Tuesday, February 6, 2018

Yakin Dengan Keberkesanan Produk Halal Korea Skincare Kulin Sea

Seven Days Later dan UV Protector Puresh Produk Penjagaan Kecantikan Halal Di Formulasikan Di Korea


Hi korang...

Semua wanita nak cantik kan? ada ke sesiapa yang tak nak kelihatan cantik...mesti nak cantik kan...apa itu kecantikan pada pandangan korang semua? Kecantikan pada SA sebenarnya mempunyai pengertian yang sangat luas. Cantik tak semestinya di wajah. Tetapi cantik mestilah dari segala aspek iaitu cantik di luar juga di dalam. Maksudnya? Sekiranya ingin kelihatan cantik bukan hanya pada wajah tetapi pada fizikal dan rohani. Betul kan?



Menyentuh tentang kecantikan, SA berpeluang menyertai workshop kecantikan dan pengenalan produk Halal Korea Skincare yang dikeluarkan oleh KULIN SEA di Get Cosy Wangsa Walk, Wangsa Maju. Ini merupakan kali pertama SA berpeluang menyertai bengkel kecantikan bersama rakan- rakan blogger dari niche beauty. Seronok tak terkata sebab SA memang sedang mencari skincare yang betul- betul sesuai dengan kulit SA yang agak berminyak, jerawat dan sensitif. Bila peluang depan mata SA memang tak lepaskan dah. Walau semasa SA menyertai event ini SA sedang dilanda demam SA gagahkan diri untuk datang juga. Petang itu SA dan rakan blogger yang lain diperkenalkan dengan set  Seven Days Later dan UV Protector Puresh yang telah diformulasikan di KOREA. Kalau dulu ramai takut nak gunakan product dari Korea kan? Tapi sekarang product dari Korea telah diyakini selamat dan semakin best. Sebab apa? Sebab yang utama adalah ianya mendapat pengiktirafan Halal oleh JAKIM Malaysia.





SEVEN DAYS LATER SKINCARE SET

Seven Days Later menampilkan set skincare yang sangat eksklusif. Produk keluaran KULIN SEA ini bukan sahaja menggunakan bahan semulajadi sebagai bahan utama untuk semua produk mereka, malahan produk mereka adalah MESRA MUSLIM serta menggunakan sumber yang HALAL. Manakala bagi Puresh, ia diiktiraf HALAL oleh GIMDES iaitu Turkey Highest Halal Certification. Untuk pengetahuan korang, GIMDES  turut diiktiraf oleh JAKIM.

 Rujukan: http://www.halal.gov.my/150216.pdf

Set penjagaan ini terdiri daripada :

  • Seven Days Later Waterful Magic Whitening Essence 
  • Seven Days Later Premium Multy Essence 
  • Seven Days Later Fish Collagen Powder
  • UV Protector SPF 35 PA+++


sempat SA pose sekejap dengan produk Kulin Sea ni...


sebelum majlis bermula


Mr Imam yang dijemput khas untuk taklimat kecantikkan


Antara aktiviti dengan blogger



Founder product berkongsi pengalaman mereka dalam suka duka dan cabaran untuk menghasilkan product yang menarik ini..


sedikit penerangan tentang product dan tutorial cara pemakaian product



Rutin penjagaan kulit harian SA berubah sejak diperkenalkan dengan set Seven Days Later dan UV Protector Puresh ini. Selama seminggu lebih SA gunakan sebagai set penjagaan muka harian dan alhamdulillah telah nampak kesan sedikit. Sememangnya kena la amalkan dalam jangka masa panjang untuk keputusan yang lebih baik kan..di bawah ni SA share tutorial SA menggunakan set Seven Days Later dan UV Protector Puresh ni. Jangan kecam SA ye..sebab ini pertama kali SA buat video untuk penggunaan set penjagaan muka.





Jom tengok langkah demi langkah


Langkah Pertama : Seven Days Later Waterful Magic Whitening Essence 


PREMIUM MULTY ESSENCE berbentuk spray. Sumber natural dari Aloe Vera membuatkan kulit terasa sangat segar dan nyaman selepas dikenakan pada wajah. Salah satu fungsinya adalah mengekalkan kelembapan kulit dan membantu mengurangkan keradangan sekiranya kulit kita terdedah terlalu lama di bawah cahaya matahari.

Langkah Kedua : Seven Days Later Premium Multy Essence 



SEVEN DAYS LATER WATERFUL MAGIC WHITENING ESSENCE ini diformulasikan daripada 4 bahan semulajadi yang terkenal di Korea. Bahan-bahan ini telah diguna pakai sejak dari zaman dahulu lagi dan telah terbukti mampu memberikan kulit yang anjal & cantik. 4 bahan tersebut adalah Vitamin Tree's Fruit, Hollyhock dan Aloe Vera, Privilege Plant Extraction dan Snail Extraction. product ini merupakan sumber Vitamin C kepada kulit. Mengandungi khasiat dari buah delima, tomato, berries dan pelbagai khasiat semulajadi yang lain. Ianya tidak melekit dan tidak berminyak sesuai digunakan sepanjang hari.


Langkah 3 -Seven Days Later Fish Collagen Powder


Seven Days Later Fish Collagen Powder memberikan keanjalan di samping menyalurkan nutrisi yang diperlukan kulit bagi menangani masalah kulit kusam akibat kerosakan struktur kulit. Kolagen ikan yang digunakan adalah daripada sumber terpilih yang berkualiti tinggi dan mampu menjadikan kulit bertambah anjal, cerah dan mengurangkan kedutan akibat penuaan. Malahan dengan Fish Collagen Powder ini juga, kulit kelihatan semakin bertenaga dan bermaya sepanjang hari. SA suka gabungan  Fish Collagen Powder dan Waterful Magic Whitening Essence. Setelah pakai muka memang rasa anjal dalam tempoh yang lama dan juga sepanjang hari..


Langkah Keempat - PURESH UV Protector SPF35 PA+++



PURESH UV Protector SPF35 PA+++ bersifat sebagai sun protection untuk melindungi kulit muka dari sinar matahari. Dilengkapi dengan SPF35 untuk melindungi kulit dan merupakan level optimum untuk perlindungan dari sinar UV. Bagi yang bekerja di pejabat seperti SA dan mencukupi SPF35 dan bagi mereka yang sentiasa terdedah dengan matahari perlukan SPF yang lebih tinggi. SA pun baru tahu tentang info ini. Nampaknya ada pro and contra dalam penggunaan UV Protector kan..SA suka guna PURESH sebab memudahkan SA. Setelah di sapu ke muka SA tak perlu nak guna foundation dah..terus apply bedak muka dan dah boleh mekap seperti biasa. 




Produk KULIN  ni seharusnya  diberikan pujian kerana memberikan hasil yang sangat menakjubkan untuk kulit SA. Walau belum nampak perubahan yang drastik dan ketara sepenuhnya SA cukup berpuas hati sebab SA sekarang dah tak perlu menggunakan foundation yang tebal. Malah SA sangat yakin keluar rumah hanya dengan menggunakan set ini sahaja dan juga compact powder. Alhamdulillah sekarang SA sudah mampu tersenyum dan tidak rasa segan lagi apabila bergaul dengan kawan- kawan blogger baik semasa terlibat dalam event mahupun di luar event. Satu perubahan yang baik kan?

Untuk dapatkan wajah yang awet muda...bukan lagi rahsia...jom la tukar set penjagaan muka korang ke product Kulin Sea....

Kalau korang nak jadi dropshipper atau business partner Kulin Sea boleh hubungi  jessica@kulin.asia 


Untuk maklumat lanjut:


Website : 

Facebook : 

Instagram : 


14 comments:

  1. semua produk dia macam best lah kak SA. wah, makin flawless lah kak SA lps ni.

    ReplyDelete
  2. Produk korea memang terkenal dgn bahan organiknya.sebab tu kulit diorang cantik cantik

    ReplyDelete
  3. Wah makin peloles lah kak sa lepas ne. Kolagen dari ikan memamng terbaik

    ReplyDelete
  4. nampak macam best ... leh usya2 ni

    ReplyDelete
  5. complete sangat set ni...produk korea dah banyak kat Malaysia ni,cuma ia sesuai dengan tidak je dengan kulit kita..Apa pun tak salah kita nak try,janji ianya bebas dari bahan kimia

    ReplyDelete
  6. Macam best ja produk dari Korea nie SA..

    ReplyDelete
  7. Wahh!! Makin berseri-seri la SA lepas ni

    ReplyDelete
  8. Wahhh macam menarik jugak produk ni. Makin cantiklah lepas ni kak SA. Heheh :)

    ReplyDelete
  9. bagus ada Halal, tak pyh ragu2

    ReplyDelete
  10. Awek muda je akak ni tawww. Eheee.. My best choise goes too Puresh UV Protector. Bestttt sgt bila pakai and tak melekit..

    ReplyDelete
  11. bertambah gojes la SA..cantik kan pakaging dia.

    ReplyDelete
  12. Suka tengok packagingnya tapi nak membeli buat masa ni masih setia dengan produk sedia ada.. eemm..

    ReplyDelete
  13. Macam cantik je...
    Macam comel je...
    Yeah...semestinya Kak SA kita ni memang sentiasa cantik dan comel. Pakai pula produk terbaik ni.. Memang gorgeous uolls.. Hehehe..

    ReplyDelete

Heyy Gojes..Any Comment????
Comment Yang Elok- Elok Aje Ye......