KERJA KAHWIN : OHSEMNYA WARISAN WANITA
Sebut pasal Rewang semua akan automatik ingat kerja- kerja rewang 2 hari atau sehari sebelum majlis perkahwinan di kampung kan. Seronoknya...SA pernah mengalami suasana rewang macam tu semasa perkahwinan SA dulu..pada SA rewang ini patut dikekalkan kerana mampu merapatkan silaturrahim antara jiran tetangga dan saudara mara. Tetapi zaman serba moden ini budaya Rewang ni dah kurang diamalkan kerana kebanyakkan masyarakat lebih memilih perkahwinan secara katering kerana sangat memudahkan.
Hari ini SA nak bercerita tentang Jom Rewang 2018 yang akan diadakan di Plaza Alam Sentral Shah Alam bermula pada 26hb - 28hb Januari 2018 akan datang. Masa ni nanti boleh la bakal- bakal pengantin atau anda yang merancang untuk berkahwin mengunjungi karnival ini untuk menempah pakej- pakej perkahwinan yang menarik. Pameran ini dianjurkan oleh Puspawangi Event Management dan Kerja Kahwin dengan objektif untuk memudahkan anda menguruskan majlis perkahwinan anda. Bukan apa..adakala tak cukup masa kan nak uruskan semua dari A- Z so melalui pameran Jom Rewang 2018 ini nanti anda boleh pilih vendor yang menepati citarasa anda seterusnya menguruskan majlis gilang- gemilang anda.
Jom Rewang 2018 pasti amat dinantikan kerana pelbagai pakej- pakej menarik yang ditawarkan dalam masa 3 hari sahaja bermula dari 10 pagi sehingga 10 malam. Selain dari pakej- pakej perkahwinan akan turut di tawarkan pelbagai perkhidmatan seperti katering, pakej fotografi, dewan perkahwinan, cenderahati, kad perkahwinan dan macam- macam lagi. Bakal pengantin hanya perlu datang ke Jom Rewang 2018 untuk memilih pakej perkahwinan yang diidamkan. Merancang sebuah majlis perkahwinan bukan sesuatu yang mudah. Oleh itu pameran yang diadakan adalah peluang terbaik bagi bakal pengantin untuk merancang majlis perkahwinan mereka seawal mungkin.
TENTANG JOM REWANG 2018
JOM REWANG 2018 merupakan pameran pengantin yang menyediakan servis persiapan perkahwinan untuk pengunjung yang bakal berkahwin.
Antara tarikan utama event JOM REWANG 2018 :-
- Lebih kurang 30 buah syarikat yang menyediakan perkhidmatan berkaitan persandingan akan hadir untuk membuat pameran di Plaza Alam Sentral. Perkhidmatan termasuk melukis henna, khidmat andaman, butik pakaian pengantin, fotografi, katering, persiapan pelamin, hantaran dan sebagainya.
- 300 syarikat perkahwinan dari seluruh pelusuk negara akan mengiklankan perkhidmatan mereka di event tersebut melalui penggunaan montaj. Pengunjung yang bekerja dan menetap di Shah Alam dan kawasan sekitar misalnya boleh mendapatkan maklumat tentang perkhidmatan perkahwinan yang ada di negeri mana mereka ingin melangsungkan perkahwinan. Mereka tak perlu mengambil cuti kerja dan balik kampung semata-mata untuk menguruskan persiapan perkahwinan di negeri asal masing-masing kerana kini mereka boleh berhubung dan berurusan secara atas talian dengan syarikat perkhidmatan perkahwinan di sana.
- Kemudahan kawasan parkir yang mudah dan murah dalam bangunan kompleks membeli-belah Plaza Alam Sentral.
- Digalakkan untuk mereka yang merancang untuk melangsungkan perkahwinan pada tahun 2018 dan berikutnya menghadiri karnival ini.
Gambar sumber google.com |
Okey anda semua...save the date.. 26 - 28 Januari 2018. Pastikan pilih yang betul dan mengikut bajet anda. Pelbagai pakej yang ditawarkan dengan tujuan memudahkan semua pihak. Jimat masa dan tenaga. Zaman sekarang semua senang kan..tak macam SA kahwin dulu semua kena uruskan sendiri. Tapi kita dari pihak wanita memang excited la kalau bab- bab kenduri kahwin ni..seboleh mungkin nak buat yang terbaik.
Peluang baik juga buat pengusaha Butik Perkahwinan yang ingin menyertai pameran Jom Rewang 2018 serta menyewa tapak, anda boleh dapatkan maklumat lanjut di facebook yang SA sertakan di bawah sekiranya anda berminat untuk menyertai Pameran ini.
Atau boleh hubungi
JOM REWANG 2018
Tarikh : 26 - 28 Januari 2018
Masa : 10am - 10pm
Tempat : Plaza Alam Sentral Shah Alam
📞 Ijan - 011 2851 9851
📞 Leen - 011 2867 8998
📞 Alyn - 011 6179 3882
Facebook : Puspawangi Event & Management | Jom Rewang
Instagram : https://www.instagram.com/jomrewang/
Zaman sekarang semua dah senang kan SA, tinggal pilih aja nak pakej yang mana..
ReplyDeleteSeronoknya. Rasa nak bersanding lagi 😂
ReplyDeletesekarang dah senang, pilih saja pakej..
ReplyDeletebakal pengantin boleh save date ni. banyak pilihan boleh dpt dkt pameran ni nanti.
ReplyDeleteJom rewang memang best sedara mara yang jauh pun sanggup datang. Bakal pengantin wajib datang ne banyak pilihan
ReplyDeleteowh.. kita nampak tarikh penutup tu je.. tarikh lahir kite.. ekekeke..
ReplyDeleteTeringat zaman nak kawen dulu, semua pameran kitorang nak pergi hehehe.
ReplyDeletebakal2 pengantin bole la pi Jom Rewang ni tgk pakej2 yg menarik kn
ReplyDeleteBagus ada info ini, boleh rekemen dekat anak buah dan kawan yang nak kahwin tahun depan
ReplyDeleteWahh....memang mengingat masa lalu ni... kenangan rewang di masa majlis perkahwinan LeYa dulu walaupun tempah katering tapi still buat juga rewang ni
ReplyDeleteBakal pengantin wajib datang sini
ReplyDeleteJarang2 dah dngar perkataan rewang. 😂😂😂 kLau event mcm ni memg dpt murah
ReplyDeleteMesti ramai bakal pengantin yang dah save date untuk ke sana nanti
ReplyDeletekalau bakal pengantin yang tak tahu mana nak cari pakej kawen yang murah2.. boleh la pi event ni cuci2 mata dulu.. mana tau ada yang berkenan kan..
ReplyDeleteZaman sekarang ni orang sediakan duit je SA. Lain-lain boleh buat lepas-lepas ni
ReplyDeleteAgak-agak kalau bukan bakal pengantin boleh join jugak tak??
Deleteutk yang nak kawin, bagus ada event mcm ni ....
ReplyDeletekita yang dah kawin ni, boleh jer pergi cuci cuci mata ...
Ai suka cuci mata tempat macam ni sambil berangan naik pelamin lagi sekali bersama en. hb.. ekekeke..
ReplyDeletekalau siapa yang nak naik pelamin pergi pameran cmni mmg berbaloi hee
ReplyDelete