Trip Jimat Ke Genting Highland Guna Pengangkutan Awam
Hi korang...
Selamat berhujung minggu..dah lebih seminggu dah SA dan Dania pi Genting Highland itu hari..sebabnya cuti sekolah..SA dh tanam azam bila cuti sekolah je SA kalau boleh nak spend time dengan Dania..ikutkan nak check in hotel sekali tp mtp memandangkan masa tu belum gaji kan..dan kebetulan plak cuti sekolah so harga bilik agak tinggi dan most of hotel in KL dah sold out..yang tinggal bilik mahal-mahal je..ada je company punya panel hotel macam kat Hotel Istana dan Aloft KL Sentral tapi dengar nama hotel punndah gigil nak buat reservation..walau ada promosi untuk staff Malakoff tetap tak mampu sebab mahal..hahaha...
Sebenarnya nak panggil bercuti pun macam tak kena je..lebih kepada jalan-jalan balik hari la..seawal 7 pagi kami dh keluar rumah naik bas kat Terminal One Seremban then sampai KL sarapan dulu kat kedai mamak area CM..pas tu naik LRT pi KL Sentral.. kami decided naik bas pi GH..haaaa ada berani? Kami berdua dh buat..practice makes perfect kan..
Sampai je kat KL Sentral turun escalator terus ke kaunter jual tiket..kaunter hujung sekali ada tulis GO GENTING..korang jangan lupa tu..kaunter no 3 rasanya..kaunter lain bas ke KLIA..beratur la SA tiket..jangan tak percaya tiket ke GH hanya berharga RM4.30 sehala..murah kan? Kalau naik kereta? Minyak lagi..tol lagi...haaa perjalanan ala-ala backpackers yang menjimatkan..Adik jaga kaunter tu offer beli tiket skyway sekali kat situ..senang x yah beratur panjang katanya..so beli je la.. senang cerita...
Gigih beratur beli tiket..ingat dapat beli untuk bas yg gerak kul 8...dah penuh plak and dia buka untuk pukul 8.30
Ini la bas GO GENTING yg kami akan naik..ok la bas pun selesa..
Tiket bas
Selfie jap sebelum naik bas
Perjalanan lancar..takde jammed takde apa..dalam 40 min dah sampai kat stesen bas bersebelahan GPO..decide terus naik skyway..tak nak buang masa..SA buat satu kesilapan dengan tak beli tiket balik KL awal2..teruja nak bawak dania naik skyway..sepatutnya beli siap2 tiket balik dan dan boleh manage time bila dah naik kat atas...
Okey beratur lagi nak masuk area skyway..masa ni ramai pelancong Korea, China, Jepun..semua pun nak pi casino la tu..i tau la..hahhaha...
Selfie lagi sebab masih tak lepas ramai plak nak scan tiket
Tudiaaa..skyway a.k.a kereta kabel..
Minah ni teruja nak naik..
Masa kat sini ada photographer akan ambil gambar..biasa la tu cara cara diorang cari duit kan..
Yeay..kakak dah berjaya naik skyway..tanya takut x? Jawapan dia ....biasa je...
Mama pun dh biasa tak la takut..
Masa ni cuaca kejap panas kejap sejuk..baru lepas hujan kot...
Tak la scary macam kat Langkawi kan..
Masa ni dh kat tengah-tengah perjalanan dh..pandang bawah hutan je la ngan jalan naik ke GH yg bersimpang siur
Mama pun nak..
ni amik gambar dari atas..
Sebenarnya tengah-tengah tu ada hentian kalau ada penumpang nak turun ke stesen yg ada tokong tu..x ambik plak nama station
Pemandangan cantik sebab cuaca tiba-tiba jadi cantik
Candid
Candid juga
Dh modern dh skyway ni..comel je..
Selfie lagi
Rasanya ni la station yg kuil tu..
Dah nak sampai atas dh..dh nampak hotel
Kabus tebal gak kat atas
Apartment
Taman tema yg masih blom siap...semuanya pun x siap lagi..
Korang jangan boring tau..entry ni baru entry pertama.. untuk travel SA ngan Dania ke GH ni..ada 4 entry...banyak giler gambar..tp takde la tepek semua..kang boring plak korang tengok...
Kita sambung part 2 ye...
Perbelanjaan :
Seremban- KL (bas) = RM12
LRT Pasar Seni - KL Sentral = RM1.30 x 2 = RM2.60
KL - GH = RM4.30 x 2 = RM8.60
Skyway = RM8x 2 = RM16
Total sehala = RM39.20
Itu kos tambang pengangkutan sehala je ye..nanti SA totalkan jumlah keseluruhan di di entry yang terakhir..
Jumpa lagi next entry...
Lama x jejak GH lepas outdoor dia renovation...
ReplyDeleteOk sgt la pricing. Nk try ajak kawanla.
ReplyDeleteMmg time cuti rate hotel tinggi. Tambah2 kalau nk book on the spot, lagi lah mahal and full. Murah je kn kak SA naik bas dari KL sentral. Xpayah penat2 drive ke puncak tu. Nak hadap jammed lg n bayar parking.
ReplyDeleteBestnya akak SA naik genting berdua je ngn anak. Kdg rasa berdua tu lebih baik kan kak. TQ gak akk ade selit info. Harga kira ok lagi tu.
ReplyDeleteSetuju sangat. Mudah naik bas je. Ingatkan mahal. Rupanya RM4.30 macam tu je.
ReplyDeleteSaya pernah tanya kenapa murah, katanya itu harga yang ditetapkan SPAD untuk bas express. Diorang tak boleh suka-suka naikkan harga.
Ok la kan.
Cik.en takutttt.. hahahaha.. mmg jimat naik pengangkutan awam.. dri manjung ni pon de ke sana
ReplyDeleteBest klu naik sana. Tp cik en gayat.. hahaha. Naik pengakutan awam pon ok gak kan
ReplyDeleteEh terlebih jimat nih kak SA.betullah kalau pergi naik kereta minyak tol.lagi dah berapa kan..memang jimat sangat
ReplyDeleteTiba tiba je nak tanya. Akak nape tak naik komuter teus ke KL Sentral?Mahal ke dr tambang bas? Ke memang saja nak naik bas?
ReplyDeleteBukan x nak naik KTM, lambat..akak mmg prefer naik bas ke KL, naik komuter amik masa 1 jam lebih..naik bas 40 min dh sampai dh..
ReplyDeleteOooo...ok2 baru faham..tq kak
DeleteMarsha dah lama tak naik genting. Suka sangat naik skyway dia. Ni plak ada gfo pun xsempat singgah lagi. Bestkan bercuti wpun balik hari. Hilang stress
ReplyDeleteMurah sangat kak tiket sehala naik bas tu. Save banyak dr naik kereta sendiri. Ana lama tak naik cable car tu. Next time naik genting nak naik cable car juga lah. Cantik plak view dalam cable car tu
ReplyDeleteWah, tips jimat ya kak?. Bestnya, aina xpernah sampai genting lagi.
ReplyDeleteBoleh la ni sis, short vacation la jugak walupun balik hari. Tapi bagus juga akak kaunter tu nasihat beli tikket awal untuk naik skyway. takyah fikir panjang kan. tak pernah lagi Del ke Genting. sedih mok ayoh dok bagi. macam-macam alasan dia org bagi
ReplyDeletetak pernah naik bas ke genting highland. hehe rh murahnya bas. tak sampai lima hengget. wuuu lain kali kena naik bas je lah kan kalau takde arah tuju.. gitohhhhhh
ReplyDeleteBest genting..tapi kitorg bw kete je..sebab askar ramai kak.
ReplyDeleteSelalu jugak naik sana dengan bas dan cable car. Suka sebab harga bas dengan cable car tu tak mahal dan mampu je.
ReplyDeleteLama dah kut Kak Sue tak naik Genting, jimat banyak kan SA naik bas..
ReplyDeleteBestnya SA pergi genting..ciktom tak pernah lagi pergi sana..macam seronok je naik cable car..tunggu next post SA share holiday kat sana..share pic byk2 tauu..
ReplyDeleteBeatnya jalan2 berdua ngan anak kan kak hehehe
ReplyDeleteAlaaa tak pernah lagi naik genting teringin berul nak pergi.tak sabar tungu next entry sA nanti senang nak refer bila pergi hehe
ReplyDeleteWah anak akak dah besar dah. Macam kawan-kawan je tengok tu. Hehehe. Bleh la bawa ke event jadi jurufoto. hehehe.
ReplyDeletewahhh bestnya harga tiket bawah RM5! Kalau naik kereta memang dah terlajak laris dah duit tu
ReplyDeleteJimat banyak naik bus,dah lama tak jejak genting
ReplyDeletetak pernah jejak lagi dekat sini..waaa..bestnya
ReplyDeleteaida ni dok tangguh naik GH sebab nak tunggu taman tema siap.
ReplyDeletemasih gitu lagi?
hmmmm :(
best nyer naik kabel car. menarik!
nak kena gesa mr.asben ni bwk anak-anak.
Tak pernah naik atas guna perkhidmatan bas. en. Hb sanggup drive ke sana. eemm.. nanti satu hari nanti nak try lah dengan dak Kakak.. hehehe..
ReplyDelete