Hi korang...
Weekend lepas SA menerima tetamu..adik mak yang jauh nun dari Langkawi balik Seremban nak tengok Mak Long yang sakit kat hospital dan Mak SA..Jumaat malam tu diorang dah sampai..so Jumaat malam tu SAsampai dari KL terus balik rumah masak..tapi lauk untuk malam tu tak sempat nak ambil gambar...then esoknya Sabtu bermula rutin SA...nasib baik sarapan pagi adik SA yang siapkan..then SA bertungkus lumus masak untuk tengahari. punya lah penat SA tak ambil gambar jugak...hahahaha...ngek kan...tapi masa tu masak Ayam Kampung Masak Lemak Cili Api ngan sayur skit..
Lepas pada tu la SA pi Palm Mall tengok wayang tu...sebab tu la macam lambat je keluar rumah kan..nasib baik sempat tengok wayang..kisah tengok wayang tu dah baca kan..so kita tinggalkan citer tu..kita focus bab SA masak lauk pauk untuk Sabtu malam tu...sebab sebelum Pakcik nak balik ke Langkawi semula naik bas dari Seremban ke Kuala Perlis, kami jamu diorang makan..memang makan je la kerja diorang kat rumah SA..seronok tengok semua berselera makan..lagipun lama tak jumpa kan..setahun sekali pun payah...
Jom la tengok gambar...
Sambil makan sambil borak..
Pak Uda dan Mak Uda
Makan kenyang- kenyang nanti bas berhenti kat mana- mana tak yah makan dah
Menu Ahad | Brocolli with Shitake Mushrooms
Menu Ahad | Singgang Ikan Tenggiri
Menu Ahad | Ikan Kerisi Goreng Halia
Menu Ahad | Sayur Campur
Menu Sabtu | Ayam Kampung Masak Lemak Cili Api
Menu Sabtu| Sambal Udang Petai
Menu Sabtu| Telur Dadar Tomato
Menu Sabtu | Kacang Buncis Goreng Campur Udang Putih
Haaaa itulah menu yang SA masak...hehehe..salah plak susunan..patut susun Sabtu dulu...malas nak godek lagi so biarkan aje..itu jer la yang SA masak..sensorang je masak..eh..telur dadar tu adik SA yang tolong masakkan...satu kesukaan kami anak beranak kalau buat telur dadar mesti letak cili potong, bawang banyak pas tu hiris tomato sekali..so telur dadar tu jadi sedap sangat...tak percaya? korang cuba buat...sedap...
Next week tak tau la nak masak apa plak..petang Ahad lepas SA sempat pergi Pasar Malam Senawang, SA beli ikan puyu 3 ekor dan ayam pencen 2 ekor..dah masak sikit ayam pencen..ikan puyu besar2 dan gemuk2 tu SA pesan kat Abah, tunggu SA balik nanti baru masak..SA memang suka ikan sawah..sedap...nanti dah masak tunggu SA update eh..kalau rajin SA buat video...kalau rajin la..selalunya malas yang lebih...
Jumpa lagi next entry...
ayam kampung tu sodapnya...menu2 lain pn ...yummmmm
ReplyDeleteSedapnya semua makanan ni
ReplyDeleteSeronoknya dpt berkumpul , makan sesama...
ReplyDeleteEh! Brokoli + mushroom tu nampak sedap laa... .
alam bestnya semua menu Dalam entri ni kak SA !!! Masakan style ala-ala kampung ni memang laya betul lah. serious lama tak layan masakan macam ni geram tengok ayam masak cili api tu, rasa macam nak masak macam tu la... husband macam dah rindu masakan dari isteri diaaaa. heheeheehehe
ReplyDeletebr mlm td aida buat masak lemak ayam. but tanpa cili padi.
ReplyDeleteKang anak x bleh makan :-) ha ha ha...
Meriah Lauk!
alahai bestnya makan semeja semua ni, mesti bertambah hehe. tengok gambar gambar makanan terus jadi lapar
ReplyDeleteLibur emang pasnya berkunjung sanak keluarga jauh. Momennya pas hehe.
ReplyDeleteItu makananya sepertinya sedap sekali. Membuat diriku ingin mencicipinya hha
Kita pandai makan ikan sawah. Ada yang tak reti makan ikan sawah ni. Buat pekasam pun sedap. Sedap2 nampak masakan Sa. Masakan simple u yang buat sedap tu.
ReplyDeleteTetamu datang bawa rezeki kan. Murah rezeki tetamu dapat makan makanan sedap ni. Kecur ailio kita nengok ni SA. Menu nampak simple tapi boleh buat tambah nasi banyak kali ☺
ReplyDeleteMama Auni pun kalau buat telur dadar mesti kena ada cili potong dengan bawang. Sedap makan ramai-ramai macam ni walaupun lauk simple.
ReplyDeleteSedap nya lauk pauk akk..so yummy
ReplyDeleteSemua menu kena dengan selera ai.. eemm.. orang nogori kan.. ;)
ReplyDeleteAkak, tolonglah ambil saya jadi adik angkat. Weekend kita datang tengok akak (sambil makan) Rajin Kak SA masak banyak-banyak. Tapi memang seronok kan, masak makan jamu family.
ReplyDeleteWahhhh..sedap la telur dadar tomato tu. Semua nampak sangat menyelerakan je. Lagi sedap makan bersama - sama dengan family. Mesti nak tambah. Hehehe. :)
ReplyDeleteSemua menu sedap-sedap SA.. Kak Sue kalau goreng telur letak cili padi n bawang. Lain kali boleh try letak tomato pulak.. yummy!
ReplyDeleteNikmat tuh pak cik dari pulau Langkawi makannya. Masakannya terlihat sangat enak dan menggoda selera makan.
ReplyDeleteMakan ramai2 memang best. Apatah lagi naskaan sendiri. Duk bersila memang meriah :-)
ReplyDeletebila dah lama sgt tak jumpa mesti banyak benda nak borak.. mmg best makan ramai ramai
ReplyDeleteAduh duh duh byknya menu kak SA. Bilalah berkesempatan together nk mkn mskan akak. Hehhee. mesti seronok saudara akak dpt mkn lauk pauk nak² ayam kg tu.
ReplyDeleteUntungnya keluarga sis! Nampak makanan semua memang mengancam dan mesti tak mengecewakan. Memang berbaloi betul tu jauh datang dari Langkawi! Hehe.
ReplyDeleteTetamu ni pembawa rezeki pada kita, lagi2 pula sedara mara datang berkumpul ramai-ramai saling masing-masing bercerita, wah seronoknya rasa.
ReplyDeletemakan beramai2 kar umah dengan masakan umah mmg best kan... rindu betul to my families now...
ReplyDeletePandai betul kak SA masak semua menu ni. Kalau makan ramai-ramai bersama keluarga lagi lah sedap kan.
ReplyDeleteBanyak nya menu kak. Murah rezeki jamu keluarga ni kan kak. Makan ramai2 ni makin berselera lah jadinya. Tak yah dah nak singgah makan nanti.
ReplyDeletePergh akak. Menu akak semua buat saya terliur. Sedap2 tu semuanya. Dah macam chef ya akak.
ReplyDeleteMacam2 menu nampaknye.
ReplyDeleteNampak berselera mereka makan
Bila kmpul rmai rmai, msk simple pun sedap. Tempting semuanya.
ReplyDeleteRajin la akak ni masak. Untung tau sapa dapat akak ni...
ReplyDeletePinjam sikit kerajinan akak tu dekat saya kak...
banyaknya lauk kak.. meriah.. best kan kalau sekali sekala jamu tetamu mcm ni
ReplyDeleteSesekali bila saudara jauh balik rasa seronokkan..boleh masak masak dna makan sama sama
ReplyDeleteAllahu singgang ikan tenggiri tu sis. favourite kita tau. dapat makan dengan nasi panas dengan budu. alahai heavennya
ReplyDeleteKenyang mata tengok gambar-gambar makanan yang kak SA share kat blog ini.. kikiki..
ReplyDeleteSedapnyaaa tengok gambar sambal udang petai tu. Mata ni sedap je tgk and sambil telan air liur hee.
ReplyDelete