Hi korang..
Sabtu lepas SA dan kawan- kawan blogger sekali lagi dijemput untuk sesi review makanan bersempena Ramadan di Restoran Bangi Golf Resort (BGR) Ini, sebenarnya, adalah salah satu event yang SA nantikan kerana bukan sahaja dijemput untuk sesi review makanan tetapi ia juga lebih seperti perjumpaan atau Get-Together-Party antara blogger di BGR Restaurant. Boleh dikatakan suasana sangat meriah dengan kehadiran blogger- blogger yang terlibat sebab ada yang jarang berjumpa kan..sekali lagi kami bertemu dan bertukar- tukar gembira. Majlis yang ceria kerana ada juga blogger- blogger baru yang terlibat. Platform terbaik buat blogger baru yang ingin menambah kenalan dan bertukar- tukar kad blogger.
Setiap tahun pihak BGR akan menyediakan pelbagai agenda yang menarik untuk meraikan para blogger. Antaranya "Durian Party" SA dan kawan - kawan blogger yang lain dapat merasa Durian jenis D24 petang tersebut. Untuk pengetahuan korang BGR akan menerima tempahan untuk durian Musang King (RM110/sekotak) dan D24 (RM55/sekotak) dari tetamu yang ingin membelinya untuk Iftar dan Hari Raya. Tempahan pra majlis durian boleh dibuat di https://www.bgrrest.com/product/durian/ . So korang yang teringin nak buat tempahan awal boleh la hubungi juga no yang akan SA sertakan dia akhir entry.
Pekerja yang ditugaskan untuk membelah durian dan diberikan kepada semua tetamu
Yeay SA dapat sebelah...sedap...walau tak puas makan tapi dapat juga merasa sorang sikit kan..
Kawan- kawan blogger yang lain..
SA berlatarbelakangkan pokok buah markisa yang terdapat di Durian Farm itu juga.
Buah Markisa yang hampir matang..
Bersempena Ramadhan yang akan tiba, Restoran Bangi Golf Resort akan menghidangkan kepada para tetamu dengan Signature Buffet Ramadhan bermula dari 19 Mei 2018 hingga 13 June 2018. Restoran BGR adalah restoran yang mendapat pengiktirafan HALAL oleh JAKIM dan merupakan salah satu diantara hanya beberapa kelab golf yang diiktiraf dengan akreditasi ini sejak tahun 2009.
Terkenal dengan sajian buffet gastronomi yang menawarkan variasi dan kualiti pada harga yang berpatutan. Restoran BGR sekali lagi menampilkan sehingga 200 jenis juadah istimewa yang bercirikan masakan popular Ala Melayu,Barat dan Timur. Harga yang ditawarkan bermula dari RM59 nett untuk dewasa dan RM29.50 untuk kanak- kanak.
Eh...jom lah tengok gambar...sediakan tisu ye..sebab semuanya gambar makanan.....sure korang terliur...
Hidangan yang cukup sinonim dengan buffet ramadhan iaitu KAMBING PANGGANG
Selesai di potong-potong dagingnya
Nasi Ayam
Spaghetti Bolognese
Char Kuew Tiaw Campur Mee Goreng Mamak
Kambing panggang
Satay Daging
Satay Ayam
Penne Carbonara
Nasi Biru a.k.a Nasi Kerabu
Laksa Sarawak
Laksa Singapore
Sous Vide Eggs With Mushroom Espuma
Laksa Singapore
Laksa Singapore Condiments
Kuah Laksa Singapore
Laksa Sarawak
Laksa Sarawak Condiments
Sup Kambing Mamak
Deep Fried Fish Fillet
Black Pepper Beef
Mixed Broccoli
Chicken Breast With Oriental BBQ Sauce
Chicken Rice
Pelbagai pencuci mulut
Buah- buahan
GSL Warrior yang tak cukup Corumn
Haaa..menarik kan? Melalui review Ramdhan Buffet ni SA dapat berjumpa dengan kawan- kawan yang dah lama tak jumpa dan tak pernah jumpa pun..seronok dunia blogging..
Sepanjang bulan Ramadhan Al Mubarak tahun ini, Restoran BGR akan menyumbang 1% dari keuntungan kepada Islamic Relief Malaysia ( IRM) untuk memperkasakan komuniti dan memberi bantuan kemanusiaan kepada mereka yang kurang bernasib baik.
Memenuhi janji mereka untuk sentiasa menambah hidangan dan memastikan ianya sentiasa ada di meja buffet sehingga majlis selesai namun bekerja dengan konsep sifar pembaziran, Restoran BGR akan bekerjasama dengan Food Aid Foundation untuk menyumbangkan dan menyelamatkan mana- mana lebihan makanan dari Buffet Ramadhan untuk diberikan kepada mereka yang memerlukan.
Selain itu pengunjung juga akan dihiburkan dengan persembahan muzik "live" dari jam 6.30 petang sehingga 9.30 malam setiap hari untuk memeriahkan suasana. Buat anda pengunjung tak perlu risau bab parking kereta kerana lebih dari 800 lot parkir disediakan. Surau dengan ruang solat yang luas juga turut disediakan untuk tetamu menunaikan solat Maghrib.
Restoran BGR juga menawarkan lebih dari 800 ruang parkir serta ruang solat untuk para tetamu.
Buat tempahan segera ye..
Maklumat lanjut :
Bangi Golf Resort Restaurant
No 1 Persiaran Bandar, Bandar Baru Bangi
43650 Selangor Darul Ehsan
Tempahan dan Pertanyaan : 1 700 81 8557
Email : sales@bgrrest.com
Laman Web : http://www.bgrrest.com/
Facebook : https://www.facebook.com/bangigolfresort/
Instagram: www.instagram.com/bangigolfresortofficial
mmg meriah menu2 di BGR...harga pn murah....kalini meja dkt ngan kambing bakar mmg syok la hehe...tk sempat beramah mesra ngan SA..hi2 dr kejauhan je
ReplyDeleteBanyak pilihan dekat BGR ni. Semua pun sedap especially kambing bakar dan sous vide eggs tu . Harga dah lah murah.
ReplyDeletewahh..dah kongsi. Kolin baru nak menaip ni ha..bab durian tu sedih hahaha. Seulas aje kolin dapat...balik singgah beli lain hahaha
ReplyDeleteDua tahun berturut-turut berbuka puasa dkt sini... :)
ReplyDeletetak tahannya tgk gambar foooooddsss.. semua nampak sedap kak uii
ReplyDeleteFuhh macam macam menu ada. Semua nampak sedap pulak tu, harga pun tak mahal sangat. Nak ajak kawan kawan lah berbuka dekat sini nanti.
ReplyDeleteWahhhh banyaknya menu kak... Gambo semua cecantik.. BGR murah and kalau nk dtg bwk family buka posa sini ok lah sbb byk anek juadah kan..
ReplyDeleteterliur tgk makanannya semua...nampak mnyelerakan sgt.
ReplyDeletepuas hati banyak pilihan makanan di sediakan. Nak parking pun sennag
ReplyDeletesedapnya kak SA... bab makan ni busyra selalu tewas. hahaha
ReplyDeleteseronoknya dapat makan durian, dapat makan kuih wowww ceronoknyaaaa haha
ReplyDeleteWah ade laksa sgapore
ReplyDeleteApe rasanye ye.. X pnah rasa pun.. Teringin plk nk rasa.. Lpas ni nk try la rasa.
Semua sedap..tapi paling suka sous vide egg wih mushroom espuma..sedap sangat kak
ReplyDeleteYa allah,sedapnya menu dia. Menarik betul lah. Satay dia best betul nampaknya.. menyelerakan sungguh
ReplyDeleteEarly birds dpt diskaun tk? Menu dia bnyk jgk. If pegi sane bleh try iftar kat sini.
ReplyDeleteLamanya Rawlins tak datang ke BGR, walhal belakang rumah je nie. Makanan dia memang banyak pilihan kan. Rawlins memang akan serang bahagian desserts kalau ke sini hahaha
ReplyDeleteSA. hadoi lah...
ReplyDeleteoh kat sini la ye durian tu. aida ada tgk kat fb SA.
dap nyer. best nyer makan durian ramai2 gitu.
teringin nak gi bgr ni. aida perati every year jemput blogger.
pernah berbuka sekali di BGR.semua makanan sedap kecuali cendol
ReplyDeleteSetiap kali tengok yang review BGR mesti meriah...ala tak pernah pula diaorang jemput Ema..huhuhu..nampak kena pergi sendirilah... Suka part Ada durian tu.
ReplyDeletealamak terus lapar tengok menu. Memang best dulu team work saya berbuka pose di sini
ReplyDeleteRamai ya blogger di acara buffet Ramadhan. Senangnya bisa happy happy barengndan makan bareng sama teman blogger. Semoga buffet ramadhan nantinbanyak kunjungan. Sukses full
ReplyDeleteBestnya ala ala garden ada pokok2 lagi hahaha makanan dia memang terliur la tengok terus teringin nak makan semua
ReplyDeleteMacam-macam ada, tapi menu yang paling best adalah durian... hihihi yang lain-lain boleh tolak ketepi dulu...
ReplyDeleteSemua menu sedap-sedap kan, harga pun memang berbaloi sangat kan SA.. Seronok dapat jumpa SA sambil laga-laga pipi..
ReplyDeleteSuch a great spread of buffet, the food looks really appetizing, since Bangi is not too far maybe can belanja my kakis over there for Ramadan.
ReplyDeleteTergugat sungguh iman kite tau tengok kambing panggang tu. All time favourite tu. Ni kalau berbuka kay sini ni, sure kambing tu yang kite akan ambil first.
ReplyDeleteTgk durian tu pun dh terliur.. blm lg mkanan2 lain.nasi ayam tu nmpk sedap je..kuih2 pun terbaik. Klau liez g sana mmg rambang mata
ReplyDeleteAllahu, ngidamnya tengok makanan dia...tahun ni tak sempat turut serta ke preview buffet ramadhan di BGR,huhu... Rindu telur masak separuh dia...
ReplyDeletemusim durian eh sekarang?? patut la banyak je kat tepi jalan
ReplyDeleteSEtiap tahun mesti buffet review BGR ni meriah dengan kedatangan blogger2 kan..menu oun sampai 300..mmg terbaek. so macam mana dgn diet SA? rugi ni tgk saje..hehehehhe
ReplyDeleteBanyaknya juadah. Telan air liur kita scroll satu2 tgk gambar. Ada kawan juga pi sana haritu bdk opis. Dia tercari2 kita. Hehe. Lama juga tk mendapat durian ni.
ReplyDeleteWah Bangi Golf Resort ni bawa akak sampai ke kebun ha. Nanti masa bulan Ramadan boleh ke pelanggan masuk kebun tu kak? By the way makanan berbuka puasa di BGR memang sedap, beruntung orang bangi.
ReplyDeleteKenapa sy tak nampak Kak SA di sini. Sy juga ada masa nie. Anyway, sy x sempat makan durian. Dtg lambat sikit. Apa2pon, egg suis vide menda ntah nama nya tu, terbaikk !! Harga pon berbaloi.
ReplyDeleteI miss the nice food. How does the Durian taste? The Ramadhan Buffet looks good and come in variety of choices. And you get to taste traditional cuisine. How I wish I was there last week.
ReplyDeletePerghhhh..kambing tu tinggai tulang je...
ReplyDeleteSedap sgt tu sampai tinggai tulang je tu...
Tapi BGR ni nampak luas and selesa la kan...no wonder la boleh cater ramai org dalam satu masa...
Gud job BGR berniaga sambil menderma!
cantiknya gambar...banyak betul menu yang dihidangkan...jadi berbaloi dengan bayarannya...
ReplyDeletesedap dan murah, memang wajib pergi cenggini hehehe
ReplyDeleteRamadhan and Durian combination is the best!! There's so many food to enjoy, I bet everyone must feel so full after the meal.
ReplyDeleteMenu semua menarik.. dan banyak yang ai suka.. mesti sedap ni kan.. ;)
ReplyDeleteSuch an appetising buffet spread to berbuka puasa with. I am definitely informing my friends who are in the area!
ReplyDeleteTerima kasih SA pelawa ke BGR, seronok Bonde dapat makan... semua sedap sekali...
ReplyDeletehttp://www.bondezaidalifah.com/2018/04/buffet-ramadhan-murah-di-bangi-golf.html
wowww kuih dia punya warna cm so colourful :) Hee menu menu dia mmg terbaik
ReplyDelete