Hi korang,
Kita semua sedia maklum tentang kegiatan plagiat, ciplak atau cetak rompak memang sangat- sangat berleluasa di negara kita. Ada je filem baru atau apa sahaja benda baru memang tak lama kemudian akan banyak terjual salinan cetak rompak dan peliknya ramai memilih kualiti yang murah dari yang original. Pelbagai kempen dan kesedaran telah galak diadakan tapi ianya tidak cukup berhasil...Apa lagi yang perlu di buat untuk memberi kesedaran kepada semua masyarakat?. Kita sendiri boleh nampak di sekeliling kita terlalu banyak jenama tiruan yang rancak di jual kan....eksploitasi dari mereka yang tidak bertanggungjawab kini makin berleluasa...
Hari ini SA nak bercerita dengan korang tentang betapa pentingnya mendaftar hak harta intelek, cap dagangan, perniagaan, jenama, musik dan macam- macam lagi. Kenapa penting? Penting agar hak kita tidak diciplak oleh pihak- pihak yang tidak bertanggungjawab. Contoh nya sekarang dah banyak orang cuba menciplak atau meniru nama produk untuk keuntungan peribadi kan? tak kiralah ianya jenama atau nama barangan.Oleh itu kesedaran tentang pentingnya mendaftar harta intelek dengan MyIPO perlu diperluaskan. Pernah terjadi pada kawan SA sendiri semasa dia belajar di Politeknik dan dia serta team telah mencipta makanan berasaskan lobak iaitu carrot flakes untuk projek tahun akhir, akibat tidak dipatenkan ciptaan mereka ada company lain dah ambil idea tersebut untuk produk mereka serta menjana keuntungan sendiri. Satu kerugian di situ kan?
Apa Itu MyIPO?
Perbadanan Harta Intelek Malaysia (MyIPO) ialah sebuah perbadanan yang bertanggungjawab untuk membangun dan menguruskan sistem harta intelek di Malaysia.Ia telah diperbadankan pada 3 Mac 2003 oleh Perdana Menteri Malaysia. Tujuan perbadanan ini adalah mewujudkan satu badan berkanun yang dikawal selia oleh sebuah Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) bagi menguruskan permohonan pendaftaran seterusnya menyelia beberapa akta perlindungan bagi semua komponen harta intelek. MyIPO dianggotai oleh 8 anggota perbadanan yang berkuasa bagi membuat sebarang keputusan tertinggi dengan seorang ketua pengarah yang mempunyai kuasa eksekutif dengan bantuan dua timbalan ketua pengarah operasi dan harta intelek oleh menteri.
Visi MyIPO Menjadi salah sebuah organisasi harta intelek terbaik
Misi MyIPO adalah untuk Menyediakan infrastruktur perundangan yang kukuh dan sistem pentadbiran yang cekap ke arah meningkatkan kreativiti dan eksploitasi harta intelek.
Visi Dan Misi MyIPO
Visi MyIPO Menjadi salah sebuah organisasi harta intelek terbaik
Misi MyIPO adalah untuk Menyediakan infrastruktur perundangan yang kukuh dan sistem pentadbiran yang cekap ke arah meningkatkan kreativiti dan eksploitasi harta intelek.
Fungsi dan Perkhidmatan
Fungsi
- Memantau pelaksanaan segala perkara serta undang-undang berkaitan harta intelek ditadbir dan dikuatkuasakandengan berkesan;
- Memberikan perkhidmatan pengurusan, memungut dan menguatkuasakan bayaran fi atau apa-apa caj yang diperuntukkan di bawah perundangan harta intelek;
- Mengawalselia dan bertindak sebagai penasihat dalam apa-apa isu atau perkara berkaitan perundangan harta intelek;
- Memberi nasihat dalam semakan semula dan mengemaskini perundangan harta intelek;
- Menggalak dan mempertingkatkan latihan serta penyebaran maklumat berkaitan harta intelek;
- Menjalin hubungan kerjasama dalam dan luar negara;
- Menjaga kepentingan negara dalam apa-apa perjanjian atau konvensyen antarabangsa yang Malaysia menjadi ahli;
- Memberi khidmat nasihat kepada Kerajaan tentang isu semasa harta intelek serta perkara berkaitan di peringkat antarabangsa; dan
- Menjalankan kajian dan penyelidikan berkaitan harta intelek.
Perkhidmatan
- Pendaftaran paten, cap dagangan, reka bentuk perindustrian, hak cipta dan petunjuk geografi;
- Sistem Pendaftaran Pemberitahuan Sukarela Hakcipta
- Khidmat nasihat berkenaan harta intelek;
- Maklumat dan statistik mengenai harta intelek;
- Program latihan;
- Peperiksaan ejen paten;
- Kempen kesedaran harta intelek;
- Perkhidmatan dalam talian (carian, pemfailan, semakan status permohonan dan pewartaan harta intelek); dan
- Helpdesk.
gambar sumber google
Apa itu PATEN?
Paten adalah hak eksklusif yang diberikan terhadap suatu rekacipta, sama ada suatu produk ataupun proses untuk menghasilkan cara baru bagi membuat sesuatu, ataupun untuk penyelesaian teknikal bagi sesuatu masalah. Paten dilindungi selama 20 tahun dari tarikh pemfailan.SEJARAH MyIPO
Sebelum tahun 1983, hak-hak harta intelek di Malaysia telah ditadbir oleh Pejabat Cap Dagangan dan Jaminhak. Pejabat ini kemudiannya telah ditukar namanya kepada Pejabat Cap Dagangan dan Paten dalam tahun 1983 dan telah diletakkan di bawah bidangkuasa Kementerian Perdagangan dan Perindustrian.
Pada 27 Oktober 1990, Kementerian telah membuat penyusunan semula dan seterusnya Pejabat ini telah diletakkan di bawah bidangkuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna dan ditukar nama kepada Bahagian Harta Intelek (BHI). Bahagian ini bertanggungjawab mentadbir Akta Paten 1983, Akta Cap Dagangan 1976 dan Akta Hakcipta 1987.
Akta Reka Bentuk Perindustrian 1996 telah mula dikuatkuasakan pada 1999, disusuli pada tahun 2000 dengan Akta Susun Atur Litar Bersepadu 2000. Seterusnya pada tahun 2001, Akta Petunjuk Geografi 2000 dikuatkuasakan.
Dalam menghadapi perubahan pembangunan harta intelek di peringkat domestik dan global, BHI telah dijadikansebuah badan berkanun pada 3 Mac 2003 dan dikenali sebagai Perbadanan Harta Intelek Malaysia (PHIM) melalui berkuatkuasanya Akta Perbadanan Harta Intelek Malaysia 2002.Perbadanan telah mengambil langkah penjenamaan semula apabila singkatan PHIM ditukar kepada MyIPO pada 3 Mac 2005 sempena Pelancaran Hari Harta Intelek Negara yang pertama.
Pada 3 Mac 2003 ia dikenali dengan akronim PHIM dan ditukar kepada MyIPO pada 25 April 2005 agar lebih komersil dan bertaraf antarabangsa.
Dilancarkan oleh Perdana Menteri Malaysia yang ke 5 iaitu Abdullah Ahmad Badawi sempena sambutan Hari Harta Intelek Negara 2005 yang merupakan sambutan hari harta intelek yang pertama di Pusat Perdagangan Antarabangsa Melaka (MITC).
Ketua Pengarah MyIPO yang pertama ialah Encik Ismail Jusoh yang menjawat jawatan tersebut dari 3 Mac 2003 hinggalah 3 Mei 2005. Jawatan tersebut kemudian diambil alih oleh Tn. Hj. Shuib Md. Yusop (Datuk) sehingga Oktober 2007 dan kemudian sehingga kini dijawat oleh Encik Kamel Mohamad
gambar sumber google
Akta-Akta Berkaitan Harta Intelek di Malaysia
Antara akta-akta untuk melindungi harta intelek di Malaysia:- Akta Paten 1983
- Akta Cap Dagangan 1976
- Akta Hakcipta 1987
- Akta Reka Bentuk Perindustrian 1996
- Akta Susun Atur Litar Bersepadu 2000
- Akta Petunjuk Geografi 2000
Daftar Hak Cipta Anda
Korang yang ada hak cipta sendiri..jom daftar sekarang....
Maklumat lanjut mengenai MyIPO
Website : http://www.myipo.gov.my/
Facebook :https://www.facebook.com/ipmalaysia
Instagram : https://www.instagram.com/myipo
Twitter: https://twitter.com/myipo
#MyIPO #MyIPO15 #Trademark #CopyRight #Patent
#Industrial Design #IntellectualProperty #IP
#HartaIntelek #HakCipta
Untuk mengelakkan hak cipta diciplak lebih baik ianya didaftarkan awal-awal. Apa-apa senang dikemudiankan hari. Tapi itulah kesian dekat penguasa kecil-kecilan tu kalau kesedaran berkaitan perkara ini tidak dihebahkan..
ReplyDeleteBagus ada myipo nih boleh protect hak cipta herta intelek
ReplyDeleteSeandainya aja ada buat hak cipta artikel. soalnya banyak sekali yang copas artikel blog ku. Sudah pusing mau digimanain. Mana tak cantumin sumber lagi. Buat murka saja mereka :(
ReplyDeletezaman sekarang ni memang banyak plagarism dan copy. copy ori katanya.. kadang2 orang dah perah otak dan kreativiti, senang je orang lain curi idea dan dapat nama dan duit dari tu..
ReplyDeletetu la penting ada hak intelek ni..
Zaman sekarang org nak senang tiru je la. Sekarang dah ada Myipo ni boleh la daftar utk elakkan org lain tiru barang kita.
ReplyDeletebaru tau pasal myipo ni, bagus jugak wujudkan benda ni takdaklah orang nak copy apa kita buat ikut suka ja kan?
ReplyDelete
ReplyDeleteCiptaan usaha sendiri perlukan banyak pengorbanan untuk berjaya sampai ke tahap hasilkan produk. Memang patut dilindungi hak tersebut. Bersyukur ada MyIPO
www.maisarahsidi.com
Para usahawan kena celik tentang hak mereka. Kebanyakan terlepas pandang dan akibatnya kreativiti mereka di ciplak secara terbuka.
ReplyDeletekalau buat bisnes ni perkara pertama kena ambik tahu. kalau org tiru..memang rugi besar nt
ReplyDeleteMemang betul kena peka dengan hak cipta ni sebab terkadang kita nak guna nama tu tup-tup ada orang juga yang guna nama sama. Kalau kita daftar dulu untung lah
ReplyDeletebaru tahu MyIPO tu apa..thanks for sharing this info
ReplyDeletezaman teknologi skrg ...main rembat je hak cipta orang lain...dah ada MyIPO ni memang sgt bagus la ..
ReplyDeleteBella memang tak minat kalau tonton CD cetak rompak. Sakit hati. Baguslah ada MyIPO ni supaya kita tak rugi di kemudian hari. Nanti senang2 je orang lain claim dia punya produk atau idea kan.Akhirnya, orang yg ada paten yang menang.
ReplyDeletebagus MyIPO ni.. adanya myipo terjamin produk di malaysia kita tak ada yang diciplak orang tidak bertanggungjawab nanti.. terima kasih pengkongsian ni
ReplyDeleteI didn't know about this, this was a good read thanks for the detailed article.
ReplyDeleteDulu dekat company lama, kami selalu je berhadapan dengan isu seperti ini.. Lagi satu, nak hasilkan sesuatu tanpa menciplak idea orang lain, memang sesuatu yang sukar
ReplyDeleteBagus adanya panduan dan rujukan Myipo ini... agar perkara yang keliru dapat dijelaskan.
ReplyDeleteBgus utk bisnes yg melibatkan design2 ni...
ReplyDeleteMmg da jatuh kategori wajib utk daftar myipo ni.kan
baru tahu jugak ni..thanks info nya SA
ReplyDeletemana yang ada rasa produk sendiri tu baiklah patenkan cepat2, kang orang dah guna lepas produk kita laku nanti tak dapat dah patenkan
ReplyDeleteyanmieonline.com
Terima kasih perkongsian ini SA, masyarakat biasanya keliru- tidak semua perkara boleh dipatenkan dan tidak semua jenama layak memperoleh pendaftaran. Harta intelek terbahagi kepada beberapa kategori dan perlu selidiki kategori yang sesuai untuk produk.
ReplyDeletePemilik harta intelek perlu menguatkuasakan hak yang telah diberi dengan mengambil tindakan penguatkuasaan seperti membuat laporan kepada KPDNKK dan tindakan mahkamah. Kes yang terkini yang menyedihkan adalah kes susu tepung tiruan tu. Kesan kepada anak-anak adalah buruk, orang yang tidak bertanggungjawab ini senang sahaja menunggang jenama orang ternama.
good to see malaysia start to have the awareness on IP.
ReplyDeleteYourFinanceDoctor
Baru Kak Sue tau apa MyIPO nie dah baca kat sini.. Kak Sue pun nak ajak Abang Man buat untuk produk kami nanti..
ReplyDeletePenting daftar myipo ni bagu org bisnes. Zaman sekarang banyak kaki ciplak kan. Neelofar pun ada benda ni tak silap.
ReplyDeleteartikel menarik. tq for the info sis
ReplyDeletemenarik info ni. bagus sekarang ada agensi yang dapat melindungi pengguna dalam harta intelek
ReplyDeleteMemang semua orang kena daftar harta intelek diorang sebelum dicuri oleh orang lain. Susah payah perah idea senang2 orang lain ambil keuntungan
ReplyDeletebetul tu hope dapat kawal segala yang salah guna hakcipta nie yang paing tak best mencuri lagi lepas tu tak mengaku huhuhhu
ReplyDeleteIs a good platform to protect our copyright. I found this is useful information.
ReplyDeletetq share SA.
ReplyDeleteGood sharing..zaman makin Moden semakin malas manusia Nak bekerja. Suka sangat menciplak hak org lain atau idea org lain.
ReplyDeleteBagus untuk lindungi copyright. Kena wawarkan kepada semua peniaga la mcama ni. Baru depa sedar.
ReplyDeleteGood Sharing, zaman semua nak senang tanpa kira hak orang bagus ada Myipo
ReplyDeleteSbb pasal intelek ni.. ingt dulu de penjual tudung kata 1 syarkt tudung besar ambik rekaan dia.. sbb xde dftar.. kes menang pd syarikat tu..
ReplyDeletePunye brand harus register die punye name, biar tak diambek orang laen.
ReplyDeletePenting ni untuk founder produk dan yang seumpama. Zaman sekarang ni orang senang-senang cilok dan jual imitations macam tu saja.
ReplyDeletebagus ek SA, memang wajib kita patternkan reka cipta kita ni... kecian gak kat kawan SA tuh ekk
ReplyDeleteisu hak cipta ni memang dah lama dan kesedaran masyarakat masih rendah. Perkongsian yang baik dan bermanfaat.
ReplyDeletebagus kempen macam ni.. tak ramai yang sedar kepentingannya
ReplyDeleteKesian pada kawan SA tu.. :(
ReplyDeleteBetul. mmg penting semua ni sebab kalau tak sewenang wenangnya org boleh ambik. kesian dekat kwn SA em
ReplyDelete