Sunday, February 11, 2018

Entry Terakhir Dania Ke Pameran Kartun & Kita Di Muzium Negara

Hi korang...

Sebenarnya kan...gambar banyak lagi dalam kamera...SA tak sempat nak transfer...hahahaha...boleh gitu...tapi nak habiskan jugak la gambar dari handphone ni ha...penuh dah handphone..rimas rasanya...jom la sambung lagi...ingat banyak lagi gambar..ada la sikit ni ha...selebihnya blom transfer...pemalas betul kan...hahaha..bukan pemalas...kamera pun ntah kat mana SA letak ntah...satu hal nak mencari kamera...


Dania disamping karakter apa ni...Keluang Man ke erk? alaaaa....tak ingat la....


Kat sini area record suara


Tak tau kartun apa ni...tapi comel sangat....


Eh mama plak bergambar kat sini..


Nostalgia basikal tua..


Apa itu kartun? ada yang tau?

Kartun mengikut takrif yang mudah berkisar sesuatu yang lucu, lawak, jenaka diambil daripada perkataan Bahasa Inggeris "cartoon". Agak berbeza dengan komik, kartun adalah media yang mudah mendapat ransangan kerana ia berjaya mengelikan hati pembaca dan penonton. Kebiasaannya kartun berada diluar logik akal.- Wikipedia


Bas mini ni pun sangat- sangat menggamit nostalgia


SA up gambar ni dan mintak followers letak caption..macam- macam keluar...hahaha...


Bukan main lagi anak dara ni buat parodi..

Sedikit tentang Kartun dan Kartunis

Kartunis atau pelukis kartun adalah orang yang melukis kartun. Karya kartunis lebih mempertengahkan jenaka terutama untuk tujuan hiburan. Banyak melukis kartun dari berbagai panel tunggal dan diterbitkan di media cetak daripada pelbagai jenis, contohnya, di majalah seperti majalah Gila-Gila, majalah Ujang, Apo?, Gempak dan Utopia.

Kartunis boleh bekerja dalam pelbagai format: kartun editorial, komik, buku komik, novel grafik atau animasi. Secara tradisinya kartunis menghasilkan lakaran kasar kepada gambar pensil yang telah siap dan kemudian menyelesaikan karya seni dengan mengunakan dakwat pen hitam atau menggunakan berus.

Hari ini, kartunis semakin banyak bekerja di media digital.

Istilah kartunis datang daripada perkataan Inggeris, cartoonist yang bermaksud pelukis kartun. Selain kartunis, istilah pelukis komik turut digunakan. Istilah 'pelukis komik' selalunya digunakan untuk mereka yang mengkaryakan komik.

Pada SA...

Kartunis zaman- zaman remaja SA dulu memang the best..tak leh orang lain challenge especially Ujang and team dia dulu..ada Petai, Gayour dan ramai lagi...best giler time tu..siap ada novel pun kan...zaman tu dah berlalu dah..semua jadi kenangan...kalau boleh diulang lagi kan best....sempat lagi korang nak terjah Pameran Kartun & Kita ni...kalau tak salah sampai April kat Muzium Negara tu...Cepat - cepat terjah tau...

13 comments:

  1. Tempat ni menarik buat photoshoot sebab background cantik-cantik... nk juga pergi situ nanti he he he

    ReplyDelete
  2. teringat dengan bas pink tu..memang nostalgia kan.

    ReplyDelete
  3. Wah Ada kluang man laa.. lejen laa zaman kecik2 dulu tgk

    ReplyDelete
  4. Wahh memang syok sekali sekala masuk Muzium macam ni. Nak bergambar pun cantik!

    ReplyDelete
  5. Lama dah jejak muzium. Nak kena pergi cuti panjang CNY ne. Rindu tengok bas pink tu

    ReplyDelete
  6. Kak Sue ingat nak singgah juga nanti kalau sempat. Macam menarik pulak baca yang SA kongsikan kat sini. Kak Sue memang peminat hasil karya Ujang, Gayour dan ramai lagi.. memang mengamit kenangan.. ehehe..

    ReplyDelete
  7. seronok Dania dapat spent time dengan mama. mesti penat but still seronok :)

    ReplyDelete
  8. Seronok dania spent time dgn mama dia. Pandai bergambar dania nih.mcm mama dia

    ReplyDelete
  9. Bas mini tu memang nostalgia lah, ingat lagi turun KL dulu memang bas ni lah pergi mana-mana pun..sekarang dah pupus kan...hehe

    ReplyDelete
  10. background cantik. Memang penuh nostalgia tempat ni SA

    ReplyDelete
  11. Oh dear, I never know you have such a big girl... Thought you stop single. Lolz. This place seems so exciting Agnes loads of memory ya...

    Racheal

    ReplyDelete
  12. Lokasi yang sangat menarik untuk bergambar. hHehe... Bestnye

    ReplyDelete
  13. Rindu dengan basikal tua dan bas mini tu.. ;)
    Cantik2 gambar yang ada..

    ReplyDelete

Heyy Gojes..Any Comment????
Comment Yang Elok- Elok Aje Ye......

Suria Amanda Copyright © 2014 Designed by Ms.Azhafizah