Thursday, January 11, 2018

Penting Ke Likes & Comment Di Media Social?

Hi korang....

Hari ni SA nak santai- santai je berbicara tentang media social..macam- macam media sosial ada kan tapi SA hari ni nak sentuh bab Instagram, Twitter, Facebook dan Facebook fanpage. Korang rasa 3 platform ni penting tak untuk blogger?Banyaknya followers di akaun Instagram dan Facebook menjadi ukuran kepercayaan masyarakat terhadap sesuatu brand. Apakah brand tersebut dipercayai dan mendapat banyak respon positif (likes & followers) atau pun tidak. Itulah pentingnya memiliki banyak followers Instagram untuk branding produk yang dipertanggungjawabkan kepada bloggers untuk review.

Hari- hari SA check akaun instagram dan FB. Dan hari- hari juga check followers di dua-dua social media SA ni..kenapa? Semua ni penting untuk platform SA sebagai blogger. Bila client check akaun Instagram dan Facebook dan mana- mana social media yang SA ada, baru la mereka boleh letakkan kepercayaan untuk beriklan atau melantik kita untuk review product mereka. Sebab tu SA perlu pastikan semua kekal bertambah dari semasa ke semasa dan tiada penurunan. Kalau turun followers dan likers atau comment mesti ada sesuatu yang tak kena. Masa ni kena betulkan semula.

SA nak ucapkan jutaan terima kasih di atas kesudian rakan- rakan blogger di bawah ini like Instagram SA..hanya allah dapat balas jasa baik korang semua...





Sebenarnya banyak lagi mereka yang datang singgah ke akaun instagram dan juga facebook SA. Cuma itu yang sempat SA screenshot akibat kekangan masa. Ye la..SA ni part time blogger yang bekerja tetap. So awal- awal tahun ni SA agak sibuk dengan kerjaya. Insyaallah seboleh mungkin SA akan terus naikkan engagement media social. Cuma masa kadang- kadang cemburukan SA. Sehari nak buat 300 patah perkataan entry blog pun macam bercinta sangat. Nak plak banyak yang SA tak share lagi kat dalam blog. Masalah SA plak broadband dan juga laptop rosak dan belum dibaiki lagi..tak tau la bila ada masa yang sesuai untuk SA settlekan semua tu. Broadband pun bayar je tak guna- guna..tak boleh jadi la kan...ingat nak terminate la broadband. Maybe nak masukkan internet kat rumah Seremban. Lagi senang SA nak buat kerja.

So korang rakan blogger semua...Likers dan comment di media sosial sememangnya penting untuk menentukan naik turun instagram, facebook dan juga blog kita. Jom la sama- sama naikkan semula prestasi kita semua. Client sangat mementingkan semua itu untuk mereka yakin memilih kita mempromosikan product mereka.

Jom mulakan dari sekarang.

28 comments:

  1. Betul tu sis SA.. like dan comment, banyak membantu sebenarnya.. Dari situlah kita punya credibility akan dinilai.. Kalau ada masa dan berkesempatan memang sha akan like dan komen entry rakan-rakan blogger.. Sama-sama membantu..

    ReplyDelete
  2. Thanks SA sebab sudi kongsi. Sebelum ni akak tak amik tau pun. Heheheh

    ReplyDelete
  3. Good sharing SA, betul juga tu kadang like n komen memang penting untuk kita sebagai blogger nie kan..

    ReplyDelete
  4. sejak jadi blogger ni semua kena update kan...penat jugak kadang2..tapi SA memang rajin lah...salute...

    ReplyDelete
  5. alaaaa saya ada la. tacing ittew :D

    ReplyDelete
  6. Penting juga likes dan komen di media sosial ni. BAru kita tau ada orang suka baca ke tak apa yang kita coretkan dan share kan disana

    ReplyDelete
  7. setuju..yang tak setuju. Mana screen shot yang kita likes. Penat I like tau hehehe

    ReplyDelete
  8. Setuju dengan akak. Semua tu penting. Facebook memang dah ramai dah. Instagram tu kejap naik turun. Kena struggle lebih ni nak naikkan follower di instagram

    ReplyDelete
  9. Betul...like komen kemudian berapa views memainkan peranan. Tu pasal artis create nama anak kat IG sebab kalau banyak viewers, banyak la datang rezeki tu....

    ReplyDelete
  10. Like n comments memang sangat- sangat penting di llaman sosial media ni . Salah satunya bila kita post something else di fb or ig sekurang2nya kita tahu ada org yg nampak post kite berlegar2 di wall

    ReplyDelete
  11. Wah kak SA Ada peminat tegar tu. Semoga terus sukses kak

    ReplyDelete
  12. Setuju dengan SA. Media sosial seperti facebook, instagram dan twitter memang penting untuk para blogger. Rose pun hari-hari check followers instagram. Setakat ni memang aktif di instagram dan facebook. Cuma di twitter tu masih berusaha. Hihihi

    ReplyDelete
  13. betul SA cakap memang penting.. sebab tu selalu like n komen status kawan2...

    ReplyDelete
  14. tu la,..nad pun like ig org nak naikkan engagement

    ReplyDelete
  15. Mai rajin like je, comment malas sikit, hahaha

    ReplyDelete
  16. nak popular mestilah kumpul banyak likes n followers, kan?

    ReplyDelete
  17. Kan, sama lah..cuma kekangan masa.......sudi sudi follow me.. hahaa..x sampai 1k followers IG, kih3~

    ReplyDelete
  18. Bagi Lia kita sebagai blogger kan rasanya penting like dan komen positif di social media terutamanya fb dan ig. Sebab setengah klien based on kita punya spscial media jugak. Kita kan salah satu marketing produk dorang.

    ReplyDelete
  19. Betul..penting like & comment kat sosial media blogger..ni pun tgh usaha utk naikkan bilangan follower kat sosial media saya..

    ReplyDelete
  20. Dulu2 ingat tak penting pun. Tp jd blogger ni, rupanya nak tak nak mmg kena jg semua tu. Lg byk likes & komen lg bagus dimata customer. Engangement tu.

    ReplyDelete
  21. ooo..camtu ye ALong...cam sy yg br nak naik ni, kena take time jugak la kannn...selalu igt nk asingkan blog n media sosial yg lain...sepatutnye sume kena seiring dan sejalan la ye.....hehehe..bile la bole berjaya cam Along niii...

    ReplyDelete
  22. Likes n komen mmg penting..so boleh tahu feedback pembaca tentang apa yg kita post. Bg ena follower pon penting. Klu rating byk mpengaruhi client ntk hire.

    ReplyDelete
  23. sangat penting kak parizan sebab ianya akan naikkan engangement lepas tu nak jadi sosial media influencer kena rajin stalk orang lain haha

    ReplyDelete
  24. aida takde ig, SA. makanya tak dpt nak like di sana :)
    aida setuju.
    especially utk friends yg bisnes.
    amat penting.

    ReplyDelete
  25. Mana yang lalu depan mata itu yang ai like.. dengan rutin harian agak sukar untuk hadap selalu media social.. :(

    ReplyDelete

Heyy Gojes..Any Comment????
Comment Yang Elok- Elok Aje Ye......

Suria Amanda Copyright © 2014 Designed by Ms.Azhafizah