Thursday, May 17, 2018

Kenikmatan Raya Bersama Kimball Dan Selebriti Cef Fikree Aznan

Rumah terbuka Hari Raya merupakan satu sambutan perayaan meriah yang pasti dihadiri oleh keluarga dan sahabat handai bukan sahaja untuk menjamu hidangan yang disediakan tetapi juga untuk merapatkan lagi ikatan silaturahim. Akan tetapi, ramai mungkin menghadapi stres apabila hendak merancang majlis rumah terbuka, daripada memilih barang hiasan rumah, membeli baju Raya untuk ahli keluarga kepada perancangan menu rumah terbuka.

Sertai peraduan ini untuk berpeluang memenangi rumah terbuka bersama Cef Fikree dan Kimball!


Alangkah indah jika pada tahun ini, anda tidak perlu bersusah payah merancang atau berbelanja untuk menganjurkan majlis terbuka untuk sanak saudara dan sahabat handai, dan beraya bersama selebriti cef?

Sempena kempen Kimball yang bertema ‘Mudah dan Lazat, Hati Terpikat’, Kimball sedang menganjurkan satu peraduan bersama selebriti Cef Fikree Aznan untuk membawakan Jamuan Raya Kimball ke kediaman dua pengguna Kimball yang bertuah. Antara resipi-resipi yang akan disajikan ialah Gado-Gado Raya Kimball, Kurma Ayam dan Sayur Kimball bersama Nasi Tomato Kacang Kuda Kimball dan Kek Kurma Kimball yang boleh disaji untuk 10 orang.

 Resipi-resipi dari kempen terbaharu Kimball, Mudah Dan Lazat, Hati Terpikat.

Sebagai tanda penghargaan Kimball kepada pengguna setianya, dua pemenang hadiah utama juga akan menerima hamper barangan Tupperware bernilai RM1,000 setiap satu. Terdapat juga hamper Tupperware bernilai RM268 untuk 50 lagi pemenang saguhati.

Untuk menyertai peraduan ini, anda hanya perlu membeli produk Kimball bernilai RM10 dan ke atas dalam satu resit, jawab satu soalan mudah dan hantarkan jawapan anda bersama butiran peribadi melalui Whatsapp ke +6016.454.7909. Peraduan ini terbuka kepada warganegara Malaysia berumur 18 tahun ke atas dan menetap di Malaysia. Cepat,  sertai peraduan ini sebelum tarikh tutupnya pada 10 Jun 2018.

Untuk informasi lanjut serta terma dan syarat peraduan Kimball ini, sila layari laman web Kimball di http://www.kimball.com.my/ atau Facebook Kimball di https://www.facebook.com/KimballMalaysia/!


Mengenai Kimball Malaysia

Dengan warisan lebih dari 40 tahun, Kimball merupakan jenama makanan Malaysia yang mempunyai pelbagai jenis produk seperti Sos (Chilli, Tomato, Tiram, Lada Hitam, BBQ), Sos Salad (Mayonis), Pasta Kering dan lain-lain untuk mencipta pelbagai pilihan yang menjimatkan. Kimball menggalakkan warga Malaysia untuk menambah produk-produk Kimball dalam penyediaan hidangan mereka bagi menjadikannya lebih lazat dan lebih menjimatkan.

11 comments:

  1. wow..bestnya kalau dapat ni Kak SA..Sha pun selalu guna produk kimball..harga berpatutan dan sedap setanding produk-produk mahal.

    ReplyDelete
  2. khaty pun pengguna setia kimball sos. hihihi

    ReplyDelete
  3. Akak minat dgn hadiah tupperware bernilai RM1k tu, hihihi.... Kalau sajian utk 10 org ja x cukup sbb keluarga ramai.

    ReplyDelete
  4. Kimball competition? Wah can't miss this. If I could get my hands on the hamper...

    ReplyDelete
  5. rasa nak try la, manatau rezeki

    ReplyDelete
  6. Wah best nie, boleh lah Kak Sue cuba nanti kut ada rezeki..

    ReplyDelete
  7. busyra pernah rasa dlu kimball sos.. sedap jgk..

    akakk jom exchange bloglist!!

    ReplyDelete
  8. Macam best je kak peraduan kimball nih. Tapi sekarang bapak malas nak join mana mana peraduan. Hahaha

    ReplyDelete
  9. Kalau menang nie, memang untung besar..

    ReplyDelete
  10. Kimball punya sos memang sedap :) Hee

    ReplyDelete

Heyy Gojes..Any Comment????
Comment Yang Elok- Elok Aje Ye......

Suria Amanda Copyright © 2014 Designed by Ms.Azhafizah