Hi korang...
SA kalau stress SA akan masak dan makan..ada orang bila stress pi shopping habiskan duit ke atau window shopping..ada yang stress pi makan- makan kat restoran kan...lain pulak SA kalau stress SA akan beli bahan basah dan masak..kadang tercipta la resepi baru atau repeat je resepi apa yang tekak nak makan...selalunya bila jadi macam ni adalah sangat bahaya tau..bila masak..kena makan...bila makan..makan dalam kuantiti lebih...lepas tu badan confirm naik..bila umur dah nak cecah 40an ni sure berat senang sangat naik..tapi apa nak kesah..korang ingat ada SA keysah ke kalau berat badan naik ni?muahahaha...Bila stress, rasa macam nak tumbuk muka orang kan? Tak pun, rasa macam nak menjerit sepuas hati. Tapi harapan tetap harapan. Hajat di hati memang rasa nak tumbuk dan belasah orang, tetapi mana mungkin ia berlaku. Biasalah, setiap hari kita akan mengalami tahap kebimbangan yang tinggi.
Jom la tengok apa yang SA sempat masak untuk bekal pergi kerja..Selasa lepas SA bawak daging steak goreng kicap...selebihnya jom tengok gambar...
Bekal hari Rabu Udang Masak Lemak Cili Api campur Peria
Khamis SA masak Spicy Aglio Olio je...
|
Ada ke rupa orang stress?
|
Jom SA share sikit Cara Mengawal Stress yang SA dapatkan dari
SINI..
Stres atau tekanan merupakan tindak balas fizikal, emosi dan mental yang dialami oleh seseorang apabila tuntutan tidak dapat dipenuhi.
Stres boleh juga dialami bila berdepan dengan rangsangan yang tidak menyenangkan seperti bau yang busuk, bunyi yang kuat dan kata-kata yang kesat.
Sesiapa sahaja sama ada kanak-kanak, remaja, dewasa dan warga emas boleh mengalami stres.
Umumnya tahap stres yang dihadapi oleh seseorang berbeza-beza mengikut beban tekanan yang dihadapi.
Stres yang sedikit atau sederhana adalah baik dan boleh menjadi faktor pendorong atau motivasi kepada individu untuk meningkatkan produktiviti.
Walau bagaimanapun, stres yang berlebihan, untuk jangka masa panjang dan tidak dapat ditangani akan menyebabkan kesan negatif, dan memudaratkan kesihatan serta meningkatkan risiko terhadap penyakit.
Sebenarnya ada berbagai cara yang boleh kita lakukan dalam mengawal stres. Stres boleh dikawal secara sendiri atau pun melalui bantuan ahli keluarga atau rakan-rakan.
Seseorang yang mengalami stres boleh mengurangkan stres yang dialami dengan segera dengan cara mengamalkan kaedah 10B
Kaedah 10B ini adalah :-
- Bernafas dengan dalam
- Berkata `rilakslah’/ tak mengapa
- Beribadat
- Bercakap dengan seseorang
- Berurut
- Berehat dan mendengar muzik
- Beriadah
- Bersenam
- Berfikiran positif
- Bertenang.
Bertenang
Setiap kali anda berasa stress atau berasa ketegangan, bawalah bertenang. Dengan bertenang ia boleh membantu mengurangkan kitaran stres negatif pada peringkat permulaan.
Bernafas dengan dalam.
Lakukan latihan pernafasan yang boleh meningkatkan pertukaran oksigen dan karbon dioksida dalam sel tubuh bagi mengurangkan ketegangan.
Berkata, ` Relakslah’.
Cuba katakan pada diri sendiri, saya ni stres, ‘Relakslah’, Tak mengapa atau Tak pe lah, Oklah tu . Bawalah bersabar. Kata-kata ni sedikit sebanyak dapat menenteramkan perasaan dan mengurangkan stres.
Beribadat.
Sekiranya anda mengalami tekanan atau stres anda boleh melakukan ibadat seperti berzikir dan sembahyang mengikut kepercayaan masing-masing. Beribadat dapat memberi sokongan emosi dan boleh melegakan perasan seseorang.
Berkongsi perasaan dengan seseorang
Bercakaplah dengan ahli keluarga atau kawan-kawan rapat anda yang anda percayai dan dapat memahami perasaan anda . Luahkanlah dan kongsi perasaan anda dengan mereka.
Apabila anda berkongsi perasaan dengan orang lain , anda akan berasa lega dan ini dapat mengurangkan tekanan yang anda hadapi. Anda akan merasai bahawa masih ada orang yang sayang dan ambil berat tentang diri anda.
Berurut.
Apabila anda stres pada kebiasaannya otot-otot di bahagian leher dan bahu akan menjadi tegang. Belajarlah cara urut leher dan bahu kerana urutan ini boleh melegakan tegangan otot dan melancarkan perjalanan darah.Urutan kaki juga boleh dilakukan untuk mengurangkan stres.
Berehat dan mendengar muzik.
Apabila anda stres berehatlah sambil mendengar alunan muzik yang lembut. Muzik dapat membantu mengurangkan denyutan jantung yang laju dan tubuh badan anda akan mula relak serta pernafasan anda akan kembali normal. Ini membuat anda berasa tenang. Pilihlah muzik yang lembut dan menenangkan.
Beriadah.
Luangkan sedikit masa anda untuk melakukan aktiviti di luar rumah sama ada bersama keluarga atau rakan-rakan. Lakukanlah aktiviti yang anda sukai. Beriadah dapat menenangkan fikiran dan membuat anda berasa gembira serta menghilangkan stres.
Bersenam.
Bersenam juga boleh membantu mengurangkan ketegangan otot dan stres. Dengan bersenam ia dapat meningkatkan pengeluaran hormon dan dorfin dan anda akan berasa lega dan tegang.
Antara aktiviti senaman yang boleh anda lakukan ialah berjalan dan bersenam robik.
Berfikiran positif.
Stres juga boleh berlaku disebabkan prasangka dan salah tafsir kita terhadap sesuatu situasi. Cubalah berfikiran secara positif di mana anda cuba melihat kebaikan atau keadaan positif dalam mana-mana situasi yang bersifat negatif.
Kita perlu berfikiran positif untuk meningkat harga diri sendiri. Pelajarilah cara berfikiran positif kerana ia akan dapat membantu kita menangani stres dengan lebih berkesan.
Punca stres perlu dikenal pasti dan tindakan susulan perlu diambil untuk mencari jalan penyelesaian kepada punca stres tersebut. Anda juga boleh mengamalkan kemahiran daya tindak yang bersesuaian untuk menangani stres anda
Dah kenapa SA stress?
Haih macam- macam la korang...biasalah 2-3 hari ni stress hal kerja..dalam gambar memang la tak nampak coz i pakar sembunyikan rupa paras yang stress...ececece....apapun tajuk hari ni..bila stress memang SA akan masak..tak kisah kat rumah sewa ke atau masa balik Seremban. Kalau kat Seremban memang SA je la masak on weekend..masa tu korang akan nampak la semua social media SA memang berkisahkan lauk yang SA masak....haaa..ikut kajian..lain orang lain cara mengawal stress kan...macam tu la SA..masa muda- muda dulu kalau Stress pi Window Shopping atau pi Shopping...sekarang dah berusia ni...lain la plak menjurus ke arah memasak...
Korang plak macam mana?