Monday, December 11, 2017

Lakonan Hebat Nad Zainal Dalam Fatonah Azali

Hi korang...

Dari awal telefilem Fatonah Azali ni bersiaran dia TV3, SA nak update sebab kagum dengan watak Autisme Fatonah lakonan Nad Zainal. Memandangkan masa tak mengizinkan SA asyik la bertangguh..kali ni SA tak nak melengah- lengahkan lagi untuk update mengenai cerekarama ni..telefilem ini mampu menarik perhatian SA untuk terus menonton sehingga akhirnya sebab jalan cerita yang menarik dan juga lakonan mantap Nad Zainal. Begitu juga lakonan Redza Rosli seorang pendatang baru yang tak kurang hebatnya. Pada SA kedua- dua pelakon ini menjiwai watak dengan sangat hebat.SA ni jarang nak tengok cerita- cerita atau drama di tv tapi cerita ni berjaya betul buat SA terpaku depan tv.


Telefilem yang disiarkan bersempena dengan Maulidur Rasul mengisahkan Azali, selepas tujuh tahun meninggalkan kampung halaman, akhirnya Azali pulang juga. Kepulangannya disambut dengan satu kejutan, ayahnya Pak Tam baru sahaja bernikah dengan seorang gadis yang terencat akal ( Autisme). Fatonah yang mesra dipanggil Tonah, jauh lagi muda dari usianya.

Tujuan Pak Tam bernikah dengan Tonah adalah kerana rasa terhutang budi pada arwah ayah Tonah yang dikenali sebagai Dato Hussein. Takdir menentukan, Pak Tam pula meninggalkan dunia dan telah mengamanahkan Azali pula untuk menjaga Fatonah seperti menjaga ibu kandungnya.



Pelbagai konflik dan dugaan yang dihadapi oleh Azali ketika menjaga amanah ayahnya sehinggalah Azali terbuka hati untuk mengahwini Fatonah. Malangnya Fatonah meninggalkan Azali selama- lamanya setelah terlibat dalam kemalangan.

SA kagum dengan lakonan Nad Zainal. Nad berjaya membawa watak Fatonah yang Autisme dengan jayanya..rasanya tak pernah lagi SA nampak pelakon lain berjaya membawakan watak gadis cacat seperti Nad. Sure Nad banyak study tentang watak yang beliau perlu jayakan..SA bagi 5 bintang la untuk Telefilem ni...

Siapa tengok Telefilem Fatonah Azali yang lepas?

Apa pendapat korang?

31 comments:

  1. Susah nak bawa watak macam Tu. Tahniah bad z. Suka tgk dia. Comel aje

    ReplyDelete
  2. mcm best pula drama ni bila baca sinopsis SA ...

    ReplyDelete
  3. Kak Sue tak sempat nak tengok telefilem nie SA, macam best ja..

    ReplyDelete
  4. ana tgk juga drama ni. suka sgt dengan lakonan nad zainal. memang menjadi. nampak comel pun ada. sedih ending dia.

    ReplyDelete
  5. alamak.. jarang sangat dah tonton TV. biasanya layan di laptop je tapi bukan drama Melayu pula. hihi.

    ReplyDelete
  6. Lama gila tak tengok drama2 kat tv3 hehee, nampak sangat ketinggalan. dulu rajin update sebab rajin tengok, sekarang ni nak dapat duduk depan tv pun kalau betul2 free -..-"

    yanmieonline.com

    ReplyDelete
  7. Alamak kita tak sempat nak tonton lah hehehehe kita selalu tengok drama kat Astro jer wakakakaka....

    ReplyDelete
  8. Hmmm...I tak pernah tengok drama Melayu ni, selepas dengar review kak SA, I pun terasa jugak nak tengok sebab nak tengok lakonan Nad Zainal

    ReplyDelete
  9. alamak.. dari hari tu nak tengok tapi asyik terlupa je.. kena tengok kat youtube ni.. baru puas hati.. heee

    ReplyDelete
  10. Nad ni memang power berlakon. Saya pun suka tengok dia berlakon. Nampak menghayati dan real betul. Tapi kan sekarang dah lama tak tengok movie ke drama ke. Tak menyempat huhu

    ReplyDelete
  11. Mad Zainal ni Marsha memang suka lakonan dia. Nampak menjiwai dan memang sesuai dengan watak. Memamg suka tgk dia berlakon

    ReplyDelete
  12. Sejujurnya, memang sangat meminati Nad Zainal kerana lakonannya yang bersahaja dan hidup. Eh. Macam kenal plak Redza tu. Adakah dia kawan Rawlins? Hurm. Haha.

    ReplyDelete
  13. Nad Zainal dah la lawa. Flawless kulitnya. Dapat watak autistik ni mencabar untuk dia yang normal. Bangga dengan pencapaian dia. Boleh menjiwai watak budak autism. Sedih gila wei. Bapak dia jaga anak sampai bila-bila. Sayang je. Sabar je.

    ReplyDelete
  14. Sejak lahirkan baby Daim..tak menyempat nk tengok tv. Kdg2 rekod sesiap..bila free2 tu nt boleh tgk. Nmpk citer ni mcm best nak kena rekod la nampaknya

    ReplyDelete
  15. Perlu penjiwaan watak yg mendalam. Tapi sygnya kita terlepas wktu siarannya. Mesti kena Tgk bila Ada ulang tayangnya nnti

    ReplyDelete
  16. Sedih kalau tgk cerita autisme ni...
    Hanya org terpilih ja ya mampu sabar melayan anak2 autisme ni...
    Dulu tgk filem redha psal aitisme tu pun rsa sedih nya lahai...
    Nak tgk la cerita yg nad zainal ni berlakon

    ReplyDelete
  17. Terlepas nak tgk citer nih ari tu

    ReplyDelete
  18. Nad zainal ni cute je masa tengok dia dalam TV dia pandai menjiwai watak suka tau

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yes, cute and pelakon berkaliber lah..to me...

      Delete
  19. Penat sangat Ritu tak sempat nak tengok. Dapat tengok iklan Jew Ritu

    ReplyDelete
  20. Dulu minat gila dekat nad zainal.. pernah gak la makan semeja dengan dia.. cuma sejak dia kahwin... dah padamkan dia dari list fav artis bro hahahah

    ReplyDelete
  21. Tak tengok pulak cerita nih, tapi suka kalau tengok si Nad ni berlakon

    ReplyDelete
  22. tak tengok lagi nanti nak tengok dulu.. nad zainal ni lakonan dia bagus gak...

    ReplyDelete
  23. Dah tengokk..sedihhhhh sangat, sangat.................
    Kena buli je...padan muka sharifah sakinah dalam tuuu..muahahaha~

    ReplyDelete
  24. Tak tengok lagi.. hmm kalau ikut sinopsisnya cam best je. Nak kena cari ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang best, harus dicari ya..penuh iktibar gituu~
      Baru paham orang yang ada anak macam ni.....tabahhh itu perlu

      Delete
  25. Nampak gaya kena cari jugak cerita ni. Macam best je.
    Rasanya pernah juagk Nad Zainal berlakon jd pompuan cacat mcm ni kot..mmg best lakonan dia

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yes, caruk..carik..memang best lakonan Nad Zainal... menjadikk..sedih giler kot...
      Best tau cite ni !

      Delete
  26. Jarang dapat tengok telefilem atau drama tv sebab anak2 akan conquer channel dekat tv.. huhuhu..

    ReplyDelete
  27. Tak pernah tgk lagi citer ni :) nanti nak cari and tgk la hee mesti best

    ReplyDelete

Heyy Gojes..Any Comment????
Comment Yang Elok- Elok Aje Ye......