Wednesday, January 17, 2018

Menu Sabtu Dan Ahad Di Pilahdelphia Yang Sejuk

Hi Korang...

Minggu lepas hari Sabtu SA balik kampung Kuala Pilah a.k.a Pilahdelphia..muahahaha..nama nak kelas..harus la kelas kan...Ya allah suhu masa tu 20' Celcius dan memang sejuk rasa sampai ke tulang..memang Jumaat malam tu kat Seremban sejuk betul dan first time tidur tak on aircond dan tak on kipas. Elok je dua beranak tidur berbungkus dengan toto..hehehe...balik Kuala Pilah kononnya nak pi sambutan birthday Yamtuan Besar NS. Biasa every year ada karnival kat Seri Menanti. Sekali dari pagi hujan. Walau tak lebat tapi sejuknya mengalahkan kat oversea..melampau plak nak samakan dengan oversea...suhu mengalahkan kat Cameron Highland la...sepanjang perjalanan memang hujan..sejuk betul masa tu..

Sampai je kat rumah kampung, sekeliling berkabus...SA plak tak pakai baju tebal..pakai t-shirt lengan pendek je..padan la muka...bila balik kampung apa lagi..lepak je la..nak merayau belakang rumah masih hujan kan...last2 ajak Mak Lang masak...korang jangan terliur plak..menu kat bawah tu bukan menu sabtu je..sekali ngan menu ahad..malas SA nak asingkan...


Kampung SA  di kelilingi bukit bukau..sebab tu sejuk dan berkabus


Pemandangan belakang rumah


Persiapan sambutan masih belum meriah..


Khemah- khemah pun tak habis pasang dan hias lagi..hujan kan...


Ikan tenggiri Masak Lemak Cili Api Campur Peria


Ikan Kembung Goreng Berlada


Kangkung Celur


Sambal Belacan


Daging Cincang Masak Lemak Cili Api

Petang tu ingat nak singgah kat karnival "Raja Bergolek"tu. Dania dah berzikir dari pagi...tapi tak singgah pun sebab masih hujan dan jalan agak becak berlumpur. Atuk pujuk Dania balik je..nanti Isnin pergi sebab atuk nak tengok pertandingan memancing. At the end tak tau la diorang pergi ke tak Isnin tu...

MENU AHAD


Kari Kambing ( Lamb Shank )


Telur Goreng Kicap


Sayur bayam goreng


Ayam Kampung Masak Lemak Cili Api ( Lauk untuk Mak)

Sambung plak kat atas ni menu Ahad....hehehe...ada yang terliur dah ke...sabar- sabar..kang ada plak komen masuk kutuk SA macam- macam. Takde niat nak riak atau takbur de..SA selalu share menu untuk bagi idea suri rumah kat rumah tu kadang buntu x tau nak masak apa kan...boleh je rujuk kat blog SA...kalau rajin share resipi SA akan share...ni pun ramai pm nak resepi ha..resepi kari kambing...rasa macam dah pernah share..nanti klik link kat baaah tu eh..siap ada step by step dah tu...bila share resepi senang kan untuk semua..buat apa nak kedekut ilmu..ada orang tak nak share sebab kononnya resepi turun temurun..erm..susah la kalau macam tu..ye tak...SA okey je kalau nak share..lain orang lain caranya..

http://www.suriaamanda.com/2017/08/resepi-kari-kambing-air-tangan.html

http://www.suriaamanda.com/2016/06/resepi-kari-kambing-suriaamanda-versi.html

32 comments:

  1. Sedap-sedap belaka menunya.... Tq lah sebab selalu share resepi yang sedap sedap.... hehehe...

    ReplyDelete
  2. sejuk22 mmg nyaman pastu sure perut cpt laparrr...menu2 tu yummmm smua

    ReplyDelete
  3. Ya Allah...meleleh tengok menu2 superBB ni weiiii...igt betul lah tadi p philipedia hahaha

    ReplyDelete
  4. Kalau menu-menu ni tak sejuk pun boleh habis makan kak. Tak menahan ana yg tgk ni.

    ReplyDelete
  5. sejuk2 camni ngan makanan yang sedap memng layan je la kannn....sedapnyee....bile bole rasa air tangan Along niii.. :)

    ReplyDelete
  6. sedapnya...... berapa orang makan, banyak sangat menunya tu, kalau akak 1 lauk utama 1 sayur n nasi.. cukup le utk kluarga kami yang kecil

    ReplyDelete
  7. Terliurnya tgk makanan sume tu.....nyumsssss....eh jauhnya kat Pilahdelphia.....

    ReplyDelete
  8. ingatkan apa lah pilahdelphia.. hahaha.. mati2 jue ingat cheese piladephia tu wakakak akak ni..

    ReplyDelete
  9. masak lemak cili api tu yang sedap gila tu

    ReplyDelete
  10. fuh.. menu semuanya lazat2 belaka.. dha la tengah lapar ni .. huhu.. bestnya makan dengan nasi panas2 time cuaca sejuk kan

    ReplyDelete
  11. alamak.. memang terliur tengok menu-menu kampung ni. terutama ikan tenggiri Masak Lemak Cili Api Campur Peria tu. mak aih...

    ReplyDelete
  12. Alamakkk terliur la SA nak-nak ikan tenggiri masal lemak cili api tu! Hmmm sedapnya

    ReplyDelete
  13. Amboi kak banyak nya menu masakan.. Lama dah tak makan kangkung celor.. Biasa cicah budu.. Masakan mcm ni mmg cukup myelerakan tekak..

    ReplyDelete
  14. Wow, betul2 tadi ingat SA dah smp Philadelphia, hehe..harus kelaskan.
    Barulah menu kampung pun nampak keeelas gitew..wah dap2 nya semua tu, nyum2

    ReplyDelete
  15. Kita kannnn kalau tgk masakan yg kak SA upload kan mesti telan ailio..maklumlah masakan nismilan mmg fav kitaaa...duduk blajar kat alor gajah yg sempdan ngn nismilan tu byk ajar kita mkn masakan nismilan😂😂😂

    ReplyDelete
  16. alaaa, sedapnya laukkk. setiap kali masuk blog akak, mesti terliur je hehe

    ReplyDelete
  17. Ya Allah akak saya tengok malam2 macam ni pun masih rasa lapa sedap nya masak lemak tu pastu makan dengan sambal belacan pulak ada sekali ulam kangkung.

    ReplyDelete
  18. Sedapnua kak...rindu pulak kt cuaca sejuk tu

    ReplyDelete
  19. Kejam sangat ni huhuhu. Meleleh air liuq

    ReplyDelete
  20. Patutlah viral sana sejuk....musim ehh sekarang.

    ReplyDelete
  21. Sedapnya SA semua menu, lapar.. hahaha..

    ReplyDelete
  22. SA nie sebijik kawan sepejabat Rawlins. Asal dia cerita masakan je, mesti la goreng berlada, masak lemak cili api - yang penting mesti ada cili. Haha. Kalau Rawlins, memang tak kuat makan pedas, gamaknya menangis kot nak makan hahahah

    ReplyDelete
  23. Wah best nyer makan masakan macam ni kay kampung.

    ReplyDelete
  24. Tak sanggup nak tengok masakan SA yang buat Bonde nak jilat screen nih! semua Fav Bonde tu yang SA masak...

    Bilalah boleh makan masakan SA.

    ReplyDelete
  25. Rajinnya masak... lemak cili padi mmg org negori biat terbaik...

    ReplyDelete
  26. Kari kambing tu memang mengancam.. Terliur dibuatnya..

    ReplyDelete
  27. tmpt byk pokok mmg sejuk.. makanan tu la kak sa.. nyum2.. sedapnya

    ReplyDelete
  28. Pilahdelphia pun boleh kak. Kuala Pilah memg dah sejuk bila hujan lagi bertambah sejuk.

    ReplyDelete
  29. sedap nya lauk..terliur ni. kan nama kg SA..kerlassss

    ReplyDelete
  30. Semua menu is my feveret.. ;)
    Orang Nogori mana boleh lari dari masak lomak cili api tu..

    ReplyDelete

Heyy Gojes..Any Comment????
Comment Yang Elok- Elok Aje Ye......

Suria Amanda Copyright © 2014 Designed by Ms.Azhafizah