Thursday, February 15, 2018

MEERACLE MEMPERKASA WANITA DENGAN KEAJAIBAN BATU PERMATA

Satu tren terkini dalam dunia kosmetik dan kecantikan iaitu batu permata berharga yang kian mendapat tempat dan digunakan dalam produk-produk kecantikan kulit kerana strukturnya yang kaya dengan mineral yang boleh menghasilkan kulit menjadi lebih berseri.Bangga sebagai warganegara Malaysia, Meeracle adalah jenama pertama di Asia yang memperkenalkan produk kecantikan kulit yang berasaskan formula berinovasi dan batu permata dengan menggunakan ekstrak berlian, rubi dan mutiara.Dengan ekstrak unik campuran tiga bahan batu permata ini yang disumberkan daripada France dan dengan formulasinya yang dicipta khas, menjadikan kulit lebih berseri, muda dan mulus.



Satu sumber terkelupas, berlian yang dikisar halus ini berfungsi lembut pada kulit sekaligus membantu meratakan tona warna kulit di samping memudarkan kesan parut dan kedut, menjadikan kulit lebih mulus dan berseri.Keajaiban batu rubi merah memulihkan kesihatan dan keserian kulit kerana ianya membantu memulihkan, mendetoksifikasi dan menyucikan jangkitan kulit, memperbaiki peredaran darah serta menyuburkan kulit menjadikan kompleksi tona warna kulit kelihatan merah jambu.Kemujaraban dengan sinarnya yang bergemerlapan, pearis mempunyai banyak kebaikan melembap, anti-penuaan dan mencerah juga boleh membantu menjadikan kulit lebih anjal dan rata.

Keunikan formula batu permata adalah bahan utama dalam rangkaian produk-produk Meeracle yang mempunyai bahan aktif semula jadi untuk memberikan hasil yang terbaik.

Produk yang baharu yang ditambahbaik, ringan dan senang meresap, Meeracle Facial Serum dalam botol 30ml yang dijual dengan harga RM79 sebotol juga mempunyai 23 bahan aktif semula jadi yang menunjukkan perubahan yang ketara pada jangka masa yang singkat.



Produk Meeracle Facial Cleanser dalam botol 50ml yang dijual dengan harga RM49 sebotol pula mempunyai malakit, satu lagi batu permata yang membantu mengawal minyak berlebihan dan mempunyai bahan anti-bakteria untuk memulihkan masalah jerawat. Pencuci ini juga mempunyai bahan yang terbukti kesegaran aloe vera serta teh hijau anti-penuaan, menjadikan kulit lebih tulen dan segar selepas mencuci.



Lebih baik digunakan secara set, Meeracle Facial Serum dan Cleanser ini sesuai untuk semua peringkat umur dan jenis kulit.

Diasaskan oleh Meera Nordin dan dikeluarkan oleh Edelsteen Sdn Bhd, rangkaian produk penjagaan kulit Meeracle dicipta hasil kajian selama beberapa tahun oleh kumpulan kajian farmaseutikal.

 “Kami percaya dengan melabur dalam R&D, kami dapat memberikan hasil produk yang berkualiti tinggi dan selamat untuk para pengguna. Kami mengambil masa selama 2 tahun dalam pembangunan produk untuk Meeracle Facial Serum sebelum membuat pelancaran, dan kami juga menghabiskan banyak masa untuk mencipta formulasi terbaik untuk pencuci muka dengan malakit kami yang telah pun dilancarkan tahun lepas,” kara Meera Nordin.

Ketika pelancaran tersebut, Pengarah Urusan Edelsteen Sdn Bhd, Raja Mohd Nasrullah Haziq b. Raja Abdul Rashid juga telah merasmikan “EMPOWERING YOU”, program tanggungjawab sosial korporat syarikat yang mensasar dan membantu golongan wanita yang mempunyai masalah kewangan dengan memberikan mereka peluang untuk memperbaiki kehidupan mereka.

Bekerjasama rapat dengan para Master Stokis Meeracle – yang merupakan tulang belakang kepada rangkaian pengedar jenama tersebut – program ini menawarkan para wanita dengan latihan, sesi mentor serta kit untuk memulakan perniagaan.

 “Wanita adalah golongan semula jadi yang bekerja keras lagi bersemangat dan dengan membantu mereka yang memerlukan pendapatan sampingan lebih, kami juga berharap dapat membantu menambahbaik kehidupan anak-anak mereka, keluarga dan juga komuniti. Program CSR ini akan memberikan mereka peluang untuk memulakan perniagaan kecil demi kemajuan mereka serta menjanjikan kehidupan yang lebih baik di masa hadapan. Kami berazam untuk mensasar lebih kurang 50 ke 60 orang wanita untuk tahun yang pertama,” kata Raja Haziq ketika pelancaran tersebut.

Untuk mendapatkan maklumat lebih lanjut mengenai produk serta para pengedar yang terdekat, layari laman web www.meeracle.com.my atau Facebook Meeracle.

31 comments:

  1. Bagus ni sesuai utk semua jenis kulit

    ReplyDelete
  2. Menarik produk ni... boleh cuba nanti..

    ReplyDelete
  3. Wah, menarik lah kak SA. Harga pun mampu milik.

    ReplyDelete
  4. wow.. rare lah batu permata.. selalu skincare guna gold, ni guna batu permata mesti kesan lagi cantik ni

    ReplyDelete
  5. Wow produk ni macam hebat. Menarik. Mesti cantik dan berkeyakinan sesiapa yang menggunakannya.

    ReplyDelete
  6. WOw..harga dia murah giler..batu permata plak tu..kalah dato vida ni

    ReplyDelete
  7. Perghhhh new product yang pasti akan menjadi perhatian golongan wanita , Ty pun tertarik pula baca entry akak. Thank u share

    ReplyDelete
  8. Nama dia best, terpegun sebab guna permata tapi harga masih mampu milik. Baguslah pengguna ada option. Nanti boleh la cuba

    ReplyDelete
  9. Ini baru betul rare! Lagipun dengan R&D yang terancang dan teliti, barulah pengguna pun yakin nak membeli dan tak ragu nak memakainya. Dengan kualiti begini, harga dia pun nampaknya berbaloi!

    ReplyDelete
  10. Menarik packaging dia. Simple yet so fresh. Mcm nk try cleanser tu. Sbb tgh cari cleanser utk muka jugk nie

    ReplyDelete
  11. eh rasa macam nak cuba je produk dari meeracle ni I hope berkesan lah .. jangan packaging je nampak cantik tapi tak berkesan... weeeee... nampak macam nak cuba je.. weee

    ReplyDelete
  12. Ehh..okay jugak la harga dia kalau berpandukan kuali yang ditawarkan.

    ReplyDelete
  13. Nama dah best..packaging pun cantik..Boleh tertarik orang nak membeli..Harga pun affordable..

    ReplyDelete
  14. Priduk lokal yg blh pergi jauh ni. Apatah kandungan semulajadinya mmg terbaik

    ReplyDelete
  15. seriusly produk ni guna ekstrak berlian, rubi dan mutiara?? mesti mahal kos diorg tapi boleh dijual dengan harga yang affordable. memang produk boleh pergi jauh ni

    ReplyDelete
  16. Nampak eksklusif. Baguslah company ni buat R&D dgn serius sebelum launch produk. Lebih diyakini. Tq kak for sharing!

    ReplyDelete
  17. Dah packaging baru.sebelum ni lain sket.kawan sy ada yang pakai memang cantik kulit dia

    ReplyDelete
  18. Pertama kali nampak produk ni, tunggu feedback selanjutnya dari SA... nice review

    ReplyDelete
  19. wow ada ekstrak berlian, rubi dan mutiara tu.., mesti superb hasilnya nanti ni. nak tahu juga apa kata pengguna yang dah gunakan produk ni

    www.maisarahsidi.com

    ReplyDelete
  20. Menarik produk nie SA, lain dari yang lain ye..

    ReplyDelete
  21. bukan main banyak lagi produk kecantikan sekarang

    ReplyDelete
  22. I love their designs and also yesss... both products are great also.

    ReplyDelete
  23. Wowww...harga dia murah gila. Batu permata apa dia pakai sampai boleh harga murah ni. Nampaknya lps ni ramailah muka bergelipan ya..hehehe

    ReplyDelete
  24. You know what...I might just buy it because of its packaging...it's so beautiful my kind of art sense...hahhaha

    www.absoluteyana.com

    ReplyDelete
  25. produk baru lagi...tapi tak salah kita nak mencuba kan..mana tau serasi kan

    ReplyDelete
  26. First time dengar tentang produk ni.. Rasanya boleh juga lah untuk mencubanya kan..

    ReplyDelete
  27. banyak juga iklan produk ni kat board highway.macam menarik produk ni

    ReplyDelete
  28. berbaloi dengan harganya, tak salah kan kalau nak cuba, mesti best ni

    ReplyDelete
  29. This product seems worth to buy and wanna try this long time ago cos seeing their advertisement really strong and promising.

    Racheal

    ReplyDelete
  30. packaging dia menarik perhatian.. ;)

    ReplyDelete

Heyy Gojes..Any Comment????
Comment Yang Elok- Elok Aje Ye......