Sunday, December 3, 2017

Outlet Terbesar Texas Chicken & Tex Café Di Suria KLCC

Wajah Baru, Konsep Baru Dan Penambahan Menu Dengan Texas Chicken®


Texas Chicken Malaysia hari ini melakar sejarah kegemilangannya dengan melancarkan outlet terbaru yang ke 42 dan terbesar di Malaysia. Restoran Texas Chicken terbaru dibuka di KLCC ( Kuala Lumpur City Centre ) dimana ianya  akan menjadi salah satu produk terbaik untuk jenama besar ini kerana ia adalah yang pertama di dalam sistem global untuk melaksanakan konsep baru kopi dan hidangan pencuci mulut Tex Café™ baru bagi memenuhi keperluan pelanggan.

"Dalam pemacuan berterusan untuk memenuhi dan melebihi jangkaan pelanggan serta keperluan gaya hidup ini merupakan yang pertama didalam banyak inovasi di seluruh dunia. Malaysia adalah pasaran penting untuk Texas Chicken di peringkat antarabangsa dan kami teruja untuk menyaksikan pertumbuhan pesat jenama ini di sini dalam salah satu budaya makanan dunia yang paling kuat dan bertenaga. kami menantikan bab baru ini dalam kisah jenama di Asia dan seterusnya" kata Tony Moralejo iaitu Naib Presiden Eksekutif Bisnes Antarabangsa Texas Chicken.

SA berpeluang menghadirkan diri ke majlis pelancaran tersebut, jom kita tengok apa yang menarik dan semestinya apabila menyebut Texas Chicken terbayang di ruang mata keenakkan Ayam Goreng nya yang berkualiti tinggi dan segar...jom kita tengok gambar




Susun atur dekorasi unik dan selesa


Ruang sesuai perbincangan yang formal dan  tidak formal


Suasana yg sangat cozy


Ruang selesa untuk lepak bersama kawan selepas waktu bekerja


Ruang selesa untuk pelajar surfing


" Kami sangat berbesar hati untuk menjadi sebahagian dari salah satu produk terbaik bagi jenama Restoran Texas Chicken dan ingin melangkah lebih jauh serta bercadang untuk meluaskan dan menambah lagi cawangan restoran ini di sekitar Lembah Klang dan seterusnya melebarkan sayap ke Utara Malaysia"
Kata Dato Jaya Tan, Chairman Envictus International Holdings.


Dato Jaya Tan merasmikan outlet terbaru dan terbesar di KLCC


Hot Chocolate, Cuppuccino,Latte,Espresso , minuman sejuk dan berbagai lagi


Set Ayam Goreng Original & Spicy, Mexicana burger & wrap


Coffee di Tex cafe


Cheesecake


Chocolate Volcano


Chocolate Chip Muffins & Red Velvet
 Muffin


Honey Butter Biscuits


SA disamping 2 muffins


Sedappppp....


Texas Chicken ingin terus maju untuk menjadi antara pilihan francaisor global serta berbangga memperkenalkan inovasi di dalam produk, perkhidmatan dan pengalaman. Visi mereka agar konsep restoran seperti Texas Chicken dan Tex Café akan berfungsi sebagai pemangkin untuk evolusi jenama dan pengalaman yang lebih ke arah peribadi untuk semua pelanggan Texas Chicken

Menarik kan?

Kepada korang yang masih buntu tak tahu nak lepak dimana dan sukakan suasana yang tenang dan selesa..apa kata singgah di Texas Chicken KLCC dan mencuba menu baru di Tex Café ™ pastinya berbaloi-baloi...

Info lanjut tentang Texas Chicken Malaysia
Sila layari www.TexasChickenMalaysia.com

Selamat mencuba...


29 comments:

  1. Texas Chicken KLCC ni mmg best, tempat luas dan selesa.. nak dtg lagi sbb teringat kat Honey Butter Biscuit tu selain ayam goreng. Tertarik juga dgn cheese cake tu :D

    ReplyDelete
  2. Cheese cake dan choc volcano tu menggoda sangat. Nampak menarik sgt ruang dining dia siap ada ruang utk yg nk lepak sambil surfing Nk kena terjah KLCC lah nampaknya ni.

    ReplyDelete
  3. Sedappnya texas chicken, itu cheesecake memang menggoda nafsu betul 😍

    Btw husniey ada tag sis Suria kat post terbaru semasa event di SACC haritu..

    Nice to meet you

    ReplyDelete
  4. honey biscuit dia sedapppppp.... mcm muffin tapi rangup!

    ReplyDelete
  5. Sedapnya SA Muffin tu.. kena cuba nanti nie..

    ReplyDelete
  6. Bella selalu pi Texas Chicken Mid Valley. Ayam dia memang besar dan kelainan lah dari Kepci dan lain-lain tu. Muffin dan biskut baru tu sedap sungguh. Bolehlah akak belanja saya. Ehhh.

    ReplyDelete
  7. Sejujurnya baru sekali onie makan texas chicken ni...hahaha... next time nak trylah

    ReplyDelete
  8. muffin tu mcm best..kami lebih suka Texas Chic drp KFC haha..lepas ni blh lepas Tex CAfe pekena coffee lak - jmr23.com

    ReplyDelete
  9. Sedap nye tenogk muffin dia. Dah lah portion besar macam tu. Boleh nak try lepas ni

    ReplyDelete
  10. Wow, Texas Chicken venture into cafe. Look good the muffin.

    ReplyDelete
  11. I love texas chicken!!! Especially their honey butter biscuit! Can't wait to visit their largest outlet!

    ReplyDelete
  12. Selesa tempatnya dan makanan pun sedap2 belaka

    ReplyDelete
  13. I ate there before but have not try their cakes yet. Looks good thou.

    ReplyDelete
  14. mak aii telan ailio dia..chicken dia besaq2
    dessert dia pun sedap aduiii cobaan

    ReplyDelete
  15. macam cozy sgt kalau nak lepak dengan bff kt sini

    ReplyDelete
  16. beso nmpknye outlet kt klcc ni..pernh mkn skali kt sri gombak

    ReplyDelete
  17. tak penah sampai lg kt sini...nnti g sana bole sggh...

    ReplyDelete
  18. TQ so much for your information and sharing. sedap gile rasa nak kesana skrg hehe btw, Love ur blog! keep blogging<3

    ReplyDelete
  19. ish tak tahan tengok Cheese cake dan choc volcano

    ReplyDelete
  20. Dah pernah makan kat Texas Chicken. Memang sedap

    ReplyDelete
  21. Amboi sedapnya. Volwh Ikacuba nanti. Pernh try sekali ja masa gi kl hari tu.

    ReplyDelete
  22. En.husband mmg gemor benor texas chicken ni..

    ReplyDelete
  23. Menarik juga lokasinya... tempoh hari datang, xsempat nak teroka kesemuanya.

    ReplyDelete
  24. Teringin nak merasa makan Texas kat KLCC pulak, yang di Nilai ni kecik amat. hehe

    ReplyDelete
  25. Tak pernah singgah lagi tapi ada juga baca cerita pada Texas ni

    ReplyDelete
  26. heee lately ni suka gi sini untuk makan jalapeno apa benda tah hehe sedap

    ReplyDelete
  27. Deco dan suasana restoran dia menarik.. boleh lepak lepak dengan syok nie..

    ReplyDelete

Heyy Gojes..Any Comment????
Comment Yang Elok- Elok Aje Ye......

Suria Amanda Copyright © 2014 Designed by Ms.Azhafizah