Wednesday, March 14, 2018

Sindrom "Kaki Sibuk" Di Mana-Mana Sahaja

Hi korang..

Kaki sibuk ada di mana- mana sekarang kan, kaki sibuk termasuk netizen-netizen makcik bawang dan pakcik bawang..ada jer benda yang diorang tak puas hati..semalam kecoh pasal sorang budak tak cukup umur yang diragui ke akil baligh an dia duk mengutuk ibu bapa tak pandai jaga anak. Bukan main lagi budak lelaki tu bercakap mengalahkan dia tak pernah jadi budak- budak..macam- macam kecaman budak tu terima dari mereka yang bergelar ibu bapa dan netizen..saje je budak ni kan..nak masuk Motif Viral la tu kan konon lepas tu boleh popular..Jalan kotor untuk popular la dik..kesian betul...

Lepas tu SA dapat pm di messenger oleh salah seorang follower FB. SA bukan sewenang- wenang nak approved friend request kat FB. SA akan check dulu siapa orang tu. SA tertipu dengan dia punya friend list ramai blogger..bila SA nampak semua blogger yang SA kenal SA memang approved tanpa ada sikit pun rasa sangsi...rupanya dah 2-3 hari dia jadi friend SA dia skodeng SA ni siapa, kerja kat mana dan seolah- olah dia kenal SA lama dah....korang mungkin perasan SA ada up status kat FB semalam kan...


Terus SA blocked FB dia...berani betul dia kan..siap nak pinjam duit padahal tak kenal pun..SA tak tunggu dia balas apa yang SA type kat dia..terus SA blocked je tapi memang perasan la dia dah read apa yang SA hentam dia tu...

Haih macam- macam hal..dah la siang semalam SA terhibur dengan viral budak lelaki tu..tetiba dapat plak soalan yang macam SA paste tu ha..apa motif dia..agaknya modus operandi dia sama ke kat blogger lain..so korang hati- hati ye kalau nak approve kan friend request. Tak nak jadi macam ni...nasib kat media social kalu kat luar? Kita tak tahu niat orang baik ke jahat kan..so kena put extra more careful atas diri kita sendiri..lelaki ke perempuan ke memang tak boleh percaya zaman sekarang...SA kalau bab pinjam- pinjam duit ni memang susah skit la..sedara mara ke..kawan baik ke..memang tak la..zaman sekarang ni orang memang pandai amik kesempatan atas kesenangan atau kesusahan orang lain..

Oh si dia yang SA maksudkan diatas adalah SEORANG PEREMPUAN...ada yang suruh screenshot muka dia atau profile dia at least orang lain boleh hati- hati. SA bukan jenis yang suka malukan orang..takpe la..SA maafkan aje..semoga dia bahagia dengan dunia dia...silap besar la dia nak test SA....

14 comments:

  1. pelik org gini..die plak bzbody org kj pastu wat part time blogging...pastu tktau malu kn nk pulak pinjam duit...isk2

    ReplyDelete
  2. Die ingat duit jatuh dr langit ape suka2 nak pinjam kat org..berusaha tak nak..hehe

    ReplyDelete
  3. Alahai.. Pelik betul.. Suka2 hati je mintak macam tu..

    ReplyDelete
  4. haha tu spesis hakak bawanng lettewwwwwwwwwwww.... bakal pelapis skuad Makcik Bawang MAlaysia..ekekek

    kite pun x accept sebarang acc yg x dikenali kat socmed..seram kalo jenis2 cam tu..huhu

    ReplyDelete
  5. macam ni pun ada, sesuka hati nak pinjam duit kenal pun tak.

    ReplyDelete
  6. Amboi...macam senang2 je nak mintak duit ye... Kite yang bersusah payah.. Haisshhh... kena lebih berhati-hati.
    Yup... LeYa dah 2x juga lah terkena, kawan sendiri sampai sekarang tak bayar hutang. Adeh! Nasib badan la kan.. Terlampau jujur dan baik sangat dengan orang.

    ReplyDelete
  7. agaknya dia jeles tengok kak sa dapat banyak barang review kot.

    ReplyDelete
  8. Bab duit boleh bergaduh kalau tak kena cara :(

    Samalah. kalau bercerita pasal orang yang buat sesuatu pada kita, memang akan cuba hide kan identiti orang tu sebab cuba untuk tak nak malukan dia.

    ReplyDelete
  9. ish ish xkenal pun berani nk minta duit.. kita dgn org yg kenal pun tgk juga nak bg k tak, inikan org asing.

    ReplyDelete
  10. Auni kalau moneyless sangat pun, tak sampai hati nak mintak orang. Segan pun ye. Sanggup kira duit syiling kak. Ishhh berani betul sipolan ni. Sesuka minta duit.. kalau kenal takpe jugak, ni tak kenal.. haishhhh

    ReplyDelete
  11. Ingat duit kita jatuh dari langit?suka suki dia je nak minta duit org. Nak duit kerja la

    ReplyDelete
  12. e'eh. boleh gitu plak??!!
    hairan bin ajaib.
    tak segan ke dia, SA?
    aduhai.... tak reti aida nak komen lanjut lah...

    ReplyDelete
  13. Saya cukup oantang irang macam nih kak.suka hati dia je minta ornag duit.apa ingat kita kerja cari duit nak tanggung dia ke apa? Nak duit kerja llah bukan minta duit dengan orang

    ReplyDelete
  14. mulut org sekarang ssh betul nak ttup. midset yang cetek apatah lagi hm bertabah la sis

    ReplyDelete

Heyy Gojes..Any Comment????
Comment Yang Elok- Elok Aje Ye......