Saturday, March 31, 2018

Buffet Aneka Selera Royale Chulan Bukit Bintang Menawarkan Hidangan Tradisional Sempena Ramadhan

Hi korang...

Assalamualaikum...

Bahang kemeriahan bulan puasa makin terasa apabila hotel- hotel di sekitar Kuala Lumpur dah start buat promosi buffet Ramadhan. Sana- sini meriah dengan jemputan preview buffet dan SA serta rakan blogger yang lain tidak ketinggalan sempat berkunjung ke Preview Buffet Aneka Hotel Royale Chulan Bukit Bintang baru- baru ini. Lepas ni dah boleh buat reservation untuk Majlis Berbuka Puasa dah sebab kebanyakkan hotel menawarkan harga early bird untuk pengunjung kan. Mana yang bekerja dan nak berbuka puasa dalam jumlah yang ramai dah boleh menempah mengikut tarikh yang dah ditetapkan. Macam SA plak boleh jer nak tempah awal kalau nak bawa keluarga sesekali berbuka kat luar kan.Seronok tengok orang yang kita sayang happy ye tak...Korang dah boleh merancang untuk memilih lokasi menarik untuk berbuka puasa dan SA cadangakan kepada korang untuk mencuba Buffet Aneka Selera di Royale Chulan Bukit Bintang.

Bercerita tentang Buffet Aneka Selera Royale Chulan Bukit Bintang, SA sangat-sangat rekemen pada korang yang sememangnya memilih hidangan tradisional untuk berbuka nanti. Bulan suci Ramadhan adalah masa dan ketika yang sememangnya istimewa untuk refleksi diri dan juga merancang majlis yang indah untuk berasa lebih dekat dengan keluarga dan rakan-rakan. Ia juga merupakan kesempatan yang sangat baik untuk menikmati makanan dan pencuci mulut yang lazat. Apabila Ramadhan tiba, Royale Chulan Bukit Bintang bersedia untuk menyajikan masakan tradisional dan tempatan yang lazat untuk pengunjungnya.




Ucapan pembukaan oleh General Manager Royale Chulan Bukit Bintang, Mashor Din


"Kami memilih Buffet Aneka Selera sebagai tema kami tahun ini yang bermaksud semua orang dapat merasakan pelbagai hidangan utama dan pencuci mulut dari barisan hidangan bufet kami"kata Pengurus Besar Royale Chulan Bukit Bintang, Mashor Din.




"saya ingin mencadangkan kepada anda menu kepakaran kami untuk Ramadhan yang akan datang iaitu Rendang Itik, Nasi Arab, Kambing Golek, Gulai Kawah dan semua orang tidak boleh ketinggalan menikmati bubur lambuk kami yang terkenal dan lazat" kata Eksekutif Chef Royale Chulan Bukit Bintang,  Raja Kamaroszaman.


Selain itu pihak hotel turut menyediakan kemudahan Surau yang selesa untuk pengunjung menunaikan solat.


MENU UTAMA


Kambing Golek


Nasi Arab


Ayam Percik


Udang Masak Lemak Cili Api


Daging Dendeng


Ikan Patin Masak Tempoyak


Labu Masak Lemak Putih Udang Kering


Rendang Itik


Rendang Daging


Pulut Kuning


Bubur Lambuk dan Sup Tulang Rawan


Ketupat Daun Palas Dan Serunding


Aneka Pemanis Mulut


Aneka Kerabu dan Sambal


Gerai Minuman Sejuk


Buah- Buahan


Sebagai salah satu aktiviti CSR pihak hotel, Royale Chulan Bukit Bintang juga menganjurkan progam Kempen Amal Ramadhan iaitu KASIH RAMADHAN untuk kanak- kanak yang kurang bernasib baik dari Rumah Anak Yatim Shifa iaitu rumah anak yatim pilihan pihak hotel.Tahun ini merupakan tahun ke 4 program ini dilaksanakan dan bantuan boleh diberikan dengan menaja Kad Ketupat berharga RM10. Setiap tajaan/bantuan akan disalurkan terus kepada Rumah Anak Yatim Shifa.


Buffet Aneka Selera Royale Chulan Bukit Bintang
Sunflowers Brasserie
Dari 16 May 2018 - 14 Jun 2018
7.00 petang - 10.00 malam

Harga :
RM98 nett dewasa 
RM60 nett Kanak- Kanak / Warga Emas

Harga Promosi
16 May 2018 - 20 May 2018
RM78 nett Dewasa
RM60 nett Kanak- kanak / Warga Emas


Untuk maklumat lanjut dan tempahan boleh hubungi Delia Zamir di delia@royalechulan-bukitbintang.com atau 016-2167480 untuk tempahan


12 comments:

  1. Menu paling ai suka dah tentu kambing.. hehehe..

    ReplyDelete
  2. Semua menu nampak sedap dan menyelerakan..paling suka uh ayam percik

    ReplyDelete
  3. Tu dia kambeng golek dia.. sedapnya semua menu

    ReplyDelete
  4. fuhh banyak gilerr menu.. kalau macam ni tak tau nak makan yang mana kan kak.. hahahah

    ReplyDelete
  5. memang berbaloini ... nampak semuapun sedap..
    sekejap jer yer dah nak puasa balik...

    ReplyDelete
  6. Harga buffet dekat sini memang berbaloi dengan apa yang dihidang. Ana plg suka kambing golek dengan sup rawan dia kak.

    ReplyDelete
  7. Sana sini orang dah mula cerita pasal Buffet Ramadhan kan. Kak Sue suka sup dia SA.. sedap..

    ReplyDelete
  8. Menu dia sedap! Bestnya ada kemudahan surau so tak payah nak risau kalau buat event buka puasa dekat sini :D

    ReplyDelete
  9. Menu semua nampak menarik.
    Rendang itik is my feveret.. ;)

    ReplyDelete
    Replies
    1. 1st time booking bilik di Hotel ni tahun ni tapi sayang bukan untuk diri ai.. huhuhu..

      Delete
  10. Tak pernah try makan buffet masa ramadhan hee :)

    ReplyDelete

Heyy Gojes..Any Comment????
Comment Yang Elok- Elok Aje Ye......

Suria Amanda Copyright © 2014 Designed by Ms.Azhafizah