Wednesday, February 28, 2018

Hasil Terjebak Beli Produk Mary Kay Dan Shopping Di Shopee

Hi korang....

Okey nak cerita part paling perempuan suka..giler la kalau ada yang tak suka..tapi memang ada gak kan..takpe..kita focus pada yang suka je..yang tak suka part ni boleh baca and ignore je..well..mekap memang amat penting untuk semua especially wanita berkerjaya. Mekap termasuk dalam perkara yang penting untuk imej dan keyakinan diri seseorang. Imej kena betul- betul jaga sebab kita membawa nama syarikat ketika bekerja kan..apa pulak cerita kalau bekerja di sebuah company besar tapi tak jaga imej, ketrampilan diri dan sebagainya. Macam mana nak berurusan dengan orang ramai atau client kan?

Baru- baru ni masa SA tengah stress SA terjebak beli product kat bawah ni....huwaaaa kenapa...kenapa....well nak buat macam mana kan..namapun perempuan yang memang suka bab- bab kecantikan..hek eleh..cantik ke masalahnya...hahaha...kan CNY ari tu banyak platform- platform dan website yang buat jualan murah yang giler- giler kan..termasuk la Mary Kay ni...so salah seorang kawan office SA memang BC untuk produk ni...terus la SA terjebak..beli la lipstick dan foundation primer jenama Mary Kay ni...murah pun murah..dua item ni tak sampai pun RM100. 


Lepas tu last week SA join kempen Shopee...alhamdulillah dalam pada ada yang cakap tak relevan amik job dari Shopee ni..SA pekakkan telinga dan grab aje the opportunity. Alhamdulillah rezeki SA dan kawan- kawan lain..memang tak mention la berapa banyak jumlah voucher yang kami dapat tapi memang berbaloi- baloi..insyaallah kalau saling menyokong..benefitnya memang lebih la dapat. bukan SA nak cakap besar ye..dah beberapa kali ber kolaborasi dengan Shopee dan tak pernah lagi dihampakan dan rasa hampa..So SA gunakan sebaiknya voucher Shopee beli barang- barang keperluan dan antaranya yang kat bawah ni..SA beli under LOREAL dan pilih jenama Maybelline. Memang best la..giler membeli...tolak voucher SA kena tambah tak sampai pun RM10 dan postage free..hehehe...dan SA masih menunggu satu trip barangan lagi yang akan sampai awal March nanti.

Kalau beli di farmasi- farmasi harga memang melampau mahal kan..nak tunggu sale pun ntah bila


Kenapa SA suka shopping kat Shopee ni?


Sebab murah la uolls...dengan voucher murah..tak guna voucher pun murah juga..yang penting kena pandai pilih..maksud SA kena pandai pilih dan bijak macam mana?kena pandai compare..harga dalam talian dan harga di pasaran..macam product Maybelline tu..SA memang guna dan memang terkejut harga dalam talian jauh betul bezanya..so pilih yang kita perlu dan pastikan beli beberapa barangan dari supplier yang sama..bukan lain- lain supplier sebab nak elakkan postage..haaaa....bijak tak?SA akan pilih dari supplier yang sama barangan yang SA nak beli dan yang SA suka..tak campur2 supplier...jadi dapatlah beli banyak dan gunakan voucher lepas tu tambah sedikit je.

SA memang terjebak teruk dah ni..memang tgh nak tunggu check out je barang yang SA dah masukkan dalam cart..memang berhantu la Shopee ni...lepas ni keperluan diri sendiri boleh cari kat dalam Shopee, ada macam- macam kan..watson pun ada dan specific barangan lain...memang koyak rabak la purse kalau macam ni..lagi bahaya kalau guna kredit card.

Okey la korang...nak cuci mata lagi kat Shopee...jom!!! 

Terjebak teruk dah SA ni.....

Tuesday, February 27, 2018

Mencari Ketenangan Dengan Essential Oils Gya Labs

Hi korang...

Siapa pencinta essentials oils kat sini? cer angkat tangan skit...haha..macam la nampak korang yang angkat tangan...ni SA nak citer skit ni tentang dua essential oils yang SA dapat baru- baru ni...dua- dua sedap baunya dan SA memang amalkan  pasang essential oils ni dalam bilik sepanjang malam..sebab apa?sebab bila penat- penat balik kerja SA memang perlukan ketenangan..sebelum- sebelum ni SA hanya gunakan air-freshener jenama Ambi Pur je..tapi kali ni guna essential oils...hanya titik kan aje dalam bekas khas/diffuser untuk essential oils dan pasangkan lilin...biarkan seketika ianya semerbak mengharum..baru SA masuk bilik...tak lama lepas tu memang lena jer la tido...so..memang betul la..essential oils ni kegunaannya untuk menenangkan diri. Nak beli yang jenama mahal dan terkenal SA tak mampu kan...so dapat yang ni..alhamdulillah boleh guna lama...sebab hanya guna setitik dua je kan.

Essential oils ni bukan minyak wangi tau..walaupun ianya mempunyai aroma yang amat istimewa. Ianya merupakan ekstrak dari tumbuhan yang sangat pekat berbentuk cecair dan mudah meruap




Sweet Orange Scents


May Chang Scents



Ada yang tanya SA...susah ke nak gunakan essential oil ni?

Alahai korang...ini la yang paling senang pada SA, takpe sebab tak semua orang tau cara- cara nak gunakan essential oils kan...meh SA kongsikan...

Sebenarnya banyak cara untuk mendapatkan manfaat daripada  ESSENTIAL OILS ini iaitu;

  1. Sapuan – titis di tapak tanga dan sapu di bahagian yang tertentu
  2. Hidu- titis atas tapak tangan dan hidu, atau hidu dr botol
  3. Pemeruapan – Titiskan essential oil ke dalam alat pembauran (diffuser) untuk menghasilkan wap.
  4. Digunakan ketika mengurut
  5. Dititiskan dalam air mandian
  6. Menghidu baunya secara kerap
So untuk korang yang selalu menghadapi tekanan tak kira la dimana samada di tempat kerja atau sebaliknya adalah disarankan untuk menggunakan essential oils untuk membantu melegakan tekanan..secara peribadi SA telah mula mengamalkan penggunaan essential oils ni..hidup kita ni bukan sentiasa sempurna kan..selain dari menambahkan amalan ketika menghadapi tekanan, dengan menggunakan essential oils ini SA percaya sedikit sebanyak mampu menghilangkan stress..cuma korang perlu pilih product yang berkualiti dan asli.

Kat mana nak dapatkan essential oils dari Gya Labs ni?

Korang boleh dapatkan di website online Lazada dan Shopee dan dah secara rasminya di pasaran dua- dua website online ni..

 



Monday, February 26, 2018

Permintaan | Resepi Udang Masak Lemak Cili Api Campur Peria

Hi korang...

Ada yang whatsaap SA nak resepi Udang Masak Lemak Cili Api campur Peria yang SA up last week..memandangkan SA agak busy dengan tugas hakiki ingat nak publish weekend, tapi weekend pun busy jugak jaga mak yang tak sihat.Makanya SA up la hari ni..SA pun takde apa- apa entry nak submit. So maaf ye...sekali lagi SA up gambar yang bakal menjejehkan air liur korang...SA tak nak hampakan permintaan beberapa blogger yang nak cuba resepi campak- campak SA tu..ikutkan konsepnya sama aje..so..jom tengok resepi...



Bahan- Bahan


  1. Udang - terpulang berapa ekor, SA gunakan 4 ekor sahaja
  2. Cili Api  - 10 biji
  3. Kunyit hidup 2 inci
  4. Peria Sebiji  - belah 6 atau 8
  5. Santan kotak  - 1/2 kotak
  6. Air 1 cawan
  7. Garam
  8. Serai - 2 batang dititik


Cara masak...

1. Masukkan santan dan 1 cawan air dalam periuk...

2. Masukkan cili api yg dh ditumbuk lumat dengan kunyit hidup...serta serai...

3. Masakkan diatas api yg perlahan..kacau sentiasa supaya x bertahi minyak..

4. Biar santan betul2 masak / menggelegak...tambah garam

5. Masukkan udang

6. Masukkan peria yang dah dibelah td

6. Jangan masak terlalu lama...udang dh bertukar warna boleh tutup api...



Sedap makan dengan nasi panas ...

Tambah plak if ada ikan masin tenggiri jeruk...wallaaaa.....sodap!!!!


Selamat mencuba korang.....

Friday, February 23, 2018

Bila Stress SA Masak...Korang Kalau Stress?

Hi korang...

SA kalau stress SA akan masak dan makan..ada orang bila stress pi shopping habiskan duit ke atau window shopping..ada yang stress pi makan- makan kat restoran kan...lain pulak SA kalau stress SA akan beli bahan basah dan masak..kadang tercipta la resepi baru atau repeat je resepi apa yang tekak nak makan...selalunya bila jadi macam ni adalah sangat bahaya tau..bila masak..kena makan...bila makan..makan dalam kuantiti lebih...lepas tu badan confirm naik..bila umur dah nak cecah 40an ni sure berat senang sangat naik..tapi apa nak kesah..korang ingat ada SA keysah ke kalau berat badan naik ni?muahahaha...Bila stress, rasa macam nak tumbuk muka orang kan? Tak pun, rasa macam nak menjerit sepuas hati. Tapi harapan tetap harapan. Hajat di hati memang rasa nak tumbuk dan belasah orang, tetapi mana mungkin ia berlaku. Biasalah, setiap hari kita akan mengalami tahap kebimbangan yang tinggi.

Jom la tengok apa yang SA sempat masak untuk bekal pergi kerja..Selasa lepas SA bawak daging steak goreng kicap...selebihnya jom tengok gambar...


Bekal hari Rabu Udang Masak Lemak Cili Api campur Peria


Khamis SA masak Spicy Aglio Olio je...

Ada ke rupa orang stress?


Jom SA share sikit Cara Mengawal Stress yang SA dapatkan dari SINI..

Stres atau tekanan merupakan tindak balas fizikal, emosi dan mental yang dialami oleh seseorang apabila  tuntutan tidak dapat dipenuhi.

Stres boleh juga dialami bila berdepan dengan rangsangan yang tidak menyenangkan seperti bau yang busuk, bunyi yang kuat dan kata-kata yang kesat.

Sesiapa sahaja sama ada kanak-kanak, remaja, dewasa dan warga emas boleh mengalami stres.
Umumnya tahap stres yang dihadapi oleh seseorang berbeza-beza mengikut beban tekanan yang dihadapi.

Stres yang sedikit atau sederhana adalah baik dan boleh menjadi faktor pendorong atau motivasi kepada individu untuk meningkatkan produktiviti.

Walau bagaimanapun, stres yang berlebihan, untuk jangka masa panjang dan tidak dapat ditangani akan menyebabkan kesan negatif, dan memudaratkan kesihatan serta meningkatkan risiko terhadap penyakit.

Sebenarnya ada berbagai cara yang boleh kita lakukan dalam mengawal stres. Stres boleh dikawal secara sendiri atau pun melalui bantuan ahli keluarga atau rakan-rakan.

Seseorang yang mengalami stres boleh mengurangkan stres yang dialami dengan segera dengan cara mengamalkan kaedah 10B

Kaedah 10B ini adalah :-

  1. Bernafas dengan dalam
  2. Berkata `rilakslah’/ tak mengapa
  3. Beribadat
  4. Bercakap dengan seseorang
  5. Berurut
  6. Berehat dan mendengar muzik
  7. Beriadah
  8. Bersenam
  9. Berfikiran positif
  10. Bertenang. 


Bertenang
Setiap kali anda berasa stress atau berasa ketegangan,  bawalah bertenang. Dengan bertenang ia boleh membantu mengurangkan kitaran stres negatif pada peringkat permulaan.

Bernafas dengan dalam.
Lakukan latihan pernafasan yang boleh meningkatkan pertukaran oksigen dan karbon dioksida  dalam sel tubuh bagi mengurangkan ketegangan.

Berkata, ` Relakslah’.
Cuba katakan pada diri sendiri,  saya ni stres, ‘Relakslah’, Tak mengapa atau Tak pe lah, Oklah tu .  Bawalah bersabar.  Kata-kata ni sedikit sebanyak dapat menenteramkan perasaan dan mengurangkan stres.

Beribadat
Sekiranya anda mengalami tekanan atau stres anda boleh melakukan ibadat  seperti berzikir dan sembahyang mengikut kepercayaan masing-masing.  Beribadat dapat memberi sokongan emosi dan boleh melegakan perasan seseorang.

Berkongsi perasaan dengan seseorang
Bercakaplah dengan ahli keluarga atau  kawan-kawan rapat anda yang anda percayai dan dapat memahami perasaan anda .  Luahkanlah dan kongsi perasaan anda dengan mereka.
Apabila anda berkongsi perasaan dengan orang lain , anda akan berasa lega dan ini dapat mengurangkan tekanan yang anda hadapi.  Anda akan merasai bahawa masih ada orang yang sayang dan ambil berat tentang diri anda.

Berurut. 
Apabila anda stres pada kebiasaannya otot-otot di bahagian leher dan bahu akan menjadi tegang.  Belajarlah cara urut leher dan bahu kerana urutan ini boleh melegakan tegangan otot dan melancarkan perjalanan darah.Urutan kaki juga boleh dilakukan untuk mengurangkan stres.

Berehat dan mendengar muzik. 
Apabila anda stres berehatlah sambil mendengar alunan muzik yang  lembut.  Muzik  dapat membantu mengurangkan denyutan jantung yang laju dan tubuh badan anda akan mula relak serta  pernafasan anda akan kembali normal. Ini membuat anda   berasa tenang.  Pilihlah muzik yang lembut dan menenangkan.

Beriadah. 
Luangkan sedikit masa anda untuk melakukan aktiviti  di luar rumah sama ada bersama keluarga atau rakan-rakan.  Lakukanlah aktiviti yang anda sukai.  Beriadah dapat menenangkan fikiran dan membuat anda berasa gembira serta menghilangkan stres.

Bersenam. 
Bersenam juga boleh membantu mengurangkan ketegangan otot dan stres. Dengan  bersenam  ia dapat meningkatkan pengeluaran hormon dan dorfin dan anda akan berasa lega dan tegang.
Antara aktiviti senaman yang boleh anda lakukan ialah berjalan dan bersenam robik.

Berfikiran positif.
Stres  juga boleh berlaku disebabkan prasangka dan salah tafsir kita terhadap sesuatu situasi.  Cubalah berfikiran secara positif di mana anda cuba  melihat kebaikan atau keadaan positif dalam mana-mana situasi yang bersifat negatif.

Kita perlu berfikiran positif untuk meningkat harga diri sendiri.  Pelajarilah cara berfikiran positif kerana ia akan dapat membantu kita menangani stres dengan lebih berkesan.
Punca stres perlu dikenal pasti dan tindakan susulan perlu diambil untuk mencari jalan penyelesaian kepada punca stres tersebut. Anda juga boleh mengamalkan kemahiran daya tindak yang bersesuaian untuk menangani stres anda


Dah kenapa SA stress?

Haih macam- macam la korang...biasalah 2-3 hari ni stress hal kerja..dalam gambar memang la tak nampak coz i pakar sembunyikan rupa paras yang stress...ececece....apapun tajuk hari ni..bila stress memang SA akan masak..tak kisah kat rumah sewa ke atau masa balik Seremban. Kalau kat Seremban memang SA je la masak on weekend..masa tu korang akan nampak la semua social media SA memang berkisahkan lauk yang SA masak....haaa..ikut kajian..lain orang lain cara mengawal stress kan...macam tu la SA..masa muda- muda dulu kalau Stress pi Window Shopping atau pi Shopping...sekarang dah berusia ni...lain la plak menjurus ke arah memasak...

Korang plak macam mana?

Thursday, February 22, 2018

Nikmati 18% Pulangan Tunai sempena Kempen Hari Gaji Shopee dari 26 hingga 28 Februari

18% CASH BACK DARI SHOPEE DAN MENANG SAMSUNG NOTE 8


Shopee, platform e-Dagang terkemuka di Asia Tenggara dan Taiwan akan melancarkan Kempen Hari Gaji dari 26 hingga 28 Februari 2018 - satu inisiatif yang didorong oleh tabiat membeli-belah pengguna dalam tempoh penerimaan gaji. Pengguna Shopee boleh menikmati pelbagai tawaran hebat dan potongan harga sepanjang kempen ini, termasuk pulangan tunai sebanyak 18% berbentuk syilling Shopee atas produk promosi. Bagi setiap pembelian RM1, pengguna akan menerima 18 syiling Shopee yang memberikan lebih ganjaran dan penjimatan.

Nikmati 18% Pulangan Tunai sempena Kempen Hari Gaji Shopee dari 26 hingga 28 Februari



“Tahun lepas, kami mendapati purata peningkatan sebanyak 25% dalam bentuk jumlah transaksi sepanjang tempoh penerimaan gaji iaitu dari tarikh 25 hingga 31 setiap bulan. Aliran ini mendorong kami untuk melancarkan Kempen Hari Gaji dan skema pulangan tunai 18% yang membolehkan pengguna setia kami berjimat semasa waktu kemuncak aktiviti membeli-belah,” kata Ian Ho, Pengarah Urusan Serantau Shopee.





Pada masa yang sama, aktiviti membeli-belah ini menunjukkan peningkatan semasa waktu makan tengah hari dan selepas makan malam dengan rekod trafik tertinggi antara pukul 12.00 tengah hari hingga pukul 1.00 tengah hari dan dari pukul 8.00 malam hingga 9.00 malam. Bagi menyelesaikan pembelian mereka, pembayaran berbentuk pemindahan wang secara dalam talian merupakan cara pembayaran paling popular, diikuti oleh pembayaran menggunakan kad kredit dan debit dan seterusnya, pemindahan bank.


Berikut merupakan kategori popular sepanjang tempoh penerimaan gaji:


1. Mobil & Gajet
Sarung & Pelindung; Audio; Bank Kuasa & Bateri

2. Kesihatan & Kecantikan
Produk Kecantikan Kulit; Makanan Tambahan; Berus & Peralatan Solek

3.Permainan, Kanak-kanak & Bayi
Fesyen Kanak-kanak; Permainan & Pendidikan; Perkakas untuk Makan & Penyusuan

4.Pakaian Wanita
Baju; Pakaian Dalam & Pakaian Tidur; Gaun

5.Perabot & Perhiasan Rumah
Hiasan Dalaman; Tempat Menyimpan untuk Dapur; Kelengkapan Bilik Tidur


Sepanjang kempen ini, Shopee turut melancarkan permainan Facebook Live: Edisi Hari Gaji pada 26 Februari pada pukul 2.00 petang yang membolehkan pengguna memenangi syiling Shopee dan hadiah utama berupa telefon bimbit Samsung Galaxy Note 8 bernilai RM3,999.

Bagi menambahkan lagi keriangan kali ini, pengguna juga boleh menyertai Jualan Lelong Mobil Hari Gaji di shopee_mamak pada aplikasi Shopee sepanjang kempen dan berpeluang memenangi hadiah bernilai lebih RM4,000 termasuk sebuah Nubia M2 Lite, sebuah OPPO F5 dan sebuah Penyedut Hampagas Dyson.


Untuk maklumat lanjut, layari www.shopee.com.my Muat turun aplikasi Shopee secara PERCUMA menerusi App Store atau Google Play.


Wednesday, February 21, 2018

Resepi Daging Steak Masak Kicap

Hi korang...

Yeay SA dah habis dh entry task review so dah boleh la focus kat entry- entry santai..kalau hari- hari tengok entry review sure bosan kan..macam mana korang bosan macam tu gak la SA...rasa nak muntah...bukan tak suka tapi sebab tanggungjawab dan dah commit kan..kena la laksanakan...nak plak ada yang payment dah dapat..so kena la siapkan awal- awal..so kita nak start hari ni dengan entry Resepi...lama dah rasanya tak share resepi..kata food blogger..kata mommy blogger gak kan..well kali ni SA beli daging steak..mak oiiii...daging steak mahal kan...tak la korang..SA last week pergi Jaya Grocer kat area rumah SA. Memang selalu pun beli barang basah kat situ..bukan SA nak menunjuk ke apa ye..bukan orang have have jugak...dah kenapa ada yang rasa beli barang kat Jaya Grocer ke Village Grocer ke orang tu orang ada-ada..kalau orang ada- ada SA ni tak yah kerja dah..duk umah goyang kaki jer...kan?

SA suka beli barang kat Jaya Grocer sebab semuanya fresh, baik makanan mentah, makanan kering, buah- buahan dan sayur- sayuran semuanya fresh..so nak dijadikan cerita memang la harga tak sama dengan pasaraya lain..harga diorang sedikit mahal..tapi berpada- pada la ambil..bijak la bezakan..mana yang murah boleh beli..yang mahal ko pandang sipi- sipi jer..hehehe...so SA beli daging yang khas buat steak...satu pack tu RM17 lebih...berat dalam 200 gram..kira ok la compare beli daging kat pasar malam sekilo sampai RM38 kan...SA makan sorang kot...pas tu beli udang, sotong dan ayam sikit...ayam kampung kat Jaya Grocer cukup untuk stok 2 minggu seekor RM13-RM15..haaa...mahal ke murah? kena bijak la berbelanja kan...

okey la dah penat panjang lebar menceceh ni...jom tengok resepi..

RESEPI DAGING STEAK MASAK KICAP



BAHAN- BAHAN


  1. Daging steak 200gram hiris nipis - bersihkan dan tos
  2. Bawang putih 4 ulas  - hiris
  3. Bawang merah kecil 3 ulas  - hiris
  4. Bawang besar 1 biji - hiris bulat
  5. Cili Api  - 7 biji - potong 2
  6. Halia 2 inci - hiris halus
  7. Sos Tiram - 2 sudu besar
  8. Cili Serbuk - 1 sudu besar
  9. Kicap Manis Kipas Udang - 5 sudu besar
  10. Minyak untuk menggoreng
CARA MEMASAK

  1. Panaskan minyak dan tumis bahan 2,3,5 dan 6 sampai naik bau
  2. Masukkan cili serbuk dan sos tiram
  3. Masukkan daging dan gaul mesra..biarkan seketika dan kerap di kacau
  4. Masukkan bawang besar
  5. Masukkan kicap manis kipas udang
  6. Tak perlu letak garam sebab sos tiram dah masin
  7. Biarkan seketika sebab daging akan keluarkan minyak dari lemak..
  8. Dah agak kering tutup api
  9. Siap dan Sedia dihidang

Senangkan?

SA nyer resepi selalunya tak susah..semua jenis campak- campak jer kata orang yang biasa masak..macam SA lebur je apa yang ada dan takde specific bahan..kadang- kadang pepandai sendiri je tokok tambah derhaka kat resepi yang asal..hahaha...acah- acah kreatif dan kalau bab ni biasanya jarang tak menjadi..selalunya jadi je..jadi sebab version SA sendiri..ada dapat pm dari beberapa follower katanya macam mana SA masak nampak senang...diorang nak buat punya la susah dan tak menjadi adakalanya..bukan semua yang SA buat tu menjadi..adakala try and error gak..bila dah menjadi baru share...masak ni biar ada minat biar datang dari hati..kalau tak minat..tak pernah masak..memang susah la nak menjadi kan...

okey la..kita jumpa next entry resepi ye.....banyak lagi SA nak share.....

Tuesday, February 20, 2018

Carian Dalam Talian di Platform Shopee Meningkat Sebanyak 32% Sempena Perayaan Tahun Baharu Cina

Sempena perayaan Tahun Baharu Cina akan datang ini dan trend e-Dagang yang semakin popular di Malaysia, Shopee; platform e-Dagang terkemuka di Asia Tenggara dan Taiwan, telah menyaksikan peningkatan sebanyak 32% dalam jumlah carian produk di Shopee dalam kalangan rakyat Malaysia sepanjang tempoh perayaan ini. Sejak pelancaran Kempen Wang Bersama Shopee pada 15 Januari yang menawarkan potongan harga sehingga 90% dan hadiah kemenangan berjumlah lebih daripada RM1 juta, semakin ramai rakyat Malaysia memilih untuk membeli-belah di Shopee dalam membuat persiapan sempena Tahun Baharu Cina. 


“Aktiviti membeli-belah selalunya meningkat semasa musim perayaan, dan Tahun Baharu Cina tidak ketinggalan. Tahun ini, kami menyedari lonjakan dalam bilangan carian dalam talian di Shopee apabila kita menghampiri Tahun Baharu Cina, yang menunjukkan peningkatan trend pengguna yang memilih untuk membeli-belah secara dalam talian bagi musim perayaan. Ini petanda baik yang sejajar dengan inisiatif kerajaan untuk memacu sektor e-Dagang di Malaysia. Shopee menyediakan platform yang pantas, mudah dan selamat untuk membeli-belah dan dengan insentif Penghantaran Percuma ke Seluruh Malaysia dan Komisyen Sifar (0), rakyat Malaysia boleh menikmati aktiviti beli-belah di Shopee yang mudah dan menjimatkan,” kata Ian Ho, Pengarah Urusan Serantau Shopee. 

Carian paling popular sempena Tahun Baharu Cina bagi tahun 2018 adalah bagi kategori berikut: 

Pakaian Wanita; Mobil & Gajet; Permainan, Kanak-kanak & Bayi; Kasut Wanita dan Beg Wanita. 

Kategori Carian Tertinggi Di Shopee Menggunakan Kata Kunci




Pembelian paling popular dalam kalangan rakyat Malaysia sepanjang musim perayaan ini di Shopee:-




Kategori Produk Paling Popular Terjual di Shopee


1 Kasut Wanita 
Kasut Terbuka


2 Permainan, Kanak-kanak & Bayi 
Set Pakaian Bayi


3 Perhiasan Rumah 
Set Hadiah Tupperware 


4 Kesihatan & Kecantikan 
Set Solekan Mata Tahun Baharu Cina


5 Runcit & Haiwan Peliharaan 
KitKat Edisi Khas 


Nikmati potongan harga dan promosi hebat atas pelbagai produk sempena Kempen Wang Bersama Shopee yang berlanjutan sehingga 25 Februari. Dengan pilihan lebih daripada 6 juta produk yang ditawarkan oleh lebih 200,000 usahawan di Shopee Malaysia, pelanggan boleh memenuhi keperluan membeli-belah sempena musim perayaan ini. Tambahan lagi, pengguna boleh terus bermain permainan Fortune Ang Pao untuk memenangi Tiket Emas dan hadiah utama berbentuk wang tunai berjumlah RM8,888.

Seterusnya, Shopee akan melancarkan Kempen Hari Gaji daripada 26 hingga 28 Februari yang akan membariskan pelbagai tawaran hebat bagi pelbagai jenama terkemuka termasuklah Jualan Murah Komputer Riba Shopee dengan jenama popular seperti Acer, ASUS, Dell dan Lenovo. 

Muat turun aplikasi Shopee secara PERCUMA menerusi App Store atau Google Play.

#WangWithShopee

Untuk maklumat lanjut, sila layari www.shopee.com.my

Bawa Superman Kecik Makan Boat Noodles Di Seremban Prima

Hi korang...

Korang ada Superman kecik x? Haaa...jangan jeles eh..SA ada sorang Superman kecik cute pakai spender kat luar...Superman ni baru balik dari Perlis..sambung cuti kat Seremban plak...bukan main lagi dia ngan baju Superman tu ha...hehehe..Opick anak buah SA ni baru pandai berjalan...but masih tak balance lagi la bawak badan..tune berjalan belum betul lagi...
Sabtu lepas ikut diorang pi Palm Mall Seremban. Diorang nak shopping..SA nak cari baju kerja kat Padini..Dania biasa la sure dapat sehelai untuk dia..kalau tak kang masam muka sampai balik rumah..dah lepas shopping baju kitorang semua pi makan kat Boat Noodles Seremban Prima. Saje nak belanja diorang makan..jom la tengok gambar dulu...


Superman Opick ngan kakak Dania asyik berkepit je..kakak pandai layan dia


Selfie dulu


One more


Suka sangat gigit baju...




Masa ni x ramai orang..bila kitorang dh duduk je bukan main ramai yg masuk


Selfie jap...sapa paling gemuk?


Opick ngan ayahnya


Ini biasa la pelengkap hidangan


Stringy Noodles


Chicken Wing


Thai Fried Chicken


Sangkaya Steam Bread


Coffee, ice lemon tea dan ice tea


Coconut Shake


Antara mangkuk yang sempat amik gambar takut lupa


Kena paksa habiskan Sangkaya


So far Original Boat Noodles memang menjadi pilihan SA la..korang pun tau kan SA kalau makanan Thai ni memang tak tolak punya..sedap especially Sangkaya Bread tu sebab pandan kaya dia tu best dengan roti yg lembut sebab di steam kan..bab air memang jadi pilihan SA Coffee diorang..Dania tak habis-habis ngan Coconut Shake dia tu..Acu ngan husband dia masing2 ambil Ice Lemon Tea ngan Ice Tea..next nanti SA nak cuba plak Ice Tea diorang..nampak sedap dan pekat..

Alhamdulillah semua kenyang...paksa Acu habiskan makanan..hahaha...biar dia sorang je gemuk..well makan untuk 4 orang tak la mahal mana..noodles tu plak portion kecik je kan..total bill untuk 4 orang RM90...boleh la tu...ekceli diorang ada je menu2 lain dan tak semestinya boat noodles je..nanti SA nak pi cuba menu lain plak....

Jumpa lagi next entry....

Monday, February 19, 2018

Menu Simple Sepanjang Cuti Chinese New Year

Hi korang...

Awas entry ni bakal buatkan korang lapar dan terliur..hehehe..cuti CNY lama kan..macam biasa la kalau dah berkumpul tu sure la aktiviti makan..makan dan makan...lepas tu aktiviti ternak lemak ni memang menjadi kewajipan...eleh...korang pun sama kan...sure ada aktiviti makan- makan yang kalau SA ternampak lalu lalang kat timeline media sosial..buat SA terliur dan lapar je..

Cuti CNY SA tak kemana- mana..memang lepak jer kat rumah dari raya pertama sampai raya ke dua..raya ketiga semalam baru la keluar rumah kejap bawak mak yang tak sihat balik kampung. Dia nak makan kat kampung katanya..biasa makan ramai- ramai kat rumah sendiri..tapi semalam adik beradik dah balik rumah masing- masing..tinggal la kami 4 beranak..memang takde selera la nak makan..Mak plak tengah batuk teruk..lagi la selera makan takde...

Jom tengok apa yang SA masak


Pagi Jumaat suruh adik bongsu beli roti canai...pagi- pagi tu masak kari ayam untuk makan dengan roti canai..apa lagi..menu kari ayam bawak ke tengahari


SA up dengan sayur buncis goreng


Ikan masin goreng...


Pagi tu pun buat kuih keria...tapi tak sira ngan gula melaka la..sira ngan gula putih


Menu malam semalam..Ikan tilapia sweet sour...ikan tu abah pancing..besar..berat dalam 900gram


Balik kampung adik sepupu buat tomyam ayam..


Ada lauk tempoyak daun kayu


Sambal gesek


pucuk ubi celur


sambal belacan ni SA buat...

Alhamdulillah berkumpul semalam selera masing- masing makan..terutama mak dan abah...bukan main lagi berselera diorang makan. Lepas dah makan SA plak buat photoshoot produk- produk untuk review. Saje je buat semua kat kampung senang kerja nanti. Ada 2 produk belum settle sebab tunggu greenlight..yang lain semua dah settle dah..tunggu payment jer lagi..hehehe...so lepas ni banyak la entry santai kat blog SA ni...korang jangan marah plak kalau banyak entry masak memasak..lama dah niche Food Blogger ni senyap sepi jer kan...pas ni nak pi buat JJCM semula...

Jumpa lagi next entry ye....

GLOW GELENGGANG | Merawat Ekzema, Kurap & Panau

Glow Gelenggang Dah Tak Gatal Lagi....


Hi korang...

Haaaaa....sapa ada masalah gatal? Gatal kulit eh...bukan gatal perangai..kalau gatal perangai tak dapek SA nak tolong de...percaya tak kalau SA cakap udara kita sekarang kurang sihat? Kadang-kadang takde angin tetiba kena gatal- gatal.Bukan setakat udara, persekitaran, pemakanan malah air pun boleh jadi punca datang kegatalan yang tiba- tiba. Kalau gatal aje takde apa- apa kesan takpe..ini siap berkudis kan?Baru- baru ni SA diperkenalkan dengan produk Glow Gelenggang yang merupakan sabun dan minyak. Mula- mula dapat produk ni macam pelik apesal bau wangi sangat kan...bau macam caramel dan rasa terpanggil nak kunyah-kunyah...Riupanya sabun uolls...hehehe..SA suka jer bab- bab produk yang berasaskan herba ni..kalau zaman dulu ada masalah kudis ke, gatal- gatal kulit semua sibuk balik kampung cari daun gelenggang kan...sekarang tak payah susah- susah..ada jer jual dalam bentuk sabun dan minyak herba dah...senang kan?


Kajian pakar dalam penilaian makmal mendapati Daun Gelenggang (Cassia Alata) sangat berpotensi sebagai antiseptik dan memiliki ciri-ciri sangat mengagumkan dalam penyembuhan luka. Gelenggang ini juga dipanggil sebagai “Ringworm Bush” kerana sifatnya yang sangat berkesan ke atas kulat (fungicidal), untuk merawat kurap (ringworm), panau dan lain-lain jangkitan kulat kulit. Ia juga mampu merawat Mild Eczema dengan penggunaan yang konsisten.



Glow Gelenggang di formulasi daripada 100% bahan semulajadi dan bebas kimia dan  steroid. Produk Glow Gelenggang terbahagi kepada dua jenis iaitu sabun herba dan minyak herba. Sabun ini boleh digunakan setiap kali mandi dan boleh jer digunakan di muka dan seluruh anggota badan 2-3 kali sehari secara konsisten.Kalau korang nak tau, herba gelenggang ni memang power sebagai agen anti-kulat & anti-bakteria.Ianya memang berkesan untuk hilangkan gatal-gatal. Dan inilah satu-satu nya formula sabun herba yg paling banyak sekali minyak yang premium. Kenapa? Kerana minyak akan 'kunci' lapisan kelembapan dari tersejat. Sebab itulah sabun herba ini TIDAK KERING, TIDAK PEDIH dan TIDAK RENGSAKAN kulit. Korang tak perlu risau kerna korang tidak akan rasa kulit korang berminyak tetapi lebih kepada lembap sahaja.






Kandungan utama dalam produk Glow Gelenggang ini ialah:
  • Herba Gelenggang - Bertindak sebagai anti kulat
  • Habbatus Sauda - Bertindak untuk mengurangi radang dan mempercepatkan proses luka luar
  • Argan Oil - Menjadikan kulit lebih halus dan licin serta menyerap dengan baik ke dalam kulit
  • Olive Oil - Bertindak sebagai pelembap yang kekal lama pada kulit
  • Susu Kambing - Berfungsi untuk mencerah, melembut, melembap dan mencegah kulit dari menjadi kasar, kering dan kusam
  • Crystal Menthol - Bersifat antiseptik yang membantutkan pertumbuhan bakteria serta mempunyai kesan dingin bagi memberi kelegaan ke atas kulit.


Pengalaman SA menggunakan sabun herba Glow Gelenggang, SA takde masalah resdung, panau dan gatal- gatal kulit..tapi SA ada masalah jerawat yang melampau hujung tahun lepas. Semua gara- gara perubahan hormon. So sejak dapat sabun herba ni SA gunakan juga sebagai pencuci muka. Tekstur sabun yang tidak mudah benyek membuatkan SA terasa jimat sangat. Bau sabun yang sangat wangi bagai caramel buat SA rasa tenang. Alhamdulillah masalah jerawat besar- besar tu hilang setelah 2 minggu guna secara konsisten. Kulit muka pun jadi sangat lembut. Bekas- bekas jerawat pun dah mula pudar. Takde hitam- hitam dah. SA gunakan juga untuk badan dan memang masalah jerawat badan hilang..best betul.. SA sangat- sangat rekemen pada korang untuk gunakan Sabun Herba Glow Gelenggang ini. 



Khas buat follower dan pembaca blog Suria Amanda, dapatkan diskaun RM10 dengan pembelian Sabun Herba dan Minyak Herba Glow Gelenggang dengan memasukkan Kod Diskaun : SURIA10

Sekiranya berminat untuk mendapatkan produk GLOW GELENGGANG, boleh hubungi:

WhatsApp: 014-5445951

Suria Amanda Copyright © 2014 Designed by Ms.Azhafizah