Friday, March 2, 2018

Sembuhkanlah Ibuku Ya Allah..

Assalamualaikum..
Hi korang...
Semalam SA emergency..sedang nak suap nasi masa kat pantry SA dapat whatsaap dari adik no 4 iaitu mummy Dida..dia on the way hantar mak ke hospital Seremban sebab mak tak boleh bernafas...allah..tak tunggu lama SA capai handbag terus balik Seremban dengan keadaan panik sampai wedges SA putus di Merdeka Station..tak tau nak cakap macam mana paniknya SA..di fikiran dah fikir yang bukan - bukan..tapi kali ni SA tak menangis cuma jantung laju dan menggigil..sampai la SA dalam bas..selagi tak nampak makndepan mata memang hati risau...
Alhamdulillah sampai di Seremban allah permudahkan perjalanan ke hospital..SA menanti Zon Hijau sedangkan Mak di Zon Kritikal iaitu Zon Merah...sampai je masa tu adik beradik semua dh ada kecuali adik lelaki...dapat masuk zon merah jumpa mak dan 7.30 mak di hantar ke wad..SA jaga mak tapi balik rumah dulu mandi dan ambil segala keperluan mak..bermula lah episode SA bermalam di ward


Mak 100% on oksigen sebab oksigen tak sampai ke kepala dan badan mak bloated sebab terlalu banyak air..air dh masuk dalam daging dan lapisan kulit..ikutkan mak memang tak boleh minum air banyak since buat bypass dulu tapi memandangkan cuaca dan kekhilafan Mak maka seringkali berlaku terlebih ambil air..


Ikutkan tak sampai hati tengok Doc kejap2 cucuk tangan mak nak ambil darah dan nak masukkan ubat..tapi apakan day memang tak boleh dielakkan..SA turut merasa kesakitan yang ditanggung oleh mak..bagai disentap-sentap hulu hati SA ni bila mak terjerit-jerit menahan sakit..
Part paling menguji bila nak cuci berak mak..bukan jijik tau..SA terpaksa mintak bantuan nurse bertugas sebab kudrat SA yg kecik berbanding mak buat SA sangat-sangat tak berdaya..badan mak 3 kali ganda besar dari  SA..memang tak mampu SA buat sensorang..terima kasih yang tak terhingga buat adik nurse yang ikhlas menolong tanpa rungutan..


Ini la rupa hasil dari 1 jam usaha Doc untuk dapatkan urat di bahagian lengan mak..
Update terbaru dari hospital hari ini..Doc pakar buah pinggang suggest buat dialysis bagi mempercepatkan proses keluarkan air dan mula buat rawatan buah pinggang..tak tertanggung derita mak..semoga mak kuat menghadapi dugaan..kalau lagi lambat buat rawatan lagi teruk keadaan mak nanti...
Terima kasih diatas doa-doa kawan kawan semua..amat SA hargai..tak mampu SA nak balas dengan kata-kata. Dalam keadaan SA menghadapi dugaan ni...masih ramai yang prihatin..SA ada satu lagi pengalaman sepanjang malam menjaga mak di hospital semalam..pengalaman pertama rasanya melihat penderitaan  wanita terkena sakit Meroyan..nanti SA ceritakan di next entry...

40 comments:

  1. Allahu...moga mak SA segera sembuh...Allah kurang dan hilangkan rasa kesakitan..dikuatkan semangat dan sabar..sedihnya...

    ReplyDelete
  2. Moga cepat sembuh dan sihat seperti biasa dengan izinnya Aamiin

    ReplyDelete
  3. AllahuAkbar. Semoga mak SA segera sembuh sepenuhnya. Aamiin.

    ReplyDelete
  4. semoga cepat sembuh ibunya
    amin

    ReplyDelete
  5. SSemoga dipermudahkan dan diberi kesembuhan dan kekuatan kepada Mak SA. SA pun take care

    ReplyDelete
  6. semoga Mak SA cepat sembuh dan SA bertabah dalam masa ini..

    in shaa Allah semuanya akan menjadi ok

    ReplyDelete
  7. Smoga ibu SA sihat dgn cpt... smoga di lindungi Allah

    https://byshaz.blogspot.my/2018/03/letih-masa-pregnant.html

    ReplyDelete
  8. Semoga semua urusan dipermudahkan..

    ReplyDelete
  9. Semoga ibu SA cepat sembuh.aaminn

    ReplyDelete
  10. luluh hati bila tengok macam ni kan kak.. tak sampai hati.. semoga mak akak cepat sembuh ya..

    ReplyDelete
  11. semoga ibu SA diberi kesembuhan dan sehat sediakala.... aminn

    ReplyDelete
  12. InshaAllah kak. Semua akan ok. Haritu atok saya admitted masuk sini juga sebab kanser.

    ReplyDelete
  13. Semoga mak akak cepat sembuh. Sebagai anak, inilah masanya ibu kita memerlukan kita. Anak perempuan untuk mencuci, teman dan beri makan. Akak belajar dengan nurse macam mana mereka pusing-pusing pesakit untuk tukar pakaian dan ganti pampers. Ruby dulu jaga arwah abah ruby di Hospital. Dia koma sebulan. Ruby memang tak reti jaga. Tp belajar lah. Sebab nurse semua busy. Bila mereka busy takkan asyik nak panggil-panggil kan. Hurmmm.. Semoga akak tabah.

    ReplyDelete
  14. Ya Allah.. saya faham perasaan Tu Macam mana kak.. semoga mak akak cpt sihat ye amin

    ReplyDelete
  15. Syafakillah mak akk... Moga ada keajaiban yg indah nnti.. Allahu..teringat arwah mak kita dulu.. Takde sakit pape tetibe masuk hospital trus warded kt NICU.. Rasa blanked terus masa tu sbb xde angin takde ribut... Moga akk tabah ye... InshaaAllah Allah permudahkan urusan akk sekeluarga ...

    ReplyDelete
  16. Insyallah mak SA akan sembuh balik...will pray for her wellbeing...<3

    ReplyDelete
  17. Semoga ibu SA diverikan kesembuhan dan kesihatan. Semoga akak sentiasa tabah yer. Bila Allah uji parents kita sakit, Allah nak bagi pahala dekat kita. Jaga ikut mana yang terdaya. Semoga terus diberikan kemudahan buat akak sekeluarga

    ReplyDelete
  18. semoga Allah sembuhkan ibu SA. huda pun pernah hadapi situasi macam ni few years lepas. Tapi percaya dengan Allah yang Maha Penyembuh, miracle do happen

    ReplyDelete
  19. SEmoga mak SA cepat sempuh. insyaAllah dipermudahkan olehNYa. Banyak berdoa ye SA

    ReplyDelete
  20. Semoga emak SA kembali sihat walafiat, kita hanya dapat berdoa dan Allah sentiasa mendengar doa2 kita dan tabahlah hadapi dugaan.

    ReplyDelete
  21. Speedy recover to your mummy, will pray for her quick recovery hope she gets well soon.

    ReplyDelete
  22. tak keruan kan bila orang yang kita sayang sakit..Moga Allah swt memberikan kesembuhan kepada Mak SA..

    ReplyDelete
  23. Baca pun terharu dan sedih. Teringat mama kita. Semoga mak kak SA cepat sembuh. Semoga tuhan kuatkan hati dan tabahkan kak SA ya.

    ReplyDelete
  24. Bila baca kisah ni terus teringat pada emak 4 tahun lepas die masuk ward sbb alami jngkitan kuman dlm darah, saat tu mmg xtau nak ckp ape sb sukar bagi kami adik beradik nak trima. Alhamdulillah dgn izin Allah mak sembuh walau tidak sepenuhnya saya syukur. Untuk akak juga semoga akak dipermudahkan dlm semua urusan ya. dipermudahkan dan diberikan kesihatan yg baik untuknya.

    ReplyDelete
  25. How is your mum condition now? Does it better and then bloated has been going down? May god bless your mum with long life and health. Speedy recovery aunty. Be strong babe.

    ReplyDelete
  26. Semoga Allah memberi kesembuhan buat mak SA.. Aamiin..

    ReplyDelete
  27. Syafakillah Mak SA.. Semoga dipermudahkan semua urusan ya. SA pun kena jaga diri juga tau..

    ReplyDelete
  28. Teringatkan arwah mak masa mula-mula nak buat rawatan buah pinggag. Macam ni lah keadaanya. Semoga ibu SA akan semakin sihat ye

    ReplyDelete
  29. Moga mak SA cepat sihat.. Aamiin

    ReplyDelete
  30. Doa banyak banyak ya SA...moga Mak diberikan kesihatan terbaik nanti....aaamin

    ReplyDelete
  31. ada bc kat fb SA.
    saba ye.
    ni dah turn kita-kita plak jaga mak abah.
    aduhai... seram sejuk badan kita bila dpt call mak abah masuk spital ekk.
    lemah segala urat badan.
    moga mak SA sihat seperti biasa ekk...

    ReplyDelete
  32. semoga cepat sembuh
    sama2 berdoa dan bertawakal kepada Allah

    ReplyDelete
  33. Semoga mak Kak SA cepat sembuh dan kembali ceria bersama keluarga..
    Mesti mula Kak Sa dengar berita, hati tak keruan kan... Tapi LeYa pasti Kak SA sangat tabah orangnya. Sebab tuh mampu menanggung semuanya. Semoga ada sinar kebahagiaan buat akak dan keluarga..

    ReplyDelete
  34. Semoga mak KA segera sembuh

    ReplyDelete
  35. Mendengar dari jauh..
    Moga mak SA cepat baik hendakNYA.

    ReplyDelete
  36. Semoga mak kak SA sentiasa baik baik dan sihat seperti sedia kala. InsyaAllah.

    ReplyDelete
  37. Semoga Mak Kak SA diberikan kesembuhan sepenuhnya.

    ReplyDelete

Heyy Gojes..Any Comment????
Comment Yang Elok- Elok Aje Ye......

Suria Amanda Copyright © 2014 Designed by Ms.Azhafizah