Friday, May 18, 2018

Bio -Oil Malaysia Meraikan Kempen #sheisremarkable #iamremarkable Sempena Hari Ibu

Bio-Oil Malaysia meraikan hari ibu pada Mei dengan kempen bertajuk #sheisremarkable. Kempen Bio-Oil, sepanjang 2018, #iamremarkable meraikan pencapaian dalam kehidupan seorang wanita, terutamanya peristiwa paling bermakna seperti mempunyai bayi dan mempunyai pengalaman menjadi seorang ibu yang mengeratkan hubungan dengan ibu sendiri.




Sambutan telah dimulakan dengan sebuah video yang bertajuk cinta luar biasa yang mempamerkan hubungan unik antara Yasmin Hani dan ibunya. Ia berkisar tentang pengalamannya yang baru melahirkan anak. Dia mengimbau kembali kenangan ketika dia hamil  dan hubungan erat dia dengan ibunya sendiri.


Kempen ini diikuti dengan peraduan Facebook dan peminat Bio-Oil boleh menghantar gambar dengan ibu mereka. Sebelas pasang produk Bio-Oil  menanti anda bersempena dengan ulang tahun ke 11 Bio-Oil di Malaysia.

Peraduan ini diadakan sehingga hujung Jun dan dengan pembelian Bio-Oil 60ml, anda berpeluang untuk memenangi sesi fotografi dan makeover di studio istimewa untuk anda dan orang tersayang. Perjalanan kami sentiasa berubah dan Bio-Oil menggalakkan semua orang di luar sana, tanpa mengira peringkat dan di mana mereka berada untuk merasai kenangan ini.



#sheisremarkable bukanlah semata-mata meraikan diri sendiri sebagai seorang wanita, tetapi untuk menyerlahkan sokongan yang diterima daripada hubungan bermakna dengan orang lain. Bio-Oil bukan sahaja boleh membantu seorang wanita mencari dan merasai dia yang terbaik tetapi ia menguatkan kegembiraan kerana dapat berkongsi dengan orang lain.

"Kasih sayang ibu ialah cinta sejati – dalam bentuk yang paling tulen cinta yang ada. Dia ialah pelindung diri dan sentiasa mahukan yang terbaik untuk anaknya. Sebaliknya, cinta seorang anak perempuan terhadap ibunya tidak dapat diganti. Walaupun pertalian itu boleh menjadi kompleks dan penuh dengan masalah, pada akhirnya nanti tiada cinta lain seperti kasih-sayang antara seorang ibu dan anak perempuan. Kehamilan dan melahirkan membantu membina hubungan antara seorang anak perempuannya sehinggalah anaknya dewasa dan merasai pula apa yang ibunya lalui.  Bio-Oil merupakan minyak yang sesuai untuk merawat dan memeterai pertalian itu kerana ia   boleh digunakan untuk mencegah dan merawat stretch marks dan garis-garis penuaan," Pengurus Unit perniagaan Malaysia Bio-Oil, Cik Low Hooi Wan. ''Ia  benar-benar suatu produk yang boleh diwarisi dari generasi ke generasi."





Bio-Oil Malaysia Mother's Day 2018 - Remarkable Love 

Mengenai kempen Bio-Oil #iamremarkable

#iamremarkable meraikan perjalanan seseorang menuju pencapaian yang paling besar dan paling bermakna dalam kehidupan sambil membantu menjaga kulit bebas daripada tanda cela. Kempen #iamremarkable akan menampilkan pelbagai tema dan personaliti wanita dari pelbagai industri.

Mengenai Bio-Oil

Bio-Oil ialah produk pakar penjagaan kulit yang sangat digemari kerana keberkesanannya untuk membantu memperbaiki pelbagai masalah kulit, seperti parut, tanda regangan dan tona kulit yang tidak sekata. Rumusannya yang unik mengandungi PurCellin Oil ™ yang berfungsi secara sinergi dengan gabungan mujarab vitamin A & E dan minyak tumbuhan semula jadi - lavender, kalendula, rosemary dan kamomil untuk menjana semula dan menyuburkan kulit tanpa meninggalkan kesan berminyak. Selain daripada memperbaiki parut-parut lama dan semasa pada kulit, Bio-Oil juga boleh digunakan sebagai langkah pencegahan untuk membantu mengurangkan kesan regangan terbentuk. Di samping itu, produk yang sangat popular ini juga digunakan untuk melicinkan dan menegangkan kulit dan kedutan di muka dan badan. Bio-Oil juga boleh digunakan untuk membantu menambahkan minyak kulit yang terhakis akibat kesan penyaman udara dan mandian kerap. 

Sebanyak 223 anugerah yang diterima oleh Bio-Oil dan kedudukan No.1 di 24 negara di seluruh dunia, termasuk Malaysia, merupakan bukti keberkesanan produk ini.  

31 comments:

  1. Dah lama tak beli bio oil ni. Kalau tak bio oil ni antara produk yang wajib ada di rumah dan di tempat kerja. Sukakan baunya sedap.. ;)

    ReplyDelete
  2. ya, saya pun guna bio oil ni waktu mengandung.

    ReplyDelete
  3. Bio oil memang bagus untuk hilangkan parut semua kan kak..produk yang terbaik

    ReplyDelete
  4. Anak dara Kak Sue pun guna Bio Oil nie SA, nak hilangkan parut..

    ReplyDelete
  5. mek suka guna bio oil beberapa titik time rendam kaki dengan air suam. untuk merawat kulit kaki. setakat ni elok tk merekah.

    ReplyDelete
  6. busyra ada baca review sbelum ni di fb. bio oil mmg bagus.

    ReplyDelete

  7. Dulu pernah guna bio oil utk hilangkan parut jerawat kat muka..tapi tak konsisten pakainya..kesan tak berapa nak nmpk...

    ReplyDelete
  8. Bio oil memang best. Huda pun takde kesan renggangan kulit waktu mengandung sama macam Hani. Penggunaan sebelum perut membesar lagi bagus, dari mengubati kesan strech mark.

    ReplyDelete
  9. Biology is good to heal stretch mark and many preggie mummy recommend it too. I use biology for my dark spot and is good. My mum love it too. And is safe to use on kids.

    ReplyDelete
  10. Biasa guna bio oil nie untuk menghilangkan parut je. So far, bio oil nie sejak dulu jadi pilihan ramai sebagai keluaran produk lain.

    ReplyDelete
  11. Memang ada stok bio oil kat rumah. Dania guna untuk hilangkan parut demam campak. Kalau iklan kat TV bio oil ni bagus untuk hilangkan parut.

    ReplyDelete
  12. cik en pon de kat umah.. abah cik en apkai sebab dia extreeemmm kulit kering.. bl apply sekali dengan bekas2 luka dia hilang.. terbaik bio oill ni

    ReplyDelete
  13. Selalu dengar pasal bagus produk ni untuk orang mengandung. Tak pernah lagi pakai, tapi produk ni boleh pakai untuk kulit kering jugak.

    ReplyDelete
  14. Bio oil ni memang femes. Tapi ena tak pernah cuba sebab xde kesan cela.hehe.. maybe next baby boleh cuba pulak.

    ReplyDelete
  15. dari kecik lagi dah pakai bio oil! still ingat setiap hari sapu sebab nak hilangkan parut ni haa. sangat recommend!

    ReplyDelete
  16. Kita guna juga bio oil ni nak hilangkan parut yg ada... Ibu2 mengandung ramai gk suggest bio oil sbb dorg pon de gunakan utk hilangkan strechmark kt perut diorg... Mmg sesuai la bg sape nk try boleh try sempena meraikan hari ibu ni..

    ReplyDelete
  17. Lama dah tak pakai produk Bio-Oil ni. Memang bagus untuk hilagkan parut di kulit . Tapi kena disiplin Dan konsisten pakai setiap hari .Baru akan nampak hasil.

    ReplyDelete
  18. Bio Oil kita adalah antara pengguna minyak ini terutama nak urut kat bahagian kulit yang mati atau parut hehehehe Kena sambut hari ibu jer hari bapa-bapa tak ada ker wakakakakka...

    ReplyDelete
  19. I have come across this bio oil many times now, i think it's a sign that I really need to try it out

    ReplyDelete
  20. Dulu time kena demam cacar luka dia dahlah lambat baik.. Parut tok sah cakaplah memang banyak satu badan sure parut pon lambat nak baik dan kekal memandangkan usia dah meningkat masa tu. gunakan bio oil ni cepat recover parut-parut tu semua

    ReplyDelete
  21. Dengar kata bio oil ni memang bagus untuk kulit, yang ada parut jerawat tu memang patut amalkan bio oil ni. Sis belum pernah lagi guna, alhamdulillah setakat ni muka belum pernah ada masalah, parut kat badan pun cepat hilang tanpa pakai apa2

    ReplyDelete
  22. Bio oil ni memang patut di hadiah kan kepada ibu ibu yang lepas bersalin. Stretch mark ni bukan mudah nak hilang. Ada yang strect mark bertukar warna hitam. Kita sebagai ibu stress tengok badan sendiri depan cermin. Diharap suami cubalah bantu dengan support skit proses kembalikan kulit kita kembali pilih. Hehehe.

    ReplyDelete
  23. Zaman belajar dulu emi pernah guna bio oil ni. sangat berkesan hilangkan parut. Tapi dia punya texture agak melekit2 dan berminyak. nama pun minyak kan, haha. Last2 emi stop guna sebab emi tak suka ada benda melekat2 kat kulit. tak selesa.

    ReplyDelete
  24. saya dulu memang rajin tepek bio oil dekat kawasan parut di kaki and tangan. dan Alhamdulillah, lama-kelamaan parut tu pudar. walaupon lambat, tp berkesan

    ReplyDelete
  25. Ayu mmg gina bio oil ni. Sbb terbukti keberkesanannya. Bai di pun best. Dan kalau parut mmg hilang

    ReplyDelete
  26. I have use this oil before and yes if you use it consistently for a period of time memang you can see the results.

    ReplyDelete
  27. Kak SA, kita dulu memang pakai Bio Oil ni, tapi susah gak nak hilangkan parut yang timbul ni, huwarrrrr...but, bio oil ni memang tetap terbaik...onie pun banyak baca pengalaman orang yang pakai bio oil ni. Anyway, goodluck pada mereka yang join kempen ni. :D

    ReplyDelete
  28. Produk yang sangat sesuai dijadikan hadiah buat ibu yang baru lepas bersalin..

    ReplyDelete
  29. dah lama tak guna bio oil ni, bestnya kalau menang boleh photoshoot free :D

    ReplyDelete
  30. Selalunya Bio Oil ni, ika guna untuk parut saja :) Hee. All the best siapa yg join.

    ReplyDelete

Heyy Gojes..Any Comment????
Comment Yang Elok- Elok Aje Ye......