Hi korang...
Assalamualaikum...
Bahang kemeriahan bulan puasa makin terasa apabila hotel- hotel di sekitar Kuala Lumpur dah start buat promosi buffet Ramadhan. Sana- sini meriah dengan jemputan preview buffet dan SA serta rakan blogger yang lain tidak ketinggalan sempat berkunjung ke Preview Buffet Aneka Hotel Royale Chulan Bukit Bintang baru- baru ini. Lepas ni dah boleh buat reservation untuk Majlis Berbuka Puasa dah sebab kebanyakkan hotel menawarkan harga early bird untuk pengunjung kan. Mana yang bekerja dan nak berbuka puasa dalam jumlah yang ramai dah boleh menempah mengikut tarikh yang dah ditetapkan. Macam SA plak boleh jer nak tempah awal kalau nak bawa keluarga sesekali berbuka kat luar kan.Seronok tengok orang yang kita sayang happy ye tak...Korang dah boleh merancang untuk memilih lokasi menarik untuk berbuka puasa dan SA cadangakan kepada korang untuk mencuba Buffet Aneka Selera di Royale Chulan Bukit Bintang.
Bercerita tentang Buffet Aneka Selera Royale Chulan Bukit Bintang, SA sangat-sangat rekemen pada korang yang sememangnya memilih hidangan tradisional untuk berbuka nanti. Bulan suci Ramadhan adalah masa dan ketika yang sememangnya istimewa untuk refleksi diri dan juga merancang majlis yang indah untuk berasa lebih dekat dengan keluarga dan rakan-rakan. Ia juga merupakan kesempatan yang sangat baik untuk menikmati makanan dan pencuci mulut yang lazat. Apabila Ramadhan tiba, Royale Chulan Bukit Bintang bersedia untuk menyajikan masakan tradisional dan tempatan yang lazat untuk pengunjungnya.
Ucapan pembukaan oleh General Manager Royale Chulan Bukit Bintang, Mashor Din
"Kami memilih Buffet Aneka Selera sebagai tema kami tahun ini yang bermaksud semua orang dapat merasakan pelbagai hidangan utama dan pencuci mulut dari barisan hidangan bufet kami"kata Pengurus Besar Royale Chulan Bukit Bintang, Mashor Din.
"saya ingin mencadangkan kepada anda menu kepakaran kami untuk Ramadhan yang akan datang iaitu Rendang Itik, Nasi Arab, Kambing Golek, Gulai Kawah dan semua orang tidak boleh ketinggalan menikmati bubur lambuk kami yang terkenal dan lazat" kata Eksekutif Chef Royale Chulan Bukit Bintang, Raja Kamaroszaman.
Selain itu pihak hotel turut menyediakan kemudahan Surau yang selesa untuk pengunjung menunaikan solat.
MENU UTAMA
Kambing Golek
Nasi Arab
Ayam Percik
Udang Masak Lemak Cili Api
Daging Dendeng
Ikan Patin Masak Tempoyak
Labu Masak Lemak Putih Udang Kering
Rendang Itik
Rendang Daging
Pulut Kuning
Bubur Lambuk dan Sup Tulang Rawan
Ketupat Daun Palas Dan Serunding
Aneka Pemanis Mulut
Aneka Kerabu dan Sambal
Gerai Minuman Sejuk
Buah- Buahan
Sebagai salah satu aktiviti CSR pihak hotel, Royale Chulan Bukit Bintang juga menganjurkan progam Kempen Amal Ramadhan iaitu KASIH RAMADHAN untuk kanak- kanak yang kurang bernasib baik dari Rumah Anak Yatim Shifa iaitu rumah anak yatim pilihan pihak hotel.Tahun ini merupakan tahun ke 4 program ini dilaksanakan dan bantuan boleh diberikan dengan menaja Kad Ketupat berharga RM10. Setiap tajaan/bantuan akan disalurkan terus kepada Rumah Anak Yatim Shifa.
Buffet Aneka Selera Royale Chulan Bukit Bintang
Sunflowers Brasserie
Dari 16 May 2018 - 14 Jun 2018
7.00 petang - 10.00 malam
Harga :
RM98 nett dewasa
RM60 nett Kanak- Kanak / Warga Emas
Harga Promosi
16 May 2018 - 20 May 2018
RM78 nett Dewasa
RM60 nett Kanak- kanak / Warga Emas
Untuk maklumat lanjut dan tempahan boleh hubungi Delia Zamir di delia@royalechulan-bukitbintang.com atau 016-2167480 untuk tempahan