Tuesday, December 5, 2017

Blogger Mimi Azirah Yang SA Kenali

Kalau dulu sangat fanatik dengan artis, kalau boleh nak jumpa semua artis dalam Malaysia ni..alhamdulillah banyak pengalaman bergambar dengan artis..tapi itu dulu...sekarang sejak berkecimpung dalam dunia blogging SA lebih suka menjalin persahabatan dengan mereka yang bergelar blogger, baik lelaki mahupun perempuan..boleh dikatakan SA dah bersua muka dengan blogger dah ramai dah..malah kami mesra dan selalu berjumpa di mana- mana event yang kami sertai. Bercerita tentang Mimi Azirah SA dah kenal lama melalui blog dan dah bersua muka pertengahan tahun ini semasa sama- sama mendapat jemputan pelancaran outlet terbaru Ayam Penyet Best. Itulah pertama kali kami bersua muka setelah kenal mengenal melalui blog.

Bercerita tentang blogger Mimi Azirah yang tinggi lampai ini..orang nya manis..mesra dan tak rasa kekok pun masa jumpa tempohari.kami berbual macam dah lama kenal..macam ni bagus so takde la border dalam pergaulan kan..Mengenai blog Mimi  SA memang dari dulu suka kunjungi...comel jer blog Mimi berwarna Pink dan dah pasti Mimi peminat warna pink dari mula SA ikuti blognya...blog pun kemas, cepat loading dan takde keluar apa- apa pop-up atau iklan- iklan yang banyak. Blog macam ni bagus untuk di follow. SA dan Mimi kini sama- sama belajar tentang blog..apa aje masalah atau benda baru tentang blog kami akan share bersama..malah share juga dengan kawan- kawan lain...


Mimi Azirah


Anak dara Mimi...

keluarga bahagia Mimi...

Mimi Azirah seorang blogger separuh masa yang bekerja dalam sektor kerajaan..kerja apa..SA tak nak reveal kat sini...sama je ngan SA blogger separuh masa yang masih bekerja bezanya SA dalam sektor Swasta.Mempunyai 3 orang anak yang comel dan semakin success dalam dunia penulisan blog. Mimi baru je memenangi hadiah berupa sebuah handphone hasil dari penulisan nya yang hebat.Suka dengan semangat dan komited Mimi dalam melaksanakan task blogging..tak pernah lambat malah sentiasa mengikut dateline yang diberikan.

Nak kenal dengan Mimi?

Blog: www.mimiazirah.com
Instagram : www.instagram.com/mimi_azirah
Twitter : www.twitter.com/mimiazirah

9 comments:

  1. pernh jumpa skali mimi ms event parenthood kt sunway pyramid..

    ReplyDelete
  2. TQ sis SA.. Sha baru je follow beliau..

    ReplyDelete
  3. Ana tak pernah jumpa mimi lg. InsyaAllah akan dtg pasti ada rezeki jumpa mimi

    ReplyDelete
  4. Kak Sue belum pernah jumpa Mimi, harap boleh jumpa satu hari nanti..

    ReplyDelete
  5. Satu hari mama pun berharap nak jumpa kak SA Dan Mimi Juga

    ReplyDelete
  6. besar dan sama je dgn mak kan anak2 dara mimi.. comel

    ReplyDelete
  7. Belum pernah jumpa mimi lagi InsyAllah nak jumpa jugak selain follow kat blog

    ReplyDelete
  8. Nanti nak singgah blog tu la pas-pas ni..

    ReplyDelete
  9. Wahh mcm ika kata mmg ramai dlm kalangan professional jd blogger. so impress

    ReplyDelete

Heyy Gojes..Any Comment????
Comment Yang Elok- Elok Aje Ye......