Thursday, March 29, 2018

Peria Atau Kambas?

Hi korang..

Kenal kambas? kenal peria? haaa..kambas dan peria adalah dari keluarga yang sama..cuma panggilan di satu-satu satu tempat tu berbeza. Macam SA sendiri dari NS memang panggil Kambas. Kalau area lain kat NS pun ada yang panggil peria. Kambas atau peria mungkin sejenis tumbuhan yang sama,,tp pada SA yg biasa dengan sayuran ni dari kecil dan diajar mak dan mak- mak saudara panggil kambas  bentuknya besar manakala peria yang kecik atau org panggil peria katak..kambas ni agak kurang pahit dibandingkan peria katak.




Khasiat Kambas dan Peria ( Sumber Google)

Hidangan enak, kaya manfaat perubatan

RASA peria memang pahit menyebabkan tidak ramai yang menggemarinya. Tetapi, kata orang tua, pahit itu elok, pahit itu ubat dan sememangnya, peria banyak khasiatnya, malah boleh dijadikan hidangan enak jika kena cara memasaknya.

Bukan itu saja, peria atau nama saintifiknya, momordica charantia juga memberikan manfaat untuk individu menjaga kecantikan.

Begitulah hebatnya peria yang juga dikenali kambas, walaupun berasa pahit dan ramai yang kurang menyukai sayur itu, ternyata ia mempunyai banyak kebaikan. Justeru, ketepikan soal pahit dan cuba nikmati ‘kemanisan’ yang dimiliki peria. Antara pelbagai khasiat yang terdapat dalam sayur itu ialah mengandungi protein, lemak, mineral, serat, karbohidrat, vitamin dan kalsium.

Khasiat peria sudah diketahui sejak zaman purba lagi. Ketika itu, peria digunakan untuk merawat beberapa penyakit seperti kencing manis, darah tinggi dan buasir. Begitu juga bagi wanita yang baru bersalin, disyorkan mengamalkan makan peria ketika berpantang, lebih-lebih lagi apabila sudah kehilangan banyak darah sewaktu melahirkan anak.

Air rebusan peria juga dapat digunakan untuk menyejukkan bahagian dalaman tubuh, misalnya rasa panas radang manakala bagi yang mengalami buasir, disarankan rebus daun peria dan campurkan ke dalam segelas susu atau minuman setiap pagi.

Pengidap kencing manis, disarankan mengambil peria sebagai menu harian bagi penjagaan kesihatan kerana ia mengandungi insulin yang berfungsi mengawal kadar glukosa dalam darah.

Khasiat peria tidak saja dikenali di negara ini sebaliknya di seluruh dunia. Pakar perubatan China misalnya dikatakan, menggunakan peria untuk merawat asma dan haid yang lewat. Di Filipina, daun peria yang dilumatkan diletakkan ke dalam mulut bayi yang baru lahir untuk merangsangkan sistem imunisasi tubuhnya. Selain itu, ia digunakan juga sebagai ubat pupuk untuk merawat gigitan serangga.

Lebih menarik, kajian di luar negara mengenai peria mendapati masalah ketagihan alkohol juga boleh diatasi dengan meminum air daun peria. Di Australia dan Amerika Syarikat, peria kini menjadi bahan penting bagi merawat penyakit leukimia, HIV dan AIDS.

Selain kegunaan dalam perubatan dan menyembuhkan penyakit, peria boleh juga dijadikan hidangan enak yang membuka selera. Bagi yang ingin menjaga dan mengekalkan kesihatan sihat, bolehlah menggunakan sayur pahit itu dalam masakan. Dengan kandungan khasiatnya yang merangkumi serat, lemak, karbohidrat dan protein, anda boleh menghasilkan menu sihat.

Haaaa...banyak kan khasiat peria ni....

Dalam Sebulan mesti hidangan peria atau kambas ada dalam menu masakan SA..dulu tak berapa suka dengan peria ni sebab pahit..tapi bila dah pandai makan dan jadi lauk kemestian tiap kali balik rumah Seremban. Kadangkala dapat permintaan dari adik beradik atau kawan office. Dulu SA rajin buat jualan..sekarang stop kejap sebab takde masa nak buat..

31 comments:

  1. suami saya panggil petola tu kambas...yg ni peria...yg kecik peria katak :)
    saya suka peria yg ni...goreng pedas taruk telur...sodap

    ReplyDelete
  2. Peria katak celur dan makan dengan sambal belacan = sedap... :)

    Peria kambas masak lemak dengan udang juga sedap...

    ReplyDelete
  3. miza panggil peria tak tau ada nama lain. memang pahit pati kalau pandai masak tak terasa pahit tu

    ReplyDelete
  4. Pernah masak peria macam yang mak masak tapi haram sorang pun tak makan hahhh.... malas dah nak masak. Nasib baik anak-anak makan sayur lain.

    ReplyDelete
  5. Oghang kampung den panggil ni kambeh ;-)

    ReplyDelete
  6. pria ni klau hiris nipis2..masak goreng rempah rangup2..fuh..apa nk kata..merecik

    ReplyDelete
  7. Saya pggl ni peria kak. Kalau kambas sy pggl utk petola. Yg ni peria yg kecik peria katak. Heheheh asalkan boleh mkn pggl ape pun xjd mslh erk kka.

    ReplyDelete
  8. Akak panggil peria. Akak tak pandai makan sayur ini. Mungkin lain kali nak juga cuba makan.

    ReplyDelete
  9. Yo boto tu.. Den pun panggil kambas atau bahasa nogori Kambeh... hehehe..

    ReplyDelete
  10. dana suka msk tumis pedas boh telur kak.... cumanya klu kt umah kene msk skit je sbb edy tak mkn peria nih...

    ReplyDelete
  11. benda yang pahit pahit ni sebenarnya sangat bagus untuk kesihatan kita kan ? dah lama sangat makan benda manis manis. sekarang kena amalkan makan peria ke makan kambas ke huuu tiba tiba je rasa nak pergi cari..

    ReplyDelete
  12. Ha'ah.. Ada yang panggil kambas. TApi saya panggil peria.. hehe... Dah jatuh cinta dengan rasanya. Selalu masak peria ni. Peria katak tu jarang sebab tak tahan pahit tu.

    ReplyDelete
  13. wow ade nm lain , ty taw mkn tp xde r gemar tgok juga mskn pe... br taw khasiat dia leh merawat pelbagai sakit

    ReplyDelete
  14. Xpandai masak peria ni..eh xpandai ke tak pernah try sebenarnya..takut pahit nnt buang je..tp yg pahit tu la ubat kan org kata..elok utk kesihatan kan..

    ReplyDelete
  15. katanya peria katak memang mujarab untuk ubati kencing manis..tapi pahit gila. peria biasa yang besar ni, goreng dgn bawang putih letak udang baring pun dah sedap..

    ReplyDelete
  16. Peria memang pahit. I tak suka makanan pahit. I saw some use it to make soup or soup noodles and I try it before but don't like the taste.

    ReplyDelete
  17. Airah panggil peria.tak familiar dengan kambas haha tak suka dan memang jarang makan

    ReplyDelete
  18. Serious x tahu nama sayur nie apa. Rasanya kambas tu. And tak tahu pulak banyak khasiatnya sayuran nie. Selalu makan je. Sedap kalau ditumis masin2. Sy suka !

    ReplyDelete
  19. Kita kalau pergi kedai makan kat mana-mana yang ada jual kita suka peria goreng rangup memang makan berpinggan-pinggan tapi kena rangup lah dan tak rasa pahitnya hehehehe...

    ReplyDelete
  20. First time emi tahu pasal kambas ni. Tak pernah dengar before ni. Ingat sama je peria bentuk cane pun tetap panggil peria. Hehe. Paling suka peria goreng rangup krup krap krup krap

    ReplyDelete
  21. I tak makan peria sebab terlalu pahit. Orang tua selalu cakap ada banyak kebaikan tetapi saya tak makan juga. Suami suka makan peria.

    ReplyDelete
  22. Dulu ana tak suka peria sebab pahit tp skrg fav lauk peria ni. Goreng macam tu je dah cukup kak. Kena pula dgn ikan goreng bertambah nasi dibuatnya.

    ReplyDelete
  23. Peria!!!! Hehehe saya suka Peria cicah sambal belacan. Terus hilang pahit Tapi pedas Menanti. Hahahaha. Nak consume Ulam bukan senang. Kena lah kreatif kan kak. Hehe

    ReplyDelete
  24. Yang saya tahu kecik ke besar ke tetap peria.hahaha...Suka masak ngan telur or chili prawn sambal. Yummmm...Memang Banyak khasiat perks ni.

    ReplyDelete
  25. even though the more bitter it is , the more better it is for health..i still can't bring myself to eat bittergourd... I always feel like vomitting...but whenever i am very ill, i will always drink a glass of blended bittergourd...it always instant;y cures my sickness.

    ReplyDelete
  26. Sejak dua menjak nie, peria nie dah jadi ulam wajib dah... (nampaknya dah start sedar diri kan). Oh tu, nama dia ek...

    ReplyDelete
  27. Arwah Wan ai cukup suka sayur ni tapi cicit2nya tak pandai makan sayur ni.. huhuhu..

    ReplyDelete
  28. Peria memang pahit..kambas tak kan kak...saya suka lagi kambas dari peria..peria jenuh nak hadam pahitnya tuh

    ReplyDelete
  29. Kambas tak pernah dengar, peria tahu lah,,hehehe. Sis memang tak pandai masak peria, takut nak masak, takut pahit. Sis paling suka kalau ke indian restoran..makan peria yang diaorg goreng..sedap sangat, nak buat tak pandai...:D

    ReplyDelete
  30. Bitter gourd is my favourite vege. My mum loves to prepare together with scramble egg or stuffed some meat in the bitter gourd. I agree with you that Bitter gourd has a lot benefit to our body.

    ReplyDelete
  31. selalunya mmg peria org banyak jadikan ubat. kalau dkt rumah digoreng saja peria ni and makan dgn nasi :) walaupun pahit ttp licin hee

    ReplyDelete

Heyy Gojes..Any Comment????
Comment Yang Elok- Elok Aje Ye......

Suria Amanda Copyright © 2014 Designed by Ms.Azhafizah