Tuesday, February 20, 2018

Carian Dalam Talian di Platform Shopee Meningkat Sebanyak 32% Sempena Perayaan Tahun Baharu Cina

Sempena perayaan Tahun Baharu Cina akan datang ini dan trend e-Dagang yang semakin popular di Malaysia, Shopee; platform e-Dagang terkemuka di Asia Tenggara dan Taiwan, telah menyaksikan peningkatan sebanyak 32% dalam jumlah carian produk di Shopee dalam kalangan rakyat Malaysia sepanjang tempoh perayaan ini. Sejak pelancaran Kempen Wang Bersama Shopee pada 15 Januari yang menawarkan potongan harga sehingga 90% dan hadiah kemenangan berjumlah lebih daripada RM1 juta, semakin ramai rakyat Malaysia memilih untuk membeli-belah di Shopee dalam membuat persiapan sempena Tahun Baharu Cina. 


“Aktiviti membeli-belah selalunya meningkat semasa musim perayaan, dan Tahun Baharu Cina tidak ketinggalan. Tahun ini, kami menyedari lonjakan dalam bilangan carian dalam talian di Shopee apabila kita menghampiri Tahun Baharu Cina, yang menunjukkan peningkatan trend pengguna yang memilih untuk membeli-belah secara dalam talian bagi musim perayaan. Ini petanda baik yang sejajar dengan inisiatif kerajaan untuk memacu sektor e-Dagang di Malaysia. Shopee menyediakan platform yang pantas, mudah dan selamat untuk membeli-belah dan dengan insentif Penghantaran Percuma ke Seluruh Malaysia dan Komisyen Sifar (0), rakyat Malaysia boleh menikmati aktiviti beli-belah di Shopee yang mudah dan menjimatkan,” kata Ian Ho, Pengarah Urusan Serantau Shopee. 

Carian paling popular sempena Tahun Baharu Cina bagi tahun 2018 adalah bagi kategori berikut: 

Pakaian Wanita; Mobil & Gajet; Permainan, Kanak-kanak & Bayi; Kasut Wanita dan Beg Wanita. 

Kategori Carian Tertinggi Di Shopee Menggunakan Kata Kunci




Pembelian paling popular dalam kalangan rakyat Malaysia sepanjang musim perayaan ini di Shopee:-




Kategori Produk Paling Popular Terjual di Shopee


1 Kasut Wanita 
Kasut Terbuka


2 Permainan, Kanak-kanak & Bayi 
Set Pakaian Bayi


3 Perhiasan Rumah 
Set Hadiah Tupperware 


4 Kesihatan & Kecantikan 
Set Solekan Mata Tahun Baharu Cina


5 Runcit & Haiwan Peliharaan 
KitKat Edisi Khas 


Nikmati potongan harga dan promosi hebat atas pelbagai produk sempena Kempen Wang Bersama Shopee yang berlanjutan sehingga 25 Februari. Dengan pilihan lebih daripada 6 juta produk yang ditawarkan oleh lebih 200,000 usahawan di Shopee Malaysia, pelanggan boleh memenuhi keperluan membeli-belah sempena musim perayaan ini. Tambahan lagi, pengguna boleh terus bermain permainan Fortune Ang Pao untuk memenangi Tiket Emas dan hadiah utama berbentuk wang tunai berjumlah RM8,888.

Seterusnya, Shopee akan melancarkan Kempen Hari Gaji daripada 26 hingga 28 Februari yang akan membariskan pelbagai tawaran hebat bagi pelbagai jenama terkemuka termasuklah Jualan Murah Komputer Riba Shopee dengan jenama popular seperti Acer, ASUS, Dell dan Lenovo. 

Muat turun aplikasi Shopee secara PERCUMA menerusi App Store atau Google Play.

#WangWithShopee

Untuk maklumat lanjut, sila layari www.shopee.com.my

16 comments:

  1. wah..hebat betul..Kalah website L tu kan

    ReplyDelete
  2. bestnya ada promosi lagi... dengan ini dilancarkan mood shopping sudah mari he he he

    ReplyDelete
  3. kolin pun dah beli baju raya kat sini SA wei..senang beli awal, sebab tengah promo tu

    ReplyDelete
  4. Tak percaya yang ana terjebak sekali shopping dkt shopee ni kak. Giler murah brg dia. No wonder ramai yg suka shopping dkt sini.

    ReplyDelete
  5. fara suka shopping kt shoppeee.. byk sgt pilihan pastu murah... harga gila xmasuk akal..

    ReplyDelete
  6. tak sempat nak shopping hari tu. tapi usha harga mmg betul2 murah..

    ReplyDelete
  7. sakan shopee la ni.. Tapi baru2 ni mummy agak frust beli kat shopee.. Nanti mummy akan review mengenai shopee ni..jeng jeng jeng

    ReplyDelete
  8. Kak Sue pun terjebak juga shopping kat Shopee nie SA. Banyak pilihan, harga pun murah dan berbaloi..

    ReplyDelete
  9. saya salah satunya penyumbang hehehe.,.mmg suka shopping kat shopee. Muraaah sangattt

    ReplyDelete
  10. Shopee banyak barang murah murah kan. tapi fiza belum terjebak lagi

    ReplyDelete
  11. Poket akak dah rabak belum kat shopee ni...hahahah

    ReplyDelete
  12. Antara online website yang favorite sekarang ni...

    ReplyDelete
  13. dasatt betul penangan shopee..tengokja dah rambang mata..selamatkan poket ku..hihihi

    ReplyDelete
  14. time cuti ramai org ada masa utk bershopping ni

    ReplyDelete
  15. Poket boleh rabak kalau tak berhati-hati.. hehehe.

    ReplyDelete

Heyy Gojes..Any Comment????
Comment Yang Elok- Elok Aje Ye......