Sunday, January 7, 2018

2 Bahan Utama Yang SA Gunakan Dalam Masakan

Hi korang...

Selamat berhari minggu..dh start nak masak ke tu? Hari ni SA nak share tentang 2 bahan utama yang SA dan orang-orang lain dari NS especially daerah Kuala Pilah gunakan untuk memasak...bahannya mudah dan murah sahaja...masakan apa?
Orang NS biasalah kan..Masak Lemak Cili Api...

Korang cuma sediakan :

1. Lesung Batu
2. 1/2 sudu besar garam kasar
3. Kunyit hidup
4. Cili Padi

Caranya senang je..tumbuk lumat bahan 2 sampai 4 tu...nanti akan jadi macam gambar dibawah...


Ini bukan sambal ye...ini la rupanya  cili api yang dh ditumbuk lumat dengan kunyit hidup..abah SA memang rajin tumbuk 2 bahan ni dengan lesung batu dan simpan dalam bekas kedap udara..lepas tu letak dalam fridge..bila nak buat menu masak lemak cili api dh boleh terus guna je...senang kerja kan?

Abah memang hari-hari akan masak sejak mak sakit tapi takde la masak lemak cili api hari-hari..cuma bila nak masak dia dh senang la kan sebab cili dan kunyit dah sedia ada..jimat masa kan..tapi awas..walau dh ada bahan yang sedia ada..jangan plak main cedok je..agak2 la kan tengok berapa banyak bahannya...kang ada plak sakit perut ke..cirit birit ke kan...bahaya..so bila dh ada yang mudah gunakan ikut keperluan...abah buat siap2 sebab nak jimatkan masa..

Selamat mencuba ye...

32 comments:

  1. Akk paling malasss nak tumbuk.. semua main blender jer hehehehehe

    ReplyDelete
  2. Bila dah siap-siap camni nak masak pun senang

    ReplyDelete
  3. kalau blend boleh tak..malas nak tumbuk..byk yg terkeluar dri yg di tumbuk..haha

    ReplyDelete
  4. memang jimat masa buat camni..nak2 kalo kita yg kerja balik lewat...blk tu rasa penat dah nak kupas2 bawang, pastu nak tumbuk bagai..so blend semua bahan siap2, time nak masak just campak jer..hehehe

    ReplyDelete
  5. O mak aii, sodap plak tengok aikk!
    Memang elok simpan sesiap....bila nak guna, zappp, dah ado bahannya~

    ReplyDelete
  6. Senang kan kalau buat macam nie SA..

    ReplyDelete
  7. baru la asyukkkkk makan pedas-pedas! hahaha

    ReplyDelete
  8. macam cili kisarlah, makcik sha selalukisar banyak bayak dan simpan dalam peti ais sebab senang

    ReplyDelete
  9. Saya selalu kekangan ms..boleh try cara ni

    ReplyDelete
  10. Wahh bagus tips ni. Memudahkan memasak. Saya selalunya dah blend siap2 benda yang digunakan untuk tumis, simpan dalam peti ais.

    ReplyDelete
  11. Nampak mcm biskut cornflakes pula hehe.. Thanks for sharing ;)

    ReplyDelete
  12. mak cik en suka guna kunyit hidup..sbb tu maskan dia sedap

    ReplyDelete
  13. Senang bila dah ada bahan asas dalam fridge. Nk guna je amik terus kan. Mood memasak pun jadi sentiasa ada.

    ReplyDelete
  14. Senang nye buat camni je. Saya tak terfikir pulak idea macam ni. Jimat masa lah kalau dah siap siap. Tinggal nak masukkan je

    ReplyDelete
  15. haah bagus lah idea akak... tumbuk je siap2 bila time ada mood tu ... nnti nak guna pakai je.. jimat masa..

    tu la... klu tumbuk tekstur dia mcm nmpk sikit... nmpak menarik bila nak makan..

    ReplyDelete
  16. wahhh you are very rajin, nowadays i malas nak tumbuk sendiri, directly buy those ready made one from pasar. haha

    ReplyDelete
  17. Masak lemak cili api negeri sembilan mmg sedap. Lepas nie tak perlu pergi jauh2 k sana, buat sendiri je dirumah. Terima kasih sudi berkongsi resepi

    ReplyDelete
  18. Bolehlah buat stok macam ni.Selalu masa nak masak baru buat. Bella pun memang suka sangat masak lemak cili api. Mudah nak buat. Hehe

    ReplyDelete
  19. suka cara ni rasa dia tu lain macam sedapnya, kalau weekend boleh buat, weekdays memang tak sompat nak.. tapi kalau boleh bekukan memang idea yg bagus buat banyak2 just kekuarkan bila nak masak nanti.

    ReplyDelete
  20. Wah nice tips ni. Yaya paling fav masak lemak cili api orang nogori paling the best huhu

    ReplyDelete
  21. senang je kan ! kunyit hidup dan cili api je lepas tu masak dengan air. ta daaa dah siap served, thanks for the recipe, sekarang ni bahan mentah mahai so okay dah ni. tapi dalam peti tahan berapa lama tu hehe

    ReplyDelete
  22. tahan berapa lama ye kak SA kalau letak dalam fridge? lepas tu kalau guna garam biasa tak boleh ke ? huhu.. jawap tau.. nak buat nanti.. kih3..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Boleh tahan 2 minggu..tapi kena tutup bekas tu tau...make sure kedap udara..

      Delete
  23. Betul tuh.. masak lemak cili api memang senang.. xyah nak bawang2 bagai. dah namo org nogori kan..hehe..

    ReplyDelete
  24. Menarik tips ni.. Tak pernah terfikir nak buat macam ni

    ReplyDelete
  25. Kita pun selalu buat pes and sambal siap-siap. Nak guna cedok je.

    ReplyDelete
  26. Cepat kerja kalau buat cengginie..

    ReplyDelete
  27. apa rasa ini bumbu masakan? pedaskah

    ReplyDelete
  28. Oh this looks nice- will need to try it out. Plus the recipe seems to be quite straightforward too. Thanks for the share.

    ReplyDelete
  29. Saya kalau tumbuk cili padi kan kak SA bila pijar mesti sy akan tergaru garu gatal.

    ReplyDelete
  30. Buat cara macam ni memang betul dapat jimat masa. Nak pulak balik kerja terus bersilat dekat dapur sementara tunggu anak balik sekolah. Memang rushing je rasa tapi puas hati bila anak2 tersandar kekenyangan.. rasa puas hati. Hilang rasa penat dibuatnya.

    ReplyDelete

Heyy Gojes..Any Comment????
Comment Yang Elok- Elok Aje Ye......