Sempena perayaan Tahun Baharu Cina akan datang ini dan trend e-Dagang yang semakin popular di Malaysia, Shopee; platform e-Dagang terkemuka di Asia Tenggara dan Taiwan, telah menyaksikan peningkatan sebanyak 32% dalam jumlah carian produk di Shopee dalam kalangan rakyat Malaysia sepanjang tempoh perayaan ini. Sejak pelancaran Kempen Wang Bersama Shopee pada 15 Januari yang menawarkan potongan harga sehingga 90% dan hadiah kemenangan berjumlah lebih daripada RM1 juta, semakin ramai rakyat Malaysia memilih untuk membeli-belah di Shopee dalam membuat persiapan sempena Tahun Baharu Cina.
“Aktiviti membeli-belah selalunya meningkat semasa musim perayaan, dan Tahun Baharu Cina tidak ketinggalan. Tahun ini, kami menyedari lonjakan dalam bilangan carian dalam talian di Shopee apabila kita menghampiri Tahun Baharu Cina, yang menunjukkan peningkatan trend pengguna yang memilih untuk membeli-belah secara dalam talian bagi musim perayaan. Ini petanda baik yang sejajar dengan inisiatif kerajaan untuk memacu sektor e-Dagang di Malaysia. Shopee menyediakan platform yang pantas, mudah dan selamat untuk membeli-belah dan dengan insentif Penghantaran Percuma ke Seluruh Malaysia dan Komisyen Sifar (0), rakyat Malaysia boleh menikmati aktiviti beli-belah di Shopee yang mudah dan menjimatkan,” kata Ian Ho, Pengarah Urusan Serantau Shopee.
Carian paling popular sempena Tahun Baharu Cina bagi tahun 2018 adalah bagi kategori berikut:
Pakaian Wanita; Mobil & Gajet; Permainan, Kanak-kanak & Bayi; Kasut Wanita dan Beg Wanita.
Kategori Carian Tertinggi Di Shopee Menggunakan Kata Kunci
Pembelian paling popular dalam kalangan rakyat Malaysia sepanjang musim perayaan ini di Shopee:-
Kategori Produk Paling Popular Terjual di Shopee
1 Kasut Wanita
Kasut Terbuka
2 Permainan, Kanak-kanak & Bayi
Set Pakaian Bayi
3 Perhiasan Rumah
Set Hadiah Tupperware
4 Kesihatan & Kecantikan
Set Solekan Mata Tahun Baharu Cina
5 Runcit & Haiwan Peliharaan
KitKat Edisi Khas
Nikmati potongan harga dan promosi hebat atas pelbagai produk sempena Kempen Wang Bersama Shopee yang berlanjutan sehingga 25 Februari. Dengan pilihan lebih daripada 6 juta produk yang ditawarkan oleh lebih 200,000 usahawan di Shopee Malaysia, pelanggan boleh memenuhi keperluan membeli-belah sempena musim perayaan ini. Tambahan lagi, pengguna boleh terus bermain permainan Fortune Ang Pao untuk memenangi Tiket Emas dan hadiah utama berbentuk wang tunai berjumlah RM8,888.
Seterusnya, Shopee akan melancarkan Kempen Hari Gaji daripada 26 hingga 28 Februari yang akan membariskan pelbagai tawaran hebat bagi pelbagai jenama terkemuka termasuklah Jualan Murah Komputer Riba Shopee dengan jenama popular seperti Acer, ASUS, Dell dan Lenovo.
Muat turun aplikasi Shopee secara PERCUMA menerusi App Store atau Google Play.
#WangWithShopee
Untuk maklumat lanjut, sila layari www.shopee.com.my
wah..hebat betul..Kalah website L tu kan
ReplyDeletebestnya ada promosi lagi... dengan ini dilancarkan mood shopping sudah mari he he he
ReplyDeletekolin pun dah beli baju raya kat sini SA wei..senang beli awal, sebab tengah promo tu
ReplyDeleteTak percaya yang ana terjebak sekali shopping dkt shopee ni kak. Giler murah brg dia. No wonder ramai yg suka shopping dkt sini.
ReplyDeletefara suka shopping kt shoppeee.. byk sgt pilihan pastu murah... harga gila xmasuk akal..
ReplyDeletetak sempat nak shopping hari tu. tapi usha harga mmg betul2 murah..
ReplyDeletesakan shopee la ni.. Tapi baru2 ni mummy agak frust beli kat shopee.. Nanti mummy akan review mengenai shopee ni..jeng jeng jeng
ReplyDeleteKak Sue pun terjebak juga shopping kat Shopee nie SA. Banyak pilihan, harga pun murah dan berbaloi..
ReplyDeletesaya salah satunya penyumbang hehehe.,.mmg suka shopping kat shopee. Muraaah sangattt
ReplyDeleteShopee banyak barang murah murah kan. tapi fiza belum terjebak lagi
ReplyDeletePoket akak dah rabak belum kat shopee ni...hahahah
ReplyDeleteAntara online website yang favorite sekarang ni...
ReplyDeleteBerpinar lagi mata masuk shopee.
ReplyDeletedasatt betul penangan shopee..tengokja dah rambang mata..selamatkan poket ku..hihihi
ReplyDeletetime cuti ramai org ada masa utk bershopping ni
ReplyDeletePoket boleh rabak kalau tak berhati-hati.. hehehe.
ReplyDelete