Saturday, March 31, 2018

Buffet Aneka Selera Royale Chulan Bukit Bintang Menawarkan Hidangan Tradisional Sempena Ramadhan

Hi korang...

Assalamualaikum...

Bahang kemeriahan bulan puasa makin terasa apabila hotel- hotel di sekitar Kuala Lumpur dah start buat promosi buffet Ramadhan. Sana- sini meriah dengan jemputan preview buffet dan SA serta rakan blogger yang lain tidak ketinggalan sempat berkunjung ke Preview Buffet Aneka Hotel Royale Chulan Bukit Bintang baru- baru ini. Lepas ni dah boleh buat reservation untuk Majlis Berbuka Puasa dah sebab kebanyakkan hotel menawarkan harga early bird untuk pengunjung kan. Mana yang bekerja dan nak berbuka puasa dalam jumlah yang ramai dah boleh menempah mengikut tarikh yang dah ditetapkan. Macam SA plak boleh jer nak tempah awal kalau nak bawa keluarga sesekali berbuka kat luar kan.Seronok tengok orang yang kita sayang happy ye tak...Korang dah boleh merancang untuk memilih lokasi menarik untuk berbuka puasa dan SA cadangakan kepada korang untuk mencuba Buffet Aneka Selera di Royale Chulan Bukit Bintang.

Bercerita tentang Buffet Aneka Selera Royale Chulan Bukit Bintang, SA sangat-sangat rekemen pada korang yang sememangnya memilih hidangan tradisional untuk berbuka nanti. Bulan suci Ramadhan adalah masa dan ketika yang sememangnya istimewa untuk refleksi diri dan juga merancang majlis yang indah untuk berasa lebih dekat dengan keluarga dan rakan-rakan. Ia juga merupakan kesempatan yang sangat baik untuk menikmati makanan dan pencuci mulut yang lazat. Apabila Ramadhan tiba, Royale Chulan Bukit Bintang bersedia untuk menyajikan masakan tradisional dan tempatan yang lazat untuk pengunjungnya.




Ucapan pembukaan oleh General Manager Royale Chulan Bukit Bintang, Mashor Din


"Kami memilih Buffet Aneka Selera sebagai tema kami tahun ini yang bermaksud semua orang dapat merasakan pelbagai hidangan utama dan pencuci mulut dari barisan hidangan bufet kami"kata Pengurus Besar Royale Chulan Bukit Bintang, Mashor Din.




"saya ingin mencadangkan kepada anda menu kepakaran kami untuk Ramadhan yang akan datang iaitu Rendang Itik, Nasi Arab, Kambing Golek, Gulai Kawah dan semua orang tidak boleh ketinggalan menikmati bubur lambuk kami yang terkenal dan lazat" kata Eksekutif Chef Royale Chulan Bukit Bintang,  Raja Kamaroszaman.


Selain itu pihak hotel turut menyediakan kemudahan Surau yang selesa untuk pengunjung menunaikan solat.


MENU UTAMA


Kambing Golek


Nasi Arab


Ayam Percik


Udang Masak Lemak Cili Api


Daging Dendeng


Ikan Patin Masak Tempoyak


Labu Masak Lemak Putih Udang Kering


Rendang Itik


Rendang Daging


Pulut Kuning


Bubur Lambuk dan Sup Tulang Rawan


Ketupat Daun Palas Dan Serunding


Aneka Pemanis Mulut


Aneka Kerabu dan Sambal


Gerai Minuman Sejuk


Buah- Buahan


Sebagai salah satu aktiviti CSR pihak hotel, Royale Chulan Bukit Bintang juga menganjurkan progam Kempen Amal Ramadhan iaitu KASIH RAMADHAN untuk kanak- kanak yang kurang bernasib baik dari Rumah Anak Yatim Shifa iaitu rumah anak yatim pilihan pihak hotel.Tahun ini merupakan tahun ke 4 program ini dilaksanakan dan bantuan boleh diberikan dengan menaja Kad Ketupat berharga RM10. Setiap tajaan/bantuan akan disalurkan terus kepada Rumah Anak Yatim Shifa.


Buffet Aneka Selera Royale Chulan Bukit Bintang
Sunflowers Brasserie
Dari 16 May 2018 - 14 Jun 2018
7.00 petang - 10.00 malam

Harga :
RM98 nett dewasa 
RM60 nett Kanak- Kanak / Warga Emas

Harga Promosi
16 May 2018 - 20 May 2018
RM78 nett Dewasa
RM60 nett Kanak- kanak / Warga Emas


Untuk maklumat lanjut dan tempahan boleh hubungi Delia Zamir di delia@royalechulan-bukitbintang.com atau 016-2167480 untuk tempahan

Friday, March 30, 2018

Key Chain Comel Hadiah Untuk Dania

Hi korang

Comel tak dua-dua keychain kat bawah ni..saje je beli keychain ni masa kat kedai Panda Eyes Sungei Wang Plaza Selasa lepas..semua benda dalam kedai tu cute sangat..terus capai 2 keychain comel ni lepas teringat Dania suka keychain.

SA beli sebagai tanda terima kasih sebab lately Dania rajin tolong SA buat kerja- kerja blogging macam ambilkan gambar SA, video atau tolong ambilkan gambar product kalau product sampai kat rumah..senang bila dh ada yg tolong ni..ikutkan memang la macam x berbaloi nak bg keychain je..tapi sebelum-sebelum tu dh belanja dia macam-macam dah..hehehe...sebab kan keychain ni cantik tu yg beli...harga pun tak mahal RM10 each...


Owl ni boleh slide sebab ada cermin muka sekali..


Yang ni pun comel..

So dania pilih yang mana?

Of coz la dia amik yang warna pink..nanti balik Seremban boleh bagi dia..SA amik yg kaler kelabu taik anjing tu..itu pun comel sgt..eh sebenarnya kan..banyak lagi yg comel-comel tau..SA masa sampai kat kedai tu bikan nak cari keychain..sebenarnya nak cari belt..sekali ternampak plak keychain dan barangan lain yang cute macam tu..terus x jadi beli belt..belt pun x banyak pilihan..erm..lain la arah belinya...tapi takpe kot..takde la mahal sangat pun kan..nasib baik anak sorang..

SEGMEN KAELLA BELOVED FELLAS'

Hi Korang...

Assalammualaikum...selamat pagi....jom support segmen rakan blogger kita ni...tunjukkan tanda support jom....


KLIK BANNER UNTUK JOIN SEGMEN INI


Syarat penyertaan :


  • Buat post tajuk "Kaella Beloved Fellas"
  • Letakkan banner dan backlink kan ke entry ini
  • WAJIB follow ( http://thekaellaaaa.blogspot.my/ )
  • kena follow Google+ ( cikkaella )
  • kena follow Instagram ( @kaellaaaaa )
  • Like Facebook ( thekaellaaa
  • after done, comment dekat bawah berserta link entry yang korang buat.
  • Tamat segmen pada 31 March 2018

Enchanteur Bukan Haruman Biasa..Sesuai Untuk Wanita Yang Sukakan Kelembutan

Hi Korang...

Assalamualaikum...

Suka wangi- wangi tak? Mesti suka kan...semua wanita suka kalau bab wangi- wangi...tak pernah ada yang tak suka rasanya..SA memang suka bab pakai losyen dan ada banyak koleksi losyen yang pelbagai jenama serta keluaran. Wajib pakai tu setiap hari lepas mandi dan sebelum tidur. Kat rumah losyen lain dan kat office losyen lain..dalam handbag pun losyen jenis lain..haaaa...nampak tak betapa pentingnya losyen pada seorang wanita.Kalau tak guna losyen rasa macam tak lengkap..Sekarang SA dah mula ajar anak dara SA guna losyen. Itupun sejak dia dah pandai kenal produk- produk kecantikkan. Sejak dah jadi anak dara ni semua di nak cuba. Pantang ada benda baru seperti losyen dia mesti nak cuba jugak. Senang cakap pantang lepa la...nampak jer losyen Enchanteur dalam wardrobe mama dia ni..semua dia nak cuba..dah selamat dah pun jadi milik dia beberapa botol..

Korang rasa penting tak penggunaan losyen dalam kehidupan kita seharian? Ramai wanita termasuk suri rumah yang perlu berhadapan dengan kerja-kerja mencuci atau atau yang terdedah pada persekitaran yang berhawa dingin, akan cenderung mengalami kulit kering. Penggunaan losyen tangan dan badan boleh mengekalkan hidrasi kulit, namun memerlukan pengaplikasian semula beberapa kali sehari untuk kekalkan  kelembapan sepanjang hari. Tak cukup pakai sekali di waktu pagi je..kena pakai berulang kali..baru kulit kekal lembap kan.



Bertindak sebagai pakar dalam produk penjagaan peribadi dengan wangian, Enchanteur Losyen Haruman Badan  ini turut disulami dengan wangian inspirasi Perancis yang mampu menyemarakkan dan menghidupkan semula detik romantis. Enchanteur Losyen Haruman Badan mengekalkan kulit tangan dan badan korang sihat dan sehalus sutera manakala wangian Enchanteur yang tahan lama meningkatkan daya penarik korang. Confirm lalu di tempat orang ramai mesti ada yang menoleh dan tercari- cari bauan wangi yang tiba- tiba muncul kan....

Ingat iklan romantik Enchanteur? Iklan dia pun tak pernah mengecewakan..sesiapa jer tengok iklan Enchanteur di kaca televisyen sure tersenyum- senyum tengok kehebatan iklan tersebut. SA la tu....lepas tu kena kutuk dengan anak dara sendiri..tapi kan...sekarang dia pulak yang suka tengok iklan Enchanteur. Lepas tu senyum - senyum..hahahaha....

Antara koleksi Enchanteur Losyen Haruman Badan di pasaran
  1. Enchanteur Perfumed Body Lotion Satin Smooth – Romantic
  2. Enchanteur Perfumed Body Lotion Satin Smooth – Charming
  3. Enchanteur Perfumed Body Lotion Satin Smooth – Stunning
  4. Enchanteur Perfumed Body Lotion Satin Smooth – Alluring
  5. Enchanteur Perfumed Body Lotion Satin Smooth – Alluring Radiant White



ENCHANTEUR Romantic (dicipta untuk membangkitkan keceriaan dan aura kewanitaan)
Aroma keceriaan yang terhasil dari aroma Mandarin yang menyegarkan, bunga Violet dan Galbanum yang menjadi simbolik permulaan sebuah cinta yang indah. Sama seperti cinta sejati yang tumbuh mewangi, haruman ROMANTIC ini berkembang mekar dengan Bulgarian Roses dan White Jasmine yang dicampur dengan wangian Mimosa dan Orange Flower. Tarikan aroma Sandalwood dan Vanilla yang berkekalan ini bagai menghimpun kesemua aroma ini di dalam sebuah simpulan ikatan cinta yang penuh dengan keajaiban.


ENCHANTEUR Alluring (dicipta untuk gadis mempesona, penuh semangat & misteri)
Haruman eksotik menggoda yang memberikan aura si gadis manis yang penuh misteri. Ia menggabungkan nota Bergamot dan Passion Fruit, meresap  jauh kedalam haruman Mawar dan Iris yang memukau, dihangatkan oleh aroma Vanila, Musk dan Vetiver- mencipta wangian tersendiri yang penuh dengan keberanian. 


ENCHANTEUR Charming (direka untuk wanita yang sensual, elegan dan sofistikated)
Wangian yang sepadan dengan personaliti sofistikated, kewanitaan yang bergaya melalui gabungan eksotik Rose dan Muguet (Lily) yang diserlahkan dengan Citrus dan Aldehydes. Ia kemudian disuami dengan bauan halus nota Musk dan Cedarwood yang pasti melengkapkan gaya dalaman anda dengan sempurna.


ENCHANTEUR Stunning 
Manjakan diri anda dengan Enchanteur Stunning dan biarkan aroma yang indah dari Mawar Turki, Gardenias dan Black Currant Buds dan membuatkan sesiapa sahaja tak berkelip mata memandang anda di sebabkan keharuman yang ada pada anda. Tidak berminyak halus dan diperkaya dengan Aloe Vera dan Olive Butter untuk memberikan kelembaban yang optimum. Sapukan setiap hari untuk kulit licin.









Haaaa...korang yang ada anak dara kat rumah tu kan...tak kisah la dah besar ke atau masih kanak- kanak yang sedang membesar..elok ajar anak- anak korang bab menjaga kebersihan badan especially penggunaan losyen badan. Bab pemakaian losyen badan  ini memang perlu dititik beratkan supaya mereka tak kekok bila dah dewasa nanti.Ada sesetengah anak remaja tak suka dengan losyen sebab apa? sebab tidak dididik dari awal betapa pentingnya  penggunaan losyen badan.memastikan kulit anda sentiasa lembut dan halus dengan kelembapan sehingga 24 jam serta wangian yang tahan sepanjang hari

Sekarang kan..wanita yang sentiasa sibuk di rumah mahupun di pejabat boleh menjaga kecantikan dan memanjakan diri sendiri dengan harga yang berpatutan. Yang penting!! Ia membekalkan kelembapan serta tekstur yang selesa pada kulit. Enchanteur Losyen Haruman Badan adalah berasaskan air dan tidak meninggalkan rasa berminyak dan melekit pada tangan mahupun badan.

Cepat dapatkan di pasaraya berhampiran anda....

Maklumat lanjut :

Website : www.ENCHANTEUR.com.my

Facebook : www.facebook.com/EnchanteurMY

Thursday, March 29, 2018

Lunch Di Tony Romas Kawan Office Belanja

Hi korang...

Lama betul SA tak makan kat TR..seriously lama dah since last pergi last year rasanya...sekarang pun rasanya TR nyer harga makanan dah naik harga skit..tak macam dulu..hehehe..apapun just nak cerita semalam lunch SA di taja oleh kawan office. terima kasih tak terhingga..you know who you are..tahniah diatas promotion dan semoga murah rezeki dan boleh naik promotion lagi...amin...so bukan SA berdua aje dengan dia tapi kami sebenarnya berlima..cuma tak ambil gambar jer semalam..sampai ke sudah lupa nak bergambar padahal SA ambil gambar makanan macam biasa...di TR sekarang dah ada lunch set menu..so kami berlima sepakat pilih lunch set menu instead of ala carte. Jimat pun jimat dan semua ada..NY Steak tu pun tak mahal RM45 je sekali dengan side dishes.
jom la tengok gambar...


Fried Mushrooms yang sedap


Soup of the day - Chicken soup


New York Steak Medium Well


Bottomless Ice Lemon Tea

Lunch semalam kenyang sampai ke malam...

Kenapa tiap kali makan steak SA pilih medium well? SA jenis suka steak tu masih juicy dan lembut sedap kunyah. Kalu well done daging dia agak liat dan lenguh plak rahang nak mengunyah banyak kali..hahaha.....bleh plak macam tu kan...tapi kalau nak sedap korang amik je Wagyu beef...hahaha..pas tu menangis la nak banyakkan..wagyu antara daging yang mahal dan paling sedap dan lembut..TR nyer fried mushrooms tu SA suka..dia guna cendawan butang yang besar- besar dan sedap...nanti nak repeat dan order fried mushroom lagi la..

terima kasih yang tak terhingga buat kawan office yang belanja...

Birthday Giveaway By Mrs Pip

Hi korang..

Assalamualaikum dan salam sejahtera...
Jom support GA rakan blogger kita ni...mana tau ada rezeki... 




Nak join GA ni, mrs pip letakkan beberapa syarat mudah:-

  • 1/ buat entry bertajuk "Birthday Giveaway by Mrs Pip" , copy paste dan backlink kan banner di atas
  • 2/ wajib follow blog mrs pip
  • 3/ ada IG, wajib follow instagram mrs pip : www.instagram.com/mrspip18 
  • 4/ ada FB, wajib follow FB page mrs pip : web.facebook.com/MrsPip18
  • 5/ dah siap, sila letak link penyertaan korang kat kotak komen di bawah

GA ni akan tamat pada 8 April 2018, dan pemenang akan diumumkan, insya allah dalam masa seminggu selepas GA tamat. 

Pemilihan pemenang akan dibuat sama ada melalui random.org atau pemilihan cabutan bertuah oleh mrs pip sendiri , dan keputusan muktamad.
Seorang pemenang bertuah akan memenangi hadiah :-

  • face mask jenama b.live (fine line stoppage sheer off crease) x 3 sheets
  • Suaviss Colmado body wash 30ml x 2 bottles (random fragrance : lime, coconut, strawberry, grapefruit, mango)
  • pre-loved novel
  • hadiah misteri (wang tunai / skincare product / beauty products / shawl / atau lain lain produk)
Sapa nak join boleh klik banner ye...

Peria Atau Kambas?

Hi korang..

Kenal kambas? kenal peria? haaa..kambas dan peria adalah dari keluarga yang sama..cuma panggilan di satu-satu satu tempat tu berbeza. Macam SA sendiri dari NS memang panggil Kambas. Kalau area lain kat NS pun ada yang panggil peria. Kambas atau peria mungkin sejenis tumbuhan yang sama,,tp pada SA yg biasa dengan sayuran ni dari kecil dan diajar mak dan mak- mak saudara panggil kambas  bentuknya besar manakala peria yang kecik atau org panggil peria katak..kambas ni agak kurang pahit dibandingkan peria katak.




Khasiat Kambas dan Peria ( Sumber Google)

Hidangan enak, kaya manfaat perubatan

RASA peria memang pahit menyebabkan tidak ramai yang menggemarinya. Tetapi, kata orang tua, pahit itu elok, pahit itu ubat dan sememangnya, peria banyak khasiatnya, malah boleh dijadikan hidangan enak jika kena cara memasaknya.

Bukan itu saja, peria atau nama saintifiknya, momordica charantia juga memberikan manfaat untuk individu menjaga kecantikan.

Begitulah hebatnya peria yang juga dikenali kambas, walaupun berasa pahit dan ramai yang kurang menyukai sayur itu, ternyata ia mempunyai banyak kebaikan. Justeru, ketepikan soal pahit dan cuba nikmati ‘kemanisan’ yang dimiliki peria. Antara pelbagai khasiat yang terdapat dalam sayur itu ialah mengandungi protein, lemak, mineral, serat, karbohidrat, vitamin dan kalsium.

Khasiat peria sudah diketahui sejak zaman purba lagi. Ketika itu, peria digunakan untuk merawat beberapa penyakit seperti kencing manis, darah tinggi dan buasir. Begitu juga bagi wanita yang baru bersalin, disyorkan mengamalkan makan peria ketika berpantang, lebih-lebih lagi apabila sudah kehilangan banyak darah sewaktu melahirkan anak.

Air rebusan peria juga dapat digunakan untuk menyejukkan bahagian dalaman tubuh, misalnya rasa panas radang manakala bagi yang mengalami buasir, disarankan rebus daun peria dan campurkan ke dalam segelas susu atau minuman setiap pagi.

Pengidap kencing manis, disarankan mengambil peria sebagai menu harian bagi penjagaan kesihatan kerana ia mengandungi insulin yang berfungsi mengawal kadar glukosa dalam darah.

Khasiat peria tidak saja dikenali di negara ini sebaliknya di seluruh dunia. Pakar perubatan China misalnya dikatakan, menggunakan peria untuk merawat asma dan haid yang lewat. Di Filipina, daun peria yang dilumatkan diletakkan ke dalam mulut bayi yang baru lahir untuk merangsangkan sistem imunisasi tubuhnya. Selain itu, ia digunakan juga sebagai ubat pupuk untuk merawat gigitan serangga.

Lebih menarik, kajian di luar negara mengenai peria mendapati masalah ketagihan alkohol juga boleh diatasi dengan meminum air daun peria. Di Australia dan Amerika Syarikat, peria kini menjadi bahan penting bagi merawat penyakit leukimia, HIV dan AIDS.

Selain kegunaan dalam perubatan dan menyembuhkan penyakit, peria boleh juga dijadikan hidangan enak yang membuka selera. Bagi yang ingin menjaga dan mengekalkan kesihatan sihat, bolehlah menggunakan sayur pahit itu dalam masakan. Dengan kandungan khasiatnya yang merangkumi serat, lemak, karbohidrat dan protein, anda boleh menghasilkan menu sihat.

Haaaa...banyak kan khasiat peria ni....

Dalam Sebulan mesti hidangan peria atau kambas ada dalam menu masakan SA..dulu tak berapa suka dengan peria ni sebab pahit..tapi bila dah pandai makan dan jadi lauk kemestian tiap kali balik rumah Seremban. Kadangkala dapat permintaan dari adik beradik atau kawan office. Dulu SA rajin buat jualan..sekarang stop kejap sebab takde masa nak buat..

Wednesday, March 28, 2018

Sedapnya Durian Kampung

Hi korang....

Last week memang betul2 rezeki la...rezeki terpijak kata orang tua...durian yang arwah atuk tanam ada sepokok yang berbuah..pokok2 yang lain buah tak menjadi..Mak Lang cakap pokok banyak keluarkan bunga..tapi sebab musim panas..bunga nyer luruh...yang jadi sepokok tu je ada buah dalam 20 biji...merasa la rezeki SA 2 biji buah yang gugur..memang idamkan sangat durian kampung..bukan takde orang jual durian kampung kat area rumah SA tapi tak tergerak hati nak beli walau harga RM10 sekilo..entah kenapa x tau masa tu..rupanya nak makan buah durian kat kampung...hahahaha...comel jer durian kampung...isi pun tak berapa tebal..boleh la lepaskan mengidam...



2 biji durian menyambut kepulangan SA selepas hampir 2 bulan tak balik kampung..


Selfie jap sebelum korbankan durian


Wangi baunya...

Teringat memori indah dengan arwah atuk dan masa kecik- kecik dulu..asal musim buah mesti cuti sekolah..memang lepak kampung jer..keliling rumah kampung ada banyak pokok durian macam- macam jenis..bila durian gugur jer berebut masing- masing pergi kutip...kalau bangun pagi pun mesti cepat- cepat keluar rumah pergi pungut durian gugur..paling SA suka kat kampung masa tu bangun tido..pergi merayau..pas tu dengan kabus, sejuk..bau plak wangi bunga durian yang gugur ke bumi...ya allah..really missed that moment la..kenangan sangat..sekarang dah tak dapat dah macam tu..semua tinggal kat bandar kan..sesekali je balik kampung...kena pi bercuti kat homestay yang tawarkan pakej2 menikmati keindahan alam la kalau macam ni...ye tak?

DASHING SPORT – Eau De Toilette dan Deodorant Buat Lelaki Aktif

Hi korang...

Ada kisah menarik tentang product review kali ni...parcel ni sampai kat rumah Seremban dan kebetulan abah yang tolong ambilkan bagi pihak SA...lepas tu SA pun balik rumah lepas keluar jalan- jalan dengan Dania..terus abah cakap..ada bungkusan sampai..abah ambilkan..kalau ada barang sesuai untuk abah..bagi abah jer la..abah dah tolong ambilkan kat posmen tadi...haaaaa.....kelas tak abah SA...sangat- sangat supportive tau...so lepas SA dah buat photoshoot suka- suka..terus bagi kat abah..rezeki dia..untuk dapat 2 set deodorant..jimat beberapa bulan...abah pulak memang pengguna setia Dashing...

DASHING, jenama produk penjagaan diri lelaki kini melancarkan satu lagi rangkaian produk khas untuk lelaki yang aktif iaitu DASHING SPORT. Rangkaian DASHING Sport pasti memenuhi kehendak lelaki aktif yang inginkan deodorant dan pewangi yang maskulin, segar dan sesuai dengan kehidupan aktifnya.





Lelaki DASHING mempunyai aura yang menampilkan keyakinan dan sifat maskulin. Wangian baharu ini memberikan kesegaran maskulin namun masih mengekalkan ciri esen moden. Eau De Toilette DASHING SPORT mempunyai komposisi sensasi yang mengujakan dengan aroma “sporty” dan gaya ranggi yang sangat sesuai untuk lelaki yang berani menyahut cabaran dan kekal aktif pada masa lapang.

Berpeluh merupakan satu perkara yang biasa. Samada berjalan ke kereta, menghadiri mesyuarat, bersenam di gim, atau melakukan aktiviti harian yang lain, lelaki tidak dapat mengelak daripada berpeluh lebih-lebih lagi dengan cuaca panas di Malaysia. Bau badan merupakan masalah yang dihadapi oleh kebanyakan lelaki terutamanya mereka yang aktif dalam sukan. Keadaan ini menyebabkan kaum lelaki semakin mengambil berat terhadap kepentingan menjaga bau badan.


Untuk menangani masalah bau badan dan sentiasa segar, Deodoran Semburan dan Eau De Toilette telah menjadi produk penjagaan harian lelaki yang penting. Deodoran dapat membantu mengawal bau badan serta meningkatkan keyakinan diri manakala Eau De Toilette memberikan wangian yang tahan lama dan kesegaran. Memilih Deodoran atau Eau De Toilette yang bersesuaian amat penting kerana terdapat produk yang tidak mampu bertahan lama dan meninggalkan kesan kotoran pada pakaian. 

Memahami keperluan lelaki aktif untuk  berbau harum sepanjang masa, DASHING kini memperkenalkan 2 variasi baharu ke dalam rangkaian DASHING Sport. Dipasaran kini ialah variasi MCFC Hattrick dan Ultimate Kick. Variasi terbaru DASHING SPORT ialah Hitman and Golden Boot terdiri daripada Deodoran Semburan Badan dan Eau De Toilette.


Semburan Deodoran DASHING SPORT  bukan sahaja memberi perlindungan 24 jam tetapi juga memberikan manfaat 6-dalam-1 yang berkesan mencegah bau badan. Ia mengandungi anti-bakteria, formula cepat kering, tidak meninggalkan kesan di kulit atau di baju serta memberikan keharuman dan kesegaran maskulin optimum sepanjang hari. 

DASHING SPORT Eau De Toilette dengan haruman maskulin berpanjangan boleh didapati dalam reka bentuk bottle yang sporty bersaiz 50 ml.

Rangkain produk DASHING Sport  boleh didapati dalam 2 variasi; Hitman dan Golden Boot.

DASHING Hitman dicipta khas untuk lelaki aktif yang sentiasa bersedia ke mana sahaja. Didahului dengan aroma kesegaran Citrus dan Ice Cucumber. Diikuti dengan nota Sichuan pepper dan Lavender beserta dengan Patchouli dan Gaiac Wood, menjadikan wangian  daya tarikan  yang semestinya meningkatkan keyakinan setiap lelaki aktif.




Variasi DASHING Golden Boot pula mempunyai haruman yang lebih Musky dan menggoda. Aroma dari daun Rhubarb dan Pimento memberikan kehangatan maskulin kepada si pemakai, manakala kombinasi kayu Kashmir dan Leather memberikan aroma kelelakian maskulin yang memukau dan tidak dapat dilupakan.



Keluaran edisi terhad rangkaian DASHING Sport boleh didapati pada harga yang berpatutan iaitu RM12.90 untuk Semburan Deodorant 125 ml dan RM24.90 untuk Eau De Toilette 50 ml

Maklumat lanjut korang boleh layari :

Website
http://www.dashing.com.my/

Facebook
https://www.facebook.com/Dashing.MY/

Instagram
https://www.instagram.com/dashing_my/

Tuesday, March 27, 2018

Cuti Pun Kena Masak Tau......

Hi korang....

Sediakan tisu...cepat sediakan..hahaha..sekali lagi menu dari dapur Suriaamanda menghantui korang...haha..entry wajib kan..nak buat cane korang..SA memang minat memasak..so share la kat sini jugak selain instagram kan...at least korang seperti biasa bleh refer idea nak masak lauk apa..eleh...koang pun suka kan sebab tak yah nak fikir panjang nak masak apa..ting!!dapat idea dah..ye tak...
Balik dari Genting Highland bawak Dania jenjalan tu kan..abah amik kat Terminal 1 Seremban..ye..tak pergi bawak kereta de..tak kuasa nak naik genting bawak kereta..pergi naik bas je..senang..okey sambung balik..balik jer dari GH sampai kat rumah abah mintak masakkan sambal ikan bilis petai..bahan semua dah siap katanya...walaupun kepenatan SA masak jugak la...kesian plak kat abah...siang tu dia temankan mak pi cuci darah kan....

Jom tengok gambar.....


Sambal Ikan Bilis Petai


Singgang Kerang


Daging Cincang Masak Lemak Cili Api


Ikan pari kering ( abah buat sendiri)

Lepas tu Ahad lepas bawak Mak balik kampung SA singgah kat Terachi...beli itik salai seekor walau agak mahal...tapi berbaloi..seekor itik tu boleh masak rendang sekuali besar...sape masak? SA kalau dah sampai kat kampung SA la yang masak..sapa lagi kan?


Sebelum jadi rendang


Rendang Itik Daun Puding


Haaaa...itu jer la yang SA masak..tak campur yang masak rendang ayam masa birthday Dida dan Opick..bukan apa..tak dan nak amik gambar..semua tergesa2 nak potong kek..kebetulan hp buat hal plak..erm..macam tau2 je orang tgh ada duit handphone ni...ngek betul...

okey korang...sapa takde idea nak masak..bleh refer sini..usah ditanya menu rendang eh..hahaa..blom rajin nak up menu rendang..SA sibuk dengan tugasan hakiki...ada masa nanti SA up resepi rendang SA ok...insyaallah...

Dah..dah...pi lap air liur tu.....menjejes je SA nampak.....