Hi korang...
Rasa tak best jer kerja hari ni kan..dah sedap cuti 2 hari kan...lepas tu aktiviti ngan anak dara SA hari Sabtu sampai penat giler..terjebak tengok wayang citer Peter Rabbit. Apa ntah takde citer best kat TGV Aeon Seremban 2. Sampai SA dan Dania terjebak tengok citer tu..mula- mula nak tengok citer KL Special Force. Pastu dah last minit terus tertukar sebut citer lain...hahaha...citer melayu bleh tgok kat Astro First kan...layankan ajer citer Peter Rabbit dan not bad gak..best dan sesuai untuk anak- anak cuti sekolah ni....korang kalau takde agenda cuti sekolah boleh bawak anak- anak tengok wayang citer ni...
So...SA nak share ngan korang simple menu yang SA cipta semalam untuk Mak SA...laju jer mak makan semalam walau SA masak campak- campak je...menu kali ni lebih menggunakan dada ayam sebab mak tak boleh makan daging ayam bahagian lain.
Jom la tengok resepi
Ayam Goreng Kunyit Versi SA
Bahan-bahan
- Sekeping dada ayam dihiris nipis macam dalam gambar
- Serbuk kunyit - 1 sudu kecil
- Bawang putih 2 ulas - hiris
- Bawang merah kecil 2 ulas - hiris
- Halia 1 inci - hiris halus dan memanjang
- Cili Akar 3 biji - potong serong
- Bawang Besar - Hiris bulat
- Sos Tiram - 1 sudu
- daun kari 2-3 helai
Cara memasak
- Dada ayam di lumurkan dengan kunyit serbuk dan sedikit garam
- Goreng sampai betul- betul masak, terpulang kalau nak garing atau tidak..SA masak separuh garing sebab mak nak daging tu juicy.
- Ayam dah masak, angkat dan ketepikan...
- Gunakan minyak goreng ayam tadi, tumis halia sampai garing.
- masukkan bawang merah, bawang putih dan bawang besar dan biarkan sampai naik bau..
- masukkan sos tiram dan cili akar
- tak perlu tambah garam sebab ayam dah ada garam masa goreng tadi dan sos tiram dah masin.
- masukkan daun kari, gaulkan dan tutup api
- Sedia untuk di hidang
Senang je kan menu SA..
Selamat mencuba....
Harini plan pun nak masak lauk ayam. Tp bkn aym kunyit. Next time nk buat ayam kunyit camni la. Sllu blur camne nk buat ayam goreng kunyit ni. Walhal simple je. 😅
ReplyDeleteMakan dgn nasi putih panas pun sedap ni...
ReplyDeleteBahan sikit, resepi pun simple, memang ohsem..
ReplyDeletekonsep cepat di masak, sedap di makan, sha.
DeleteSimple tapi ikhlas masak sure sedap. Miza masak camne tak dapet nak buh cili meriah nanti budak dua ketui marah pedass
ReplyDeleteKadang kalau hari kerja, malas nak masak berat2, saya masak simple camni je SA..licin mr hubby ratah kalau nasi dah habis...
ReplyDeleteBella dah lama tk perasap dapur ni. Seriously dah lama tak masak sb busyla kekononnya. Resepi simple macam ni mmg sedap. Tambah ada cili api dgn bawang dahbkena sangatlah. Nanti boleh cuba cara ni pula
ReplyDeleteKadang menu simple macam ni pun boleh buat tambah nasi dua tiga kali. Kalau makan nasi panas2 dengan kicap dan ayam kunyit ni memang best sangat! Senang dan jimat kan.
ReplyDeleteSenang menu SA.boleh la mencuba nanti.memang busy tak ada masa nak masak lama2 macam tu nak menu simple2 je hihi
ReplyDeletememang mudah resepi Kak SA.. boleh cuba nanti
ReplyDeleteMakan ngan nasi panas panas best ni.Simple org bujang mcm saya pun boleh masak ni. I suka letak cili padi and bawang byk .byk
ReplyDeleteOh yes we... Something to cook tonight and so coincidence I have guest tonight at home... Lolz...
ReplyDeleteRacheal
Asal ayam memang feveret dak Adik.. anak ai.. ;)
ReplyDeleteAntara lauk kegemaran Rose jugak ni. Tapi, kalau makan ni mesti nak telur dadar jugak :)
ReplyDeletewah ini senang ni! saya pun sekarang tengah membiasakan makan bahagian dada. hihi. bolehlah nanti nak cuba!
ReplyDeletesenang ler nak masak kalau stay sorang-sorang..nampak sedap #done follow blog akak
ReplyDeletesedap kan kalau goreng kering macam ni...Sally mmg minat makan macam ni tapi ibu kena ada kuah baru nak makan..hahahaha...esok Sally cuba masak yg ni pulak :D
ReplyDeleteAna kalau goreng kunyit ni xletak sos tiram. Boleh lah cuba lepas ni. Mesti lagi sedap rasa dia. Fav kami sekeluarga ayam goreng kunyit ni kak.
ReplyDeleteMenu ayam goreng kunyit ni simple tapi menyelerakan. Makan dengan nasi putih memang terangkat.
ReplyDeleteOo..letak sos tiram juga ek. Tak pernah masukkan sos tu. Menu simple kegemaran ciktie ni.
ReplyDeleteSedapnya ayam kunyit..hari tu baru buat,,sis kalau buat potong kecik2 lps tu letak cili bebanyak..baru ada kick..hehehe
ReplyDeletesedap ni ... makan kering2 gitu..heheh
ReplyDeleteYou really a talented chef. Look so good the Ayam goreng kunyit. I want to try your recipes this weekend.
ReplyDeleteSedap ni kak.. sy mmg suka ayam goreng kunyit boh bawang byk-byk. Pastu makan dengan nasi panas2 dan sambal belacan.. perghh.. mau menambah nasi.. haha
ReplyDeleteMasak simple pun sedap. Air tangan pompuan yang rajin masak mmg power. Kalau ayu msk mcm ni mmg anak2 akan menambah nasi hehehe
ReplyDeleteLauk nie paling best. Lawankan dengan nasi panas dan kicap atau sambal belacan. Tak pandang kiri kanan dah..
ReplyDeletehah tu. dgn kicap ekk, eyqa.
Deletebahan wajib anak-anak aida :) ha ha
simple sgt menu ni. next time bleh cuba buat cara ni pulak
ReplyDeleteBuat ratah aje pun sedap.
ReplyDeleteSenang je rupanya cara nak masak ayam mask kunyit. Fav saya juga ni, selalu g makan kt kedai lauk ni.
ReplyDeleteAyam Goreng Kunyit memang senang je nak masaknya... Tapi kalau Bro yang masak, dia jadi ayam goreng bersambal... bawang cili semua terlebih
ReplyDeletecili padi kalu lebih, sedap!
Deletememang kegemaran aida cili padi lebih, SA.
yummy!
ReplyDeleterata aje pun sedap ni.
couple dgn nasi panas.
anak2 dara aida, surely titik kan kicap manis kat nasi diorang.
hmmmmm kenyang!
Dada ayam goreng kunyit berempah pun pernah i masak kat rumah. Senang and sihat juga sebab kurang lemak i tambah sikit sambal tumbuk so that it taste lagi menyelerakan.
ReplyDeleteNampak sedap lah kak, boleh cuba nanti.
ReplyDeleteKak Sue satu family suka kalau ayam goreng kunyit nie, boleh cuba resepi SA nie sebab ada letak sos tiram.. Tq for sharing SA..
ReplyDeleteSuka juga masak ayam goreng kunyit.sedap makan dengan nasi panas panas.saya suka buh tomato
ReplyDeletethanks for sharing SA :) Boleh jadi rujukan untuk memasak hee
ReplyDelete