Assalamualaikum..
Hi korang...
Semalam SA emergency..sedang nak suap nasi masa kat pantry SA dapat whatsaap dari adik no 4 iaitu mummy Dida..dia on the way hantar mak ke hospital Seremban sebab mak tak boleh bernafas...allah..tak tunggu lama SA capai handbag terus balik Seremban dengan keadaan panik sampai wedges SA putus di Merdeka Station..tak tau nak cakap macam mana paniknya SA..di fikiran dah fikir yang bukan - bukan..tapi kali ni SA tak menangis cuma jantung laju dan menggigil..sampai la SA dalam bas..selagi tak nampak makndepan mata memang hati risau...
Alhamdulillah sampai di Seremban allah permudahkan perjalanan ke hospital..SA menanti Zon Hijau sedangkan Mak di Zon Kritikal iaitu Zon Merah...sampai je masa tu adik beradik semua dh ada kecuali adik lelaki...dapat masuk zon merah jumpa mak dan 7.30 mak di hantar ke wad..SA jaga mak tapi balik rumah dulu mandi dan ambil segala keperluan mak..bermula lah episode SA bermalam di ward
Ikutkan tak sampai hati tengok Doc kejap2 cucuk tangan mak nak ambil darah dan nak masukkan ubat..tapi apakan day memang tak boleh dielakkan..SA turut merasa kesakitan yang ditanggung oleh mak..bagai disentap-sentap hulu hati SA ni bila mak terjerit-jerit menahan sakit..
Part paling menguji bila nak cuci berak mak..bukan jijik tau..SA terpaksa mintak bantuan nurse bertugas sebab kudrat SA yg kecik berbanding mak buat SA sangat-sangat tak berdaya..badan mak 3 kali ganda besar dari SA..memang tak mampu SA buat sensorang..terima kasih yang tak terhingga buat adik nurse yang ikhlas menolong tanpa rungutan..
Ini la rupa hasil dari 1 jam usaha Doc untuk dapatkan urat di bahagian lengan mak..
Update terbaru dari hospital hari ini..Doc pakar buah pinggang suggest buat dialysis bagi mempercepatkan proses keluarkan air dan mula buat rawatan buah pinggang..tak tertanggung derita mak..semoga mak kuat menghadapi dugaan..kalau lagi lambat buat rawatan lagi teruk keadaan mak nanti...
Terima kasih diatas doa-doa kawan kawan semua..amat SA hargai..tak mampu SA nak balas dengan kata-kata. Dalam keadaan SA menghadapi dugaan ni...masih ramai yang prihatin..SA ada satu lagi pengalaman sepanjang malam menjaga mak di hospital semalam..pengalaman pertama rasanya melihat penderitaan wanita terkena sakit Meroyan..nanti SA ceritakan di next entry...
Moga mak akk cpt sihat
ReplyDeleteAllahu...moga mak SA segera sembuh...Allah kurang dan hilangkan rasa kesakitan..dikuatkan semangat dan sabar..sedihnya...
ReplyDeleteMoga cepat sembuh dan sihat seperti biasa dengan izinnya Aamiin
ReplyDeleteAllahuAkbar. Semoga mak SA segera sembuh sepenuhnya. Aamiin.
ReplyDeletesemoga cepat sembuh ibunya
ReplyDeleteamin
smoga mak SA cpt sembuh
ReplyDeleteSSemoga dipermudahkan dan diberi kesembuhan dan kekuatan kepada Mak SA. SA pun take care
ReplyDeleteSyafakillah Mak kak SA
ReplyDeletesemoga Mak SA cepat sembuh dan SA bertabah dalam masa ini..
ReplyDeletein shaa Allah semuanya akan menjadi ok
Smoga ibu SA sihat dgn cpt... smoga di lindungi Allah
ReplyDeletehttps://byshaz.blogspot.my/2018/03/letih-masa-pregnant.html
Semoga semua urusan dipermudahkan..
ReplyDeleteSemoga ibu SA cepat sembuh.aaminn
ReplyDeleteluluh hati bila tengok macam ni kan kak.. tak sampai hati.. semoga mak akak cepat sembuh ya..
ReplyDeletesemoga ibu SA diberi kesembuhan dan sehat sediakala.... aminn
ReplyDeleteInshaAllah kak. Semua akan ok. Haritu atok saya admitted masuk sini juga sebab kanser.
ReplyDeleteSemoga mak akak cepat sembuh. Sebagai anak, inilah masanya ibu kita memerlukan kita. Anak perempuan untuk mencuci, teman dan beri makan. Akak belajar dengan nurse macam mana mereka pusing-pusing pesakit untuk tukar pakaian dan ganti pampers. Ruby dulu jaga arwah abah ruby di Hospital. Dia koma sebulan. Ruby memang tak reti jaga. Tp belajar lah. Sebab nurse semua busy. Bila mereka busy takkan asyik nak panggil-panggil kan. Hurmmm.. Semoga akak tabah.
ReplyDeleteYa Allah.. saya faham perasaan Tu Macam mana kak.. semoga mak akak cpt sihat ye amin
ReplyDeleteSyafakillah mak akk... Moga ada keajaiban yg indah nnti.. Allahu..teringat arwah mak kita dulu.. Takde sakit pape tetibe masuk hospital trus warded kt NICU.. Rasa blanked terus masa tu sbb xde angin takde ribut... Moga akk tabah ye... InshaaAllah Allah permudahkan urusan akk sekeluarga ...
ReplyDeleteInsyallah mak SA akan sembuh balik...will pray for her wellbeing...<3
ReplyDeleteSemoga ibu SA diverikan kesembuhan dan kesihatan. Semoga akak sentiasa tabah yer. Bila Allah uji parents kita sakit, Allah nak bagi pahala dekat kita. Jaga ikut mana yang terdaya. Semoga terus diberikan kemudahan buat akak sekeluarga
ReplyDeletesemoga Allah sembuhkan ibu SA. huda pun pernah hadapi situasi macam ni few years lepas. Tapi percaya dengan Allah yang Maha Penyembuh, miracle do happen
ReplyDeleteSEmoga mak SA cepat sempuh. insyaAllah dipermudahkan olehNYa. Banyak berdoa ye SA
ReplyDeleteSemoga emak SA kembali sihat walafiat, kita hanya dapat berdoa dan Allah sentiasa mendengar doa2 kita dan tabahlah hadapi dugaan.
ReplyDeleteSpeedy recover to your mummy, will pray for her quick recovery hope she gets well soon.
ReplyDeletetak keruan kan bila orang yang kita sayang sakit..Moga Allah swt memberikan kesembuhan kepada Mak SA..
ReplyDeleteBaca pun terharu dan sedih. Teringat mama kita. Semoga mak kak SA cepat sembuh. Semoga tuhan kuatkan hati dan tabahkan kak SA ya.
ReplyDeleteBila baca kisah ni terus teringat pada emak 4 tahun lepas die masuk ward sbb alami jngkitan kuman dlm darah, saat tu mmg xtau nak ckp ape sb sukar bagi kami adik beradik nak trima. Alhamdulillah dgn izin Allah mak sembuh walau tidak sepenuhnya saya syukur. Untuk akak juga semoga akak dipermudahkan dlm semua urusan ya. dipermudahkan dan diberikan kesihatan yg baik untuknya.
ReplyDeleteHow is your mum condition now? Does it better and then bloated has been going down? May god bless your mum with long life and health. Speedy recovery aunty. Be strong babe.
ReplyDeleteSemoga Allah memberi kesembuhan buat mak SA.. Aamiin..
ReplyDeleteSyafakillah Mak SA.. Semoga dipermudahkan semua urusan ya. SA pun kena jaga diri juga tau..
ReplyDeleteTeringatkan arwah mak masa mula-mula nak buat rawatan buah pinggag. Macam ni lah keadaanya. Semoga ibu SA akan semakin sihat ye
ReplyDeleteMoga mak SA cepat sihat.. Aamiin
ReplyDeleteDoa banyak banyak ya SA...moga Mak diberikan kesihatan terbaik nanti....aaamin
ReplyDeleteada bc kat fb SA.
ReplyDeletesaba ye.
ni dah turn kita-kita plak jaga mak abah.
aduhai... seram sejuk badan kita bila dpt call mak abah masuk spital ekk.
lemah segala urat badan.
moga mak SA sihat seperti biasa ekk...
semoga cepat sembuh
ReplyDeletesama2 berdoa dan bertawakal kepada Allah
Semoga mak Kak SA cepat sembuh dan kembali ceria bersama keluarga..
ReplyDeleteMesti mula Kak Sa dengar berita, hati tak keruan kan... Tapi LeYa pasti Kak SA sangat tabah orangnya. Sebab tuh mampu menanggung semuanya. Semoga ada sinar kebahagiaan buat akak dan keluarga..
Semoga mak KA segera sembuh
ReplyDeleteMendengar dari jauh..
ReplyDeleteMoga mak SA cepat baik hendakNYA.
Semoga mak kak SA sentiasa baik baik dan sihat seperti sedia kala. InsyaAllah.
ReplyDeleteSemoga Mak Kak SA diberikan kesembuhan sepenuhnya.
ReplyDelete