Ada yang whatsaap SA nak resepi Udang Masak Lemak Cili Api campur Peria yang SA up last week..memandangkan SA agak busy dengan tugas hakiki ingat nak publish weekend, tapi weekend pun busy jugak jaga mak yang tak sihat.Makanya SA up la hari ni..SA pun takde apa- apa entry nak submit. So maaf ye...sekali lagi SA up gambar yang bakal menjejehkan air liur korang...SA tak nak hampakan permintaan beberapa blogger yang nak cuba resepi campak- campak SA tu..ikutkan konsepnya sama aje..so..jom tengok resepi...
Bahan- Bahan
- Udang - terpulang berapa ekor, SA gunakan 4 ekor sahaja
- Cili Api - 10 biji
- Kunyit hidup 2 inci
- Peria Sebiji - belah 6 atau 8
- Santan kotak - 1/2 kotak
- Air 1 cawan
- Garam
- Serai - 2 batang dititik
Cara masak...
1. Masukkan santan dan 1 cawan air dalam periuk...
2. Masukkan cili api yg dh ditumbuk lumat dengan kunyit hidup...serta serai...
3. Masakkan diatas api yg perlahan..kacau sentiasa supaya x bertahi minyak..
4. Biar santan betul2 masak / menggelegak...tambah garam
5. Masukkan udang
6. Masukkan peria yang dah dibelah td
6. Jangan masak terlalu lama...udang dh bertukar warna boleh tutup api...
Sedap makan dengan nasi panas ...
Tambah plak if ada ikan masin tenggiri jeruk...wallaaaa.....sodap!!!!
Selamat mencuba korang.....
yummy nyaa... jd lapaq mak.. hehe
ReplyDeleteTq kak share resipi..memg terbaik...
ReplyDeletegemok udang tu...lama xmasak
ReplyDeletenieyl jeles tauuu....
ReplyDeleteudang akak mesti besar²..
geram tgk..
aaa sedap nyaa sis..terliur tgk
ReplyDeleteBesarnya udang! Masak lemak cili api nie best. Eyqa share ye akak :*
ReplyDeletePeria tu takut nak makan sebab pahit tapi pahit tu ubat katanya....Udang tu ya allah gemuks gemuks nya. Buat lapar pulak tengahari yang panas ini. Hehe. Makan dengan nasi putih panas2 dah tak pandang kanan kiri dah ni....
ReplyDeleteGodang nya udang tu SA. Sedap ni. Kecul ailio nengok. Gulai udang dengan nanas pon sedap jugak kan. Tak pernak lagi letak peria. Boleh try ni. Peria tu rendam dengan air garam dulu kan sebelum digulaikan.
ReplyDeleteAiyak! you tease I dengan masak lemak udang ni lagi??? Haih! you bagi resipi..i ni tak masak. Nak beli tak sedap. Bila nak jemput saya yang dapur tak berasap ni pegi rumah menjamu selera? kekekeke
ReplyDeleteAduhhhhh buat jadi lapar aje nie. Terima kasih sebab sudi shre resepi nie. Nanti saya try but kt rumah
ReplyDeletebeso gabak udangnya SA.... mmg gandingan mantops
ReplyDeletesetakat ni belum pernah jumpa SA masak udang saiz kecik. Semuanya beso-beso. Terbaik!
ReplyDeletetak pahit ehh masuk peria sekali. tp tgk hidangan ni mmg nmpk ketara kesedapannya. teringin la pulak
ReplyDeleteteringin lah nak makan masakan SA nampak macam sedap je udang masak lemak, serious lama dah tak makan udang, sebab tengah proses catu makanan ni. :(
ReplyDeleteSedapnya la udang msak lemak ni ha. Besar pulak tu udangya pUn besar. Okeh nanti ada masa boleh try resepi Kak SA. Moga mak akak cepat sembuh ye
ReplyDeleteSedapnya... maklumlah Rose memamg suka udang! Tapi memang tak pernah cuba masak dengan peria sebelum ni. Terima Kasih SA untuk resepinya.. nanti boleh cuba!
ReplyDeletesedap udang ni...boleh try nanti masak kat rumah ikut resepi sis..
ReplyDeleteTaknak baca resipi
ReplyDeleteTenguk gambar aje dah ngences
Wow, so yummy the prawn. Want to try how to cook this awesome dish. Have not try cook with bitter gourd.
ReplyDeleteMasak lemak letak udang memang sedap. Tapi peria tu lah lia x berapa makan. hehhe
ReplyDeleteFinally i get to learn this recipe... never cook lemak style before... really OMGGGGGGGGGGG
ReplyDeleteRacheal
Sedapnya kak. Wajib cuba resepi ni. Terliur dah ni. Tq for sharing kak.
ReplyDeleteResipi SA memang ngam2 untuk akak, masak sorang makan sorang hihi, mudah nya resipi SA ni yam, tak guna bawang , cuma serai ngan cili api dan kunyi hidup.
ReplyDeleteSemua bahan ni ada kat dalam peti es, nak coba lah, biasa akak masak lemak mesti ada bawang, tak minat bawang pun sebenarnya sekadar mengikuti resipi aja. Lahni nak coba resipi SA lah pulak
Thanks SA for sharing this simple menu, mesti nyummm nyumm kan
Jom kita mulakan Affiliate Marketing Program untuk tambah pendapatan
sedapnya kak SA! bole try ni
ReplyDeletesedapp ni kak..terliur dah saya...ni klu masak ni hubby bukan mkn sbb dia x suka masak lemak..tp udang besar2 tu sedap manis tu
ReplyDeleteSA memang pandai masak betul tengok pada gambar-gambar, teringin lah sis nak makan hasil airtangan SA..bila lah boleh ekkk..hehehe. Buat sementara tu...sis akan cuba resepi2 SA ni dulu..:D
ReplyDeletememang terbaik la resepi ni, buat orang laparrrr
ReplyDeleteSedapnya SA, lapar jadinya nie. Nanti nak try la resepi nie, sedap nampak udang n peria tu..
ReplyDeletecampak campak pun nampak sedap je ha... nanti Sal nak try gak la ..
ReplyDeletecampak2 pun sooodap Kak SA itula tergoda orang nak cuba..
ReplyDeleteAlahai sedapnya kak. Saya x pandai masak lemak. Boleh Cuba lah resepi nnti
ReplyDeletesenang je kan kak.. takde tumis2 pun kan.. hehe.. nak cuba nanti
ReplyDeleteHaruslah sangat sedap kan.. Tengok gambar pun dah mengancam..hehe..
ReplyDeleteDalam rumah ai ni tak semua makan udang walau udang sentiasa ada dalam peti sejuk tu. Kadang2 sedekah je dekat orang je udang2 tu.
ReplyDeletebeso betui udangnya hee makan sekor pun puas hee :)
ReplyDelete