Bayu Village Restaurant Signature Of Taste
Hi Korang..
Adalah menjadi satu kepuasan apabila makan malam di tempat yang selesa dan makanan semua sedap- sedap. SA berpeluang bawak Mak Abah dan Dania makan kat area yang SA baru jumpa ni..selalu lalu jalan ni tapi tak pernah nampak pun kedai ni..sesuatu kan..rupanya Bayu Village ni dah wujud 3 tahun dah. Kesian nya SA baru tau..so malam semalam dinner kat sini la..SA semalam baru sampai dari KL tengahari...patutnya tak nak balik..tapi mak call kan..tanya kenapa tak balik padahal dah bagi tau awal- awal SA maybe tak balik sebab ada event Kat BGR ( will update soon). Pas tu Mak cakap sapa nak shampoo rambut Mak...erm...bila Mak dah sebut macam tu terus SA amik keputusan balik hari Ahad..Mak SA tak leh shampoo sendiri rambut sebab kat leher ada tapak untuk cuci darah sementara..so selama ni SA yang cuci rambut Mak..kadang- kadang adik2 lain pun cuci..tapak untuk cuci darah tu kena tekup denga tuala kalau nak cuci rambut..so kena ada orang tolong shampoo kan...
Berbalik pada kisah dinner malam semalam...SA sampai seawal 8.00 malam..orang pun tak ramai sangat..memang malas nak masak sebab tu bawak diorang keluar makan...konsep restoran ni ada beberapa stall makanan iaitu makanan panas, western dan stall otak2 serta stall minuman..yang lain SA tak check plak..segan sebenarnya..amenda la..kata blogger kan...takpe nanti next time boleh repeat lagi kat sini..SA pilih makanan panas..jom tengok apa yang SA order..
Gambar dari FB Bayu Village Restaurant
Mama dan anak dara yang dah sama besar..gelap skit kulit dia sebab bersukan hari- hari..
Abah masa ni nak manja- manja kat mak..menade- nade la atuk ni...
Suka dengan setiap quotes yang diorang letak
Ikan Siakap 3 Rasa - Sedap sangat.. RM62.75
Sup Ekor - Abah cakap sedap betul.. RM10.60
Sotong Goreng Tepung 2 ekor - RM27.19 | sos dia tu tersedap..SA suka sangat!!
Baby Kailan Ikan Masin RM6.36
Ayam Goreng Kunyit - Untuk Mak RM9.54
Otak- Otak Kempas - RM1.20 sekeping ( bayar kat stall lain)
Mee Kantonis - Dania punya RM8.48
Nasi Putih 3 pinggan - RM7.95
Teh O panas 2 - RM4.24
Jus Tembikai 2 - RM10.60
Untuk Ikan Siakap dan Sotong tu memang konsep pilih, timbang dan masak..sama macam makan kat seafood restaurant atau kat Bagan Lalang. Memang diorang sediakan ikan fresh2 kat tempat khas, pelanggan boleh pilih, timbang dan masak ikut citasa...tapi memang puas hati la sebab ikan fresh dan besar..sotong pun sama..2 ekor tu pun dapat sepinggan sotong goreng tepung yang sedap..
So far SA dan yang lain- lain memang puas hati makan kat sini..portion banyak dan makanan sedap..rasanya ini area paling sedap yang kami pernah jumpa la kat area Seremban..total SA makan malam semalam RM147.70 termasuk GST ye...mana- mana restaurant sekarang ada gst..memang tak bleh nak elak la kan...
Abah suka makan kat sini katanya..suka suasana..cuma kenapa baru jumpa kedai ni..ini yang menjadi tanda tanya sebab kami selalu lalu kedai ni..semalam SA sempat sembang dengan salah seorang pekerja atau owner kot masa nak bayar..tanya dia kedai ni baru buka ke sebab tak pernah nampak..dia cakap dah 3 tahun kak..pas tu SA bagi idea mabe kena cerahkan sikit depan kedai tu..gelap sebab tak banyak lampu..hehehe...kedai dah bagus dah konsepnya...meja semua meja kayu dan ada gazebo jugak untuk pelanggan pilih kalau nak makan bersila..interior pun dah ala- ala kat Bali dah...
Okey JJCM berjaya..nanti bleh repeat lagi...
So korang especially warga Seremban kalau mencari tempat makan best SA nak recommend Bayu Village ni...sedap..harga pun reasonable bagi SA la..sebab SA selalu bawak family makan- makan so far boleh tahan la harga...macam SA plak harga tolak tepi dulu janji semua puas hati makan..jangan bayar mahal tapi makanan tak sedap kan...
Bayu Village Restaurant
No 28435, Stor Jalan Paroi
Taman Kiambang
70400 Seremban
Negeri Sembilan
Isnin - TUTUP
Tak sangka ada restoren yang sangat menarik di Negeri Sembilan, cantiknya Bayu, ikan siakap masak 3 rasa tu mesti garing kan...huhhhh...memanggil rasanya utk ke sana...tq SA sharing. Nice family!
ReplyDeleteyg berdepan dgn sungai tu ehhh
ReplyDeleteSotong Goreng tu nampak best je. Dah bosan jugak makan pau pau kat Seremban tu, bolehlah kali ni gi Seremban makan kat sini.
ReplyDeletenampak sedap semua maknan tu
ReplyDeletesedap tengok sotong goreng tu, harga sangat berpatutn dah.. memang semua restoran ada GST dah..
ReplyDeleteNampak sedap belaka makanannya. Yang pentinfg seisi keluarga gembira dan puas hati. :)
ReplyDeleteOkay... blk kg boleh nyinggah ni..ehehe
ReplyDeleteboleh tahan jugak harga siakap tuh ek
ReplyDeletesemua menu nampak sgt mengiurkan la SA... harga pun berpatutan utk seafood yg segar.... tgk sutun grg tu lahai ratah tu je pun dh puas hati hehehhe...
ReplyDeleteBoleh tahan juga harga dia kak. Yang penting sedap semuanya. Sotong tu plg ana suka.
ReplyDeletewow harganya tu ! tapi sekali skala memang ok dah kot. semuanya nampak sedap. Dan jarang tengok ayam goreng kunyit letak asam limau. inovatif tu
ReplyDeleteCantik tempat ni kak. Del lalu sini tak pernah pun nampak..aihhhh
ReplyDeleteRawlins suka tengok deco yang open dan santai begini - takde rasa nervous bila makan hahaha
ReplyDeleteRawlins ada sejenis yang suka makan ayam goreng kunyit so mata terus pergi ke situ. Memang nampak lazat dan menyelerakan semuanya.
Bestnya dpt belanja org tua kita kan sesekali Kak SA. Mesti dorg happy dibelanja makan sedap2. Nampak sihat dah ayah Kak SA. Alhamdulillah. Anyway, first time sy dengar nama restoran nie, nak pergi erjah jugaklah. Nampak sedap betul ikan siakap tu. Aduiii
ReplyDeleteBila mak call tanya balik ke tak..rasa sayunya. Alamak, silap time pula buka blog SA ni.terasa lapar tapi tak dapat nak makan lah...tunggu time maghrib...hehehe
ReplyDeleteSedapnya kak menu2 dia...
ReplyDeleteEsp ikan and sup ekor tu..
Fav sgt sup ekor tu....
Harga siakap tu boleh tahan ye....mesti agaknya size besar kot ikan tu. Selain daripada tu mee kantonis yang Dania makan tu menambat selera. Oh....sotong celup tepung tu pun sama....menarik juga...
ReplyDeleteCantik sangat deko restoren ni.. Nampak selesa je.. Tak crowded sangat dengan hiasan. Makanan pun nampak boleh tahan menarik dan sedap.. Boleh try nanti ke sini.
ReplyDeleteKalau dekat paroi ni dekat dengan rumah abang dekat paroi jaya. Sedap betul tengok menu-menu tu. Especially ikan siakap. Sweetnya abah dengan mak SA 😁
ReplyDeleteNampak sedap betul siakap 3 rasa tu. Food lain pun nampak sedap gak, portion pun besar tu kan
ReplyDeletewah yang ni
ReplyDeleteIkan Siakap 3 Rasa - Sedap sangat.. RM62.75
harga dia pun not bad la, dulu ikan siakap rasa macam murah je kan..
tapi nothing is murah... lokasi pun macam senang je nak cari...
dekat dengan bekas mak tiri ni.. huhuh..
dia punya persekitaran pun nampak cantik dan menarik..
harga termasuk gst ye kak.. semua nampak sedap laa.. harga pun berpatutan
ReplyDeleteSiakap tiga rasa tu nampak menyelerakan betul kak SA. Puas hati makan macam ni.
ReplyDeleteIkan Siakap 3 rasa tu nampak mmg sedap dan menarik. Lain kali singgah Seremban, mesti nak pergi makan ni. Terima kasih sharing ye.
ReplyDeletebelum lagi gi ni, SA.
ReplyDeleteakan bookmark.
mak mertua aida x gemar sgt makan luar skang ni.
nak juga menantu yg tak tau masak ni masak.
dia da x brape sihat. so dia risau kalau makan luar. bising. letih.
Eh restoran baru kee nii, hehe baru last weekend haritu balik paroi jaya & ade lalu lalang area jalan paroi senawang tp xperasan pulak kat mana restoran ni 😅 takpe nnt balik sana lagi nk ronde2 carik laa hehe. nampak mcm best jee makanan & their ambience as well. Anyway, it’s good to know another Serembanian blogger! 🙋🏻😁
ReplyDeleteSotong Goreng Tepung nampak ranggup dan sedap. Harga pun berpatutan. Nak bawa anak I pergi cuba.
ReplyDeletePernah tengok kedai ni. Rasany mcm barukan. Ok akan ku terjah hahahah. Tiap2 minggu ulang alik serting skrg ni huhu
ReplyDeletekita kalau makan dinner ngan family pun order macam menu Kak SA. Sejibik sama. Tapi boleh tahan juga ya harga dia (standard harga sana compare to Johor) Tapi apa-apa pun, benda makan kalau sedap dan berbaloi, beli saja. Apatah lagi belanja orang tersayang makan. Besar pahala Kak sA.
ReplyDeleteLama betoi x ke daerah paroi ni. Dulu mmg kawasan sis gak ni tapi skrg tinggal kenangam je. Kisahnya dh ada tmpt makanan sedap ekk kat sana. Nanti kalau sis lalu nak singgah lah
ReplyDeletesiakap 3 rasa tu menggugat iman. hehe. kalau dgn family order bnyk2 mcm ni mmg berbaloi kan.
ReplyDeleteSelalu lalu je kak xpernah singgah pun. Kalau akak cakap sedap maknanya sedap lah tuh.nanti nak singgah makan sini
ReplyDeleteAllahu, akan masuk dalam wishlist dan bila sampai ke sana boleh la try restoran ni, harga dorang pun not bad,hehe
ReplyDeleteNegeri Sembilan!!! Mak ai jauhnya kak. Ingatkan di Selangor aje. Hehe. Baru nak plan makan kat restoran ni. Sebab suka sotong goreng tepung tu. Hehe
ReplyDeleteArea nilai dan senawang sekarang nie dah ada banyak tempat makan yang menarik... Nampak gayanya, Bro kena promote tempat makan yang best dekat rawang nie.. tapi, macam tak jumpa je
ReplyDeleteCantik restoran nie SA, kalau ke Seremban nanti tau dah kat mana nak singgah makan. Tq for sharing SA..
ReplyDeleteSotong tu menariklah.. ikan tu usah cakaplah.. ;)
ReplyDeleteSeronok dah tentu bila sesekali dapat makan dengan keluarga.. ;)
Looks really delicious! Marking the down address and hope to drop by one day! Thanks for the recommendation.
ReplyDeleteCantik lah tempat dia kak & maknanan nampak best.
ReplyDeleteI like the foods served coz they are not all meat and all veggies :)
ReplyDeleteThey all look delicious that i wouldn't mind eating a lot.
tempat dia mcm ala ala dekat bali :) so nice
ReplyDelete