Semalam Jumaat terakhir untuk tahun 2017, SA sempat masak menu special skit makan tengahari kami 4 beranak..cadangnya nak masak simple simple je..abah plak request masakkan ikan tilapia besar yang dia pancing Khamis lepas...memang besar ikannya..pas tu SA plak teringin nak makan Udang masak lemak cili api campur peria..umur dh makin tinggi ni elok makan peria kan..peria banyak khasiat..peria pun bagus untuk penghidap darah tinggi atau kencing manis..cuma kena pandai pelbagaikan masak peria ni..selain jadi bahan campuran utk masakan SA biasa goreng berlada..kalau rasa badan tak sedap SA blend peria sebelah dengan 2 biji epal hijau..jadikan juice dan minum..rasanya?
Pahit2 sedap...tapi yang pahit tu la ubat kan? Sekarang untuk elakkan dari penyakit SA dah start minum juice peria dan epal hijau seminggu sekali..
Jom tengok menu yang SA masak..resepi tak yah share la sebab SA dh selalu share resepi ni kan...
Udang masak lemak cili api campur peria
Sweetsour ikan tilapia
Alhamdulillah...lepas je abah balik dari sembahyang Jumaat semalam kami pun makan tengahari..sebelum makan tu SA gorengkan ikan masin gelama beli kat Kuala Selangor ari tu..hurmm rosak la diet SA..bukan apa..selera makan tu bertambah bila ada ikan masin kan..settle makan untuk 4 orang..adik2 yang lain tak balik plak..tinggallah kami berempat...eh..lamanya SA cuti..erm hujung tahun kan..SA first time cuti lama hujung tahun ni..seminggu SA cuti..2hb nanti SA naik kerja semula..cuti pun tak kemana mana..melayan anak dara SA tu ngan lepak berehat kat rumah....tahun 2017 ni ekonomi tak berapa nak cantik so tak dapat nak pi bercuti..insyaallah tahun depan kot...
sedapnya yummmm
ReplyDeletesedapnya yang gulai udang tu, cepatnya dah nak masuk 2018 sudah :(
ReplyDeleteYer, cepat betul..sobbssss..............sedapkan menu ni....makan bertammbahhhhhh tambahhhhh
Deletealhamdulillah. sedap semua nya. makanan sihat untuk sekeluarga ^_^
ReplyDeletetengok gambar dah terliur ni. fav sha tu sweetsour tu tak kisahlah ikan apa pun hahaha udang masak lemak nampak sedap jugak! bilalah nak rajin masak macam SA haha
ReplyDeleteSama la gan kita.. tapi kita ikut mood hehe
DeleteKalau datang blog SA nie memang menu sedap-sedap.. kalau ada ikan masin memang telajak la makan SA. Sama macam Kak Sue jugak.. ehehe..
ReplyDeleteKalau dapat yang tu memang tak pandang kiri kanan dah kak sue
Deletewalau pun bz SA tak pernah tak sempat masak... Masak pulak semua bikin Bonde terliur !
ReplyDeletesedapnya kak SA masak. rasa cam nak bawa pinggan ketuk pintu umah kak SA je haha
ReplyDeleteNasib baik bukan berjiran hikhik jangan marah ya mamapp
DeleteLapar pula tengok gambar SA masak ni
ReplyDeleteYang ni betul! SA punya menu semua nampak best!
DeleteNampak sedap2 juadahnya.
ReplyDeleteSelamat menyambut tahun baru 2018
Akak nanti kalau kita jumpa tlg bekalkan ana udang masak lemak cili api tu. Tak menahan tgk lauk tu. Besar2 udang haa.
ReplyDeleteBagusnya... Hari2 dengan sis makan sedap2 je nampak. Haha. Apapun semoga tahun baru membawa lebih kejayaan untuk kita semua, dunia dan akhirat. Aminn
ReplyDeleteSal mcm nak try la juice peria + epal hijau..ntah bila nak buat nyer...huhuhu..teringin la nak rasa air tangan sis SA ni..semua nampak sedap..huhuhu
ReplyDeleteKannn, sama lah kita........teringin rasa air tangan SA......sedap belaka nampaknyaaa
DeleteKalau SA nak buat sy pun nak join jugak
Deletemesti sedap.. rajinnya memasak memang best sbb semua benda bersih barang yg kita gunakan kan. jimat jugak!
ReplyDeleteKak SA saje je kan....tak pernah tak sedap menu tau....terliur...hihi
ReplyDeleteJus peria? Extreme itu. Saya makan peria kena tumis. Cicah sambal banyak2 haha
ReplyDeleteYa ampun..sedapnya kak oii..ni duduk dengan akk memg best ni..makan sedap2
ReplyDeletesuka peria goreng pedas dgn telur atau daging. tak pernah try peria blend. mcm seram je bunyinya.. haha. Btw, lauk pauk tu memang nampak sgt menggoda.
ReplyDeletesodapnya menu tu
ReplyDeleteBetul, peria banyak khasiat, mak saya sebelum check darah tinggi dengan doktor esoknya, memang akan buat lah air ni.....esok tgk...ok, darah tak tinggi sgt..ahhahaha~
ReplyDeleteMaybe leh try campur ngn peria...wow, tak pernah rasa kat memana :)
wahhh.... that menu... omg.... mengugat jiwa.... nak jugakkkk
ReplyDeleteNak try la blend peria gan buah epal tu. Nak try rasa ia camne. Tapi SA punya sweetsour ikan tilapia tu woww krut..krut perut kita
ReplyDeleteMeestii mashamm mashammm punyaaa kann
Deletesdap tu,..:)
ReplyDeleteAllah.. terliur tengok masakan diatas ni.. terasa nak try ikan Talapia sweet sour tu.,. tapi risau tak ajdi sebab memang tak pernah buat menu tu.. huhuhu
ReplyDeleteMmg sedap... nnti cubalah udang masak cili api campur daun pegaga..
ReplyDeletenmpk sedap sgt... xthu la nk ckp camne.. dah makan rasa lapar balik..
ReplyDeleteYa Ampun, bila tengok masakan kak SA kita ni, akakkkkkkk! bila nak ajak makan-makan air tangan akak ni, menyelerakan betul,,huwrrrrrrr
ReplyDeleteBestnnyaa.. Selalu nampak SA post makanan sedap2.. terliur pula nampak makanan ni.. kansel azam baru nak kurus >.<
ReplyDeleteSelamat tahun baru Kak SA
Sedapnya...kak selalu masak tp lupa nk post gbr ..lg mls nk tulis resepi sbb msk main campak2 jer...
ReplyDeletesedapnya kak..nak bawak pinggan ni.. abis dah ke?
ReplyDeleteOh my dua dua pun i suka, kalau makan dengan nasi panas panas habisss la, bertambah nasi lagi lagi lagi.
ReplyDeleteGeram je tengok udang tu.. tambah-tambah lagi ada peria.. sedap tapi sayang, anak-anak jemu dah makan udang.. :(
ReplyDeleteIsh tak tahu la kenapa setiap kali tgk gambar masakan SA mesti rasa kecur air liur hee
ReplyDeleteSedapnya lauk tu kak SA.. telan air liur nengoknya.
ReplyDelete