Thursday, May 24, 2018

Jalan Jalan Japan Kini Di Buka Di Centrepoint Seremban!!

Outlet Terbaru Jalan Jalan Jepun Kini Di Centrepoint Seremban

Hi Korang..

Berita gembira buat semua warga Seremban dan yang berdekatan dengan Seremban, SA nak bagi tahu korang yang cawangan terbaru Jalan Jalan Japan iaitu kedai barangan terpakai terbesar kini dibuka di Centrepoint Seremban. Pembukaan rasmi kepada orang ramai akan diadakan pada 2 June 2018. Kedai barangan terpakai yang diimport dari Jepun ini merupakan cawangan ketiga selepas cawangan pertama di One City Subang Jaya yang dibuka pada November 2016 dan Outlet kedua di Shamelin Mall yang dibuka pada 2017. Kedai ini dinamakan Jalan Jalan Japan kerana inginkan orang ramai merasai pengalaman membeli belah yang sama seolah- olah berada ni negara Jepun

Beraneka barangan terpakai terdiri dari pakaian,barangan keperluan rumah, barangan bayi, peralatan sukan, mainan kanak- kanak, perabot, instrument dan macam macam lagi dijual disini. Dan setiap barangan terdiri dari barangan berjenama terkenal yang dijual semula. Korang hanya perlu bijak memilih barangan yang korang suka dengan Harga Giler yang bermaksud dengan harga yang sangat rendah serendah RM1. SA dan rakan- rakan blogger yang lain telah merasai pengalaman membeli belah semasa preview istimewa yang khusus diadakan untuk kami. Memang semua teruja dan troli masing- masing penuh dengan barangan yang kami pilih. Seronok betul rasanya...

Sebelum impian ke negara Jepun menjadi kenyataan, meh la kita feeling- feeling shopping di negara Jepun.



Alat tulis..


Poster-poster anime dan artis2 Jepun


Rain coat yang pelbagai dan banyak size


Barangan perhiasan diri


Kusyen- kusyen yang cantik


Comel tak?


Kipas tu sinonim sangat ngan Jepun kan..


Bahagian peralatan dapur..cawan dan bekas- bekas bento


Globe ni pun dijual jugak tau..lupa plak tengok harga..keadaan pun masih baik dan nampak baru


Banyaknya baju...


Winter jaket tu SA berkenan tapi tak beli pun..RM20


Blazer terpakai..RM30


Bahagian Kimono


Comel tak Dania dalam Kimono?


Kimono ni cantik sangat..harga RM20


Terompah comel


Bag- bag terpakai dan ada antaranya berjenama dan masih elok..


Bahagian bag...cantik kan...SA ambil bag yang huruf M tu tapi ambil yang huruf R


Barangan kanak- kanak..


Kayu golf terpakai


Peralatan golf


Cantik kan lampu ni..hanya RM20


Perhiasan rumah


Button batch kegilaan Dania..


Mainan Lego walaupun preloved iaitu barangan terpakai tapi nampak masih baru..


Watak Anime yang comel


Opocot!!!hahaha..macam- macam benda menarik perhatian Dania


Koleksi Hello Kitty, kalau si kembar dan Dida nampak ni...sure meroyan


Barangan comel ni...geram jer..cute sangat...


Comel kan?


Haaaaa....penuh bakul SA..yang mainan tu dah tentu- tentu untuk anak- anak buah dan Dania


Separuh dari barangan yang SA beli


Time untuk bayar...


SA dah shopping...korang?


Alaa..SA join lucky draw tapi tak luck..dapat 2 pek mamee tu je


Yeay...we had a blast!!!


SA dan Mr Daichi Shuzui - Director


Jalan Jalan Japan terletak di tingkat 3, Centrepoint Seremban dan SA nak ajak korang khususnya orang- orang Seremban datang beramai- ramai shopping kat sini.Memang 2 jam masa tak cukup kalau dah masuk kat sini tau..Semua barangan memukau mata. Tak percaya?Meh tengok video yang SA sediakan ni...korang pasti teruja shopping preloved item di kedai yang sangat luas dan selesa. Lebih dari 200 ribu barangan yang diimport dari Jepun di tempatkan di Jalan Jalan Jepun Centrepoint  Seremban.



Jangan lupa tau... 2hb June 2018 pembukaan rasmi Jalan Jalan Japan Centrepoint Seremban. Ajak kawan-kawan, saudara mara dan sesiapa sahaja orang Seremban serbu JJJ Seremban dan pastikan korang penuhkan bakul yang sedia ada. SA yakin korang semua akan jatuh hati macam SA. Ada lucky draw special juga akan diberikan kepada pengunjung yang bertuah.....haaa best kan?

Jangan tunggu lagi....save the date... 2hb June 2018......


Alamat:

Jalan Jalan Japan 
Centrepoint Seremban 
3, Jalan Dato Siamang Gagap, 
Betaria Business Centre, 
70100 Seremban, Negeri Sembilan


Facebook

Instagram

34 comments:

  1. Waaa seronoknyaa..globe tu yg best.. huhu

    ReplyDelete
  2. Menariknya kak..kalau saya gi sini mau rambang mata saya ni kak. Menariknya kat sini ialah semua benda pun ada kat sini kan kak..haishh bahaya ni kalau saya ke sana heheh tp nanti nak la ajak cik abe gi wakakaka

    ReplyDelete
  3. Bahayanya kalau Rawlins ke sini. Bahaya. Huhu. Kang ada yang kena usung keluar sebab tak habis-habis membelek. Haha

    ReplyDelete
  4. Finally deorang dah buka cawangan baru kat Seremban. Suka dengan kedai prelove ni, dahla murah, barang banyak yang bagus-bagus lagi.

    ReplyDelete
  5. Best jugak barang-batang kat situ, memang boleh rambang mata di buat nya

    ReplyDelete
  6. murahnya kak,, nanti nak ajak asben terjah

    ReplyDelete
  7. wah..mernariks tu. balik raya nanti leh terjah ni

    ReplyDelete
  8. Tu diaaa... Banyaknya pilihan! Pernah sekali pergi tapi bukan di Serembanlah. Memang harganya cukup murah dan yang penting, barangannya banyak. Ruang nak membeli tu pun besar dan selesa.

    ReplyDelete
  9. ramainya orang ke sini. jjj ni memang ramai yang cakap bagus. high premium klaau beli pun takde masalah ka? sebab terjaga kualtinya

    ReplyDelete
  10. ish kena pergi ni.. ni boleh mendatangkan kegilaan ni.. lagi2 bawak anak2
    harga mesti murah2 ni

    ReplyDelete
  11. Congratulation to Jalan Jalan Japan for the latest opening at Seremban they are growing fast. And I like to shop pre loved item at Jalan Jalan Japan. Mostly the products look like new.

    ReplyDelete
  12. SA tayang semua gambar buat Bonde tak sabar nak tunggu 2 Jun ni hu hu hu

    ReplyDelete
  13. Kalau bawak anak2 confirm lamaaaa kat dalam tu.. hehehe..

    ReplyDelete
  14. JJJ yg dekat pun tak pergi lagi ni dah buka kat Seremban..mmg tak rasa nak pergi pun sebab iman tak kuat...hahaha..mau pokai memborong nanti..hehe

    ReplyDelete
  15. wah dh buka kt seremban..dkt la ngan SA...meriah btul brg2 die..mau rambang mata kn...sure tgk tu nk bli..tgk ni nk beli..kena kawal nafsu ni masuk sini...hehe...aritu adik ada pi juga..die bli brg2 sebelum nk fly ke jepun

    ReplyDelete
  16. Bestnya dapat jadi antara orang yang terawal pergi Jalan-Jalan Japan ni. Banyak pilihan barangan. Rambang juga mata ni. Nampak besar juga cawangan yang dekat seremba ni yer.

    ReplyDelete
  17. Jealousnyaa bila kat seremban ada Jalan-jalan Japan ni . Untungnya orang Negeri . Lia tunggu je bila nak ada cawangan kat Penang ni .Geram tengok barang dia best2.

    ReplyDelete
  18. kita dah berapa kali terjebak datang JJJ tapi yang kat subang..memang best dan puas hati sbb banyak barang yang murah dan berbaloi utk membeli

    ReplyDelete
  19. Wah untunglah orng-orang seremban..jalan-jalan japan dah ada kat sana. Sis pun dah pergi yg ada kat Cheras ni, harga memang murah2...ingat nak kesana lagi lah

    ReplyDelete
  20. Tak puas shopping dekat JJJ hari tu. Macam nak repeat lg je kak. murah2 yg amat lah. Heheheh

    ReplyDelete
  21. Wah menarik nie SA, tak pernah lagi Kak Sue singgah mana-mana JJJ nie..

    ReplyDelete
  22. bestnya Kak SA dapat rasmikan kedai nie terlebih dahulu. Mesti banyak pilihan nak beli. Harga pulak murah2. alaaaa tak sabarnya nak tunggu 2 Jun nie. nanti sy nak singgah jugak !

    ReplyDelete
  23. Wah dah ada kt setekt setemban ya skang. Saya dulu selalu shoping baju sejuk kat sini kalau nak ke oversea. Murah kot. Ada sampai belas ringgit.

    ReplyDelete
  24. Banyak nya barang boleh dibeli di jalan jalan japan.. harga nya memang berpatutan.. syok nya.. boleh shopping.. jom..

    ReplyDelete
  25. Jalan2 Jepun ni memang tak menghampakan. Semua barang dia, harga pula memang murah betul. Tak kisah la barang prelove janji kualiti bagus.

    ReplyDelete
  26. Jalan jalan japan is one of my favorite junk store, they offer a wide selection to choose from, at affordable rates.

    ReplyDelete
  27. Bestnya kak. Nak terjah JJJ juga lah. Nampak semua menarik.

    ReplyDelete
  28. bestnya walapun barang preloved semuanya nampak condition like new je.. nak pergi terjah la nanti otw balik kampung..boleh singgah ke sini jap.. hehe

    ReplyDelete
  29. waa, dah ada dua outlet dah.

    ReplyDelete
  30. Walaupun preloved tapi nampak macam baharu jer...
    Mrs. A pun nak terjah juga ni, Jelesz tengok SA memborong tu

    ReplyDelete
  31. Bestkan kak SA shoppung dekat Jalan Jalan Jaoan ni. Meriah sangat. Barang pun banyak.. Jadi rambang mata nak pilih tau

    ReplyDelete
  32. Meriah betul barang-barangnya.. Teruja pula Sha tengok..

    ReplyDelete
  33. wahhhh shopping sakan! Murah and meriah barangnya

    ReplyDelete
  34. Lain dgn JJJ dekat One city. Ika suka tgk yang banyak banyak alt tulis tu haih. Kalau la dapat beli semua hoho.

    ReplyDelete

Heyy Gojes..Any Comment????
Comment Yang Elok- Elok Aje Ye......