Wednesday, November 15, 2017

Resepi Sambal Ikan Bilis Petai Mudah Dan Sedap

Hi korang,

Rasanya dah banyak kali SA share resepi Sambal ikan bilis petai ni, kebetulan kawan office bagi petai 5 papan so SA decided untuk buat sambal ikan bilis aje. Udang mahal Kak Ton oiii...takde la SA nak beli udang...bukan tak boleh beli sebab makan sorang dan ye la..benda makan takkan nak berkira..tapi subhanallah kena kira jugak la sebab mahal Kak Tonnn....SA tak mampu....kalau beli makan sorang apa plak citer Mak Abah ngan anak kat Seremban...apa la yang diorang makan...haaa....Kak Ton  SA ni memang drama terlebih...ai is tak sampai hati...

Haaa...meh la SA share gak resepi...senang style SA campak2 je...takde nak letak asam jawa ke hape..ikut tekak SA je..kalau korang nak tambah asam jawa silakan....


Bahan- bahan
  1. Ikan Bilis 100 Gram ( belah dua dan basuh...jangan nak malas sangat beli yang dah kopek)
  2. Bawang kecil merah 3 ulas* 
  3. Bawang putih 4 ulas*
  4. Cili Api  - 10 biji*
  5. Cili kering kisar - 2 sudu besar
  6. Petai 5 papan - belah dua dan keluarkan isinya
  7. Bawang besar 1 biji - hiris
  8. sos tiram - 1 sudu besar
Bahan bertanda * ditumbuk halus

Cara- cara masak
  1. Goreng ikan bilis sampai garing angkat dan ketepikan
  2. Guna minyak yang sama goreng ikan bilis tadi jangan pepandai dibuang, kurangkan kalau banyak sangat
  3. Tumis bahan 2-5 sampai naik bau semerbak satu taman
  4. Masukkan sos tiram
  5. Masukkan bawang besar
  6. Masak sampai agak kering
  7. Masukkan petai - Jangan masak lama sangat biar crunchy2 gitu...
  8. Tak perlu masukkan garam sebab sos tiram dah masin
  9. Tutup api Siap!!!
  10. Tunggu sambal tadi sejuk baru masukkan ikan bilis tadi....gaul2 kasi mesra gitu...
  11. Dah boleh makan dah...
Kenapa masukkan ikan bilis lambat?

Nak ikan bilis tu rangup walau dah dijadikan sambal...kalau campur semua satu masa..sekejap je ikan bilis tu rangup..lepas tu dah semalaman dah tak rangup dah..dah lemau kata Pak Dollah...hahaha...so itu je la resepi simple SA ye Kak Ton semua....korang leh tukar ikan bilis jadi udang/sotong kalau duit banyak dan nak jamu keluarga makan best2 la...sama je konsep nyer..

Selamat mencuba eh korang....kalau sedap buat la selalu...tak sedap?

Tak dapek den nak nolong eh.....

39 comments:

  1. Ikan bilis + petai memang kena sangat campur denan nasi panas. Selamat tinggal diet

    ReplyDelete
  2. Ada letak sos tiram ek..kena try la resepi ni..

    ReplyDelete
  3. Wah.... boleh buat ikan bilis sambal petai buat niaga nasi lemak ni.

    Terima kasih Suria...

    ReplyDelete
  4. Aduhai.. saya memang tak pandai masak tapi tengok gambar tu memang buat terliur jugaklah! Hahaha. Terus lapar jadinya kita ni. XD

    ReplyDelete
  5. wahh..sedapnya....
    hari ini pun nieyl plan nak masak nasi goreng petai..

    ReplyDelete
  6. Lauk jahat. Dah x pandang lauk lain dh kalau ada ni.

    ReplyDelete
  7. Alahai, lepas lunch baca ni. Jadi lapar balik.
    Tapi tulah, tak makan petai.... Ruginya =(

    ReplyDelete
  8. adik saya suka betul sambal petai ni. hehe

    ReplyDelete
  9. Sedapnya. Tp kalau x letak sos tiram boleh tak?

    ReplyDelete
  10. rasa macam nak buat untuk makan malam ni huhu

    ReplyDelete
  11. Fuh~ ni jenis yang berapi ni Kak Suria. Letak sos tiram ek? Ok. Wajib cuba! Terima kasih kongsi resepi.

    ReplyDelete
  12. Sedap SA, kalau lauk nie bertambah makan..

    ReplyDelete
  13. petai mmg sedap makan dgn nasi panas... berkipas deh.

    ReplyDelete
  14. pergi kak SA, macam tau-tau je Neeza memang teringin nak makan sambal ikan bilis ni. dua hari lepas baru buat sambal ikan bilis tempe tauhu. perghh kecur air liur macam ni. tunggulah pasar pagi hari Ahad, nak borong petai pastu masak dan makan puas2 hehe

    ReplyDelete
  15. Akak saja jer dah kita kena buat resipi ini pulak hehehe memang nampak sedap lah makan ngan nasi panas dan ikan kering bestnya...

    ReplyDelete
  16. Sedapnya..pandai masak. Bella pun masuk last ikan bilis. Ikan bilis kicap pon sodappp. Hehe

    ReplyDelete
  17. sedap sangat ni akak. boleh tambah nasi 3 kali kalau busyra..

    ReplyDelete
  18. Ada yang minat sambal petai ni. Bukan senang nak dapat petai ni. Biasanya orang dewasa sahaja yang suka makan. Kanak-kanak kurang berminat kerana rasa dan baunya.

    ReplyDelete
  19. Yum,sedap dan senang. Terus rasa nak makan nasi lemak dengan sambal bilis ngan petai nanti

    ReplyDelete
  20. Tak pernah letak sos tiram bila buat sambal petai, macam best je. nanti nak try buat. lauk ada petai ni memang lauk feveret la. kadang2 kalau rajin, tumis lama2 dengan petai sebab nak bagi rasa kuah tu pon rasa petai. hahaha

    ReplyDelete
  21. sukanya lauk gini weii SA.. bertambah laa lemak aku hahaha


    kolinzainal

    ReplyDelete
  22. yum yum! i suka petai jugak! but always takut nanti kencing ada bau busuk. hahaha
    anyway thanks for your recipe! nak try jugak next timee.

    YourFinanceDoctor

    ReplyDelete
  23. Suami suka sambal ikan bilis jer, yang saya pula suka sambal ikan bilis petai..

    ReplyDelete
  24. Suka sambal macam ni. Makan dengan nasi panas-panas memang boleh bertambah-tambah ni.

    ReplyDelete
  25. menyelerakannya.... tp klu air tangan sy mesti tak menjadi mcm akk buat

    ReplyDelete
  26. sedapny akak..menarik resepi ni, hujung minggu nak masak untuk asben. sebab saya tak makan petai

    ReplyDelete
  27. Buat masa skrg kena tgok sipi2 je gambar makanan..takut terjebak nk buat n makan..nanti musnah diet..hehehe

    ReplyDelete
  28. Adui kakkk terlioq! Memang best! Hahaha. Saya suka makanan macam ni. Nasi panas dan sambal pun dah sedappp!

    ReplyDelete
  29. aa begitu rahsianya..kena letak last ikan bilis tu..baik..mau cuba

    ReplyDelete
  30. Sambal ikan bilis sedap makan panas2 tapi saya tak buh petai.. Xsuka

    ReplyDelete
  31. Susah nak cari petai sekarang ni, tapi kalau masak pun saya seorang jer yang makan, suami tak berapa suka pun....hehe

    ReplyDelete
  32. masakan simple cmni la yang buat selera mkn naik :)

    ReplyDelete

Heyy Gojes..Any Comment????
Comment Yang Elok- Elok Aje Ye......