Yogurt Fernleaf Baharu Dengan Kelazatan Rendah Lemak Dan Kurang Manis
Mulakan hari anda dengan sihat dan ceria bersama Yogurt Fernleaf baharu, diperbuat daripada 100% susu dari New Zealand untuk memberikan kebaikan tenusu kepada warga Malaysia yang sentiasa sibuk pada waktu pagi!
Yogurt Fernleaf merupakan keluaran terbaharu dari jenama tenusu ini, yang mempunyai warisan dan dipercayai sebagai Trusted GoodnessTM oleh para ibu di Malaysia untuk keluarga mereka. Semenjak 30 tahun yang lalu, Fernleaf membawakan kebaikan tenusu dari ladang di New Zealand kepada para keluarga di seluruh Malaysia dan menyediakan produk susu yang berkhasiat untuk menyumbang kepada diet yang sihat dan seimbang.
Dengan tekstur lembut berkrim, rangkaian yogurt baharu ini merupakan pilihan yang lebih sihat dan lazat untuk seisi keluarga. Yogurt Fernleaf mempunyai logo ‘Healthier Choice’ yang diiktiraf oleh Kementerian Kesihatan Malaysia kerana telah memenuhi kriteria kesihatan yang telah ditetapkan, iaitu rendah lemak dan kurang manis.
Yogurt Fernleaf kurang manis berbanding jenama-jenama yogurt yang lain. Ia begitu digemari ramai sehinggakan satu tinjauan pengguna mendapati bahawa 9 daripada 10 orang yang mencuba Yogurt Fernleaf akan menggantikan jenama yogurt yang biasanya mereka makan dan juga 99% pengguna akan menyarankan Yogurt Fernleaf kepada keluarga dan rakan-rakan mereka.
“Waktu pagi boleh menjadi waktu yang paling sibuk bagi kebanyakan keluarga di Malaysia. Kebanyakan orang hanya sempat merias diri buat seketika sebelum bergegas untuk ke sekolah atau tempat kerja untuk mengatasi kesesakan lalu lintas. Oleh itu, mereka biasanya tidak mengambil sarapan. Namun kita semua juga tahu akan kepentingan sarapan dalam memberikan tenaga untuk memulakan hari.
“Dengan Yogurt Fernleaf, anda dapat memulakan hari anda dengan betul! Walaupun pada pagi yang paling sibuk sekalipun, yogurt merupakan sarapan yang mudah, lazat dan juga tidak mengambil masa yang panjang. Anda tidak perlu lagi mengalami rasa lapar pada waktu pagi! Alternatif yang mudah dan enak ini dapat membantu seisi keluarga menjalani hari mereka dengan penuh bertenaga,” kata Karen Ong, Pengarah Pemasaran Fonterra Brands Malaysia.
Yogurt Fernleaf boleh dinikmati begitu sahaja, namun ianya juga enak apabila digabungkan dengan snek sihat yang lain. Contohnya, anda boleh mencampurkannya dengan oat, bijian, kekacang dan buah beri di dalam sebuah balang untuk menghasilkan oat semalaman yang menarik sebagai sarapan yang mudah dan mengenyangkan.
Atau, campurkan muesli yang rangup atau granola dengan Yogurt Fernleaf untuk sarapan yang memuaskan!
Pada waktu pagi di hujung minggu, apabila anda kurang sibuk, berikan keluarga anda suatu kejutan gembira dengan salad telur yang berkhasiat dan lazat, dengan menggantikan mayonis dengan Yogurt Fernleaf yang sememangnya lebih sihat. Sajikan salad tersebut di atas roti gandum penuh dengan taburan kacang walnut, dan ianya akan menjadi permulaan yang baik kepada hujung minggu yang menyeronokkan!
Yogurt lazat tersebut bukan sahaja sesuai sebagai sarapan, malah ianya juga sesuai sebagai snek sepanjang hari! Sebagai pemberi tenaga di waktu siang pula, anda boleh membuat smoothie yogurt dan buah atau sos celup untuk seleri, pisang, lobak, timun atau biskut gandum dengan yogurt. Anda juga boleh menjadikannya sebagai dressing bagi salad anda.
Yogurt Fernleaf boleh didapati dalam beberapa perisa yang lazat – asli, strawberi, beri campuran dan mangga, setiap cawan adalah seberat 110g dan berharga RM1.50.
Mulakan hari anda dengan betul bersama Yogurt Fernleaf yang lazat dan mudah untuk gaya hidup anda yang sibuk! Ia boleh didapati di pasaraya dan kedai di seluruh negara
jarang beli brand ni, comel packaging haha nanti nak try beli
ReplyDeleteAnak dara kinah suka makan yogurt. Hat ni tak pernah cuba lagi. Nanti bolehlah cuba yang ni pulak.
ReplyDeleteAnak-anak Kak Sue suka makan yogurt juga, tapi belum pernah rasa brand nie. Nanti nak cuba..
ReplyDeletewah fenleaf dah ada produk bau pulak..boleh try nanti
ReplyDeleteyogurt memang sihat tapi saya susah nak telan
ReplyDeletehaha
Dulu masa kecik2 fav susu fernleaf..nk try la nt yogurt fernleaf ni
ReplyDeleteTeman selalu jugak beli yogurt jenis nie... memang setiap bulan mesti ada dalam inventori item masa shopping kat Giant tu...
ReplyDeleteNak try lah yogurt fernleaf pula. Kurang manis tu yg menarik
ReplyDeleteBiasa beli yang perisa strawberi.. Daap..
ReplyDeleteTak pernah cuba lagi jenis yang ini.
ReplyDeleteIka jarang makan yougurt. Tapi, yang ni nampak cm sedap pulak. Hehe nak try la nanti hee
ReplyDeleteBelum try lagi... Wahh...nampak macam best je.. Nanti LeYa nak cuba dapatkan jugak lah
ReplyDeletemakan yougurt ni pepagi pun dah kenyang..
ReplyDeleteBoleh try brand Fernleaf lepas ne. ada banyak pilihan
ReplyDeleteEh... dah ada yogurt eh.. Nanti nak try lah..
ReplyDeleteSerius tak pernah cuba lagi yogurt Fernleaf. Selalu dari brand 'N' je pernah rasa.
ReplyDeletetak penah try lg ni...nnti bole try la sbb nak sihat selalu
ReplyDeleteDh rasa..mmmg sedap. Dhia pn join sekaki
ReplyDelete