Hi Korang...
Assalamualaikum dan Selamat Pagi wahai semua rakan- rakan bloggers, followers dan silent readers...sihat ke hari ni...kejap je dah hari Khamis kan...sebulan 2 ni...SA memang banyak habiskan masa dengan keluarga especially Mak yang masih belum kuat sepenuhnya...Mak SA sekarang sedang dalam rawatan dialysis dan untuk sementara ni mak kena cuci darah dulu. Next bulan 5 baru mak akan cuci air..mohon doakan kesejahteraan mak SA...kesian tengok dia..kalau dulu badan gemuk sebab banyak air atau water retention kini mak semakin kurus malah lebih kurus dari SA...berat badan mak sekarang dah 57kg...jeles tau..makin kurus plak mak...
Last week SA nak buat photoshoot product review so Ahad lepas ajak la Abah dan Mak pi sarapan dan jalan- jalan macam biasa kami buat dulu..repeat lagi tempat yang sama sebab SA tau mak dan abah suka makan kat sini..seawal pagi memulakan perjalanan ke Pasir Panjang Port Dickson..tempat yang menggamit kenangan dan Nostalgia kami sekeluarga...
Singgah sarapan di gerai yang biasa kami makan...kat sini roti canai dia sedap..dah order roti canai mak teringin nak makan nasi lemak pulak..Mak SA tak boleh makan banyak sangat..so order je..lucky sebab nasi lemak tu tak berlemak sangat..macam nasi putih biasa...suka tengok mak berselera makan nasi lemak...
Roti canai dah sampai...suka roti canai kat sini sebab lembut..
All time fav Rendang Ayam
Tak tinggal la anak dara ni kan...mana boleh tinggal...
Garing, lembut..sedap...what else i can say...
Kuah dal dia pun mabeles...
Lepas sarapan kami ke Kg Nelayan, Kampung Telok Pasir Panjang...hajat di hati nak cari ikan fresh-fresh untuk stok lauk seminggu...tapi sayang takde rezeki..nelayan belum balik dari laut...sementara SA cari tempat yang cantik untuk photoshoot gambar..tapi tempat tu dah ditutup sebab ada minor renovation kat situ...cuaca plak panas...so amik gambar jap...biasa la dua beranak ni kalau dah jumpa tempat cantik memang bergambar je la...
sejak akhir- akhir ni dia suka bergambar macam ni..tak pandang camera...
Now SA faham sebab apa...ada cerita di sebalik gambar kan...pemandangan dan kisah diri sendiri...
Mama pun nak gak pose macam kakak Dania...banyak cerita boleh describe melalui sesebuah gambar kan...
cuaca memang panas...sebab tu dahi berkerut...but i really love this photo...pandai Kakak Dania amik gambar...
Hari Ini Kita Diatas Tanah Mungkin Esok Tanah Diatas Kita...dah kenapa ngan tajuk entry SA hari ni...hanya untuk perkongsian dengan semua takde niat lain di sebalik tajuk..selama SA bertahun hidup dengan kedua mak abah SA ramai yang mengata mengeji, mengutuk malah menghina SA memandangkan SA masih tidak menamatkan status Ibu Tunggal SA..apa yang SA alami biarlah hanya SA yang tau..sebagai anak tak salah untuk Sa terus menabur bakti menjaga kedua ibu bapa. Kalau ada jodoh SA terima. SA tak pernah ambil kisah apa yang orang nak cakap tentang SA. Nak kata SA sia- siakan usia muda ke apa ke..let them talk about me..siapa diorang untuk menilai setiap apa yang SA lalui..part kena kutuk, perli kena hina tu dah lali dah..malahan kena hina dengan saudara mara sendiri pun selalu...but i dont give a damn. Bab jodoh, pertemuan, ajal dan maut semuanya di tangan Allah s.w.t. Suatu hari nanti kita semua akan sampai ke alam tu..kalau SA tak maafkan...merangkak la mereka mencari SA memohon maaf...tapi selagi hayat dikandung badan..SA maafkan siap sahaja yang pernah mengata, mengeji malahan menghina..kerana apa? kerana SA tau sebenarnya kehidupan SA jauh lebih baik dari mereka sehingga mereka terlalu PEDULI ambil tahu perkembangan SA....tak guna berdendam..tak guna memupuk perangai hodoh dalam diri...
So...kesimpulannya...jauhkanlah diri dari semua ni...tak ada UNTUNG pun...satu jari menuding pada diri ni 4 jari lagi automatik menuding pada empunya diri yang menuding....Apa yang SA lakukan adalah saham SA untuk diri sendiri..selagi nyawa dikandung badan..Mak Abah SA tak abaikan...insyaallah....tak perlu persoalkan jodoh SA..SA percaya aturan allah tu memang sangat -sangat bermakna
Am i right?
Betul3... Buat apa nak bermusuh kan. Sedangkan Nabi SAW ampun kan umat die. inikan kita manusia.. But actually...nice picture..
ReplyDeletebetul tu kak, penatlah dengar cakap orang ni. sha yang baru 22 tahun pun dorang dah bising tak jumpa jodoh. semoga Allah berkati keluarga SA :)
ReplyDeletecantik dania ambik gambar macam ibu dia jugak. be strong kak SA, perjalanan hidup kita tak sama. Mungkin jauh lagi bagus dari yang mengeji & mengata.
ReplyDeleteSebak baca entry ni.thanks kak mengingatkan saya
ReplyDeleteKlu pergi area tu kena singgah cari roti canai.gambar macam tu sangat cantik nak amik gaya gitu la..
ReplyDeleteYg last tu rasa sedih plak baca, banyakkan bersabar abaikan saja kata2 negatif Tu.
Sedapnye roti canai tu.. Nampak gebuu sekali... Doa yang baik-baik yea.. .
ReplyDeleteSemoga allah permudahkan segala urusan kak sa sekeluarga.
ReplyDeleteCantik gambar tu ! pandai kakak Dania snap gambar tu. Biasalah SA orang ni mana nak duk diam. Sabar je lah ye
ReplyDeleteMoga rutin mak abah SA dipermudahkanNYA.
ReplyDeleteGambar dekat pantai tu nampak cantik. Boleh bawa macam2 makna..
Semoga semua urusan SA dipermudahkan :)
ReplyDelete