Tak kisah lelaki atau perempuan, minyak wangi yang digunakan setiap hari memberi pengaruh besar dalam rutin harian kerana minyak wangi bakal menetukan emosi selain mencerminkan kualiti diri individu terbabit. Namun, masalah sering dihadapi setiap individu apabila tiap kali menghadapi kesukaran memilih minyak wangi sesuai dengan diri disebabkan kemunculan pelbagai jenis aroma di pasaran. Kesukaran itu ditambah dengan bentuk botol yang menawan sehingga menyebabkan ramai terkeliru mengenai wangian sesuai dengan personaliti masing- masing.
Selain itu, setiap individu perlu tahu fungsi minyak wangi sama ada ianya jenis Eau De Parfume
(minyak) atau Eau De Toilette ( Semburan). Berikut sedikit tips yang dapat membantu anda memilih minyak wangi sesuai dengan personaliti anda :
KULIT
Setiap minyak wangi akan mencetuskan aroma berbeza apabila terkena pada kulit. Oleh itu, pastikan anda mencuba terlebih dulu dengan membuat semburan pada kulit dan bukannya pada baju bagi memastikan aroma yang sesuai dengan tubuh
BAU
Pastikan anda memilih minyak wangi beraroma segar. Ketika membeli, pastikan anda meminta pandangan daripada rakan ( sebaik-baiknya wanita) mengenai minyak wangi yang bersesuaian. Biasanya rakan anda akan memberikan pandangan berbeza mengenai apa yang sesuai dengan personaliti diri.
BAHAN DAN AROMA
Minyak wangi boleh dipilih berdasarkan bahan serta aroma digunakan contohnya minyak wangi berperisa kayu,buah- buahan, bunga-bungaan, lautan, sayur- sayuran dan wangian timur.
Biasanya, setiap wangian mempunyai pengkelasan berbeza sama ada sesuai untuk lelaki atau wanita.Bagaimanapun, pilih haruman yang sesuai dengan personaliti dan gaya hidup anda
IKLIM DAN MUSIM
Memilih minyak wangi juga harus mengambil kira aspek cuaca dan musim. Minyak wangi yang baik untuk musim sejuk tidak semestinya baik untuk musim panas. Oleh itu amat penting memilih minyak wangi yang sesuai bukan saja pada kulit tapi mengikut cuaca dan musim
So kena ingat ye..tak semua perfume sesuai dengan setiap individu, wangi di hidung kita tak semestinya wangi pada orang lain. Kita kena peka dengan keadaan natural tubuh badan kita sebelum beli minyak wangi...macam SA selalunya akan tanya cik abg atau selalunya tanya pendapat Sales assistant yang lebih pakar..SA x berapa suka dengan perfume yang berbau terlalu manis..SA suka yang segar, citrus dan lembut dan campur keras sikit macam Dior Poison tu....pada SA wangian yang jenis macam ni mampu merangsang emosi seseorang dan melambangkan peribadi seseorang..perfume merupakan trademark...sehari tanpa perfume rasa macam tak lengkap..bau yang wangi merupakan wakil kepada diri kita sendiri agar orang keliling kita kenal siapa atau peribadi kita...Jangan salah pilih perfume ye...kita sendiri tahu kan...perfume bukan murah...nanti tak pasal- pasal sampai rumah dah rasa tak best...rasa menyesal pulak kan...so....kita kena bijak memilih dan bijak berbelanja....
Jumpa lagi next entry.......
tq for tips kak SA..
ReplyDeleteTios yg bagus ni...boleh gunakan jalau nak beli perfume lg
ReplyDeletesemalam baru kita tahu benda nii..pengetahuan am lah kiranya..terbaik..
ReplyDeleteAna pun tak berapa suka bau yang manis.tp lbh kepada bau yg fresh dan tidak terlalu keras bau.
ReplyDeleteSuka minyak wangi Dior Limited Edition Ever Forever tp tulah harga dia RM300 lebih mcm sayang je nak beli SA huhu
ReplyDeleterabia alergik dengan bau wangian ni.
ReplyDeleterugi la...habis tu pakai apa jer nak bau wangi...
DeleteKak Sue suka bau perfume yang lembut, nie lama dah tak beli perfume..
ReplyDeletesuka bau yg lembut je.. klu bau tlalu kuat sy cepat pening kepala.
ReplyDeleteOhh my..tp my fav always britney spears lol..fantasy
ReplyDeleteAi kalau pilih perfume, paling penting bau dia. Sebab ai ada masalah sangat-sangat kalau bau tak kena dengan selera.
ReplyDeleteBanyak rupanya yang kena dipertimbangkan. Selalunya main capai je mana" perfume then spray. Thanks for the tips
ReplyDeletenice tips! selama ni sha beli ikut sedap hidung je haha
ReplyDeleteYoorin pon x suka bau yg manis2 so girly.. 😅 bau yg keras pon x suka.. tp.suka bau vanilla & citrus juga. Rasa fresh ja..
ReplyDeleteIklim dan cuaca pun salah satu tips pemikihan perfume ya
ReplyDeleteMomi pula suka bau yang bubbly dan sweet. baru comel pakai hehee
ReplyDeleteBetul tu. Ada perfume yang tak sesuai dengan iklim kita dan menghasilkan bau yang kurang menyenangkan.
ReplyDeleteKita suka bau Vanilla and chocolate! Jarang beli perfume mahal-mahal. Paling mahal pun kat Body Shop je 😂
ReplyDeleteNk pilih perfume pun kena tgk musim..hari tu pi perth borong perfume bgai nak rak sbb kt sana murah gila2..tp ada bila blik ke sini x suka dgn bau2 tu..sudahnua bg kt mak n kakak..klau kt sni hrga dia rm300+..kt sana tak sampai 1/3 kot hrga kt sini
ReplyDeleteBukan semua minyak wangi sesuai dengan kita.
ReplyDeletepenting untuk tanya kawan bila beli perfume so nanti dia akan cakap yang ni okey dengan bau kita dll :D
ReplyDeleteOrang perempuan memang pandai bab pilih wangian ni bukan sahaja untuk diri sendiri tapi juga untuk rumah dan segalanya lah pakar hehehehe...
ReplyDeleteDah beli perfume tapi jarang pakai. Yang tahun lepas asa lagi yang tak guna, hahaha. Btw. Nice tipa. Nal beli next time memang kena pilih betul-betul
ReplyDeleteKinah tak kisah minyak wangi apa pun. Janji sedap bau dan orang sekeliling selesa dengan bau tu
ReplyDeleteoo info baru. Sebelum kalau beli tengok bau best jer. saya suka bauan manis buah.
ReplyDeleteBetul tu tak semua perfume seswai dengan setiap orang sebab badan masing2 berbeza.. ami pon xbanyak perfume..eh tetibe..
ReplyDeleteI love perfume. want to get all of them
ReplyDeleteAla tapi tetap tak jelas untuk beli perfum sesuai. Jom akak kita shopping cari perfum. Saya tengah cari bau macam lepas mandi. Segar gitu. Bila pi kedai, bau yang saya nak tu takda. Wuwuwuwu.
ReplyDeleteBetul tu, tak semua minyak wangi sesuai dengan badan kita
ReplyDeleteKita pun sama! Lebih suka bau yang fresh tak kuat sangat
ReplyDeletedalam lemari ada elizabeth arden 3 nbotol, 1 botol dkny..dll..MK belum pernah try
ReplyDelete