Monday, April 16, 2018

Dinner Di Bayu Village Restaurant Jalan Paroi - Senawang

Bayu Village Restaurant Signature Of Taste

Hi Korang..

Adalah menjadi satu kepuasan apabila makan malam di tempat yang selesa dan makanan semua sedap- sedap. SA berpeluang bawak Mak Abah dan Dania makan kat area yang SA baru jumpa ni..selalu lalu jalan ni tapi tak pernah nampak pun kedai ni..sesuatu kan..rupanya Bayu Village ni dah wujud 3 tahun dah. Kesian nya SA baru tau..so malam semalam dinner kat sini la..SA semalam baru sampai dari KL tengahari...patutnya tak nak balik..tapi mak call kan..tanya kenapa tak balik padahal dah bagi tau awal- awal SA maybe tak balik sebab ada event Kat BGR ( will update soon). Pas tu Mak cakap sapa nak shampoo rambut Mak...erm...bila Mak dah sebut macam tu terus SA amik keputusan balik hari Ahad..Mak SA tak leh shampoo sendiri rambut sebab kat leher ada tapak untuk cuci darah sementara..so selama ni SA yang cuci rambut Mak..kadang- kadang adik2 lain pun cuci..tapak untuk cuci darah tu kena tekup denga tuala kalau nak cuci rambut..so kena ada orang tolong shampoo kan...

Berbalik pada kisah dinner malam semalam...SA sampai seawal 8.00 malam..orang pun tak ramai sangat..memang malas nak masak sebab tu bawak diorang keluar makan...konsep restoran ni ada beberapa stall makanan iaitu makanan panas, western dan stall otak2 serta stall minuman..yang lain SA tak check plak..segan sebenarnya..amenda la..kata blogger kan...takpe nanti next time boleh repeat lagi kat sini..SA pilih makanan panas..jom tengok apa yang SA order..




Mama dan anak dara yang dah sama besar..gelap skit kulit dia sebab bersukan hari- hari..


Abah masa ni nak manja- manja kat mak..menade- nade la atuk ni...


Suka dengan setiap quotes yang diorang letak


Ikan Siakap 3 Rasa - Sedap sangat.. RM62.75


Sup Ekor - Abah cakap sedap betul.. RM10.60


Sotong Goreng Tepung 2 ekor - RM27.19 | sos dia tu tersedap..SA suka sangat!!


Baby Kailan Ikan Masin RM6.36


Ayam Goreng Kunyit - Untuk Mak RM9.54


Otak- Otak Kempas - RM1.20 sekeping ( bayar kat stall lain)


Mee Kantonis - Dania punya RM8.48

Nasi Putih 3 pinggan - RM7.95
Teh O panas 2 - RM4.24
Jus Tembikai 2  - RM10.60

Untuk Ikan Siakap dan Sotong tu memang konsep pilih, timbang dan masak..sama macam makan kat seafood restaurant atau kat Bagan Lalang. Memang diorang sediakan ikan fresh2 kat tempat khas, pelanggan boleh pilih, timbang dan masak ikut citasa...tapi memang puas hati la sebab ikan fresh dan besar..sotong pun sama..2 ekor tu pun dapat sepinggan sotong goreng tepung yang sedap..



So far SA dan yang lain- lain memang puas hati makan kat sini..portion banyak dan makanan sedap..rasanya ini area paling sedap yang kami pernah jumpa la kat area Seremban..total SA makan malam semalam RM147.70 termasuk GST ye...mana- mana restaurant sekarang ada gst..memang tak bleh nak elak la kan...

Abah suka makan kat sini katanya..suka suasana..cuma kenapa baru jumpa kedai ni..ini yang menjadi tanda tanya sebab kami selalu lalu kedai ni..semalam SA sempat sembang dengan salah seorang pekerja atau owner kot masa nak bayar..tanya dia kedai ni baru buka ke sebab tak pernah nampak..dia cakap dah 3 tahun kak..pas tu SA bagi idea mabe kena cerahkan sikit depan kedai tu..gelap sebab tak banyak lampu..hehehe...kedai dah bagus dah konsepnya...meja semua meja kayu dan ada gazebo jugak untuk pelanggan pilih kalau nak makan bersila..interior pun dah ala- ala kat Bali dah...


Okey JJCM berjaya..nanti bleh repeat lagi...


So korang especially warga Seremban kalau mencari tempat makan best SA nak recommend Bayu Village ni...sedap..harga pun reasonable bagi SA la..sebab SA selalu bawak family makan- makan so far boleh tahan la harga...macam SA plak harga tolak tepi dulu janji semua puas hati makan..jangan bayar mahal tapi makanan tak sedap kan...

Bayu Village Restaurant
No 28435, Stor Jalan Paroi
Taman Kiambang
70400 Seremban
Negeri Sembilan

Isnin - TUTUP

41 comments:

  1. Tak sangka ada restoren yang sangat menarik di Negeri Sembilan, cantiknya Bayu, ikan siakap masak 3 rasa tu mesti garing kan...huhhhh...memanggil rasanya utk ke sana...tq SA sharing. Nice family!

    ReplyDelete
  2. yg berdepan dgn sungai tu ehhh

    ReplyDelete
  3. Sotong Goreng tu nampak best je. Dah bosan jugak makan pau pau kat Seremban tu, bolehlah kali ni gi Seremban makan kat sini.

    ReplyDelete
  4. sedap tengok sotong goreng tu, harga sangat berpatutn dah.. memang semua restoran ada GST dah..

    ReplyDelete
  5. Nampak sedap belaka makanannya. Yang pentinfg seisi keluarga gembira dan puas hati. :)

    ReplyDelete
  6. Okay... blk kg boleh nyinggah ni..ehehe

    ReplyDelete
  7. boleh tahan jugak harga siakap tuh ek

    ReplyDelete
  8. semua menu nampak sgt mengiurkan la SA... harga pun berpatutan utk seafood yg segar.... tgk sutun grg tu lahai ratah tu je pun dh puas hati hehehhe...

    ReplyDelete
  9. Boleh tahan juga harga dia kak. Yang penting sedap semuanya. Sotong tu plg ana suka.

    ReplyDelete
  10. wow harganya tu ! tapi sekali skala memang ok dah kot. semuanya nampak sedap. Dan jarang tengok ayam goreng kunyit letak asam limau. inovatif tu

    ReplyDelete
  11. Cantik tempat ni kak. Del lalu sini tak pernah pun nampak..aihhhh

    ReplyDelete
  12. Rawlins suka tengok deco yang open dan santai begini - takde rasa nervous bila makan hahaha
    Rawlins ada sejenis yang suka makan ayam goreng kunyit so mata terus pergi ke situ. Memang nampak lazat dan menyelerakan semuanya.

    ReplyDelete
  13. Bestnya dpt belanja org tua kita kan sesekali Kak SA. Mesti dorg happy dibelanja makan sedap2. Nampak sihat dah ayah Kak SA. Alhamdulillah. Anyway, first time sy dengar nama restoran nie, nak pergi erjah jugaklah. Nampak sedap betul ikan siakap tu. Aduiii

    ReplyDelete
  14. Bila mak call tanya balik ke tak..rasa sayunya. Alamak, silap time pula buka blog SA ni.terasa lapar tapi tak dapat nak makan lah...tunggu time maghrib...hehehe

    ReplyDelete
  15. Sedapnya kak menu2 dia...
    Esp ikan and sup ekor tu..
    Fav sgt sup ekor tu....

    ReplyDelete
  16. Harga siakap tu boleh tahan ye....mesti agaknya size besar kot ikan tu. Selain daripada tu mee kantonis yang Dania makan tu menambat selera. Oh....sotong celup tepung tu pun sama....menarik juga...

    ReplyDelete
  17. Cantik sangat deko restoren ni.. Nampak selesa je.. Tak crowded sangat dengan hiasan. Makanan pun nampak boleh tahan menarik dan sedap.. Boleh try nanti ke sini.

    ReplyDelete
  18. Kalau dekat paroi ni dekat dengan rumah abang dekat paroi jaya. Sedap betul tengok menu-menu tu. Especially ikan siakap. Sweetnya abah dengan mak SA 😁

    ReplyDelete
  19. Nampak sedap betul siakap 3 rasa tu. Food lain pun nampak sedap gak, portion pun besar tu kan

    ReplyDelete
  20. wah yang ni
    Ikan Siakap 3 Rasa - Sedap sangat.. RM62.75
    harga dia pun not bad la, dulu ikan siakap rasa macam murah je kan..
    tapi nothing is murah... lokasi pun macam senang je nak cari...
    dekat dengan bekas mak tiri ni.. huhuh..
    dia punya persekitaran pun nampak cantik dan menarik..

    ReplyDelete
  21. harga termasuk gst ye kak.. semua nampak sedap laa.. harga pun berpatutan

    ReplyDelete
  22. Siakap tiga rasa tu nampak menyelerakan betul kak SA. Puas hati makan macam ni.

    ReplyDelete
  23. Ikan Siakap 3 rasa tu nampak mmg sedap dan menarik. Lain kali singgah Seremban, mesti nak pergi makan ni. Terima kasih sharing ye.

    ReplyDelete
  24. belum lagi gi ni, SA.
    akan bookmark.
    mak mertua aida x gemar sgt makan luar skang ni.
    nak juga menantu yg tak tau masak ni masak.
    dia da x brape sihat. so dia risau kalau makan luar. bising. letih.

    ReplyDelete
  25. Eh restoran baru kee nii, hehe baru last weekend haritu balik paroi jaya & ade lalu lalang area jalan paroi senawang tp xperasan pulak kat mana restoran ni 😅 takpe nnt balik sana lagi nk ronde2 carik laa hehe. nampak mcm best jee makanan & their ambience as well. Anyway, it’s good to know another Serembanian blogger! 🙋🏻😁

    ReplyDelete
  26. Sotong Goreng Tepung nampak ranggup dan sedap. Harga pun berpatutan. Nak bawa anak I pergi cuba.

    ReplyDelete
  27. Pernah tengok kedai ni. Rasany mcm barukan. Ok akan ku terjah hahahah. Tiap2 minggu ulang alik serting skrg ni huhu

    ReplyDelete
  28. kita kalau makan dinner ngan family pun order macam menu Kak SA. Sejibik sama. Tapi boleh tahan juga ya harga dia (standard harga sana compare to Johor) Tapi apa-apa pun, benda makan kalau sedap dan berbaloi, beli saja. Apatah lagi belanja orang tersayang makan. Besar pahala Kak sA.

    ReplyDelete
  29. Lama betoi x ke daerah paroi ni. Dulu mmg kawasan sis gak ni tapi skrg tinggal kenangam je. Kisahnya dh ada tmpt makanan sedap ekk kat sana. Nanti kalau sis lalu nak singgah lah

    ReplyDelete
  30. siakap 3 rasa tu menggugat iman. hehe. kalau dgn family order bnyk2 mcm ni mmg berbaloi kan.

    ReplyDelete
  31. Selalu lalu je kak xpernah singgah pun. Kalau akak cakap sedap maknanya sedap lah tuh.nanti nak singgah makan sini

    ReplyDelete
  32. Allahu, akan masuk dalam wishlist dan bila sampai ke sana boleh la try restoran ni, harga dorang pun not bad,hehe

    ReplyDelete
  33. Negeri Sembilan!!! Mak ai jauhnya kak. Ingatkan di Selangor aje. Hehe. Baru nak plan makan kat restoran ni. Sebab suka sotong goreng tepung tu. Hehe

    ReplyDelete
  34. Area nilai dan senawang sekarang nie dah ada banyak tempat makan yang menarik... Nampak gayanya, Bro kena promote tempat makan yang best dekat rawang nie.. tapi, macam tak jumpa je

    ReplyDelete
  35. Cantik restoran nie SA, kalau ke Seremban nanti tau dah kat mana nak singgah makan. Tq for sharing SA..

    ReplyDelete
  36. Sotong tu menariklah.. ikan tu usah cakaplah.. ;)
    Seronok dah tentu bila sesekali dapat makan dengan keluarga.. ;)

    ReplyDelete
  37. Looks really delicious! Marking the down address and hope to drop by one day! Thanks for the recommendation.

    ReplyDelete
  38. Cantik lah tempat dia kak & maknanan nampak best.

    ReplyDelete
  39. I like the foods served coz they are not all meat and all veggies :)
    They all look delicious that i wouldn't mind eating a lot.

    ReplyDelete
  40. tempat dia mcm ala ala dekat bali :) so nice

    ReplyDelete

Heyy Gojes..Any Comment????
Comment Yang Elok- Elok Aje Ye......

Suria Amanda Copyright © 2014 Designed by Ms.Azhafizah