Tuesday, January 30, 2018

Selamat Pengantin Baru Officemate Joe & Ecah

Hi korang...

Kahwin jugak akhirnya pasangan yang kami warga Malakoff tunggu - tunggu perkahwinan mereka..not me okey...i'm not ready yet..eh...hahahaha...well majlis berlangsung dengan meriah di sebuah lokasi di Airpark Bungalow Wedding di Pulau Meranti Puchong pada 20 Jan 2018 yang lepas. Alaaaaa...apesal cantik sangat tempat ni...jeles tau...terus nak ajak cik abg kawen cepat..hahaha....

Ramai gak kawan- kawan opis seawal mungkin dah sampai...SA plak dengan pasangan sampai dalam pukul 1.40 tengahari macam tu..takde la lewat sangat cuma kami berdua nak kena cepat sebab SA nak ke event blogging selepas tu..sebab dah janji dengan Ecah nak datang, itu yang pergi jugak.Sayangnya SA sempat makan je..SA tak sempat nak bergambar dengan pengantin...sedih tau...


Antara kawan opis yang sampai awal Kay, Amir dan Sue


Jeles la tgok gambar korang


ni sebahagian kawan- kawan opis lagi..


Dah- dah...cukup2 la posing...


bukan main korang amik gambar..bikin iollss jeles


Segak bergaya Joe di singgahsana...ko tak berdebar ke time ni Joe



Cantiknya Ecah...baju meletop wehhh....


Apapun selamat pengantin baru buat Joe dan Ecah..Kak Rizz doakan adik2 Kak Rizz ni bahagia hingga ke Jannah. Harap both of you suka hadiah yang kami semua belikan.Cepat- cepat beri Kak Rizz anak buah...hehehehe..

Tengok orang kahwin ni kan...terus rasa nak kahwin...tapi diri sendiri tak bersedia lagi..apa kess???

Pengalaman Makan Durian Musang King Di DurianBB Park

Hi korang...

Bagai pucuk dicita ulam mendatang..SA berkesempatan join KENDURIAN di DurianBB Park Jalan Imbi KL last week..SA dan rakan blogger di jemput untuk makan durian dan memang sedap giler semua jenis durian tu...ada yang first time SA makan macam durian D197 dan D13. Yang lain pernah makan la macam D24 dan Musang King . Sorry SA memang tak mahir bab gred durian..korang tanya la gred dan harganya memang SA tak tau sebab masa ni kami semua hanya perlu update di social media tentang event ni dan takde pun info tentang harga. Maybe ikut harga di pasaran la kot kan..macam Musang King tu la..antara durian termahal...takut nak beli kan..tapi kalau dah pencinta durian sure beli jugak sebab keenakkan durian Musang King tu...

Jom la ikut SA tengok gambar yang sempat SA rakam kan..


Signboard di pintu masuk


Musang King Egg Roll biscuits antara product yang dihasilkan di sini


okey organizer cakap kena makan dari kiri ke kanan...sebab makan yang light dulu baru last sekali Musang King...sebabnya?tak nak terlalu muak...ye ke?


second plate


Warna menarik..rasa pun sedap


third plate


D24 atau XO dan D13


Korang nampak SA berpeluh2 makan durian?


Muka happy makan Durian banyak


antara yang SA dah makan...lepas tu panas badan...padan muka den


Tak tau durian apa tapi berat giler....


Antara Durian dengan Gred terbaik kot...jenis SA x tau..


Jangan tanya SA ni durian jenis apa...xde label so SA x tau..


Pose SA dan maskot durian...weyyy...berat oii durian sebiji tu...


SA dan maskot Durian 


Rakan blogger aunty Lily dan Family...


Antara blogger dan orang ramai yang hadir menikmati Durian


Dodol Durian antara product yang di jual di DurianBB Park




Okey cukup dah....SA dah tak nak makan durian dah...dah muak dah...kita tunggu tahun depan plak la...

Korang yang nak makan durian dengan gred yang terbaik...korang boleh terjah DurianBB Park..tak susah mana pun nak ke sini...on kan aje waze...hehehe..tak tau la nak guide korang cane nak ke sini..diri sendiri pun sesat sebab tak pernah sampai pun area ni.Dah la parking jauh giler...but betul..SA gigih ke sini walau agak jauh...bukan sebab nak makan durian sangat. Tapi sebab janji...manusia berpegang dengan janji kan...lagi pun kenal Stella dah lama..dah dia ajak makan durian..SA memang tak tolak la...

Monday, January 29, 2018

Kempen PizzArt By Anchor Food Professional Kembali Lagi...

Hi korang...

Ada peminat Pizza ke kat sini?

Mesti ada kan....jom SA nak citer sikit tentang Kempen PizzArt By Anchor Food Professional yang kini kembali semula selepas mencapai kejayaan pada fasa kempen yang pertama pada tahun lepas. Kempen PizzArt kedua kembali untuk tahun kedua, berikutan kejayaan besar kempen PizzArt yang pertama. Dengan 18 cawangan yang turut mengambil bahagian  di Semenanjung Malaysia dan Malaysia Timur, kini kita semua boleh menikmati pizza artisanal ~ pizza yang hanya boleh dibuat dan dihasilkan oleh krew dapur dengan kemahiran masakan yang canggih dan di restoran dengan ketuhar pizza yang khusus.

So korang..sila sabar bersama SA sehingga akhir entri ini  untuk mengetahui lebih lanjut mengenai pizza artisan yang dibuat khas untuk semua rakan blogger semasa Kempen PizzArt ini. Sayang sekali SA jatuh sakit masa ni dan tak dapat join semua rakan blogger tetapi sebagai tanda sokongan SA tetap hasilkan entry ini.


photo credit rakan blogger

Pizza House di Bandar Utama

photo credit rakan blogger

Bercakap pada majlis pelancaran kempen PizzArt kedua di Kuala Lumpur baru-baru ini, Pengarah Profesional Makanan Anchor Malaysia, Cik Linda Tan bercakap tentang bagaimana jenama ini terlibat di dalam penyelidikan berasaskan New Zealand dan melampaui peranan mereka sebagai
perunding restoran kepada pelanggan  dan rakan kongsi mereka. Tambah beliau lagi bahawa pasukan mereka sentiasa bersedia untuk menyahut cabaran dan menjadikan inspirasi dari trend di seluruh dunia dan menyesuaikan nya secara tempatan untuk membantu rakan-rakan kami yang berada di hadapan keluk kuliner, menggunakan hanya tenusu terbaik oleh Anchor. Dengan kajian dan penyelidikan berasaskan New Zealand AFP serta kepakaran, pasukan dapat membantu mereka mencapai keunggulan dan kejayaan yang kompetitif .

photo credit rakan blogger
Kata - kata aluan dari Ms Linda Tan, Director Anchor Food Professionals\

Sejak pelancaran penjenamaan semula pada bulan Ogos 2016, Anchor Food Professionals  telah aktif bekerjasama dengan pelanggan untuk mencari penyelesaian perniagaan dan produk serta menjawab soalan-soalan seperti meningkatkan keuntungan dan mengurangkan sisa makanan. Antara kempen inovatif terdahulu mereka yang telah membuat gelombang dalam  F&B setempat termasuk Anchor's Say and Anchor Travel Cake.



"Kami mahu merangsang pasaran dan merasakan keenakkan pizza dengan memberi peluang kepada

trend makanan global ke dalam menu kegemaran tempatan. Melalui kempen ini kami bekerjasama dengan 18 cawangan di Semenanjung Malaysia dan Malaysia Timur, "kata Ms Linda Tan.

Pizza inventif di bawah PizzArt telah di konseptualisasi  dan dicipta oleh Chef Professional Hot Cooking's Anchor Food  dan merupakan salah satu cara untuk membantu rakan kongsi mereka mencipta lebih banyak keseronokan dan pelbagai variasi untuk di tawarkan kepada pelanggan mereka. Pizza ini hanya boleh dibuat oleh kru dapur dengan kemahiran masakan lanjutan, dan di restoran dengan ketuhar khas pizza.


Jom SA perkenalkan antara pizza- pizza inventif di bawah PizzArt


photo credit rakan blogger
Cheese Pretzza


CheesePretzza panas yang dikukus adalah sangat lazat dan dimakan semasa ia masih panas! Cheese Pretzza yang diisi dengan daging, menggabungkan Anchor Cream Cheese, Anchor Extra Cream Cheese, Anchor Mozzarella Shredded Cheese, Anchor Colby dan Cheddar Cheese ke dalam adunan sebelum dibakar dan dihidangkan dengan sebilangan sos untuk dicicah dengan pizza.


photo credit rakan blogger
Pizza Rolls


Pizza Roll menggambarkan cheesiness dengan setiap gigitan kerana ia diisi penuh Anchor Shredded Mozzarella Cheese, Anchor Shredded Parmesan Cheese dan Anchor Colby serta Cheddar Cheese, daging Masala dan bayam - sesuai untuk sarapan pagi dan makanan ringan. Wow..dapat SA bayangkan meriahnya dengan cheese. Saiz yang sesuai untuk sekali gigitan sahaja..menarik kan?


photo credit rakan blogger
PizzBurger 


PizzBurger mempunyai ciri-ciri daging ayam panggang berair yang dipanggang dengan Anchor Mozzarella Shredded Cheese, Anchor Colby dan Cheddar Cheese dan dibakar dalam kerak ringan dengan Anchor Butter.


photo credit rakan blogger
Deep Cheese Pizza


Deep Cheese Pizza mendapat inspirasi daripada Chicago- authentic deep dish pizza pizza, memaparkan lapisan pemadat yang dipenuhi dengan filing yang berkrim, keenakan Anchor Shredded Mozzarella  Cheese dan Anchor Colby dan  Cheddar Cheese dengan kenikmatan  Putanesca filling.


photo credit rakan blogger
rakan blogger yang terlibat


photo credit rakan blogger
Rakan blogger ketika pertandingan makan pizza yang disediakan khas untuk mereka..siapa yang menang ni?


Bersama dengan cawangan di Semenanjung Malaysia dan Malaysia Timur, Anchor Food Professionals akan memperkenalkan rekaan ini melalui kempen seluruh negara dari Disember 2017
sehingga awal bulan Jun 2018.Anchor Food Professional berharap aliran  yang inovatif  semakin popular dan meningkatkan perjalanan industri pizza di Malaysia. Seiring dengan kegemaran rakyat Malaysia,


Kepada korang yang sememangnya penggemar pizza. Pizza artisan ini terdapat di:

  • U Pizzeria (Subang)
  • Pizza House (Bandar Utama)
  • Pizza 185 (Bandar Puchong Jaya)
  • Havana in Changkat (Bukit Bintang)
  • The Butcher's Table (PJ)
  • US Pizza (Bayan Lepas & Georgetown)
  • Mustard Sandwich House (Ipoh)
  • Food & Desire (Ipoh)
  • Temasek Hotel Cafe @ Portuguese Settlement Hotel (Melaka)
  • Hungry Bear (Melaka)
  • Finale Kitchen Bar (Segamat)
  • The Chubs Grill (Kota Kinabalu)
  • Mad Ben Cafe (Kota Kinabalu)
  • Osome Pizza (Kuching)
  • Chillax Cafe & Bistro (Miri)
  • Bistecca & Bistro (Sibu)

Okey..apa tunggu lagi..PizzArt adalah venue terbaik untuk korang terjah ketika cuti Thaipusam dan Cuti Hari Wilayah nanti. Eh..tak lupa juga...CNY pun tak lama aje lagi kan...apa kata korang bawa rakan- rakan berkunjung ke PizzArt yang berdekatan dengan korang untuk menikmati kehebatan Pizza Artisan yang sangat popular sekarang ini...

Jumpa lagi......

Keseronokkan Bersukan Dengan Koleksi ‘SUKAN RIA’ Carrie Junior

MENGGALAKKAN GAYA HIDUP AKTIF SERTA IMAGINASI YANG KREATIF UNTUK KANAK-KANAK!


Kita telah mencapai zaman di mana teknologi mula mengambil alih interaksi ibu bapa dengan anak-anak secara perlahan-lahan. Kanak-kanak yang terdedah kepada teknologi akan lebih cenderung ke arah menjalani gaya hidup tidak aktif kerana leka dengan alatan gajet. Kanak-kanak secara semulajadi gemar bermain dan mereka seharusnya digalakkan untuk menjadi aktif. Latihan sukan dan permainan memberikan peluang untuk anak-anak bersenam bagi memastikan mereka kekal sihat dan membantu perkembangan fizikal mereka.


Bermain dengan air merupakan aktiviti yang paling dinantikan kanak-kanak, dan waktu mandi sememangnya merupakan masa yang paling sesuai untuk bermain bersama permainan mereka. Walaupun mainan seringkali dilihat sekadar permainan dan sesuatu yang menyeronokkan, namun ia sebenarnya lebih dari itu. Mainan sekurang-kurangnya dapat menyediakan peluang untuk si manja belajar dalam pelbagai aspek pembangunan diri. Ia menyediakan ruang untuk kanak-kanak mengukuhkan kemahiran fizikal mereka, menggilap kemahiran sosial dan emosi, serta meningkatkan perkembangan bahasa dan pertuturan.


Direka untuk mencetuskan keriangan kepada kanak-kanak, CARRIE JUNIOR telah mereka 6 figura mainan comel yang dikenali sebagai ‘Sukan Ria’ bagi membantu perkembangan imaginasi dan minda mereka. CARRIE JUNIOR bukan sahaja sentiasa menggalakkan keseronokan masa mandi, ia juga turut menekankan amalan nilai murni di dalam interaksi semasa bermain dengan permainan dengan cara yang kreatif dan imaginatif.


Sebanyak 6 figura mainan comel yang terdiri daripada CARRIE JUNIOR- si gajah yang gemar bermain bola sepak, SPEEDY TOMMY- si kura kura yang terpantas di atas trek larian, TUFFY TEDDY- si beruang yang paling kuat, DRIBBLY MINKY- si racoon yang mahir dalam sukan hoki, SMASHY MACKY- si monyet yang tangkas bermain ping pong, dan juga trofi kejohanan sukan yang akan di bungkus setiap satu di dalam setiap produk CARRIE JUNIOR bersaiz 700ml.


Sama seperti pembungkusan CARRIE JUNIOR sebelum ini, koleksi mainan baharu ini akan disembunyikan di dalam ‘ruangan rahsia’ yang akan menempatkan figura mainan ‘misteri’ dan menggalakkan anak-anak untuk meneroka, merangsang sifat ingin tahu dan memberikan mereka keseronokan. Dengan koleksi mainan CARRIE JUNIOR Sukan Ria yang baharu, masa mandian si manja pasti akan menjadi satu pengembaraan yang menyeronokkan kerana dapat menggunakan imaginasi mereka.


Koleksi figura CARRIE JUNIOR & Buddies boleh didapati bersama mana-mana variasi CARRIE JUNIOR Baby Bath, CARRIE JUNIOR Baby Shampoo, CARRIE JUNIOR Baby Hair & Body Wash serta CARRIE JUNIOR Kids Shampoo bersaiz 700ml


                                           
Tentang CARRIE JUNIOR 

CARRIE JUNIOR merupakan rangkaian premium penjagaan diri si manja yang membantu merapatkan hubungan ibu bapa dengan si manja melalui waktu mandian yang menyeronokkan. Rekaan pembungkusan yang menarik dan berwarna warni membantu kanak-kanak mencetus imaginasi di dalam bilik mandi.

Rangkaian CARRIE JUNIOR diformulasikan dengan Fruito–E, kombinasi ekstrak buah semulajadi yang diperkaya dengan nutrient dan vitamin bagi membantu menyubur, melembap dan melindungi rambut serta kulit lembut si manja. Rangkaian CARRIE JUNIOR memberikan anda pelbagai pilihan wangian buah-buahan bagi memastikan si manja sentiasa berasa segar dan bersih sepanjang hari.  Carrie Junior yang bertindak membersih dengan lembut dan efektif ini sangat sesuai untuk kegunaan harian.

Diiktiraf Halal, rangkaian Carrie Junior termasuklah Baby Bath, Baby Shampoo, Hair & Body Wash, Baby Powder, Baby Lotion and Baby Oil. Ia juga mempunyai bau buah-buahan yang digemari kanak-kanak.

Sunday, January 28, 2018

Makan Roti Canai Berdua Pun Awesome...

Hi Korang...

Kalau la SA ni banyak cuti kan...benda yang SA nak buat adalah lepak relaks -relaks dengan anak dara SA tu..Peluang tu ada cuma keadaan tidak berapa mengizinkan...kadangkala SA ada banyak benda nak uruskan..kadangkala ada tugasan blogging, adakala nak kena jaga mak yang tak sihat..ada banyak la perkara yang perlu didahulukan macam masa cuti sekolah hujung tahun lepas..SA jarang dapat luang masa ngan Dania..kesian kat dia...tapi hujung tahun SA pujuk boss benarkan SA bercuti..hehehehe...anak punya pasal kan...insyaallah kalau takde aral cuti sekolah nanti nak bawak dia berjalan local je dulu...bukan KL...tp ingat nak naik Penang je..SA tengah simpan cuti ni untuk dia...cuma tak bincang lagi la ngan dia..Dania ni kalau bab berjalan dia ok je..janji berdua dengan dia...


suka sangat candid macam ni...


Set toast & omelette


Roti canai mama...


teh o dan teh tarik..


Anak dara kesayangan SA


jemput makan..

Kisah ni masa tahun lepas yang SA bawak dia berjalan ke KL..hehehe..entah bila nak habis citer ni pun tak tau la..masih banyak lagi gambar yang perlu di share..hahahaha...masa ni berdua sarapan dengan dia kat NuSentral..Dania memang suka aktiviti makan- makan kat luar macam ni...ye la..kalau kat rumah masa dia banyak habis dengan Atuk dan Uwan. Kadang makcik- makcik dia balik..nak keluar ngan ayah dia..memang susah la since ayah dia dah ada family baru kan..ni pun dah berapa lama dia tak jumpa ayah dia..sebab tu sebagai anak remaja adakala dia memendam rasa dan SA faham sangat perasaan dia..sebab tu SA selalu balik weekend untuk spend time dengan dia..cuba kalau SA ada kerja atau blogging job yang membuatkan SA tak boleh nak balik..dia punya merajuk tu...susah nak pujuk tau..dugaan besar bila ada anak remaja especially perempuan kan..SA memang akan sentiasa ada heart to heart talk bila nak tido..share macam- macam apa masalah dia kat sekolah ke..masalah dengan kawan- kawan atau pun masalah dengan pelajaran..Dania ni pemikiran dia dewasa sangat sebab tu SA dah boleh berkawan dan share everything dengan dia.Asal dapat keluar berdua even makan roti canai pun dah kira ok kan..kadang kesian gak ngan dia..sebab tu SA kena bersedia dari sekarang dari segi kewangan. Nak bawak dia pi berjalan jauh skit.

Korang yang ada anak remaja macam SA agak- agak ada rasa tertekan tak?

Saturday, January 27, 2018

Resepi Ikan Daun Baru / Ikan Telinga Gajah Goreng Kicap

Hi korang...

Selamat berhujung minggu...dh masak ke tu? Takde idea? Okey hari ni SA nak share dengan korang resepi ikan goreng kicap dan SA jarang sekali jumpa ikan ni..kebetulan Selasa lepas masa SA cuti..SA ngan abah sempat ke Zemart cari lauk untuk masak tengahari..abah berkenan kat Ikan Daun Baru ni..rupa parasnya macam ikan bawal besar dan lebar..harga plak RM11 untuk sekilo..so beli aje la..total seekor RM26..kira besar dan berat dalam 2kg lebih..
Sampai kat rumah baru siang ikan tu..Abah memang beli ikan ke ayam ke atau daging memang suka siang sendiri..dia agak cerewet bab siang ikan ni..so ikan daun baru tadi potong 3..cuma goreng bahagian tengah tu je untuk masak tengahari..bahagian kepala dan ekor simpan untuk masak hari lain..

Jom tengok resepi simple SA

RESEPI IKAN DAUN BARU GORENG KICAP
  1. Ikan daun baru dibersihkan dan dilumur kunyit serbuk dan secubit garam
  2. Bawang putih 4 ulas di ketuk
  3. Bawang merah 3 ulas - dihiris
  4. Cili api - 10 biji - potong 2 dan menyerong
  5. Halia 1/2 inci - hiris halus
  6. 1 biji bawang besar - potong bulat
  7. Satu sudu besar lada hitam- ditumbuk kasar
  8. Satu sudu sos tiram
  9. Kicap
Cara masak
  1. Ikan daun baru di goreng dalam minyak yg banyak dan betul-betul panas
  2. Dah agak garing angkat dan ketepikan
  3. Asingkan minyak dan tinggalkan sedikit untuk menumis
  4. Tumis bahan 2-5 sehingga naik bau
  5. Masukkan lada hitam dan sos tiram
  6. Masukkan bawang besar
  7. Akhir sekali masukkan kicap
  8. Dah siap!!


Ada yang tak tau Ikan Daun Baru tu rupa dia macam mana?

Haaaa macam dalam gambar ni ha...puas SA google...mula dah lupa nama dia..gigih gak la cari sebelum up entry ni...amboiii....matanya..besar giler...


Kredit to google.com


Kredit to google.com

Besar ikan yang beli tu lebih kurang besar gambar kedua tu ha...memang cantik je kalau nak goreng seekor tu dalam kuali..tapi ajer gigih plak nak guna kuali besar dan minyak yang lebih banyak kan...so SA suruh Abah potong 3...itupun sekeping bahagian tengah badan yang SA goreng tu agak besar dan tak habis..repeat bawak ke malam..rasa ikan ni? Sedap dan dagingnya manis..kulit ikan ni agak tebal dan SA ketepikan...Abah cakap sesetengah tempat panggil Ikan Telinga Gajah...eh..kenapa plak? Rupanya sebab rupa paras ikan dan kelebarannya macam telinga gajah. SA kalau bab nama- nama ikan ni memang failed. Selalunya kalau pergi pasar akan tanya dulu kat orang yang jual tu..nama ikan...senang nak update kat blog atau social media...hehehe....Dan ada info yang SA dapat selain di goreng sahaja ikan ni sedap di masak Kari Utara..okey nanti balance ikan tu boleh masak kari pulak..

Selamat mencuba ye korang...