Buffet Dinner "Juadah Kampung" Di Kontiki Restaurant, The Federal Hotel Kuala Lumpur.
Hi korang..
Jumaat lepas SA berpeluang berbuka puasa di Kontiki Restaurant, The Federal Hotel Kuala Lumpur dan meraikan Anak- Anak Yatim dari Rumah Nur Kasih Bestari. SA dan rakan - rakan blogger yang lain dijemput untuk memeriahkan majlis iftar untuk merasai hidangan istimewa mereka yang terdiri daripada makanan lazat kampung dan hidangan tradisional yang sentiasa mendapat pujian kerana keenakkan rasa tempatan yang sentiasa menjadi pilihan. Terima kasih yang tak terhingga SA ucapkan kepada pihak The Federal Hotel diatas jemputan ke majlis yang gilang gemilang pada 25 Mei 2018 yang lepas.
SA sememangnya rekomen kepada korang diluar sana untuk berbuka di Kontiki Restaurant ini kerana keselesaan dan keluasan tempat sangat terjamin. Tidak rasa sesak sekalipun walau menerima kehadiran ramai pengunjung untuk berbuka puasa. Penambahan makanan juga mengikut kekerapan menu yang kehabisan. Service dari staff Kontiki pun sangat cepat dan mesra pelanggan. Seronok berbuka dalam suasana tenang.
Pintu utama Restoran Kontiki
Ruang Makan
Ruang Makan
Sempena bulan Ramadhan ini, pihak Federal Hotel International (FHI) dan FHI Group Hotel iaitu Hotel Federal KL dan Hotel Capitol KL, turut meraikan kanak-kanak dari Rumah Nur Kasih Bestari berbuka puasa di Restoran Kontiki. Ms Ooi Lee Ping, Pengarah Kumpulan Pemasaran, Jualan & Pembangunan Perniagaan & Operasi Hotel Federal International berkata "Bulan suci Ramadhan adalah waktu yang sesuai dan menjadi tradisi untuk berkongsi serta memberi. Ramadhan adalah bulan yang diberkati dan pihak kami berbesar hati untuk berkongsi kegembiraan perayaan, agar kanak-kanak kecil ini merasai keistimewaan. Kami percaya, dengan menyebarkan kasih sayang dan menjadi penganjur majlis ini dan untuk meraikan mereka adalah sangat bermanfaat demi melihat wajah-wajah gembira mereka."
Kontiki Restaurant menyediakan lebih dari 100 jenis hidangan yang terdiri daripada masakan kampung dan tradisional. Masakan kampung sememangnya menjadi permintaan ramai kerana keaslian dan keenakannya yang tersendiri. Mereka turut menghidangkan hidangan dari dapur tuanku dan ia merupakan hidangan yang menjadi kegemaran Perdana Menteri Malaysia yang pertama iaitu Y.A.B Tuanku Abdul Rahman Putra Al-Haj. Terdapat juga 8 station atau stall yang disediakan di Kontiki Restaurant dan ianya akan ditukar setiap hari bagi memberi kelainan kepada pengunjung. Semestinya station ini menawarkan pilihan hidangan menarik dan menjadi tarikan orang ramai.. Sambil menaip ni SA terliur plak tengok gambar- gambar semua makanan yang enak tu. Knowing me yang perut kecil ni makan memang tak banyak..so dapat la merasa sikit- sikit hidangan yang menarik perhatian SA.
Hidangan Lazat Dari Dapur Tuanku
'Favourite Dishes from the Tunku's Kitchen' merupakan buku masakan 168 halaman yang mengandungi lebih daripada 70 resipi peribadi yang telah dikumpulkan hasil kolaborasi anak perempuan Tunku, YTM Tunku Datin Paduka Khadijah dan anak saudaranya, YTM Dato' Mukminah Jiwa. Mereka terpanggil untuk memperkenalkan keenakkan makanan kesukaan Perdana Menteri Pertama dan dikongsi bersama orang ramai. The Federal Hotel memberi penghormatan khas buat Bapa Kemerdekaan ini. Kebanyakkan makanan yang disediakan di Kontiki Restaurant ini adalah adaptasi dari hidangan kegemaran Allahyarham Y.A.B Tuanku Abdul Rahman Putra Al- Haj.
Photo kredit to Aunty Lily ( http://followmetoeatla.blogspot.com/) |
Di mana- mana buffet Ramadhan sememangnya tidak pernah lari dari BBQ station kan? Di bahagian luar Restoran Kontiki terdapat Station BBQ yang menjadi perhatian. Terdapat Roasted Lamb dan Beef Tenderloin. Kat sini sahaja menjadi tumpuan dan ramai yang beratur untuk mendapatkan Grilled Lamb kesukaan. Dan sememangnya SA berpuas hati dengan Grilled Lamb dan Beef Tenderloin yang sangat sedap dan juicy. Untuk 2 hidangan ini SA sanggup menunggu lama menunggu giliran..hehehe...
Jom SA bawa korang tengok gambar makanan, jangan ada yang capai melalui screen ye..hehehe..memang tak kan dapat la kan...
Jom SA bawa korang tengok gambar makanan, jangan ada yang capai melalui screen ye..hehehe..memang tak kan dapat la kan...
Grilled Roasted Lamb
Beef Tenderloin
Sambal Udang Petai
Kebab
Daging Kicap Dengan Kacang Pis
Ikan Goreng Serai
New Potato with Chopped Parsley
Grilled Lamb Cutlet on Ratatouille
Itik Panggang Dengan Jus Oren
Fried Squid With Dried Chilli
Yong Tau Foo
Braised Assorted Mushroom with Vegetable
Goreng- goreng station
Paru Goreng Berempah
Hati Ayam Goreng Berkicap
Braised Beancurd with Seafood
Nasi Minyak
Cream Of Mushroom
Four Treasure With Crabmeat
Pulut Kuning Dengan Serunding
Lemang dan Ketupat Palas
Tak sah kalau tiada pemanis mulut kan?Terdapat banyak pilihan pemanis mulut dan SA dapat rasa sedikit antara yang terdapat di sini...sedap dan sangat menarik. Selain dari hidangan menu yang terbaik terdapat juga hidangan sushi dan sashimi. Ada sup gearbox , kebab, sambal dan ulam- ulam kampung dan banyak lagi makanan lain. Terlalu banyak hidangan yang terdapat di Kontiki Restaurant ini sampai SA tak tahu mana satu nak pilih. Di bahagian luar pun SA tak habis explore apatah lagi di bahagian dalam.
Tema pun juadah kampung kan, so memang tak sah kalau tak ada deretan Kerabu. Ada Kerabu Daging, Kerabu Mangga Muda, Kerabu Perut, Kerabu Pucuk Ubi, Kerabu kacang Botol, Kerabu Sotong dan bermacam- macam lagi. Tak sempat SA nak ambil semua gambar. Memang terbaik semua makanan kat Kontiki Restaurant ni..patut la menjadi kegemaran Bapa Kemerdekaan negara kita. Memang serius sedap.
SA sempat posing di salah satu bahagian dalam Kontiki Restaurant.
The Federal Hotel menawarkan harga buffet Juadah Kampung di Restoran Kontiki pada harga RM138nett/dewasa, RM35nett/kanak-kanak, RM69nett/warga emas. Promosi ini bermula dari 25 Mei 2018 - 14 Jun 2018 dan 30% diskaun sah kepada ahli Gracious Reward & FHI Privilege Club .
Untuk tempahan boleh hubungi :
The Federal Hotel Kuala Lumpur
KONTIKI Restaurant
No 35, Jalan Bukit Bintang
55100 Kuala Lumpur
Tel : 03-2148 9166
emel fnb@federal.com.my
Website : www.fhihotels.com/federal
Facebook: www.facebook.com/TheFederalKL
Facebook: www.facebook.com/kontiki.federalkl
Instagram : www.instagram.com/kontiki.federalkl
byk hotel merai anak2 yatim kn..rezeki mereka dpt sama2 berbuka puasa dgn hidangan buffet...meriah menu tu..nice la kerusi kayu yg SA posing tu
ReplyDeleteBagus kan SA hotel-hotel buat program macam nie.. Menu pun meriah tu..
ReplyDeleteMeriahnya majlis berbuka di Kontiki dengan anak-anak yatim. Great CSR initiative by Federal Hotel. I have not been to Kontiki yet but with all those delicious food offered during the month of Ramadan, this is really a good time to go.
ReplyDeletedaku tergoda, daku tergoda dengan menu-menu ni..pi tgk waktu siang bulan puasa ni, tergugat napsu makan ai..hehe...berbaloi la harga makanan tu dengan menu2 dia..meriah uolls..tempat pun nampak selsesa...
ReplyDeletecantik kemas suasana cafe kat Federal Hotel ni... Hidangan semua pun menyelerakan. Tenderloin beef tu macam mrmanggil-manggil jer. . Hehee
ReplyDeleteMoga majlis ni memberi kegembiraan buat Anak-anak Yatim. Aamiin
wow
ReplyDeletelawa hotel nya
makanan-makanan dalam gambar pun semua nampak sedap-sedap
sedap makan dekat sini., ramai yang tahu sejarah hotel ni. antaranya first hotel mewah di kl. hotel yg didiami almarhum tunku abdul rahman dan restoran berputar pertama di malaysia
ReplyDeleteNampak sedap juga makanan kat sini. Seronoknya dapat meraikan anak yatim
ReplyDeleteBagus la hotel tak melupakan mereka yang tiada ibu ayah ni. Meraikan juga mereka makan2 di hotel. Satu amalan yang mulia. Banyak pilihan kat sini eh SA?. Nak mulakan dengan mana dulu pun confuse ni. Cantik tempat SA posing kat kerusi rotan tu.
ReplyDeleteSemua menu makanan yang ada sedap sedap belaka kak. Suka tengok macam macam ada.. Lemang, kebab, potato, pulut kuning.. Eh banyaklah menu kegemaran saya.
ReplyDeleteDah lama tak ke The Federal Hotel ni. Dulu selalu juga makan kat Kontiki Restaurant ni, even bukan bulan Ramadan. Now dah nampak post akak rasa boleh lah buat reservation untuk berbuka di Kontiki Restaurant dengan family minggu depan. Makanan2 yang dihidangkan pun banyak choices dan pasti sedap!
ReplyDeleteRawlins suka deco dia terutama kerusi yang ala-ala ayunan tu - yang tempat Kak SA pose tu. Maman Rawlins puas hati dengan pilihan yang banyak. Pastu bila tengok anak-anak tu ceria, syahdu plak Rawlins.
ReplyDeletebest nyer dpt join berbuka dgn anak yatim.
ReplyDeletediorang diraikan, kembang la ati diorang kan. alahai...
diorang x dpt berbuka sempurna mcm anak2 kita.
hadirnya SA and the gang di sana, jadi la ubat utk duka laara diorang.
pasal makanan, as always, i am jeles.
sebab semua nyer mcm nak ngap aje :)
Mcm2 pilihan juadah kampung di kontiki nie kan kak SA. Bahkan, nk sushi or dimsum pon ada. pokoknya mmg pelbagai pilihan yg ada di sini. Stall BBQ dia paling best. Fresh seafood
ReplyDeletebest buka puasa dekat sini sebab macam macam ada! aritu makan sampai kul 9 mlm sebab nak rasa semua..harga per person pon berpatutan!
ReplyDeleteTak berkesempatan nak ke sana tahun ni. Sebelum ni pernah try dinner buffet mereka memang di antara yang terbaik laa. Menu semua sedap2
ReplyDeleteBest kan menu2 kat kontiki ni.Variety sangat. Tak tahu nak makan yg mana dulu. Penuh meja sekali ambik haha. emi tiap2 tahun, buffet kat kontiki ni la antara yg emi suka
ReplyDeleteI like the kampong style Juadah as you get to taste the authentic food like Kerabu, Curry, Ulam and not forget the kuih-muih. Ramadhan buffet always my favourite time as you get to taste nice and delicious local food.
ReplyDeleteMenu-menu dia semua sedap-sedap.. tergoda betul tengok beef tenderloin tu..
ReplyDeleteMeriah nya juadah berbuka kat sini. Memang menarik tengok dekorasi menu yang disediakan . Boleh makan sampai kenyang tak payah sahur dah .
ReplyDeleteBanyaknya menu dia kak SA... meriah juadah yang disajikan.. Maun kekenyangan macam ni... View dalam hotel ni pun nampak menarik..
ReplyDeleteOmg... semua best best! spotted many dishes that i like might want to go buka puasa with my colleagues there.
ReplyDeleteSuka goreng-goreng station. Klu gi berbuka di Kontiki, memang tak pernah miss. Sup gear box dia pun best. Memang banyak gila menu ilihan kat sini. Pekdek oata, kekajg berbaloi
ReplyDeletesemuanya lezat sekali.rasanya ingin mencobanya..
ReplyDeletePerkenalkan, saya dari tim kumpulbagi. Apakah Anda berencana untuk mengoleksi files menggunakan hosting yang baru?
Jika ya, silahkan kunjungi website kami http://kbagi.com/ untuk info selengkapnya.
Di sana anda bisa dengan bebas share dan mendowload foto-foto keluarga dan trip, music, video, filem dll dalam jumlah dan waktu yang tidak terbatas, setelah registrasi terlebih dahulu. Gratis :)
LINK: https://docs.google.com/spreadsheets/d/1MCknzChWzo-boZk47JCqMenUyVziy5zwg1SKVtaPZ78/edit?usp=sharing
Sedapnya lauk2 dia...
ReplyDeleteMemang kena dengan tekak kampung saya ni
Kt oenang ni agak ssh selera kampung mcm ni
banyaknya menu dia yang sedap2, deko pun cantik jugak
ReplyDeleteHihi tergoda tgk semua makanan dekat dlm gambar. Nice view with nice food. Memang layan :)
ReplyDeleteDeko + makanan nampak menarik.. ;) ai is suka..
ReplyDelete