Thursday, May 10, 2018

Kisah PRU14 SA..

Hi korang...

Berakhir dh PRU14 kan..debaran pun dah lepas dh cuma tinggal debaran pengumuman PM baru kita..keputusan totally mengejutkan semua rakyat..perubahan sememangnya dinantikan Rakyat Malaysia yang dh terlalu lama memendam rasa..kali ni sememangnya perubahan yang paling besar..
Seawal pagi SA keluarengundi, hantar mak Abah dulu kat Rantau..memandangkan mak tak berapa kuat so SA tolong tolak kerusi roda Mak..Mak jadi tumpuan betul pagi tu..semua lensa kamera tertumpu kat kami..Tokmat dan Isteri pun salam mak abah...SA setia si belakang mak abah..hahaha...memang kelakar la bila jadi tumpuan..selesai mak abah mengundi x sampai 10 min..pergi tempat lain plak hantar SA..

Memang satu kejutan apabila 5 tahun lepas tak ramai yang datang mengundi area SA ni..tapi kali ni nacam tsunami..ramai dikalangan anak-anak muda keluar mengundi..memang betul anak muda penyumbang undi terbesar.sememangnya semua mahukan perubahan..Siapa yang SA undi tidak menjadi persoalan..tetapi sememangnya tampuk pemerintahan perlu di tukar..rakyat dah lama merasai keperitan..semoga manifesto yang dijanjikan ditunaikan sebaiknya....


Mak diberi pelepasan masuk cepat..sama dengan abah..


Nampak Tokmat kat belakang tu..


giliran SA..saluran 10


Nampak....punya la ramai beratur..saluran sampai 17


SA beratur di saluran 10


Nasib x berapa ramai tapi lama gak beratur..hampir 1 jam


Berpeluh-peluh muka


Selesai...


Nak jugak amik guna bokeh


mula2 x pekat dakwat ni..


sekali pekat giler..ada ag kata memang inai di campur dakwat hitam

Seharian kami diluar...abaikan double chin SA

Keputusan dah ada...kerajaan dah bertukar...PM baru pun akan angkat sumpah..welcome back Tun..semoga 5 tahun dengan pimpinan kerajaan baru ini Manifesto yang dijanjikan di jalankan dengan telus..kepada BN..tiba masanya rakyat inginkan perubahan...rakyat happy dan dah tunggu lama dah...


Kerajaan Baru
1. Selangor (PKR)
2. Pulau Pinang (PKR)
3. Johor (PKR)
4. Melaka (PKR)
5. Negeri Sembilan (PKR)
6. Perak (PKR)
7. Kedah (PKR)
8. Wilayah Persekutuan (PKR)
9. Sabah (WARISAN)

Pembangkang
1. Perlis (BN)
2. Pahang (BN)
3. Terengganu (PAS)
4. Kelantan (PAS)
5. Sarawak (BN)

Apapun berlaku..life must go on..kehidupan perlu diteruskan..rutin harian perlu dijalankan seperti biasa demi kelangsungan hidup...Tahniah Parti Harapan..

28 comments:

  1. Kak Suria, sekali tengok mmg macam inai.. =)

    ReplyDelete
  2. Seronok dapat mengundi di PRU 14 tunaikan tanggungjawab kita sebagai Rakyat Malaysia.

    ReplyDelete
  3. Entah kenapa tahun nihbrasa lain sangat mengundi.lagi ramai kan kak..sebab ada baca yang tak nak turun mengundi pun last minute pegi mengundi.

    ReplyDelete
  4. seronk pergi ngundi kali ni...sampai kul 4.00am berjaga tggu keputusan... 5 thn lepas ngundi jugak tp mlm tu x kisah pun sape menang,..ini kalilahhh..hehehe

    ReplyDelete
  5. Ana kali ke-2 ngundi ni kak. Excited sangat. Wajib tunaikan tanggungjawab as a good citizen kan. Dari bising2 tapi tak g ngundi. Hehe

    ReplyDelete
  6. This year we have a new government. Proud with Malaysian. They voice has been fulfilled. I queue for 30 minutes as we have 11 saluran. But it worth to queue.

    ReplyDelete
  7. Tahun nie rasa lain sangat kan, Kak Sue rasa sebak tiap kali tengok Tun M.. Harap lepas nie ada pembaharuan untuk negara kita kan SA..

    ReplyDelete
  8. Berdebar sangatkan tunggu keputusan. Semoga pilihan rakyat yang telah keluar mengundi dan bersuara kali ini tidak salah. Dan doakan yang baik2, xnak ada lagi rusuhan, moga Malaysia terus aman. Inai dijari tu dah lintur tak sis hehehe

    ReplyDelete
  9. Tahun ni punya penangan memang power. Saya mengundi kat Parlimen Damansara dan Dun Bandar Utama. Nampaknya kemenangan besar ahli Parlimen PKR (Tony Pua) dengan majoriti undi paling banyak dalam history PRU iaitu sebanyak 121 000+++. Apa2 pun hidup mesti diteruskan. Kita harap perubahan yang beri banyak manfaat kepada rakyat.

    ReplyDelete
  10. Waahh... ramai banget ya orang yang datang memilih di PRU itu. Tapi tak apalah demi sokongan ke negara sekali dalam 5 tahun. Semoga yang terpilih juara dan naik undiannya dapat memegang amanah fan tanggungjawa negara serta pro rakyat Malaysia. Selamat untk pemenang. Semoga berjaya

    ReplyDelete
  11. PRU kali ni pecah rekod kan. Ramai keluar mengundi terutamanya budak budak muda. Masa bertugas pun barisan orang muda paling panjang dan lambat habis. Yang veteren sekejap saja selesainya. Masa time saya rehat nak makan, barisan yang hat muda muda nih paling panjang dan lambat nak habis tau kak

    ReplyDelete
  12. Yup, tahun ni rasa bersemangat nak mengundi, memang ramai tahun ni mengundi. Nampak sangat rakyat terutama orang muda nak pemimpin baru yang berwibawa memimpin negara kita. Yela untuk generasi akan datang juga. Tahniah Malaysia, tahniah rakyat sebab dah sebulatvsuara memilih untuk tidak ditindas lagI..

    ReplyDelete
  13. Kita doakan yang terbaik untuk 5 tahun akan datang. Bangga jadi salah satu anak muda yang keluar mengundi :)

    ReplyDelete
  14. Ramainya 😱😱 awal pagi memang macam tu. Sebab tu saya pergi tengahari. Takde orang. Hehe. Sedih pulak tengok Tok Mat. Seronok kerajaan bertukar tapi kesian dengan beberapa pemimpin BN berwibawa macam Tok Mat ni. Apa pun, sekarang Pahang dah jadi negeri pembangkang 😂

    ReplyDelete
  15. Tahniah rakyat Malaysia menjalankan tanggungjawab dengan jaya dan juga dengan penuh ketelusan dan juga membuktikan bahawa demokrasi negara ditegakkan dengan telus...

    ReplyDelete
  16. seronok dapat mengikuti pilihanraya kali ini. First time saya mengundi dan seronok menjadi sebahagian daripada sejarah ini. Sangat berpuas hati dengn tompok kepimpinan yg ada. Benar, anak muda inginkan perubahan. Semoga amanah yg diberi digunakan sebaiknya oleh parti yang memerintah. Tahniah buat semua rakyat malaysia !

    ReplyDelete
  17. Akhirnya selesai jugak tanggungjawab kita rakyat malaysia. Liez kira kali ke 3 mengundi dan kali ini vlboleh rasa kelainan dgn suasananya. Nasib mwngundi dpt saluran yg mmg tak ramai org.. dlm masa 5 min dh settle mengundi.. siap anak kecil Liez yang masukkan kertas undian dlm kotak

    ReplyDelete
  18. tahun ni merupakan pengalaman pertama bagi ayu hehehehe...apaun prosesnya walaupun banyak juga halangan tapi still dlm keadaan aman. moga tampuk pemerintahan yang baru ni dapat memberikan yang terbaik

    ReplyDelete
  19. PRU kali ini besar gelombangnya... Jika dulu, cina menolak BN.. kali ini, lebih dasyat dari itu... Sampaikan parti kompenan dalam BN pun kalah teruk.

    Pak menteri pun kalah juga... bukan sorang dua... ramai tue

    ReplyDelete
  20. Alhamdulillah kita selesai melaksanakan tanggungjawab sbgai rkyat malaysia dgn jayanya.. Walau apa pon moga kerajaan baru kali ini dpt buat yg terbaik utk negara.. Kita hanya mampu merancang allah yg menentukan segalanya.. Mmg ramai turun pdg mengundi kali ini...rasa aura tu lain macam... Hehhee

    ReplyDelete
  21. Tahun ni rakyat turun mengundi memang luar biasa! Suara rakyat hanya dengan satu tanda iaitu X dan alhamdulillah semuanya terjawab. Sebak semua ada bila tahu Tun M jadi PM kita lagi sekalikan. Macam perasaan hari kemerdekaan, sungguh!

    ReplyDelete
  22. Ala bestnya mengundi kat kawasan akak. Redup je. Tempat saya panas ha. Beratur panjang. Lepas tu SPR tidak maklumkan tak perlu tengok nombor bil jika bawa henfon dan dah download apps atau screenshot. Jenuh tunggu. Lepas polis bantu, barulah smooth. SPR kena lebih telus dalam memberi penerangan. Grrrr

    ReplyDelete
  23. Seronok PRU, macm gathering pun ada. Macamnak sambut raya pun ada 🤣

    ReplyDelete
  24. PRU ke-14 ni memang nampak sangat perbezaannya dari PRU yang lepas. Anak2 muda belia memang sangat ramai di semua pusat2 mengundi. Tu belum termasuk pengundi2 yang dah berumur. Semestinya ramai yang inginkan yang terbaik untuk negara Malaysia ni dan ini lah satu2 cara Rakyat dapat menyuarakan pendapat dan sokongan mereka. Perang bendera yang paling meriah di kawasan Bella. Haha..

    ReplyDelete
  25. Mengundi kali ini sangat meriah berbanding 5 tahun lepas. Memang betul Tsunami rakyat kali ini. Pertukaran kerajaan pilihan rakyat melalui undi. Kita semua sayangkan negara dan nak kan yang terbaik untuk Malaysia

    ReplyDelete
  26. Kali ni ramai anak2 muda keluar mengundi, itu yang rasa macam tsunami di tempat pengundian. Malah ada yang tak dapat nak mengundi gara-gara masa telah tamat.. :(

    ReplyDelete
  27. wow ramainya sampai 17 saluran. Dekat Sabak ada 7 saluran je

    ReplyDelete
  28. Tahun ini memang menjadi satu sejarah bila anak muda keluar mengundi.. Ramai betul..

    ReplyDelete

Heyy Gojes..Any Comment????
Comment Yang Elok- Elok Aje Ye......

Suria Amanda Copyright © 2014 Designed by Ms.Azhafizah