM15.00 seorang





Tentang Filem Rampage..

SA suka cerita ni...tak berat pun...ada unsur2 lawak skit di samping sedikit adegan mencemaskan..cerita ini lakonan Dwayne Johnson actor bertubuh sasa yang terkenal dengan gelaran The Rock cuba menyelamatkan Gorilla kesayangan di bawah jagaannya dari terkena infection dan bertukar menjadi gergasi yang cuba menghancurkan kota. Gorilla yang diberikan nama George serta dua ekor haiwan iaitu buaya dan Serigala bertukar size secara mendadak selepas terkena infection bahan ujikaji genetik.Berjayakah Dwayne Johnson menyelamatkan kota raya, penduduk dan George Gorilla kesayangan...haaaaa....korang kena tengok sendiri cerita ni...dan SA sangat-sangat recommended untuk korang tengok..best sangat......

22 comments:

  1. tak bestlah kalau dia takde special dishes dari kedai tu sendiri kan..

    ReplyDelete
  2. Kak SA sedapnya tengok lamb dia tapi alahai kering la pulak.airah memang suka makan lamb.biasa kalau keluar makan dengan husband sorang pilih lamb sorang pilih chicken chop haha

    ReplyDelete
  3. Tk juicy shoulder lamb tu ye .. Menu dania not bad... Rampage xsempat tgk.. Ankdara aritu ajak juga ..tp dh abis kt wyg . Tgu tgk kt android box la nanti

    ReplyDelete
  4. Baru ni anak ada gi tengok cite Rampage ni..dia kata sedap cerita ni, rugi pulak mak tak ikut.
    Macam2 dah ya ada kat Seremban, lama betul sis tak jejak kaki kat Seremban tu, sure dah banyak perubahan menarik n tempat makan sedap-sedap

    ReplyDelete
  5. Akak macam SA..bab harga tak kisah kalau kena dengan rasa dna kualiti makanan tuh.kalau rasa memgecewakan memang saya rasa tak berbaloi dengan harga yang dibayar. Kalau saya memang dah komplen dah.

    ReplyDelete
  6. wanna go try but no time as busy driving kids. Oh movie Rampage I no yet watch, kids been asking to watch

    ReplyDelete
  7. Tgk foods dia mcm best tp like SA cakap la. The mushroom soup boleb dibuat sendiri sbb senang je.Lamb tu maybe sbb grilled terlalu lama kot tu yg kering. Kena perbaiki quality foods sbb tgk tempatnya dah selesa.

    ReplyDelete
  8. Rampage - BEST! Rawlins ada nak menangis juga time last-last tapi tak jadi hahaha. Kesiannya SA dapat makanan tak best tapi KFC tu pengubat lara kan hehehe

    ReplyDelete
  9. Tak suka betuk bila spent duit untuk makanan tapi mengecewakan .Lagi2 bila time lapar. Mood x elok boleh rasa nk marah je .Presentation lawa pun kena sedap jugak .

    ReplyDelete
  10. Amboii dating anak beranak. Bestnya kann dpt luang masa dgn family. Restoran tu nampak hve hve sangat dan steak tu nampak menyelerakan sgt. Sy belum lg tgok rampage. Tp ramai kt best. Nanti lah nak pergi tgok

    ReplyDelete
  11. Dating sebelum ramadhan ni. Heheh. seronok dapat luang masa bersama org tersayang. Lepas makan sedap layan movie pulak...mmg hari yg teristimewa.

    ReplyDelete
  12. Kesian SA kecewa dengan food yang di restoren Rancher tu. Hope diorang baca la blog SA dan buat penambahbaikan. Kalau grilled dah over cooked memang tak sedap langsung nak makan kan... Seronok tengok SA dating berdua dengan Dania. Pemalu anak dara sorang tu.. xpe la , biar pemalu camtu.lagi bagus

    ReplyDelete
  13. hey gambar botol gambar pun ambil ke hahaha .anyway sedap tak steak dekat situ,. bukan selalu kan spend masa camni. pesan kat anak2 nanti igt sampai tua

    ReplyDelete
  14. I have not watch Rampage yet, maybe will go to watch it this weekend. Harap ada lagi kat cinema.

    ReplyDelete
  15. Nampak menarik tengok pada gambar2 yang ada tu.. ;)

    ReplyDelete
  16. I belum lagi ada peluang pergi palm mall... belum watch Rampage jugak.. such a nice experience and lovely lunch u have there..

    ReplyDelete
  17. Seronok dapat lepak dengan anak dara macam nie kan SA. Betul tu kalau sedap n berbaloi harga InsyaAllah mesti pelanggan datang lagi..

    ReplyDelete
  18. Bestnya dapat luangkan masa bersama yang tersayang kan. Jalan-jalan, makan tengok wayang :)

    ReplyDelete
  19. Alahai.. kalau kering daging tu mesti rasa dia kureng..
    Sha dah tengok rampage memang best.. layan..

    ReplyDelete
  20. spoil lah kalau mushroom soup cair. Suka sangat makan mushroom soup KFC ataupun pizza hut

    ReplyDelete
  21. Rampage best. Kelakar yang part last tu hee. Sedap nya tgk maknan smua termasuk kfc haha.

    ReplyDelete

Heyy Gojes..Any Comment????
Comment Yang Elok- Elok Aje Ye......

Suria Amanda Copyright © 2014 Designed by Ms.Azhafizah