Tuesday, February 13, 2018

Rambut Sihat Dan Cantik Dengan Syampu Oleifera Joy Keluaran Suzy Honey

Syampu Oleifera Joy Dari  Moringa Oils Keluaran SuzyHoney Sesuai Untuk Masalah Rambut Gugur

Hi korang...

Rambut adalah mahkota seorang wanita. Ramai yang suka berambut panjang dan ada juga yang suka berambut pendek. Macam SA sendiri lebih suka dan senang berambut panjang..kalau dulu SA rajin sangat warnakan rambut tapi dah polisi company ada warna yang ditetapkan so SA decide untuk berambut hitam sahaja. Baru la nampak natural kan. Tapi SA mengalami masalah rambut gugur kalau dah terlalu panjang. Asal sikat je mesti banyak yang gugur..Risau pula kalau habis terus rambut SA kan. Nak plak SA dah jarang pergi treatment  rambut dek kekangan masa. Sibuk hari- hari dengan kerja dan macam- macam lagi tanggung jawab baru yang perlu dipikul. Sekali sikat tu beribu helai rambut yang sangkut kat sikat..bunyi macam ngeri je kan...selalunya jalan mudah SA hanya perlu gunting rambut atau pergi buat treatment.Sekarang dah tak perlu dah kalau takde masa dah ada solution.




Baru- baru ini SA diperkenalkan dengan syampu keluaran SuzyHoney. Sebuah syarikat tempatan dari Pantai Timur yang mengeluarkan produk- produk berasaskan herba dan bahan semulajadi antaranya Syampu Oleifera Joy dari Moringa Oils yang SA sedang gunakan ini.Rangkaian syampu dan perapi rambut yang dirumuskan dari bahan semulajadi herba Daun Moringa/ Oleifera Joy/ Daun Kelor. Ianya sangat bagus merawat kulit kepala/ Scalp/ Rambut kerana kandungan Vit A,C, D, E dan pelbagai mineral. Syampu ini juga sesuai digunakan untuk semua jenis rambut.

Jom tengok apa kehebatan syampu yang sedang hangat diperkatakan sekarang ini.



Syampu Oleifera Joy Tiada chemical/SLS/ Paraben dan selamat digunakan.

Kandungan :
  • Purified water
  • Rich Coconut cleansing complex
  • Moringa  Oil
  • Vit E 
  • Kemboja Essential Oil

Kebaikkan Syampu Oleifera Joy Dari Moringa Oils

  • Melancarkan perjalanan darah kulit kepala
  • Menggalakkan pertumbuhan rambut baru
  • Merawat masalah keguguran rambut
  • Memberi sinar / glowing tekstur rambut
  • Menguatkan akar rambut

Cara Penggunaan Shampu Oleifera Joy Dari Moringa Oils

  • Tuangkan sedikit shampoo Oleifera Joy dicampurkan dengan sedikit air dan dilumurkan pada kulit kepala / rambut.
  • Urut kulit kepala sehingga rata dan kemudian bilas sehingga bersih
  • Tuangkan sedikit perapi/ conditioner
  • Sapukan ke rambut biarkan seketika selama beberapa minit
  • Bilas dan cuci bersih



Rambut SA makin sihat dan nampak bermaya


Selama 2 minggu SA menggunakan shampoo ini, SA rasa kulit kepala sangat segar dan masalah keguguran rambut pun boleh dikatakan kurang. Kepala rasa sangat selesa sebab tak berminyak macam selalu. Rambut pun kelihatan segar dan bermaya..knowing SA yang berambut panjang dan agak lebat dan ikal, Memang memerlukan shampoo yang mampu menyelesaikan masalah rambut SA.
Dan yang sangat penting kulit kepala/ scalp memang dah tak gatal lagi. Kalau tak rasa macam tak selesa sangat kan..kerap nak garu kepala tapi sekarang dah ok..


SA sangat- sangat syorkan korang yang mengalami masalah rambut gugur untuk mencuba Oleifera Joy ni. Produk yang sangat bagus dan tidak membahayakan. Rambut lebih sihat dan anggun menawan..Nasib baik SA ditemukan dengan syampu dari SuzyHoneyHerbs ni..kalau tak dah lama dah korang tengok SA berambut pendek.

Eh korang nak jadi agen dropship product SuzyHoneyHerbs?

Whatsaap 014-808 2888 SuzyHoney Herbs.

Set Shampoo
Shampoo Organic Moringa 100ml
Conditioner Organic Moringa 100ml
Harga RM55/ Set

Maklumat Lanjut :-

Facebook : https://www.facebook.com/SuzyHoneyofficial/

Instagram : www.instagram.com/suzyhoneyherbs.hq/

36 comments:

  1. memang nak cari syampu yang boleh mengatasi masalah rambut gugur dan berkelumumur ni..masih lagi tak jumpa..

    ReplyDelete
  2. Wah, hebatnya syampu ni. Rasanya nak cuba juga nanti...

    ReplyDelete
  3. cantik rambut SA.. bolehlah try juga shampoo ni..kadang-kadang bila dah rambut panjang, banyak yang gugur.

    ReplyDelete
  4. Ramai yang dah guna kata best syampu ni kak. Ana nak try juga lah. Mana tau serasi dgn ana juga.

    ReplyDelete
  5. Boleh lah try jugak ni nanti, Nani ada masalah rambut gugur. Stress tengok. Huhu.

    ReplyDelete
  6. best nya produk ni untuk rambut yang cantik dan sihat.. nak guna ni..

    ReplyDelete
  7. Wow product baru. Memang penjagaan rambut sangat penting terutama cam kita yang free hair dah la terdedah dengan persekitaran luar. Boleh try ushar ni

    ReplyDelete
  8. Wahhhh menarik betul produk ni! Tapi kak, sekarang pun lelaki pun pentingkan penjagaan rambut! Iyalah, semua nak tampil berketerampilan kan? Hihi. Produk ni pun sesuai kan untuk leaki?

    ReplyDelete
  9. Boleh hilangkan kelemumur tak? Kulit kepala emi ada kelumumur, selalu rasa gatal-gatal especially bila kat tempat panas. Stress betul. Lagi-lagi pulak jenis yang bertudung ni nak garu pun payah. Huhu

    ReplyDelete
  10. Paling seram bila sikat rambut tengok2 berserabut je rambut lekat kat sikat. Bagus ni takde paraben. Dibuat dari herba & bhn semulajadi pulak tu.

    ReplyDelete
  11. semoga makin sihat rambut sa.. lega dah jumpa penyelesaian kan.. makin bersinar lah rambut sa lepasni..

    ReplyDelete
  12. Wah menariknya.. utk rambut rontok Pun boleh tu

    ReplyDelete
  13. Setakat ni rambut masih kuat melekat, jarang gugur gugur lagi. Tapi masa isteri lepas beranakkan si Danish, banyak gak rambut dia gugur. Jenuh gak nak mencari shampoo yg sesuai. Lepas ni boleh masukkan brand ni dalam senarai gak.

    ReplyDelete
  14. no wonder rambut SA sangat cantik lebat gitu, alamak rambut I dah banyak gugur ni, mungkin I kena cuba produk ni huuu ... rambut panjang banyak kena guna syampuu

    ReplyDelete
  15. Nak try beli jugak nanti. Susah nak cari yang sesuai untuk kita,maybe yang ni kena la dengan selera

    ReplyDelete
  16. Wahh. First time dengar ada syampu moringa. Saya memang sejak rambut panjang banyak gila gugur.

    ReplyDelete
  17. Wah menarik pula baca review dari SA nie, rasa macam Kak Sue nak cuba jugak nanti sebab rambut Kak Sue pun gugur teruk dah nie..

    ReplyDelete
  18. Saya suka size shampoo set nie senang utk bawa ke travel

    ReplyDelete
  19. Rambut perlukan penjagaan rapi juga tak kira lelaki atau wanita.. kerana penampilan tu penting, betul tak.. tambah-tambah kalau rambut bermasalah ni,kita juga yang rasa tak selesa.. mujur la ada syampu yang dihasilkan dari bahan semulajadi ni.. bagus produk dari suzyhoney sebab hasilkan produk yang organik macam ni

    ReplyDelete
  20. Saya pun ad maslah rmbut gugur. Rasanya no ken cub shmpoo ni. Mkin lma dibiar mkin botk plk kang

    ReplyDelete
  21. Rambut yaya gugur teruk lepas bersalin huwaa risaunya! Boleh cubalah nanti syampu ni hopefully rambut jadi lebat balik hee

    ReplyDelete
  22. Boleh try ni. Saya lepas 6 bulan lahirkan anak ketiga ni rambut start gugur. Katanya mmg hormon selepas bersalin, tp still nak kurangkan kuantiti rambu gugur tu. Hopefully syampoo ni membantu. Thank you kak sebab share

    ReplyDelete
  23. rambut gugur dan perempuan berpisah tiada.nanti bolehlah cuba mana tahu boleh selesaikan masalah rambut gugur.

    ReplyDelete
  24. Rambut kita kenkadang je ada masalah keguguran.. Tapi bulu kucing kita lagi banyak gugurnya...

    ReplyDelete
  25. bagusnya kalau ada vitamin dan sy pun mencari-cari gak maklum la kena jaga sbb selalu pakai topi. berjalan pun selalu kena matahahari.nak cari...

    ReplyDelete
  26. Sama la kita, SA..rambut lebat & tebal..Kalau sikat tu, entah berapa puluh helai yang lekat kat sikat..belum lagi yang jatuh kat lantai...Macam okey je, boleh cuba set syampu ni..saya ada 1 lagi masalah, rambut beruban..ada cara tak nak atasi..hehe

    ReplyDelete
  27. Nampak bersinar dan berkilau rambut sis SA selepas menggunakan produk ni

    ReplyDelete
  28. Bestnya syampu ni.nanti nak beli lah

    ReplyDelete
  29. i think i need this because i start to have hair fall problems.

    ReplyDelete
  30. Unik nama dia Olifera Joy, mesti best ni

    ReplyDelete
  31. sesuai sangat untuk Yang ada masalah rambut ni kan

    ReplyDelete
  32. produk suzy honey memang best. Memang sesuai sangat untuk di cuba sebab memang rambut tengah gugur.

    ReplyDelete
  33. Rambut kinah memang banyak yang gugur. Bila sapu rumah je rambut kinah jela yang banyak. Sampai satu tahap potong pendek je. Nak cuba la nanti.

    ReplyDelete
  34. Menarik produk ni.. Nak cuba la dapatkan sebab rambut leya pun dah mula gugur ni

    ReplyDelete
  35. Tiap kali lepas mandi, sikat rambut.. eemm.. sedih tengok rambut turut gugur.. alahai..

    ReplyDelete

Heyy Gojes..Any Comment????
Comment Yang Elok- Elok Aje Ye......

Suria Amanda Copyright © 2014 Designed by Ms.Azhafizah