Satu sumber terkelupas, berlian yang dikisar halus ini berfungsi lembut pada kulit sekaligus membantu meratakan tona warna kulit di samping memudarkan kesan parut dan kedut, menjadikan kulit lebih mulus dan berseri.Keajaiban batu rubi merah memulihkan kesihatan dan keserian kulit kerana ianya membantu memulihkan, mendetoksifikasi dan menyucikan jangkitan kulit, memperbaiki peredaran darah serta menyuburkan kulit menjadikan kompleksi tona warna kulit kelihatan merah jambu.Kemujaraban dengan sinarnya yang bergemerlapan, pearis mempunyai banyak kebaikan melembap, anti-penuaan dan mencerah juga boleh membantu menjadikan kulit lebih anjal dan rata.
Produk yang baharu yang ditambahbaik, ringan dan senang meresap, Meeracle Facial Serum dalam botol 30ml yang dijual dengan harga RM79 sebotol juga mempunyai 23 bahan aktif semula jadi yang menunjukkan perubahan yang ketara pada jangka masa yang singkat.
Produk Meeracle Facial Cleanser dalam botol 50ml yang dijual dengan harga RM49 sebotol pula mempunyai malakit, satu lagi batu permata yang membantu mengawal minyak berlebihan dan mempunyai bahan anti-bakteria untuk memulihkan masalah jerawat. Pencuci ini juga mempunyai bahan yang terbukti kesegaran aloe vera serta teh hijau anti-penuaan, menjadikan kulit lebih tulen dan segar selepas mencuci.
Lebih baik digunakan secara set, Meeracle Facial Serum dan Cleanser ini sesuai untuk semua peringkat umur dan jenis kulit.
Diasaskan oleh Meera Nordin dan dikeluarkan oleh Edelsteen Sdn Bhd, rangkaian produk penjagaan kulit Meeracle dicipta hasil kajian selama beberapa tahun oleh kumpulan kajian farmaseutikal.
“Kami percaya dengan melabur dalam R&D, kami dapat memberikan hasil produk yang berkualiti tinggi dan selamat untuk para pengguna. Kami mengambil masa selama 2 tahun dalam pembangunan produk untuk Meeracle Facial Serum sebelum membuat pelancaran, dan kami juga menghabiskan banyak masa untuk mencipta formulasi terbaik untuk pencuci muka dengan malakit kami yang telah pun dilancarkan tahun lepas,” kara Meera Nordin.
Ketika pelancaran tersebut, Pengarah Urusan Edelsteen Sdn Bhd, Raja Mohd Nasrullah Haziq b. Raja Abdul Rashid juga telah merasmikan “EMPOWERING YOU”, program tanggungjawab sosial korporat syarikat yang mensasar dan membantu golongan wanita yang mempunyai masalah kewangan dengan memberikan mereka peluang untuk memperbaiki kehidupan mereka.
Bekerjasama rapat dengan para Master Stokis Meeracle – yang merupakan tulang belakang kepada rangkaian pengedar jenama tersebut – program ini menawarkan para wanita dengan latihan, sesi mentor serta kit untuk memulakan perniagaan.
“Wanita adalah golongan semula jadi yang bekerja keras lagi bersemangat dan dengan membantu mereka yang memerlukan pendapatan sampingan lebih, kami juga berharap dapat membantu menambahbaik kehidupan anak-anak mereka, keluarga dan juga komuniti. Program CSR ini akan memberikan mereka peluang untuk memulakan perniagaan kecil demi kemajuan mereka serta menjanjikan kehidupan yang lebih baik di masa hadapan. Kami berazam untuk mensasar lebih kurang 50 ke 60 orang wanita untuk tahun yang pertama,” kata Raja Haziq ketika pelancaran tersebut.
Untuk mendapatkan maklumat lebih lanjut mengenai produk serta para pengedar yang terdekat, layari laman web www.meeracle.com.my atau Facebook Meeracle.
Bagus ni sesuai utk semua jenis kulit
ReplyDeleteMenarik produk ni... boleh cuba nanti..
ReplyDeleteWah, menarik lah kak SA. Harga pun mampu milik.
ReplyDeletewow.. rare lah batu permata.. selalu skincare guna gold, ni guna batu permata mesti kesan lagi cantik ni
ReplyDeleteWow produk ni macam hebat. Menarik. Mesti cantik dan berkeyakinan sesiapa yang menggunakannya.
ReplyDeleteWOw..harga dia murah giler..batu permata plak tu..kalah dato vida ni
ReplyDeletePerghhhh new product yang pasti akan menjadi perhatian golongan wanita , Ty pun tertarik pula baca entry akak. Thank u share
ReplyDeleteNama dia best, terpegun sebab guna permata tapi harga masih mampu milik. Baguslah pengguna ada option. Nanti boleh la cuba
ReplyDeleteIni baru betul rare! Lagipun dengan R&D yang terancang dan teliti, barulah pengguna pun yakin nak membeli dan tak ragu nak memakainya. Dengan kualiti begini, harga dia pun nampaknya berbaloi!
ReplyDeleteMenarik packaging dia. Simple yet so fresh. Mcm nk try cleanser tu. Sbb tgh cari cleanser utk muka jugk nie
ReplyDeleteeh rasa macam nak cuba je produk dari meeracle ni I hope berkesan lah .. jangan packaging je nampak cantik tapi tak berkesan... weeeee... nampak macam nak cuba je.. weee
ReplyDeleteEhh..okay jugak la harga dia kalau berpandukan kuali yang ditawarkan.
ReplyDeleteNama dah best..packaging pun cantik..Boleh tertarik orang nak membeli..Harga pun affordable..
ReplyDeletePriduk lokal yg blh pergi jauh ni. Apatah kandungan semulajadinya mmg terbaik
ReplyDeleteWow, siap ada batu permata tu
ReplyDeleteseriusly produk ni guna ekstrak berlian, rubi dan mutiara?? mesti mahal kos diorg tapi boleh dijual dengan harga yang affordable. memang produk boleh pergi jauh ni
ReplyDeleteNampak eksklusif. Baguslah company ni buat R&D dgn serius sebelum launch produk. Lebih diyakini. Tq kak for sharing!
ReplyDeleteDah packaging baru.sebelum ni lain sket.kawan sy ada yang pakai memang cantik kulit dia
ReplyDeletePertama kali nampak produk ni, tunggu feedback selanjutnya dari SA... nice review
ReplyDeletewow ada ekstrak berlian, rubi dan mutiara tu.., mesti superb hasilnya nanti ni. nak tahu juga apa kata pengguna yang dah gunakan produk ni
ReplyDeletewww.maisarahsidi.com
Menarik produk nie SA, lain dari yang lain ye..
ReplyDeletebukan main banyak lagi produk kecantikan sekarang
ReplyDeleteI love their designs and also yesss... both products are great also.
ReplyDeleteWowww...harga dia murah gila. Batu permata apa dia pakai sampai boleh harga murah ni. Nampaknya lps ni ramailah muka bergelipan ya..hehehe
ReplyDeleteYou know what...I might just buy it because of its packaging...it's so beautiful my kind of art sense...hahhaha
ReplyDeletewww.absoluteyana.com
produk baru lagi...tapi tak salah kita nak mencuba kan..mana tau serasi kan
ReplyDeleteFirst time dengar tentang produk ni.. Rasanya boleh juga lah untuk mencubanya kan..
ReplyDeletebanyak juga iklan produk ni kat board highway.macam menarik produk ni
ReplyDeleteberbaloi dengan harganya, tak salah kan kalau nak cuba, mesti best ni
ReplyDeleteThis product seems worth to buy and wanna try this long time ago cos seeing their advertisement really strong and promising.
ReplyDeleteRacheal
packaging dia menarik perhatian.. ;)
ReplyDelete