Sunday, April 29, 2018

Fib're Rose Sista Stardust Sesuai Untuk Mereka Yang Ingin Turunkan Berat Badan..

Sista Stardust Secret Rose Formula Revealed

Hi korang...

Memiliki badan yang langsing dan sihat adalah idaman semua orang khususnya wanita. Mimpi ngeri kan kalau makan banyak sikit berat badan naik mendadak. Masa tu sure menangis bucu katil. Even naik sedikit pun berat badan pasti mengalami kemurungan kan..SA la tu 😂😂😂...nak plak dah nak bulan puasa next month jemputan makan preview Ramadhan sana sini kan..tau- tau jer baju kerja dan apa juga baju dah tak muat..menangis..masa tu terus krik..krik...risau dan macam- macam perasaan ada lagi...Dalam pada SA risau berat badan naik tu SA diperkenalkan dengan Fib're Rose keluaran Sista Stardust iaitu makanan tambahan berbentuk minuman botani yang sangat sesuai dengan SA. Alhamdulillah SA temui jalan paling selamat untuk turunkan sedikit berat badan.


Fib're Rose Campuran Minuman Botani

Merupakan minuman botani yang mengandungi ramuan istimewa iaitu Ekstrak Kelopak Rose (Japan Whitening)serta pelbagai bahan yang mampu mengawal selera makan seseorang seterusnya mampu mengawal dan menurunkan berat badan. Minuman ini sememangnya sangat sesuai untuk mereka- mereka yang berhasrat untuk menurunkan berat badan. 

Walaupun terdapat banyak produk- produk menurunkan berat badan di luar sana tumbuh bagai cendawan, SA sangat rekemen korang ambil product ini kerana ianya selamat dan mengandungi bahan semulajadi. 

Berikut merupakan kandungan bahan semulajadi yang terdapat dalam Fib're Rose

Ramuan

  1. Fruktosa
  2. Serbuk Jus Oren
  3. Maltodekstrin
  4. Acid Citrid
  5. Gum Akasia
  6. Trikalsium Fosfat
  7. Serbuk Campuran Buah dan Sayuran ( Nenas,Epal, Kiwi, Markisa, Lemon, Pir, Bayam, Timun, Saderi)
  8. Serbuk Nenas
  9. Pewarna Epal Hijau
  10. Serbuk Buah Delima
  11. Serbuk Lidah Buaya
  12. Sekam Psyllium
  13. Serbuk Jus Epal
  14. Serbuk Senna
  15. Ekstrak Kelopak Bunga Rose

9 Kebaikkan Fib're Rose Sista Stardust 

  • Meningkatkan Metabolisme Tubuh Badan
  • Membantu proses pencernaan & sembelit
  • Membuang toksin dari badan
  • Mengawal Selera Makan
  • Badan akan lebih ringan dan bertenaga
  • Membakar lemak dan melangsingkan badan
  • Membantu menyihatkan badan
  • Mengandungi antioksida yang tinggi
  • Mengempiskan perut


Pengalaman SA consume Fib're Rose

SA adalah sangat susah untuk detox. Makan buah dan sayur lengkap hidangan harian pun SA alami masalah susah nak detox..sehari sekali jer..tapi sejak berkenalan dengan Fib're Rose SA senang nak detox. Sehari sampai 5 kali detox..hehehe..sejak tu perut rasa sangat selesa dan sihat. The best part selama 2 minggu pengambilan secara konsisten SA kini hilang 1.5kg. SA target untuk kelihatan sedikit langsing asalkan boleh pakai kebaya raya nanti..hehehe...


Cara- cara pengambilan:-


"campurkan 1 paket (10 gram) ke dalam 150 ml air suam. Goncang sehingga larut dan minum serta - merta selepas penyediaan. Minum air secukupnya sepanjang hari untuk kesan yang terbaik"


1 packet Fib're Rose campurkan dengan 150ml air


Shake..shake..shake


Segera di minum


Rasa apple yang sedap..


Dos yang dicadangkan:
1 paket sehari sebelum makan malam

Cara Penyimpanan
Simpan di tempat dingin dan kering

Harga 
RM150 x 60 paket
Kegunaan untuk 2 bulan.

Fib're Rose Sista Stardust sesuai diminum oleh semua pengguna

Website :
www.sistastardust.com

Facebook :
www.facebook.com/sistastardust

Instagram :
www.instagram.com/sistastardust_official

Friday, April 27, 2018

Layan IlaoIlao Yogurt Tatkala Stress Adalah Awesome..

Hi korang..

Salam Jumaat penghulu segala hari...

Semalam SA stress, tak tau nak cakap macam mana stressnya..sakit kepala migrain menyerang dari pagi..maybe sebab sedang pms minggu ni..SA memang macam ni..ada sesetengah orang cakap kalau stress makan chocolate kan? semalam SA dah makan setengah bar choc dah..masih gak stress...sampai ke petang..then decided balik sharp 5.30 petang..SA melangkah ke NuSentral dulu..selamba je order..tak pernah makan lagi..kira first time ni..tak tengok pun harga berapa semua kan..then SA pilih topping segala..ambil size medium..masa bayar RM15.90...mak aiiiiiii...yogurt pun mahal erk...tapi sebab stress kan...persetankan lantak la mahal ke murah..lepas bayar duduk di sudut meja yang disediakan...

Ingat nak lepak sambil2 menikmati keindahan kesedapan yogurt mahal ni...feeling2 pengkritik makanan...hahaha..agak- agak makan yogurt ni naik tak berat badan? naik tak 60kg...pas tu tak leh pi fashion show...eloooo...i berat menghampiri 60kg tapi i maintain takde peha melimpah ruah hoke...ehhh...tengah leka suap yogurt ni sambil- sambil tengok orang dengan pelbagai ragam..tetiba datang sorang tourist dari Korea nak duduk kat kerusi depan SA...tetiba datang lagi 2 orang yang dah agak berumur...SA cepat2 habiskan yogurt SA then bagi tempat SA kat aunty tu..bukan main dia suka siap tunduk2 macam orang Jepun..eh...entah2 memang orang Jepun..then SA terus gerak dari situ selepas bagi sedikit senyuman..sorry aunty i tengah bad mood....


Melting tak?


Macam ni ke muka takde mood/stress??


Mahal ke?

Yogurt ni dah lama dah orang tau dan dah lama dah orang sibuk makan..SA je baru acah- acah menyibuk..hehehe..itupun sebab stress, bad mood..kalu tak..pandang sebelah mata pun tak nak kan..eh...takde la..SA ok je...sebenarnya takde kawan nak ajak lepak..ada kawan selalu ajak lepak NuSentral tengah cuti bersalin..memang selalu ngan dia..pas tu kawan lagi 2 orang dah berpisah department..kadang diorang ada agenda lain..kalau takde agenda pun SA malas nak keluar...kadang SA tak join sebab bawak bekal kan...

Sapa nak teman SA makan yogurt IlaoIlao di NuSentral next time? Beli sama- sama bayar asing- asing..hahahaha....gurau je jangan marah na...time kerja memang la takde nak lepak mana- mana..kalau tak kerja bleh la kot kan... Ingat nak ajak kawan-kawan blogger lepak2 la nanti..especially gang GSL Warrior atau sesapa yang sudi nak lepak..bleh bertukar- tukar fikiran..bukan ngumpat ye..bleh adakan aktiviti best..tgok wayang ke..kan?

Till here...Happy Weekend korang......

Thursday, April 26, 2018

Apabila Dua Beranak Selfie...

Hi korang...

Seronok bila ada anak dara pas tu korang bleh share apa je aktiviti ngan dia..macam SA ngan Dania..kitorang bleh share apa je..share novel, share baju, share mekap..dan share minat kami yang sama iaitu bergambar..anak dara SA ni dia ada perangai bila amik gambar nak nampak buruk je..tak suka nak nampak cun ke..ready pose ke dia tak suka..tak macam mama dia..pada dia kalau candid tu la yang cantik..dan SA la yang selalu jadi mangsa candid dia..
SA kan sebelum ni guna handphone Xiaomi Redmi..pas tu kan handphone buat perangai kan..lepas SA beli handphone baru kan..tetiba eh...handphone lama tu elok plak...ermmm...SA kan memang suka handphone lama tu sebab camera dia cantik dan ada bokeh gak..so dari guna 2 handphone SA bagi la Dania pakai handphone tu..suka la dia..dia leh amik gambar dah..handphone lama dia camera plak problem kan..so selama ni dia guna handphone mama je..so mama bagi la handphone lama tu kat dia..seronok la dia bergambar..

Jom la tengok kami pose....


pose ni dia tak suka..sebab ini ready pose..


Tengah tunggu timer..dia leh tergelak...


Puas control..


Mak aiii...besarnya lengan mama ko nak oiii


Gambar ni guna hp lama...setting biasa takde bokeh


Setting fake dengan Bokeh

Sebenarnya banyak je gambar kami berdua...

Share yang ni je la dulu..hehehe...SA tengah cari album lama gambar- gambar dia dari amsa dia kecik2..ntah mana perginya album tu semua...maklumlah zaman tu belum ada lagi camera digital atau smart phone..so gambar jenis yang negative film dan kalau nak simpan kena la cuci kan..nostalgia sangat masa tu..kamera SA yang jenis letak film tu pun ada lagi..nanti nak beli battery pas tu nak buat keja giler la..hahahaha....seronok ke anak dara dah besar ni?
Seronok la..ada kawan nak kemana- mana..Dania ni walau umur baru 14 tahun..tapi fikiran dia dah matang macam dewasa..kadang kalau SA ada benda nak share dia bagi la pendapat dia..macam tu jugak SA selalu bagi pendapat SA...tak susah pun besarkan Dania..memang dari kecik tak pernah bagi masalah pun...cuma dia tak membesar macam kanak- kanak lain..dia takde complete family..jumpa ayah dia pun setahun sekali..itupun kalau ayah dia ingat nak tengok dia la..apapun..harapan SA agar Dania membesar menjadi anak yang baik, berjaya dunia akhirat dan tak lupakan SA sebagai ibunya...tetiba ada yang kupas bawang...pedih mata...selagi mama hidup..mama akan pastikan awak menjadi manusia yang berjaya...amin...

Musim Sakura Akhirnya Tiba Jua!

Musim bunga telah tiba di Jepun, dan Tokyo serta Kyushu telah menyaksikan kemunculan bunga sakura yang pertama untuk musim ini. Sakura mekar lebih awal tahun ini, terutamanya di wilayah Kanto, Koshin, Tokai dan Kinki, dan lebih 700,000 tetamu Airbnb berpusu-pusu ke Jepun sepanjang tempoh ini.

Musim sakura bergerak ke arah ke Utara, dan bunga ceri yang putih bersih dengan sedikit sentuhan merah jambu ini akan memeriahkan musim bunga di serata negara dari hujung minggu ini sehingga minggu hadapan, sebelum tiba di Hokkaido pada awal bulan Mei.

Lokasi popular untuk melihat bunga ini termasuk di Tokyo, Osaka, Okinawa dan Fukuoka. Jika anda cukup bertuah untuk melawat Jepun semasa musim sakura ini, pastikan anda meraikan keindahan bunga-bunga kecil ini sambil menyertai Pengalaman yang diterajui oleh peminat sakura tempatan.


Tokyo

Parti Memasak Bento dan Melihat Sakura

https://www.airbnb.jp/experiences/184175

Parti melihat bunga sakura tidak akan lengkap tanpa bento Hanami! Kotari akan memimpin anda dalam mencipta sushi dan kek cawan Sakura anda sendiri. Anda boleh bawa kotak bento anda sendiri, bungkuskan hidangan kegemaran anda, kemudian nikmati keindahan sakura di kawasan berhampiran.


Kamakura

Sakura & Sake di Kamakura, Ibu Kota Purba Shogun


Ini satu lagi peluang menikmati keindahan bunga sakura, kali ini bersama pakar Ikebana, Anton. Di ruang mewah yang diatur oleh Riho Miyamoto, yang dipenuhi kuntuman sakura, anda boleh menikmati menu padanan yang lazat dan disediakan dengan teliti oleh cef. Kamakura juga tidak kurang hebatnya dengan pilihan tempat melihat bunga sakura, jadi jangan ketinggalan!



Kyoto

Memetik Teh di Perkampungan Teh Wazuka di Kyoto


Ini khas untuk penggemar-penggemar teh hijau di luar sana. Daiki, seorang peladang teh Uji di Uwajima, akan membawa anda ke rahsia yang kemas tersembunyi di Kyoto, Wazuka, untuk mencari daun teh yang terbaik. Perjalanan meredahi selekoh-selekoh tajam dan mendaki cenuram akan membawa anda ke ladang teh organik di atas gunung. Nikmati keindahan alam semula jadi di wilayah penuh mistik ini, merasa sencha dalam musimnya, dan berehat di kafe sambil menghirup matcha atau teh hijau kegemaran anda. Kalau bertuah, anda juga mungkin berpeluang melihat bunga sakura liar! 


Terokai dunia Geisha & Kyoto sebenar


Kyoto terkenal dengan kekayaan susur galur sejarahnya. Apa yang anda perlukan untuk menyelami sepenuhnya kekayaan masa lampau dan budayanya ialah seorang pemandu pelancong yang cukup mesra dan berpengetahuan seperti Kentaro. Lawatan ini memberi tumpuan kepada budaya Geisha, tempat-tempat suci dan kuil. Kehadiran sakura yang memeriahkan suasana membangkitkan lagi keindahan dan aura klasik kepada lawatan anda.



Fukuoka

Pendakian Panoramik dan Memasak Di Luar


Osamu mempunyai pengalaman mendaki lebih 40+ tahun di serata dunia, termasuk Nepal dan Alaska. Bersama-sama dengan Nami, beliau membimbing anda merentasi Gunung Kizan, yang dahulunya merupakan tapak Istana Kii yang dibina pada tahun 665 sebelum Masihi oleh Maharaja Tenji untuk melindungi Dazaifu. Sepanjang pendakian ini, beliau juga akan menerangkan herba-herba liar dan kegunaannya dari sudut perubatan. Pemandangan yang memukau dari puncak serta mi udon yang lazat akan melengkapkan hari anda.

                                                   

Wednesday, April 25, 2018

Makan Sorang- Sorang Looser? Mana Adaaaaa.......

Hi korang....

Last 2 week kot SA makan sorang- sorang sambil waiting for someone kan..Jumaat kalau tak salah SA la..dah tua..lupa selalu...SA singgah The Curve. Sambil menanti tu SA lepak kat Teppanyaki..order makan dan minum...saje nak habiskan masa..ingat nak lepak Pak John Steamboat...tapi kang orang cakap SA pening plak makan steamboat sensorang..kalau sorang layan tak best kan...terus masuk je Teppanyaki...
Apa yang SA rasa lepas makan sorang- sorang? serius SA rasa tak keruan..biasa dengan kawan- kawan opis atau dengan si dia ke kan...ni sorang - sorang dalam tempoh 2 jam..SA up la kat IG & FB..terus SA dapat komen kat IG...ada la ntah sapa2 ntah yang SA rasa SA tak follow dia pun sebelum ni, dia cakap SA looser...helloooooo...i'm not...sapa kata lepak sorang- sorang makan tu looser? anti sosial?yang komen SA tu yang looser kan...tak dapat lepak sorang- sorang makan kat tempat best..bukan guna duit dia pun kan....paas tu sesuka kata kita looser..choiiii....jahat sangat mulut...cili kangggg....


I boleh makan dengan tenang...leh acah2 retis selfie time makan...


Pose-pose sikit


Snap pic makanan sambil update kat IG | Beef Teppanyaki


Beef Teppanyaki condiments


Iced Lemon Tea


Sesekali kita tak perlu bergantung dengan orang sangat kan?

Sesekali kita perlukan "ME TIME" kita sendiri...

Bukan bermaksud looser

Bukan bermaksud anti-sosial...

Cuma pelik la..ada jer yang ambil berat tentang diri SA dan apa yang SA buat...hehehe...

Terima kasih anda yang prihatin....

SA makan sensorang okey je..shopping sorang pun ok...sebab SA bebas nak kemana- mana..

Takde terikat sangat...kan?

Korang setuju ke orang labelkan jalan sensorang ni LOOSER?

Weekend Menjamu Selera Pakcik Sekeluarga Dari Langkawi

Hi korang...

Weekend lepas SA menerima tetamu..adik mak yang jauh nun dari Langkawi balik Seremban nak tengok Mak Long yang sakit kat hospital dan Mak SA..Jumaat malam tu diorang dah sampai..so Jumaat malam tu SAsampai dari KL terus balik rumah masak..tapi lauk untuk malam tu tak sempat nak ambil gambar...then esoknya Sabtu bermula rutin SA...nasib baik sarapan pagi adik SA yang siapkan..then SA bertungkus lumus masak untuk tengahari. punya lah penat SA tak ambil gambar jugak...hahahaha...ngek kan...tapi masa tu masak Ayam Kampung Masak Lemak Cili Api ngan sayur skit..
Lepas pada tu la SA pi Palm Mall tengok wayang tu...sebab tu la macam lambat je keluar rumah kan..nasib baik sempat tengok wayang..kisah tengok wayang tu dah baca kan..so kita tinggalkan citer tu..kita focus bab SA masak lauk pauk untuk Sabtu malam tu...sebab sebelum Pakcik nak balik ke Langkawi semula naik bas dari Seremban ke Kuala Perlis, kami jamu diorang makan..memang makan je la kerja diorang kat rumah SA..seronok tengok semua berselera makan..lagipun lama tak jumpa kan..setahun sekali pun payah...

Jom la tengok gambar...


Sambil makan sambil borak..


Pak Uda dan Mak Uda


Makan kenyang- kenyang nanti bas berhenti kat mana- mana tak yah makan dah


Menu Ahad | Brocolli with Shitake Mushrooms



Menu Ahad | Singgang Ikan Tenggiri


Menu Ahad | Ikan Kerisi Goreng Halia


Menu Ahad | Sayur Campur


Menu Sabtu | Ayam Kampung Masak Lemak Cili Api


Menu Sabtu| Sambal Udang Petai


Menu Sabtu| Telur Dadar Tomato


Menu Sabtu | Kacang Buncis Goreng Campur Udang Putih


Haaaa itulah menu yang SA masak...hehehe..salah plak susunan..patut susun Sabtu dulu...malas nak godek lagi so biarkan aje..itu jer la yang SA masak..sensorang je masak..eh..telur dadar tu adik SA yang tolong masakkan...satu kesukaan kami anak beranak kalau buat telur dadar mesti letak cili potong, bawang banyak pas tu hiris tomato sekali..so telur dadar tu jadi sedap sangat...tak percaya? korang cuba buat...sedap...
Next week tak tau la nak masak apa plak..petang Ahad lepas SA sempat pergi Pasar Malam Senawang, SA beli ikan puyu 3 ekor dan ayam pencen 2 ekor..dah masak sikit ayam pencen..ikan puyu besar2 dan gemuk2 tu SA pesan kat Abah, tunggu SA balik nanti baru masak..SA memang suka ikan sawah..sedap...nanti dah masak tunggu SA update eh..kalau rajin SA buat video...kalau rajin la..selalunya malas yang lebih...

Jumpa lagi next entry...

Tuesday, April 24, 2018

Late Lunch At Black Canyon Restaurant Palm Mall Seremban

Hi korang...

Sambung cerita lagi eh...lepas dah tengok wayang tu kami bertiga nak makan plak..mulanya SA nak pi Padini cari seluar or baju kerja tapi malas plak nak jinjing plastik bag..so kami menuju ke Black Canyon Restaurant..dah beberapa kali SA bawak family makan kat sini...berdua dengan Dania pun pernah then bawak plak Iman kali ni...hope dia seronok la..dia ni pemalu orangnya...first time keluar dengan Mama Dania kan...


Sementara tu kami swafoto dulu...ni guna hp Dania..hp mama fake sangat kalau bokeh..


One more...


Kan dah cakap..guna bokeh gambar mama je clear


Serius mama Dania ni tengok menu nak pilih apa..


While waiting...candid gambar diorang


Cuba lagi bokeh..pun sama gak..x pandai setting lagi ni...


Kuey Tiow Ladna untuk Dania dan Iman..sama je menu pilih...


Spicy Seafood Spaghetti SA punya


Black Canyon Coffee SA..sedap gilers


Chocolate Frapp Dania


Hot Choc Iman punya


Mixed mushroom tu lupa nak snap gambar single..SA x habis makan pun sebab pedas giler...tgok la hiasan tu ha..lada hitam fresh...


Dessert Sago & longan

Total bill makan bertiga RM99.20

Sesekali bawak kawan Dania keluar..ikutkan perancangan awal SA suruh ajak kawan dia sorang lagi..tengok citer Dukun ni..tapi kawan dia tu penakut tengok citer hantu..mula- mula memang ingat citer hantu tapi takde pun hantu..cuma seram part scene amalan ilmu hitam dia tu...belum rezeki dia la tuh..insyaallah SA nak buat sekali lagi sessi santai tgok wayang macam ni..mana tau kawan Dania yang tak jadi ikut hari tu nak ikut plak..SA happy bila tengok Dania dan kawan- kawan dia happy...bukan apa..sesekali diorang kena free kan minda..dari bebanan tugasan sekolah kan...SA plan nak bawak Dania dan kawan- kawan dia pi KL plak...insyaallah kalau dimurahkan rezeki..

Tengok Wayang Filem DUKUN Di Golden Screen Cinema Palm Mall Seremban

Hi korang..

Dah tengok ke cerita Dukun?

SA dah tengok Sabtu lepas dengan Dania dan kawan baik dia..leka kat rumah lambat keluar SA sampai kat Palm Mall ngam- ngam tayangan dah bermula..start 2 pm tp SA sampai pukul 2.10pm..tanya petugas dah start ke..dia cakap iklan lagi.,.so cepat- cepat beli tiket, beli air ngan pop corn..pas tu terus masuk..dengan lupa bawa cardigan..puas menahan sejuk dalam tu...


Tiket Sorang RM15 di Golden Screen Cinema Palm Mall


Dating bertiga dengan Dania dan kawan dia Iman


Dukun ialah filem drama seram Malaysia 2018 arahan Dain Iskandar Said terbitan Astro Shaw.[1] Filem ini merupakan filem sulung arahan Dain dan berdasarkan secara longgar dari kisah sebenar pembunuhan seorang ahli politik Malaysia pada tahun 1993, Datuk Mazlan Idris, oleh Mona Fandey, seorang penyanyi Malaysia yang popular pada tahun 80-an. Filem itu pada asalnya dijadualkan dikeluarkan pada Disember 2006 tetapi diharamkan oleh Lembaga Penapisan Filem Malaysia (LPF) kerana jalan ceritanya yang kontroversi serta menyinggung perasaan keluarga yang terlibat. Tetapi pada 2018, LPF menarik balik pengharaman filem ini dan telah ditayangkan di pawagam di seluruh Malaysia pada 5 April 2018 ( sumber wikipedia)

gambar dari goole.com

gambar sumber google.com

Gambar sumber google.com

Filem Dukun yang dibintangi Datin Paduka Umie Aida, Namron, Bront Palarae, Soffi Jikan, Elyana, Faizal Hussein, Chew Kin Wah, Deana Yusof, Mislina Mustafa, Nadiya Nisaa, dan Adlin Aman Ramli itu sebenarnya merupakan sebuah filem lama yang dirakamkan pada tahun 2007.

SA kagum dengan lakonan Datin Paduka Umie Aida..tak sangka dengan watak berat yang di galas..Umie Aida berjaya menghayati watak..salute dengan dia..Setiap ekspresi wajah Umie Aida dalam filem ini..memang mengagumkan..

SINOPSIS..

DUKUN mengisahkan tentang Karim (Faizal Hussein), seorang peguam yang sedang bergelut dengan kerjayanya akibat kemurungan dan gangguan emosi berikutan kehilangan orang yang tersayang iaitu isterinya, Sara (Avaa Vanja) dan anak perempuan, Nadia (Elyana).

Dalam masa yang sama, Karim telah ditawarkan peluang untuk menjadi peguam kepada seorang OKT (Orang Kena Tuduh) bernama Diana Dahlan (Datin Seri Umie Aida), yang berjanji akan mencari anaknya.

Diana yang merupakan seorang penyanyi kelab malam, telah dihadapkan ke mahkamah kerana disyaki terlibat dalam satu kes pembunuhan. Pihak polis telah terjumpa mayat di rumahnya yang disyaki dari aktiviti ilmu hitam yang diamalkan untuk kekal cantik dan berkuasa.

Diana dikatakan seorang dukun yang mempunyai tongkat sakti dari suku kaum Batak. Melalui proses perbicaraan dan penyiasatan yang dilakukan oleh ASP Talib (Namron); sisi ilmu hitam Diana terungkai satu demi satu.

DUKUN merupakan sebuah kisah perihal ketaksuban manusia terhadap kekayaan, kuasa, kecantikan, keremajaan abadi dan ada darah yang tumpah dalam mengejar kesemuanya.


Nak tau kesudahan filem ni?

Korang kena tengok sendiri..SA jarang tengok cerita melayu dan SA recommend filem ni..banyak pengajaran tersirat..tak percaya korang tengok la nanti...lepas kami tengok wayang terus pi makan di Black Canyon..baca next entry ye....